+ Reply to Thread
Results 1 to 10 of 108
Thread: Full Time Internet Business??!
- 09-13-2007 08:22 PM #1
Full Time Internet Business??!
Assalamualaikum dan salam sejahtera...
Semoga semua yang berusaha secara sah di dalam perniagaan internet mendapat bantuan dari ALLAH.
Perniagaan Internet Sepenuh Masa, mari bincangkan.
Pertama sekali, biar aku ceritakan latar belakang aku.
Aku adalah manusia Melayu biasa, yang diberikan kesempatan belajar dari
tadika
darjah 1 - darjah 6
tingkatan 1 - tingkatan 5
matrikulasi
tahun 1 - tahun 3
maka, pada septmber 2005, menerimalah akan aku segulung ijazah yang bergelar - Bacelor Sains Komputer.
bersambung.... buka posa wei!
Saya dah tak jual ebook PanduanSaham.com sebab dah lama tak update. Takde masa nak update.
- 09-13-2007 08:22 PM # ADS
- 09-13-2007 09:28 PM #2
Waalaikumussalam w.b.t
Selamat berpuasa semua termasuk yang x puasa
Perniagaan sepenuh masa,bagus cadangan tu,saya rasa semua org yang buat bisnes internet ni mst nak buat full time,tapi mungkin sbb untung x byk lagi so,pelan-pelan kayuh la k..termasuk la saya..
Org ckp rezeki yang byk tu bermula dari ckit..
Saya sokong 10000% sapa yang buat bisnes full time internet,9/10 sumber rezeki dari perniagaan
Jom terawihhh...
- 09-13-2007 09:36 PM #3Loyal Member Array
- Join Date
- May 2006
- Location
- www.maizul.com
- Posts
- 563
- Thanks
- 0
- Thanked 0 Times in 0 Posts
Belum buat terjun tiruk lagi dalam internet sepenuh masa ni. Baru buat snorkeling dulu. Kalau dah power baru la terjun tiruk.... gerenti tak lemas punya... bukan apa kene cari pelampung dulu baru tak lemas.
- 09-13-2007 10:44 PM #4WC Premium Array
- Join Date
- Dec 2005
- Location
- SmartUsaha.com
- Posts
- 3,773
- Thanks
- 0
- Thanked 53 Times in 28 Posts
Sama dengan SmartZul lah.
En. Aku ni batch 2000 ke? Lahir tahun 1982?
Pasal IM full time ni, dah ada beberapa thread yg bincang pasal ni. Sy pun dah ada bagi pendapat di ruang sana.
Mungkin En. Aku nak bincang pasal perkara lain.
Cuma sedikit nota pesanan dari saya:
"Ingat mudah ke buat Ebiz full time ni?".
Wassalam.
- 09-13-2007 11:14 PM #5
hohoho.. thread tak dan(tok de) habis dah ada reply.. hehe..
aku tahun 1983, zul
ok..
sambungan...
setelah mendapat ijazah, apa lagi, cari kerja la wei! hehehe.. gitulah kehidupan manusia biasa-biasa macam aku.
dilahirkan - pegi sekolah - pegi U - cari keja - berenti keja - mati
itu ja..
ok.. benda first yang aku buat dulu.. err.. aku tak pasti antara 2 ni, mana satu yang aku buat dulu..
1- jual prepaid
2- 'active' adsense
oklah.. bab jual prepaid tu, kejap jer.. memula test nak jual online, di wangcyber ni lah.. tapi last2 jual tepi kedai d-lima jer.. sehari boleh jual dalam 20 keping... dan ianya sehari jer la
active adsense ni pula, active yang tak bertempat... dulu aku pon penah buat klik fraud.. tapi nasib la tak makan duit adsense tu.. sebab google dapat detect dan akaun dibekukan.. huhuhu.. sekarang dah tobat nasuha dah dari click2 fraud ni...
hmm.. mungkin dalam masa yang sama(sebab aku tak berapa pasti turutan benda2 yang aku buat), aku sedang mempersiapkan diri untuk berniaga di ebay.. fuh rupanya bukan senang nak berniaga ni.. banyak yang perlu disiap sediakan.. dan aku masih tidak meneruskan berniaga di ebay..(walaupun selok beloknya banyak dah aku pelajari)
ok, itu side 'aku buat keje aku sendiri'.. side aku sebagai pekerja pula... pernah keje sebagai part time research assistance.. pernah pegi skim latihan graduan semata-mata nak relek hahaha.. masa nilah aku beradsense ni...
ok.. lepas skim latihan graduan(slg) tu.. aku dapat keje ditempat yang aku buat praktikal.. sijil slg pon aku masih belum tuntut.. dan untuk pengetahuan semua, aku dapat keje tu bukan melalu skim slg ni.. aku dapat keje sebab kabel... ini syarikat swasta.. anak bos, kawan abang aku.. jadi memang kabel tiang balak lah kan?
ok.. dalam masa yang sama waktu kerja tu.. aku banyak buat 'keje sendiri' iaitu memahirkan diri aku dengan domain parking... Alhamdulillah, duit domain parking ni aku masih dapat sehingga ke hari ini.. cukuplah buat bayar hosting, beli domain baru, bayar getresponse, bayar rapidshare.. mungkin satu hari aku akan lebih aggresif dengan domain parking ni..
dan dalam masa kerja ni juga, aku mula berjinak2 dengan saham.. huhuhu.. setelah pengalaman yang lepas2.. aku dapati satu pengajaran yang paling berharga..
Sesuatu yang baru itu susah, atasi kesusahan tersebut, nescaya kejayaan pasti bertandang jua.. ibarat betapa susahnya dahulu bagi kita untuk berjalan... perlu pandai mengalih badan, pandai merangkak, pandai bertatih, dan...akhirnya barulah kita mampu berjalan..
Setelah mendapat ilmu saham(walaupun sedikit), barulah aku menjual Panduan Maybank2u.com Online Stocks, yang mana merupakan perniagaan pertama aku...
bersambung...
Saya dah tak jual ebook PanduanSaham.com sebab dah lama tak update. Takde masa nak update.
- 09-14-2007 01:55 AM #6
sambungan...
Ok. itu baru latar belakang aku..
kenapa tajuknya: Full Time Internet Business?
Sebab aku nak, sesapa yang diluar sana buat pertimbangan elok2 sebelum memilih jalan Full Time.
Niat aku buka thread ni amat bersesuaian dengan kata2 zul
Inilah intipati utama thread ni."Ingat mudah ke buat Ebiz full time ni?".
Baiklah.. kenapa aku mulakan dengan latar belakang aku?
Kerana aku nak korang tau latar belakang aku lah.. heheh
Kerana dengan mengetahui latar belakang aku, korang bolehlah nilaikan pendapat aku ni...
OK.
Kepada mereka2 yang melalui jalan yang sama dengan aku:
hidup - sekolah - universiti
Perkara pertama perlu dipertimbangkan adalah,
"Adakah aku mempunyai hutang pelajaran?"
PTPTN, MARA, pinjaman Yayasan, along dan sebagainya perlu dikenalpasti..
Macam aku, aku ada hutang PTPTN yang berjumlah RM30,000. Jadi aku perlu cari duit untuk langsaikan hutang ini.
Sekiranya sewaktu belajar dulu, tiada apa yang dapat membantu anda untuk 'kerja sendiri' atau 'buat bisnes', maka saranan utama aku adalah DAPATKAN KERJA MAKAN GAJI DULU!
Ya, ramai juga di luar sana yang terus menceburi bisnes atau 'kerja sendiri', tapi PASTIKAH anda dapat menjadi seperti mereka?
Anda ada hutang yang perlu dibayar. Anda ada expense harian. Tak mahukah sambil makan gaji, sambil buat 'kerja sendiri' atau bisnes? Kenapa perlu berpegang kepada title Full Time Internet Businessman sekiranya anda tidak mampu?
Ramai yang mengabaikan beza part-time dan beza full time.
Kalau anda buat part-time, anda bekerja makan gaji, anda dapat pastikan sekurang-kurangnya ada juga makanan dihujung bulan atau sebulan mendatang.
Jika buat full-time, anda MEMANG KENA PASTIKAN anda akan ada makanan untuk masa-masa akan datang.
Wah, bunyi macam benda remeh.. cite bab makanan.. tapi itulah hakikatnya.. anda tiada duit, hati anda akan runsing.. kerunsingan hanya akan memburukkan lagi keadaan yang sentiasa buruk..
Sebenarnya aku dah merancang nak buat full time, tapi banyak benda aku kena kukuhkan sebelum aku menjejakkan kaki ke dunia full time..
bersambung...
Saya dah tak jual ebook PanduanSaham.com sebab dah lama tak update. Takde masa nak update.
- 09-14-2007 08:22 AM #7WC Premium Array
- Join Date
- Sep 2006
- Location
- Ampang, Selangor
- Posts
- 776
- Thanks
- 0
- Thanked 2 Times in 2 Posts
memang kena fikir banyak-banyak-banyak-banyak kali baru berenti... kalau saya nak berenti jadi full-time ni..gaji bulanan paling tidak 5 kali ganda gaji makan gaji.Lepas tu paling minimum pun 3 kali ganda sebulan. Bila dah sampai tahap tu..saya dah sedia nak letak jawatan...
satu masalah pulak bagi penjawat awam yang ada hutang rumah, kereta dengan gomen ni... kena settle dulu hutang semua baru boleh cabot..aduh...menyesal pulak pakai loan gomen ni...hehe... jadi maknanya kalau saya letak jawatan nanti sudah tentu saya dah bebas hutang...
kepada yang nak terjun pi full time tu..jangan excited sangat ye... mesti ada plan yang teratur...tak caya tanya sesiapa yang dah berenti tu..apa plan diorang.Kalau takde keje takde gaji oi...takde gaji nanti bini nak makan apa? (bagi yang dah kawin anak lagi nak susu, pampers..etc) kalau plan dah mantop, apa salahnya..silakanlah...Video Panduan Blog Wordpress - PANAS !! Bina Blog .com anda sendiri step-by-step !!
Jom sertai Affiliate VideoBuatBlog.com! Komisen RM40.00 !!
Mengapa kita gunakan Hostgator? kod kupon diskaun hostgator: specialdiscountnow
- 09-14-2007 09:38 AM #8
kalau ikut tarikh lahir en Aku dan yg lain, rasanya saya lah yang paling tua sekali kat sini :-), anyway secara peribadi saya memang dah letih nak bekerja makan gaji..dah 10 thn bekerja tapi setelah bekerja, rasanya kepuasan diri tu kurang sebab kita bekerja utk orang lain. Alhamdulilah,nasib saya mungkin agak baik dari En Aku sebab dulu memang buat pinjaman pelajaran dari kr'jaan negeri, tapi alhamdulilah since results agak bagus, pinjaman tu ditukar menjadi free. Anyway ini adalah perkara yg saya perlu ambil kira sebelum saya nak buat full time IM.
1. Rumah- kena settle loan sampai habis,
2. kereta - kenal settle sampai habis
3. Duit sara hidup - kena ada duit sekurang2nya 3 thn (RM4K X 3years)
4. Duit saving - RM150K.
kalau cukup syarat diatas, Saya akan berhenti bekerja makan gaji.
Anyway ini hanya objectif saya sendiri. mungkin objectif rakan2 lain berbeza. It is just my 2cents.
- 09-14-2007 10:12 AM #9
Yer.. kena fikir dulu habis-habisan dan perlu ada perancangan yang teliti..
1) Perancangan Kewangan
2) Perancangan Perniagaan..
Perancangan kewangan macam kakibola cakapkan tu.. kena ada financial backup yang mencukupi. Saya juga ada tulis benda nie kat blog saya.
Perancangan perniagaan pula adalah rancangan perniagaan yang hendak kita lakukan untuk tempoh 2 tahun. Maksudnya.. kalau kita berhenti kerja hari ini.. kita sudah ada rancangan projek2 yang kita nak lakukan untuk generate income dalam masa 2 tahun..
Maksudnya.. selepas berhenti kerja .. apa yang hendak anda nak lakukan.. nak tulis & jual ebok?.. lepas dah tulis dan jual ebook.. nak buat apa pula?.. kalau anda dah ada plan nak buat projek apa lepas tu.. dan kemudiannya ada projek lain lagi lepas tu.. dan lagi lagi projek lepas tu..
itu sudah kira ok..
Jangan fikir hari nie nak berhenti kerja.. lepas tu nak buat blog.. lepas dah buat blog?.. anda dah tak tahu nak buat apa.. yang tu bahaya..
So.. kena ada rancangan yang teliti... kalau nak lebihkan kepastian.. sama ada sudah tiba masanya anda berhenti kerja atau belum untuk buat full time IM, buat dulu solat istikharah.. insyallah pilihan anda akan menjadi pilihan yang tepat..
- 09-14-2007 12:17 PM #10
Betul jugak cakap korang semua..semua kena ada perancangan rapi start dari permulaan nak jadi IM..bukan senang nak senang,tapi bukan susah nak susah..
Bila pkirkan balik takut jugak nak buat bisnes internet ni tapi sebenarnya bagus sbb market dia teramat luas..globalisasi la katakan..dunia tanpa sempadan
Sapa2 yang nak jadi full time IM tu,saya doakan semoga berjaya...
Tepuk dada tanya iman,jgn tanya aiman sebab aiman akan cakap "Aiman x kisahhh...."
LinkBacks (?)
-
Tolong saya beri pandangan tentang WEB ni..? - WangCyber.com - Komuniti Usahawan Internet Malaysia
Refback This thread01-31-2008, 10:31 AM -
E-Book Percuma - Panduan Cara Pantas Buat Duit Dengan Payloadz - Page 11 - WangCyber.com - Komuniti Usahawan Internet Malaysia
Refback This thread01-29-2008, 09:38 PM -
Tawaran Hebat: 50, 60, 100, anda pilih berapa banyak Permanent Links ke website anda! - WangCyber.com - Komuniti Usahawan Internet Malaysia
Refback This thread01-29-2008, 03:56 PM -
Buat Duit & Cari Duit Dengan Internet - FREE PDF - Page 5 - WangCyber.com - Komuniti Usahawan Internet Malaysia
Refback This thread01-24-2008, 09:51 AM
Similar Threads
-
AMARAN: Jangan beli ebook SistemRahsia v2 kalau tak nak rugi
By percuma in forum WTS : Pengiklanan & PemasaranReplies: 34Last Post: 01-02-2012, 12:09 PM



LinkBack URL
About LinkBacks
Reply With Quote




Bookmarks