Terima kasih kepada teman forumer sekalian.Saya sangat menghargai sumbangan pendapat dari anda semua.Ramai dari anda bertanya tentang perisian ini.Baiklah,disini saya akan terangkan serba sedikit.
Saya telah menghabiskan masa 5 tahun untuk merealisasikan projek ini.Saya telah membina 3 buah perisian "core" dan 1 alpha yang akan menjadi tunjang utamanya.Perisian tersebut ialah:
1.EngMalay AutoTranslate v1.0
2.Malay Roman 2 Jawi Script Translator PRO v2.0
3.MEAMP Dictionary v1.5 (malay-English-Arabic-Mandarin-Spain)
4.MEAMP Translator v0.5 (alpha)
(maklumat lengkap keempat-empat perisian ini,paparan,projek dll akan saya upload disini dalam masa terdekat bagi sesiapa yang berminat lebih lanjut)
Saya sangat setuju dengan pendapat saudara nezrulh.Memang benar hanya "syarikat2 besar dan "individu2 dgn 'pasukan ghaib'" sahaja yang meceburi bidang ini.Antara sebabnya ialah memerlukan
modal yang besar,kepakaran komputer, serta masa yang bukan sedikit.Walaupun secara fizikalnya tidak perlu beli "konkrit dan batu" untuk membina sebuah perisian,namun sesuatu kerja memerlukan modal yang besar apabila bermain dengan masa dan pengetahuan proffesional.
Didalam akhbar mingguan Malaysia bertarikh 28 Januari 2007, kementerian kebudayaan,kesenian warisan Malaysia telah membelanjakan
RM1.7 juta untuk menghasilkan perisian jawi [k-jawi] yang akan berada dipasaran dalam masa terdekat ini. Disini anda sendiri boleh menilai perbelanjaan yang diperlukan bagi menghasilkan satu aplikasi yang melibatkan pengumpulan data serta maklumat terutama melibatkan ketepatan yang tinggi.3 buah perisian saya melibatkan pengumpulan data yang kritikal dan jumlah modal yang diperlukan sekurangnya RM3 juta jika mengharapkan kerajaan membayar untuk sesebuah syarikat membinanya secara komer****
Secara teorinya,RM1.7 juta itu boleh dijimatkan sekiranya ada sesiapa diluar sana yang mempunyai inisiatif membina perisian tersebut secara sendirian mahupun berkumpulan dengan modal yang sangat2 kecil.Inilah dinamakan
"the power of knowledge".Secara jujur,untuk mencipta sebuah perisian biasa bukanlah sesuatu yang terlalu sukar[itupun selepas pecah kepala belajar laaa...].Lebih-lebih lagi dengan teknologi bahasa komputer yang semakin mudah masa kini.Bagi seorang professional, dalam masa 10 minit sudah berupaya merekacipta sebuah aplikasi yang complicated.Kebanyakkan masa habis untuk decoration.
sebenarnya, dimalaysia ini banyak juga perisian buatan malaysia yang telah dibina dan diketahui umum contohnya seperti e-kamus.Namun begitu,pemasaran utamanya tidak menggunakan medium internet sebagai cabang utama.Ianya di launch dalam surat khabar,dijual oleh wakil jualan di IPTA,pejabat kerajaan dan sebagainya.Seperti yang diketahui,jualan e-kamus sangat2 memberangsangkan kerana pemasaran yang betul dan promosi yang baik.Saya percaya,kebanyakkan komputer rakan2 disini mempunyai perisian ini.[sama ada pirate atau ori]

ops:
Dengan adanya produk seperti,saya sebenarnya boleh membuat banyak pilihan.Saya boleh menjual hak cipta dengan harga yang pastinya memuaskan kepada syarikat dalam atau luar negara.Saya juga boleh jalankan perniagaan konversional seperti syarikat perisian ekamus lakukan.Namun begitu,saya ingin mencuba perniagaan internet sebagai teras utama.Dengan ini akan mengembangkan lagi industri ini dan seterusnya dapat memberi manfaat kepada banyak orang.Saya mahu perisian saya ini dikenang bukan sahaja memudahkan kerja awam tetapi membantu perkembangan industri ebiz dimalaysia khususnya.Peluang diberi seluas-luasnya kepada sesiapa sahaja yang berminat untuk memulakan perniagaan internet sendiri tanpa produk.Dengan keuntungan
30% dari setiap jualan, pasaran seluas dunia dengan barangan serba baru pastinya satu peluang yang baik bagi mereka yang serius.
Selain jualan affiliate,saya turut menyediakan projek lain kepada para pelanggan.Habuannya sangat besar iaitu
20% hasil jualan bulanan!.Nantikan ia launch dalam masa terdekat ni dan rebut peluang menjadi perintis terawal.250 perintis terawal akan diberi bonus affiliate mencecah
50%.
Jumpa lagi dalam masa terdekat.[minta maaf jika ada tersilap bahasa dimana-mana.Saya tidak berapa pandai menulis

]