Welcome to the forums
Community
Navigation
WC Navigation
Main Page
Article Directory
Affiliate Directory
IM Blog Directory
Download Directory
Forum Menu
Home
Register
FAQ
Members List
Calendar
Search
Today's Posts
Mark Forums Read
Mark Forums Read
View Forum Leaders


Sponsor
Klik Disini Untuk Menaja!.
Terima kasih diucapkan kepada pihak-pihak yang telah sudi menaja kewujudan website ini..



Iklan Berbayar
Klik Disini Untuk Mengiklan!.


Loans
Car Finance
Electricity Suppliers
Mobile Phone
PunBB forum hosting

 


Welcome, Unregistered.
Member Panel
Go Back   WangCyber.com - Komuniti Usahawan Internet Malaysia > Menjana Wang Secara Online > Perniagaan Internet

Reply
 
LinkBack Thread Tools Display Modes
  #21 (permalink)  
Old 03-08-2007, 06:39 AM
syia's Avatar
WC300
 
Join Date: Sep 2006
Location: Ayer Keroh,Melake
Posts: 318
syia is on a distinguished road
Send a message via Yahoo to syia
iTrader: (0)
Default

software yg bagus tp.. adakah akan dijual secara package atau.. asing2
__________________
Blog Personal : Syia

"A dream not fight will haunt you forever"


Reply With Quote
  #22 (permalink)  
Old 03-08-2007, 11:45 PM
New Member
 
Join Date: Feb 2007
Location: Puchong
Posts: 29
hafizi83 is on a distinguished road
Send a message via Yahoo to hafizi83
iTrader: (0)
Thumbs up

Terima kasih kepada semua rakan2 yang memberi dorongan dan sokongan kepada projek ini

Berita baik,saya turut menyediakan versi percuma bagi EngMalay AutoTranslate v1.0.Versi ini mempunyai limit tertentu berbanding versi personal.Untuk versi ini,saya bercadang untuk meletakkan iklan banner kecil dibahagian bawah perisian.Ianya tidak akan mengganggu proses terjemahan dan pengguna.

Saya membuka peluang kepada sebarang individu atau syarikat sendirian yang berminat untuk meletakkan iklan kekalnya(tanpa had limit masa,produk atau perkhidmatan) di sini dengan terma dan syarat tertentu.Syaratnya tidak melibatkan bayaran pengiklanan tetapi bercirikan sistem perkongsian dengan nisbah yang sangattt kecil .Mudah dan ringkas.Teman-teman yang berminat,sila hubungi email saya untuk perbincangan.

Berikut ialah spesifikasi dan rancangan perniagaan saya untuk anda.

Kesemua perisian ini bekerja secara offline.

Spesifikasi ringkas perisian ini:
-EngMalay AutoTranslate v1.0 freeware
*Terjemah english kepada melayu dan melayu kepada english.
*2 pilihan terjemahan iaitu 1.normal translate , 2.intelligent translate.
*Limit kepada maksimum 10 perkataan sahaja untuk setiap sesi terjemahan.
*Hasil terjemahan tidak boleh dimanipulasi(tidak boleh copy secara terus)
*Tidak diberikan perkhidmatan kemaskini.

-EngMalay AutoTranslate v1.0 versi Personal
*Terjemah english kepada melayu dan melayu kepada english.
*2 pilihan terjemahan iaitu 1.normal translate , 2.intelligent translate.
*Menterjemah maksimum 1000 perkataan untuk setiap sesi terjemahan.
*Tidak perlu taip,boleh load secara terus dari sebarang fail document(support .doc, .rtf.txt)
*Hasil terjemahan boleh dimanipulasi(boleh copy dan simpan)
*Kemaskini percuma seumur hidup.
*Mendapat semua manfaat yang disediakan kepada pelanggan.

Secara dasarnya, proses menterjemah bahasa melayu kepada english lebih rumit dan kompleks berbanding sebaliknya. Ini kerana susunan tatabahasa english yang melibatkan present tense,past tense, present tense dan future tense dalam bahasa english adalah perkara kritikal untuk mereka yang berbahasa english memahami makna sesuatu perkara.

Tujuan utama aplikasi ini bukanlah untuk menghasilkan sebuah penterjemah dengan nahu tatabahasa yang sempurna tetapi lebih kepada bagi membolehkan pengguna kedua-dua bahasa ini saling memahami maksud yang hendak disampaikan.

Untuk menterjemah 100% tepat secara automatik antara kedua-dua bahasa tersebut adalah hampir mustahil . Ianya mungkin berjaya dengan dengan pelaburan jutaan ringgit dan pastinya memakan masa yang panjang.Keadaan ini berlaku kerana beberapa perkara utama yang perlu dipertimbangkan iaitu:

1.perbezaan yang amat ketara didalam susunan tatabahasa.Contoh paling
mudah:

That pretty girl is my fiance.
itu cantik perempuan ialah saya tunang.


Perisian ini buat masa sekarang mampu membetulkan susunan ayat asas (intelligent translate)yang melibatkan perkataan penting berikut:

my (contohnya :- my car = kereta saya) , your (your car = kereta awak) , our (our club=kelab kami) , their (their club = kelab mereka) , that ( that car = [kereta itu : bahawa kereta]) , this (this cat=kucing ini) , as ... as ( as hard as = sekeras) , as ...as possible (as fast as possible = secepat yang mungkin ) , new (new cloth = pakaian baru ) , day (nice day = [hari yang : hari] baik), your own(your own idea=idea anda sendiri) ,their own,our own,my own,his own,one.,following,another,it own,next,in color,other,he,main......... (akan ditambah dari masa kesemasa)

dan kata sifat (new,difficult,smart,pretty,....200 yang lain) yang sering digunakan.
new car = kereta baru, difficult way = jalan yang sukar .... dan lain2.

2.Perkongsian makna untuk satu perkataan.Contoh paling mudah:

to = [untuk : ke : kepada]

Dalam aplikasi ini masalah kepelbagaian makna bagi setiap perkataan diselesaikan dengan cara membuat pilihan perkataan yang paling sesuai dengan pilihan makna yang pelbagai.Contohnya seperti terjemahan berikut:

“you are chicken”

Menghasilkan terjemahan berikut:

“Kamu [ayam : pengecut]”


3.Perbezaan cara berfikir,budaya dan persekitaran. Terdapat makna perkataan dan frasa ayat yang tidak dapat diterjemah secara terus seperti kata-kata halus dan sindiran, puisi,karya sastera yang mempunyai maksud tersendiri untuk setiap ayat dan perkataannya.Contoh paling mudah ialah:

Watch your back! = baik kamu berhati-hati! (ugutan)

Aplikasi ini disertakan bersama puluhan ribu terjemahan frasa pendek bagi membolehkan terjemahan menghampiri makna setepat mungkin.

Contohnya:

Not done yet. = masih belum selesai.
On the other hand,= disebalik itu,


-Malay Roman 2 Jawi Script Translator PRO v2.0
*Terjemah rumi kepada jawi dan jawi kepada rumi
*Disertakan bersama virtual keyboard jawi asas untuk digunakan pada microsoft word.
*Virtual keyboard jawi asas untuk menulis jawi dalam perisian.
*2 kaedah terjemahan iaitu pangkalan data dan automatik.
*Load fail terus kedalam perisian untuk diterjemah.(support .doc ,.rtf dan .txt)
*Simpan hasil terjemahan dalam format microsoft word (.doc) atau Rich text File (.rtf) atau Text File (.txt).
*Unlimited translate!!(tapi dicadangkan bawah 5 ribu)

Terjemahan automatik secara sendiri mampu menterjemah rumi kepada jawi dengan ketepatan 65%(diuji ketika proses pembinaan).Dengan sistem AI ini,ia mampu terjemah sebarang input yang dimasukkan kedalamnya.
Pangkalan data mengandungi 45 ribu perkataan utama buat masa ini dan akan sentiasa dikemaskini.
Hasil terjemahan dalam bentuk unicode(boleh menggunakan sebarang font didalam komputer).Hasil boleh diedit sekiranya perlu.

MEAMS Translator v0.5
Terjemahan menggunakan konsep "Word to word translation" sepenuhnya.Ini bermakna setiap perkataan di terjemah dengan perkataan yang lain.
Jika anda perasan,aplikasi ini melibatkan 3 bahasa utama asia(melayu,chinese,arab). 1bahasa globalisasi(english) dan 1bahasa utama eropah dan amerika latin(spain).
Diharap dengan adanya aplikasi ini mampu membuka peluang-peluang yang bermanfaat kepada semua orang(perniagaan,komunikasi,maklumat dan sebagainya)

MEAMS Dictionary v1.5
e-dictionary yang memudahkan pengguna mencari maksud perkataan bagi kelima-lima bahasa.Terdapat lebih 300 ribu patah perkataan untuk kelima-lima bahasa dan akan sentiasa dikemaskini.Perkataan di semak menggunakan google translator.

Saya tidak mengatakan produk-produk ini yang terbaik dipasaran buat masa ini, tetapi saya bermatlamat menjadikannya yang terbaik dalam tempoh yang terdekat.Oleh itu,saya menyediakan peraduan dengan habuan besar kepada pemenang bulanan.Peraduan ini memberikan hadiah wang tunai 20% dari hasil keseluruhan jualan bulanan kesemua aplikasi.Penglibatan pelanggan dalam peraduan ini membantu membaiki mutu perisian ini dari masa ke semasa.

Peraduannya amattt mudah.Pelanggan gunakan perisian ini, kesan kesilapan terjemahan,hantarkan kesilapan beserta pembetulan sebanyak mungkin.Pemenang akan dipilih setiap bulan sehingga satu tempoh tertentu.

Jualan affilate ialah 30% bagi setiap pelanggan.Bagi 250 pelanggan pelopor, affilate ialah 50% seumur hidup beserta beberapa PAKEJ KHAS yang hanya mereka sahaja yang tahu.

Untuk pasaran antarabangsa,saya serahkan bulat-bulat kepada pelanggan.Anda sediakan website sendiri,dan pembeli antarabangsa membeli dari anda secara direct.Anda hanya perlu membeli lesen dari saya dengan harga setelah tolak dengan nilai affiliate anda.(contoh: harga produk RM50, maka anda membeli lesen dari saya dengan harga RM35)

Pertanyaan yang baik dari saudari syia.Untuk 250 pelanggan pelopor,mereka PERLU membeli produk secara pakej .(RM150 sahaja untuk kesemua produk).Manakala pelanggan seterusnya boleh membeli secara berasingan atau pakej dengan harga-harga yang ditetapkan bagi setiap perisian.


Kepada saudara adiputra,Saya sememangnya berniat untuk menjadikan komuniti forum ini sebagai team pemasaran produk ini. Mereka inilah orang-orang yang benar2 serius untuk memajukan diri sendiri.Sama-sama mendapat manfaat jangka masa panjang dan pendek.Saya juga mempunyai banyak idea lain tetapi masih belum berkesempatan untuk dilaksanakan dalam tempoh terdekat.

Sila nantikan kemunculan produk ini dalam tempoh kurang 1 bulan dari sekarang.Produk freeware pula akan keluar kurang 2 minggu dari sekarang(tengah tunggu daftar compeni dan design website tak siap2 lagi..).Jadilah orang terawal mencubanya.

Minta maaf,penerangan ringkas yang terlalu panjang. (maklumat lanjut akan dipaparkan didalam website produk yang akan launch tidak berapa lama lagi.)

P/S: esok saya akan paparkan kesemua control panel perisian ini untuk tontonan semua.


Reply With Quote
  #23 (permalink)  
Old 03-09-2007, 03:30 AM
b1naryc0de's Avatar
Junior Member
 
Join Date: Jan 2006
Posts: 198
b1naryc0de is an unknown quantity at this point
iTrader: (2)
Thumbs up

Wah hafizi.. Tahniah kerana menghasilkan software2 yang hebat!! Dari penerangan hafizi nampak software ini menarik dan unik.. Tak sabar nak tengok mutu software yang sebenarnya..

AutoTranslate dan Malay Roman 2 Jawi tu memang agak kompleks untuk buat terutamanya AutoTranslate.. Tahniah sekali lagi..

Rancangan perniagaan pon bagus..


Reply With Quote
  #24 (permalink)  
Old 03-09-2007, 06:58 AM
Syawarma's Avatar
WC300
 
Join Date: Jan 2007
Location: KBKEL
Posts: 570
Syawarma is on a distinguished road
Send a message via Yahoo to Syawarma
iTrader: (45)
Default

Alhamdulillah, perisian sebegini memang bagus ni, sy dah 2 tahun memasarkan Perisian Terjemahan Jawi-Rumi-Jawi dan Kamus BI-BM-BA secara Offline dan sekarang sedang membuat persiapan utk memasarkan secara Online pulak. Jadi software2 saudara Hafizi ni boleh membanyakkan produk2 saya kelak. Insya-Allah sy takkan lepaskan peluang keemasan ni. Kekawan semua, mari kita bantu saudara kita ni..............Martabatkan Tulisan Jawi.
__________________


Reply With Quote
  #25 (permalink)  
Old 03-09-2007, 07:58 AM
TheReds's Avatar
WC300
 
Join Date: Jan 2007
Posts: 1,575
TheReds is on a distinguished road
iTrader: (35)
Default

tahniah hafizi..memang hebat..
seorang lagi melayu boleh telah muncul...
__________________

~A Winner Never Quits~


Reply With Quote
  #26 (permalink)  
Old 03-09-2007, 04:29 PM
New Member
 
Join Date: Feb 2007
Location: Puchong
Posts: 29
hafizi83 is on a distinguished road
Send a message via Yahoo to hafizi83
iTrader: (0)
Default

sebaik mana pun projek,jika tidak mendapat sokongan ramai tetap tidak kemana.Jika diikutkan,siapa yang hendak laburkan 5 tahun dalam hidupnya yang singkat ini untuk membuat sesuatu yang tidak tahu berbaloi atau tidak? Untuk membinanya bukan boleh suka2 .Perlukan fokus tinggi dan semangat yang kuat.Mudah sahaja kalau nak putus asa ditengah jalan..Banyak pengorbanan dan air mata..mana orang tahu.

kalau nak,boleh saja saya beri percuma perisian jawi rumi saya tu. Memang itu pun niat asal saya..Tapi bila difikirkan kesannya kepada perniaga perisian ini yang lain,sama seperti saya mencurah pasir kedalam periuk nasi mereka.Lebih2 lagi kepada syarikat yang telah melabur beribu2 (maybe berpuluh ribu) ringgit.Mereka semua ini orang kita...Berniat memartabatkan tulisan jawi dan minta usaha mereka dihargai walaupun sedikit..Mereka pun manusia,perlu makan dan beri makan pada keluarga..Bersaing ok,tapi mencurah pasir ke dalam periuk bukanlah suatu tindakan yang bijak..

Begitu juga dengan perisian saya yang lain.Jika diberi percuma begitu sahaja,lambat laun akan membawa musibah kepada industri teknologi perisian negara kita.Tiada lagi orang(sama ada sendiri mahupun company) yang sanggup untuk membina perisian sekiranya tidak membawa apa2 kebaikkan kepada empunya usaha.ialah,belum launch lagi dah keluar yang free.Akhirnya industri ini mati dinegara kita dan jika hendak pun perlu keluarkan belanja besar untuk mengupah proggrammer2 professional.

Sikap kebanyakkan orang kita(pastinya buka anda!! ) bukan seperti bangsa2 eropah.Mereka sangat menghargai hasil seni dan hasil kerja orang lain.Walaupun ada yang percuma,tanpa ragu2 mereka sanggup keluar duit dengan sebab hanya suka kepada design sesuatu perisian tersebut...

Tahukah anda,nama malaysia bukanlah baik sangat dikalangan internet marketers dunia. Tahukah mengapa? ini kerana banyaknya perniaga dirantau ini yang menjalankan perniagaan secara salah. Lebih2 lagi kita ni orang islam.Salah sahaja dimata mereka.Kalau bukan kita yang perbaiki keadaan ini,takkanlah nak harapkan mat salleh buat untuk kita? Sampai kucing bertanduk pun takkan berlaku...

kata orang untuk jadi jutawan,kita kena jadikan orang lain jutawan dulu.Berkongsi kekayaan dan rezeki tuhan bersama2.Inilah yang dilakukan oleh sistem affiliate ciptaan barat yang sebenarnya dah lama ada dalam alquran.

Orang2 kita juga suka sangat tunggu dan lihat.Lebih suka menjadi follower dari jadi pioneer atau founder..Contohnya jika dah dah terbukti ada orang jadi jutawan, barulah beramai2 nak join dan menjadi ikutan.Sedangkan jika bertindak awal,sudah tentu yang jutawan itu adalah dirinya.

Jika tidak mampu menjadi founder,jadi pioneer pun sudah cukup bagus.Bertindak,keluarkan sedikit modal dan jalankan kerja yang sepatutnya.Usah menuggu sesiapa kerana tiada sesiapa menuggu kita.Betul atau tidak sesuatu itu,kita sendiri dapat fikirkan.


Reply With Quote
  #27 (permalink)  
Old 04-23-2008, 08:49 PM
IM Dreamer's Avatar
Junior Member
 
Join Date: Apr 2008
Location: Kota Bharu, Kelantan, Malaysia, Bumi, Cakerawala Bimasakti, (hak ALLAH semuanya)
Posts: 126
IM Dreamer is on a distinguished road
iTrader: (0)
Talking best nih!

1st of ol, congratz to your great effort!

pergh! tak sabar2 nak tunggu2 nih!


Reply With Quote
  #29 (permalink)  
Old 04-29-2008, 10:23 AM
ilhamputra's Avatar
WC300
 
Join Date: Nov 2007
Location: selangor
Posts: 138
ilhamputra is an unknown quantity at this point
iTrader: (6)
Default

wah tahniah.satu lagi produk yg akan hot di pasaran.sy tak sabar nak tengok semua aplikasi dan kelebihan software tu.benda yg berguna.susah tu kalau nak terjemah.ape pon keep it up.i'm waiting for that moment reveal.


Reply With Quote
  #30 (permalink)  
Old 04-29-2008, 11:40 AM
Pioneer Member
 
Join Date: May 2006
Posts: 1,008
zinedine is an unknown quantity at this point
iTrader: (0)
Default

Bila nak dilancarkan software terjemahan ni? berapa harga nak dijual?


Reply With Quote
Reply


Thread Tools
Display Modes

Posting Rules
You may not post new threads
You may not post replies
You may not post attachments
You may not edit your posts

BB code is On
Smilies are On
[IMG] code is On
HTML code is Off
Trackbacks are On
Pingbacks are On
Refbacks are On
Forum Jump

Similar Threads
Thread Thread Starter Forum Replies Last Post
January datang lagi. muhdmuax Sembang Umum 8 01-07-2007 10:14 AM
Akan Datang : Video Interaktif RajaBLog.info ramzwatcher WTS : Pengiklanan & Pemasaran 0 12-22-2006 05:44 AM
Workshop laman web perniagaan ke-2 akan datang.. invtr WTS : Pengiklanan & Pemasaran 1 08-22-2006 08:01 PM


All times are GMT +8. The time now is 07:52 AM. - Forum style by ForumMonkeys
Powered by vBulletin® Version 3.7.0
Copyright ©2000 - 2008, Jelsoft Enterprises Ltd.
Search Engine Friendly URLs by vBSEO 3.2.0