Assalamualaikum semua forumer2 yang dihormati.
Nama saya mohd hafizi,dari puchong.orang baru di forum ini dan sangat2 berminat dengan perniagaan internet.

Diharap banyak dapat tunjuk ajar dari forumer2 expert disini.
Saya melihat satu trend dimalaysia yang mana Kebanyakkan produk2 internet malaysia terfokus pada penjualan ebook2 yang memaparkan cara-cara untuk mulakan bisnes menggunakan teknologi internet khususnya.Saya sendiri melanggan dari saudara smartzul dan saudara amirol tentang pembinaan website berkonsep e-commence dan blog.
Sememangnya produk2 mereka ini sangat2 bermutu tinggi dan membantu saya memperoleh ilmu secara segera.Terima kasih kepada mereka berdua dan saya jamin 100%,tidak rugi langsung anda mendapatkan produk2 ini.
Sebenarnya dunia komputer bukanlah sesuatu yang asing bagi saya.Saya boleh dikatakan mahir dalam dunia ini.Luar dalam komputer sudah abis dijelajahi.Dari dunia hardware hingga software semua dah pernah cuba.Setakat komputer buat hal fizikal dan mental 'nya',memang tak ada masalah nak repair sendiri.Tapi sebelum semua ilmu tu,banyak juga pengorbanan yang perlu dilakukan.Wang dan masa jangan ceritalah.Satu2 yang yang agak tak sempat nak 'kejar sendiri' ialah pembinaan website e-commence dan blog manual.Terima kasih banyak banyak2 kepada saudara smartzul dan amirol atas usaha menerbitkan ebuku tersebut.
Berbalik kepada tajuk utama saya"akan datang!". Para forumer yang membaca mesti tertanya-tanya apa yang akan datang tu? Begini ceritanya:
Sebenarnya saya telah mengusahakan suatu produk perisian yang diharap dapat merevolusikan perniagaan internet dimalaysia.Seperti yang dinyatakan sebelum ini,kebanyakkan internet marketers dimalaysia banyak menghasilkan ebuku2 untuk perniagaan mereka.Mereka yang berminat dengan perniagaan ini akan memulakan perniagaan internet mereka dengan cara affiliate terhadap ebuku2 tersebut atau membuat ebuku2 sendiri.
Perniagaan ebuku ini boleh dikatakan suatu bisnes perkhidmatan berdasarkan pengetahuan penyedia ebuku tersebut.Sememangnya ia sesuatu yang sangat bagus dan amat digalakkan.Tetapi apa yang saya perhatikan, para perniaga internet terlalu bergantung kepada ebuku-ebuku sebagai produk mereka.
Oleh itu saya disini cuba membuat sesuatu yang baru.Membina perisian2 sebagai produk jualan. Produk ini belum pernah berada disebarang pasaran,fresh,dicari2 orang, dan dibina dengan usaha jerih-perih selama 5 tahun lebih! Diharap produk ini dapat memberi manfaat bukan sahaja sebagai punca pendapatan orang ramai malah memartabatkan nama bangsa dan negara.Produk ini bersifat antarabangsa tetapi saya membuka pasaran malaysia dahulu supaya dapat memberi peluang kepada rakyat malaysia menjadi pelopor dan peneraju produk ini.
Apakah produk ini? Nantikan pengumuman saya dalam masa terdekat.Saya nak lihat dulu respon dari forumers disini.Sekiranya memuaskan,andalah orangnya yang saya berikan peluang menjadi pelopor produk2 ini.
