Welcome to the forums
Community
Navigation
WC Navigation
Main Page
Article Directory
Affiliate Directory
IM Blog Directory
Download Directory
Forum Menu
Home
Register
FAQ
Members List
Calendar
Search
Today's Posts
Mark Forums Read
Mark Forums Read
View Forum Leaders


Sponsor
Klik Disini Untuk Menaja!.
Terima kasih diucapkan kepada pihak-pihak yang telah sudi menaja kewujudan website ini..



Iklan Berbayar
Klik Disini Untuk Mengiklan!.


Loans
Debt Consolidation
The eBay Song
Chase Credit Cards
Problem Mortgage

 


Welcome, Unregistered.
Member Panel
Go Back   WangCyber.com - Komuniti Usahawan Internet Malaysia > Menjana Wang Secara Online > Perniagaan Internet

Reply
 
LinkBack Thread Tools Display Modes
  #1 (permalink)  
Old 06-06-2007, 10:50 PM
WC300
 
Join Date: May 2006
Location: SisPlex, Malaysia
Posts: 427
AmirulFaisyal is an unknown quantity at this point
iTrader: (6)
Default Perniagaan Internet: "LIVE di WangCyber!"

Salam sejahtera,

"Aku tak tau camne nak start ni...tolong aku boleh?"
"Saya nak start bisnes internet ni...macam mana yek?"

Dua karenah di atas adalah sebahagian dari ragam yang saya lihat, dan saya sendiri pernah alami waktu mula-mula mempelajari perniagaan internet.

Waktu awal saya di WangCyber, informasi disini boleh dikatakan taklah terlalu banyak, namun semakin hari semakin bertambah post-post yang bermanfaat yang disumbangkan oleh ahli WangCyber sendiri.

Jadi, memandangkan ramai ahli yang baru bertandang ke forum WangCyber ni tak tahu thread mana yang patut mereka rujuk untuk belajar hal-hal berkaitan perniagaan internet, saya merasakan anda patut ditunjukkan jalan yang betul di sini untuk mengelakkan dari tersasar dari tujuan utama anda-mempelajari selok belok perniagaan internet.

Dibawah saya akan tunjukkan langkah demi langkah untuk memulakan perniagaan internet pertama anda, tools yang direkemen idustri yang sesuai untuk perniagaan internet anda (berbayar atau percuma), bagaimana menerima bayaran, bagaimana mentunaikan cek, dan sebagainya.

Semuanya bersumberkan thread-thread yang telah dibuka oleh ahli-ahli
WangCyber sendiri yang telah berpengalaman dalam menjalankan perniagaan
melalui internet.

Dan saya juga akan menambah beberapa tips-tips peribadi sebagai tambahan. Suka saya ingatkan langkah perniagaan internet di bawah adalah lebih kepada model perniagaan barangan digital seperti ebook, software, dan produk downloadable yang lain.

Di hujung post nanti saya akan senaraikan contoh model perniagaan internet lain beserta contoh-contoh thread yang telah dibuka.

Prerequisite:

Sebelum tu, saya nak senaraikan apa yang anda perlu ada untuk memastikan kelancaran perniagaan internet anda;

1. Mind-set yang betul. Perniagaan internet tiada bezanya dengan perniagaan konvensional, perlukan ketekunan, kerja keras, persisten, sabar, dan fokus.

2. Visi supaya anda boleh fokus dalam suatu perkara dalam suatu masa.

3. Tentukan model perniagaan internet anda. Contoh model perniagaan internet:

*Tambahan dari Syia (thanks Syia):

4. Pilih Biz ikut personaliti anda. Sebabnya klau hanya ada mind set tapi dok target duit tanpa minat hancur gak jdnye

- EBay
- E-commerce
- Servis
- Digital produk

Jika target pasaran anda adalah Malaysia:

5. Anda perlu sekurang-kurangnya satu akaun bank untuk membolehkan anda menerima pembayaran.
Contoh: Maybank, Cimb, Bank Islam.

Jika target pasaran anda Malaysia dan antarabangsa:

6. Anda perlu ada akaun PayPal. Dan untuk verifikasi akaun PayPal anda, anda perlukan satu kad kredit atau kad debit.

*Akaun Bank US adalah optional dalam PayPal.

Thread dibawah berkaitan dengan kad debit:

Affin Debit Mastercard
Affin Debit Mastercard

Ebook kedua saya : Panduan Membuka Akaun Bank US
Ebook kedua saya : Panduan Membuka Akaun Bank US

Bank Apa Kat Malaysia Yang Ada Mastercard/Visa Card Debit?
Bank Apa Kat Malaysia Yang Ada Mastercard/Visa Card Debit?

Public bank debit card
Public bank debit card

Al Rajhi Debit Card
Al Rajhi Debit Card

Langkah 1:

Mengkaji pasaran tertumpu atau dalam jargonnya niche.

Tips:

1. Jangan bina produk yang anda suka dan anda rasakan orang lain akan beli. Never assume.

2. Kaji permintaan dalam sesuatu pasaran kemudian cari masalah utama
mereka.

3. Berikan penyelesaian kepada masalah di dalam pasaran tersebut dengan
menghasilkan produk anda. Contoh termudah adalah ebook.

Thread yang boleh membantu:

A Tips 4 Newbie : Nak Bisnes Apa Di Internet: Niche
A Tips 4 Newbie : Nak Bisnes Apa Di Internet: Niche

Mencari kata-kunci ( keywords ) terbaik bagi laman web/Bog anda.
Mencari kata-kunci ( keywords ) terbaik bagi laman web/Bog anda.

Tools yang membantu:

www.goodkeywords.com

Laman web rujukan:

www.WordTracker.com -Berbayar

http://www.inventory.overture.com/d/...ry/suggestion/

http://www.seo2020.com/seo-tools/key...research-tool/

http://www.digitalpoint.com/tools/ke...new_mode=links

http://keyworddiscovery.com/search.html

Langkah 2:

Membina produk berdasarkan kajian yang telah dilakukan di langkah 1.

Tips:

1. Tentukan kebolehan anda dalam proses membina produk.

2. Juga senaraikan kelemahan anda.

Contoh:

Permintaan dalam pasaran: Perisian (software) untuk sedapkan suara. (Anda dapati permintaannya sangat tinggi di pasaran Amerika Latin).

Kekuatan anda: Programming, anda memang tahu bagaimana untuk menghasilkan perisian tersebut.

Kelemahan anda: Copywriting (teknik menulis surat jualan) dan juga web designing.

Jadi, setelah menentukan kekuatan dan kelemahan anda, sekarang fokus kepada kekuatan anda, dan leverage tenaga dan kepakaran orang lain untuk mengganti kelemahan anda. Cara mahal, buat outsourcing dan cara jimat, mungkin anda boleh lakukan bartering.

"Macam mana kalau saya takde apa-apa skill untuk hasilkan produk, nak bina website, copywriting dll?"

Jawapan paling mudah: Outsource semua! Anda fokus kepada pemasaran.

Thread yang boleh membantu:

Perkhidmatan Bebas:

http://www.wangcyber.com/forum/wtb-perkhidmatan-bebas/

Outsourcing:

Kos upah bina laman web
Kos upah bina laman web

Laman rujukan untuk outsourcing:
www.Elance.com
www.Guru.com
www.RentACoder.com

Langkah 3.

Jika anda memilih untuk membuat semua kerja dan tak mahu outsource, langkah ini untuk anda, membina laman web, designing, dan copywriting.

Tips:

1. Dalam menulis surat jualan, anda boleh gunakan teknik asas surat jualan, AIDA=Attention >> Interest >> Desire >> Action

Thread rujukan:

-Membina laman web

Tips Rekabentuk Web Yang Ideal
Tips Rekabentuk Web Yang Ideal

Cara Membina Laman Web Mini & Blogs
Cara Membina Laman Web Mini & Blogs

Macamana nak bangunkan laman web?
Macamana nak bangunkan laman web?

Membangunkan Web Mengikut Acuan Pelanggan
Membangunkan Web Mengikut Acuan Pelanggan

-Membina borang pengesahan pembayaran:

Boleh tak awak buat kan saye borang php > mdpai
Boleh tak awak buat kan saye borang php > mdpai

Camana nak amek order dari customer ?
Camana nak amek order dari customer ?

Camane nak letak form(borang order ke) kat blog?
camane nak letak form(borang order ke) kat blog?

Form Building!
Form Building!

Tools yang membantu:

www.nvu.com

Langkah 4.

Sekarang produk telah tersedia, sales letter dan web page telah tersedia. Tiba masa untuk memindahkannya ke hosting.

Tips:

1. Pilih penyedia hosting yang betul-betul reliable. Berhati-hati dengan pihak yang overselling pakej hosting mereka.

2. Tentukan berapa banyak space laman web anda perlukan untuk mengelakkan pembaziran. Cara paling senang, kumpul semua fail laman web anda, letak dalam satu fail dan tengok jumlah saiz fail tersebut.

Thread yang membantu:

Pemilihan hosting dan software
Pemilihan hosting dan software

Hosting yg anda PERCAYA
Hosting yg anda PERCAYA

Forum Review Web Hosting:
www.WebHostingTalk.com

Langkah 5.

Autoresponder untuk mendapatkan alamat emel prospek anda.

Tips:

1. Offer sesuatu yang menarik sekiranya mereka memberikan alamat emel mereka kepada anda. Contoh kalau produk anda adalah software, boleh bagi free trial, atau software yang sama dengan fungsi yang terhad (limited function).

2. Guna fungsi double opt-in untuk memaksimumkan penggunaan ruang autoresponder anda selain menjadikan mailing list anda lebih responsive.

Thread yang membantu:

Autoresponder:
autoresponder

Autoresponder & Mailing list:
autoresponder & Mailing list
__________________
Follow Me At Twitter : http://twitter.com/sistemrahsia

Last edited by AmirulFaisyal; 06-08-2007 at 09:38 PM.


Reply With Quote
  #2 (permalink)  
Old 06-06-2007, 10:51 PM
WC300
 
Join Date: May 2006
Location: SisPlex, Malaysia
Posts: 427
AmirulFaisyal is an unknown quantity at this point
iTrader: (6)
Default sambungan...

Langkah 6.

Menentukan cara anda menerima bayaran.

Beberapa contoh cara menerima bayaran:

Malaysia : 1. Online banking- Maybank2u, CimbClicks, dll.
2. Wang pos/money order/cek
3. ATM
4. Kad debit/kredit

Antarabangsa: 1. PayPal
2. 2CO - Kad kredit/kad debit
3. Wire Transfer


Thread yang membantu:

Bagaimana memohon kad debit:
*Cek semula Prerequisite

Cara nk clearkan cek google:
Cara nk clearkan cek google

Bagaimana membina borang pesanan:
*Boleh rujuk semula Langkah 3

Memahami 2CheckOut:
2CHECKOUT PROBLEMO

Sumber:

www.PayPal.com
www.2CheckOut.com
www.Maybank2u.com.my
www.CimbClicks.com.my

Langkah 7.

Mula menjual dan melakukan promosi.

Contoh pemasaran:

1. Pemasaran melalui forum - Jangan SPAM udah le..
2. Pengiklanan melalui banner.
3. Joint Venture
4. Pay Per Click
5. Pemasaran viral
6. Pemasaran affiliate

Tips:

1. Kenal pasti tempat yang sesuai untuk anda memasarkan produk anda.

Contoh salah: Mempromosi produk kesihatan di forum pelaburan saham. Ada peluang untuk terjual but it's not worth your effort.

2. Kenal pasti teknik pemasaran mana yang paling memberikan hasil, tumpukan usaha anda kepada teknik tersebut. Sebagai contoh, ika pemasaran melalui Pay Per Click mendatangkan hasil yang lebih dari teknik pemasaran yang lain, lebihkan fokus anda kepada teknikPPC.

Thread yang membantu:

Tip, Teknik dan Panduan Pengiklanan
Tip, Teknik dan Panduan Pengiklanan

Kaedah Pengiklanan/Pemasaran
Kaedah Pengiklanan/Pemasaran

Teknik Pemasaran Menggunakan Email
Teknik Pemasaran Menggunakan Email

Macam mana nak promote web site
MACAM MANA NAK PROMOTE WEB SITE

Teknik pemasaran paling berkesan
teknik pemasaran paling berkesan


Langkah Terakhir

“Wash, rinse, and repeat”

Ok, setelah melakukan langkah-langkah yang ditunjukkan diatas, produk yang anda jual tak laku dan tak dapat sambutan yang menggalakkan, kenapa?

1. Tiada Unique Selling Point (@ Proposition), USP. Prospek tak nampak sebab apa mereka PATUT beli produk anda daripada membeli produk pesaing anda.

2. Kaedah pemasaran yang salah (cek semula tips di langkah 7)

3. Produk yang hampir seakan-akan produk anda boleh didapati secara percuma melalui enjin carian (biasanya produk digital). Pendek kata tiada keunikan dalam produk anda. (Rujuk #1)

Sekiranya produk anda mendapatkan sambutan yang menggalakkan, kini anda telah berjaya membina satu sistem dalam perniagaan internet anda. Tugas anda sekarang adalah melakukan duplikasi terhadap sistem tersebut untuk perniagaan internet anda yang seterusnya.

Anda juga boleh pilih samada untuk mencari pasaran tertumpu lain, menduplikasi sistem anda ke dalam pasaran tertumpu yang terbaru, atau hanya fokus pada pasaran sedia ada anda dengan pelbagai lagi produk-produk terbaru.

Sebenarnya terdapat pelbagai lagi langkah yang anda perlu lakukan namun 7 langkah di atas hanyalah langkah asas dalam membina perniagaan internet. Ada upselling, backend selling, kajian demographic, crossover niche, dan sebagainya. InsyaAllah jika ada kelapangan saya akan menambah langkah yang seterusnya.

Contoh model perniagaan internet lain yang telah dibincangkan disini:

1. E-commerce dropshipping.

eCommerce:: Drop Shipping Konsep
eCommerce:: Drop Shipping Konsep.

2. Umum (Mesti Baca!)

Kelas Perniagaan Internet Bersama SaifulSham
Kelas Perniagaan Internet Bersama SaifulSham

3. Jual beli nama domain

Jual Domain
Jual Domain

4. Perniagaan servis hosting

Cara memulakan perniagaan hosting
Cara memulakan perniagaan hosting

5. Perniagaan Servis Ebook Cover Design

Ebook Cover Business
Ebook Cover Business

6. Perniagaan Internet model Ebay

Camna nak mulakan bisness di ebay ?
Camna nak mulakan bisness di ebay ?

Akhir kata, take action, panduan ini tiada gunanya jika anda hanya baca dan tinggalkan. Ambil tindakan dari sekarang, insyaAllah rezeki Allah akan tiba untuk anda suatu hari nanti.

“Do or do not; there is no try”
-Yoda (The Empire Strikes Back)

Untuk manfaat bersama,
Amirul Faisyal

p.s: Sebarang komen, penambahbaikan amat dialu-alukan.

p.s.s : Untuk anda yang nak versi PDF, anda boleh download melalui link dibawah. Percuma dan anda tak perlu bayar apa-apa.

http://www.sistemrahsia.com/Perniaga...etLIVEDiWC.pdf

("Right Click dan "Save As")
__________________
Follow Me At Twitter : http://twitter.com/sistemrahsia

Last edited by AmirulFaisyal; 06-06-2007 at 10:56 PM.


Reply With Quote
  #3 (permalink)  
Old 06-07-2007, 08:48 AM
percuma's Avatar
WC300
 
Join Date: Sep 2006
Location: Ampang, Selangor
Posts: 710
percuma is on a distinguished road
iTrader: (12)
Default

saya cadangkan thread ni di buat sticky..bagus untuk rujukan terutama newbie..saya sendiri pun banyak lagi yang tak sempat saya baca..kalau lain kali orang nak refer kita tunjuk je thread ni


Reply With Quote
  #4 (permalink)  
Old 06-07-2007, 10:42 AM
tazamfn's Avatar
Senior Member
 
Join Date: Jun 2006
Posts: 273
tazamfn is an unknown quantity at this point
Send a message via Yahoo to tazamfn
iTrader: (3)
Default

Terima kasih Amirul info yang sangat sangat bermanfaat...dan lagi ia diberi percuma

p/s : teringat lagu dari kumpulan scorpians "what u give u get back"
__________________

Laman Web : Portal Keusahawanan, Pelaburan dan Perniagaan Internet
Jom Klik : Blog Cari Duit

Jom lawat web baru: Cybershop Online

Minat Melabur Dalam Dana Islamic contact me 019-3649613 or email tazamfn @ gmail.com atau YM : tazamfn

Last edited by tazamfn; 06-07-2007 at 10:46 AM.


Reply With Quote
  #5 (permalink)  
Old 06-07-2007, 09:07 PM
emzek's Avatar
Junior Member
 
Join Date: Jun 2007
Location: Guangzhou, CHINA.
Posts: 127
emzek is on a distinguished road
Send a message via Yahoo to emzek
iTrader: (0)
Default

TQ... mmg sy info yg sgt berguna utk newbie mcm sy ni...
__________________
source CHINA product to the WORLD
em_zeck@yahoo.com
http://emzek.com


Reply With Quote
  #6 (permalink)  
Old 06-07-2007, 10:24 PM
akmal's Avatar
WC300
 
Join Date: Jun 2007
Location: selangor
Posts: 48
akmal is on a distinguished road
iTrader: (0)
Default

Nampaknya saudara amirul ni sungguh prihatin dengan kehendak newbie dalam perniagaan internet ni. Langkah-langkah yang disyorkan sememangnya patut diikuti. Semangat beliau untuk membantu mereka yang baru juga harus dicontohi. Tahniah dan terima kasih.
'Sharing is Caring'.


Reply With Quote
  #7 (permalink)  
Old 06-07-2007, 10:31 PM
Junior Member
 
Join Date: Jul 2006
Posts: 62
rafaizul is an unknown quantity at this point
iTrader: (0)
Default

Tq Amirul krn daya usaha anda mengumpulkan dan munyusun threat2 terdahulu di WC ni utk rujukan newbie spt saya. Saya ibaratkan WC ni adalah sekolah internet saya dan sdr Amirul adalah salah seorg tenaga pengajarnya. Manakala ebook2 dari otai2 WC sbg buku teks rujukan.


Reply With Quote
  #8 (permalink)  
Old 06-08-2007, 12:12 AM
afiq's Avatar
Junior Member
 
Join Date: Apr 2007
Location: Tengganu
Posts: 143
afiq is on a distinguished road
Send a message via Yahoo to afiq
iTrader: (0)
Post

Thanx for share Amirul
__________________
Want Advertise Here....Plz pm me..


Reply With Quote
  #9 (permalink)  
Old 06-08-2007, 08:19 AM
syia's Avatar
WC300
 
Join Date: Sep 2006
Location: Ayer Keroh,Melake
Posts: 318
syia is on a distinguished road
Send a message via Yahoo to syia
iTrader: (0)
Default

ye.. Go AmiRul hehe.. bagus la bile syia baca thread ni..cume syia nak tambah.. dlm bahagian mind set yg pertama tu maybe boleh ditambahkan memilih biz ikut personaliti.. sebabnya klau hanya ada mind set tapi dok target duit tanpa minat hancur gak jdnye
__________________
Blog Personal : Syia

"A dream not fight will haunt you forever"


Reply With Quote
  #10 (permalink)  
Old 06-08-2007, 03:52 PM
New Member
 
Join Date: May 2007
Location: Melaka
Posts: 6
it_was_me is on a distinguished road
iTrader: (0)
Default

Good Job Amirul! Kalau diteliti dengan betul byk thread yang berguna kat dlm forum ni tapi kadang-kadang tu bukan smue thread yang kite perasan. Ape2 pun terima kasih Amirul kerana berjaya menyediakan senarai thread yang boleh dirujuk dan berguna. Lebih-lbih lagi utk newbie mcm saya ni.

Satu lagi... SYIA.. baru hari ni perasan SYIA ni org Melaka rupenye..
__________________________________________________ ______________
"JOM HABISKAN HUTANG RUMAH DALAM TEMPOH KURANG 10 TAHUN!"
http://www.rahsiabank.com


Reply With Quote
Reply


Thread Tools
Display Modes

Posting Rules
You may not post new threads
You may not post replies
You may not post attachments
You may not edit your posts

BB code is On
Smilies are On
[IMG] code is On
HTML code is Off
Trackbacks are On
Pingbacks are On
Refbacks are On
Forum Jump

Similar Threads
Thread Thread Starter Forum Replies Last Post
Bengkel "Bagaimana Untuk Membina Modal Perniagaan Melalui Pelaburan Hartanah" nekizar Sembang Umum 3 02-15-2008 03:42 AM
100 Pembeli Bertuah - "The Ultimate Blueprint of Internet MLM Success" Zamri Nanyan WTS : Pengiklanan & Pemasaran 6 05-24-2007 04:20 PM


All times are GMT +8. The time now is 08:11 AM. - Forum style by ForumMonkeys
Powered by vBulletin® Version 3.7.0
Copyright ©2000 - 2008, Jelsoft Enterprises Ltd.
Search Engine Friendly URLs by vBSEO 3.2.0