+ Reply to Thread
Results 1 to 10 of 46
- 09-27-2009 08:21 PM #1Loyal Member Array
- Join Date
- May 2008
- Location
- Inovattic Solution
- Posts
- 697
- Thanks
- 3
- Thanked 91 Times in 27 Posts
[PERSOALAN] Adakah Patut Harga E-book Lebih Mahal Daripada Buku?
Assalamualaikum dan salam sejahtera saya ucapkan.
Thread ini dibukan bukan bertujuan untuk menganiaya mana-mana pihak. Tetapi ingin mewujudkan sebuah topik perbincangan mengenai harga e-book dalam pasaran tempatan.
Sepertimana yang kita tahu, harga sebuah e-book ada yang mencecah sehingga RM80 (ini paling mahal yang pernah saya lihat).
Manakala sebuah buku (yang boleh kita pegang), cuma berada dalam lingkungan RM17-RM49 (pasaran tempatan). Mungkin ada yang lebih mahal, saya tidak pasti. Tapi ini merupakan kajian saya.
Persoalannya, mengapa kita tidak meletakkan harga sebuah e-book sama dengan harga sebuah buku yang boleh didapati di MPH, Borders dan sebagainya? Adakah ianya disebabkan wujud perkataan "digital" dimana ia menampakkan sebuah teknologi seterusnya menjadikan ia sebagai satu sebab yang kukuh perbezaan harga sesebuah e-book dan buku?
Bagi saya, tidak salah untuk menaikkan harga e-book jika kandungan didalamnya dapat memberikan manfaat dan turut dilengkapi dengan pelbagai ilmu yang bermanfaat dan bahagian-bahagian praktikal yang jarang diselitkan dalam buku-buku yang boleh dipegang dimana ia merupakan bahagian yang dicari-cari oleh para pembaca.
Ini ditujukan khususnya e-book yang nichenya "buat duit di internet" dan sewaktu dengannya. Kebanyakkan e-book yang ditulis berdasarkan teori sahaja dan kebanyakkan adalah basic. (No offense)
Pendapat saya, tidak salah menjual e-book yang mengandungi informasi yang basic. Tetapi biarlah ia berpatutan dengan harga. Contohnya, kita ingin menjual e-book yang berkenaan dengan "Apa Itu Blog?". Tetapi harga yang kita letak ialah RM47. Tidakkah harga tersebut agak tidak berpatutan?
Melainkan kita yakin bahawa e-book yang kita cipta memang betul-betul dapat membantu para pembaca memahami apakah maklumat yang ingin disampaikan, janganlah kita cuba mengambil kesempatan ke atas mereka. Pemikiran "keuntungan semata-mata" haruslah dielakkan semasa menjual produk informasi ini.
Jadi, apakah pandangan anda? Mari kita sama-sama berkongsi pendapat agar warga forum yang lain sedar akan kegunaan e-book ini bukanlah sekadar keuntungan yang boleh diperoleh. Tetapi nilai ilmu pengetahuan dan pengalaman yang kita boleh berikan kepada para pembaca yang memerlukannya.
Semoga thread ini dapat memberi sedikit sebanyak manfaat dalam membantu industri IM dalam negara Malaysia yang tercinta ini.
- 09-27-2009 08:21 PM # ADS
- 09-27-2009 08:36 PM #2WC Premium Array
- Join Date
- Feb 2007
- Location
- Lahad Datu,Sabah
- Posts
- 5,210
- Thanks
- 103
- Thanked 73 Times in 62 Posts
- 09-27-2009 08:56 PM #3Junior Member Array
- Join Date
- Sep 2009
- Location
- Dari Allah kita datang, KepadaNYA kita dikembalikan
- Posts
- 97
- Thanks
- 0
- Thanked 0 Times in 0 Posts
Salam
Saya fikir yg menentukan harga bukannya kandungan semata2 tetapi byk faktor.
Kita andaikan kandungan e-book = kandungan buku fizikal
maka yg menyebabkan harga e-book lbh mahal adalah:
1] pembeli tak perlu keluar rumah
2] pembeli tak perlu ke kedai
3] pembeli tak perlu parking kereta/motor
4] pembeli tak perlu bersesak-sesak dijlnraya
5] jimat masa pembeli
cuma kekuranganya ialah
ebook tak didedahkan kandungannya
tidak seperti buku fizikal, kita boleh lihat page demi page
so kalau nak mahal dan suspen
buku fizikal kena seal juga, tapi ada sampel bbrp pages utk dibaca
Last edited by A d i; 09-27-2009 at 08:59 PM. Reason: Tidak semua ebook mahal >>> http://flexibleonlinedegree.co.cc
Tolong saya dapatkan income sehari hanya dengan SATU cara.
Clickbank sahaja ke, adsense sahaja ke, affiliate sahaja ke atau CPA sahaja.
Tak nak buat banyak2 program.
Kalau tahu PM saya.
- 09-27-2009 08:58 PM #4WC Premium Array
- Join Date
- Dec 2005
- Location
- SmartUsaha.com
- Posts
- 3,773
- Thanks
- 0
- Thanked 53 Times in 28 Posts
Semalam saya menonton satu rancangan TV9 iaitu Tanya Ustaz bersama ustaz Zaharuddin.
Kata beliau, di dalam Islam, tidak salah untuk kita meletakkan apa saja bentuk harga walaupun keuntungannya lebih 100 kali ganda. Ini berasaskan kepada dalil di mana ada sahabat Rasulullah yang menyarankan agar ada harga standard untuk barang2 jualan. Tapi Rasulullah tidak mahu kerana Islam juga menjaga hak peniaga selain hak pembeli. Ini untuk barangan2 yang tak terkawal lah. Boleh rujuk buku2 beliau untuk keterangan lanjutan..
Pada pendapat saya, konsep asas perletakan harga ebook adalah kepada isi kandungannya. Sejauh mana ia bermanfaat? Sejauh mana ia unik?
Tidak tepat kalau kita katakan isi yang asas tidak boleh diletak harga yang tinggi sedikit kerana yang asas pun bagi seseorang yang baru ingin bermula ia seperti satu tahap yang sulit juga. Di sinilah bermulanya tugas seorang penulis untuk membantu pembaca. Dan disebabkan support inilah adalah wajar harga tinggi sikit.
Dan, kita juga tidak boleh membandingkan ebook dengan buku kerana ebook biasanya diterbitkan oleh seorang penulis, manakala buku pula diterbitkan oleh penerbit yang mempunyai modal berbayar yang besar mencecah ratusan ribu atau jutaan ringgit. Mereka juga mempunyai staf-staf dan pekerja tersendiri untuk siapkan sebuah buku. TAPI tidak untuk seorang penulis ebook yang melakukan hampir sebahagian besar perkara. Jadi di sinilah salah satu sebab mengapa ebook sedikit mahal.
NAMUN, segalanya terserah kepada setiap individu untuk meletak harga ebook. Nak letak rendah boleh dan nak letak tinggi pun boleh. Cuma secara dasarnya, pertimbangkanlah semua sudut. Kalau harga tinggi dan support bagus, insyaAllah pembeli tak akan merungut, sebaliknya akan berpuas hati. Dan kalau harga rendah tak semestinya pembeli akan berpuas hati kerana supportnya tak bagus atau kandungan tidak membantu. Saya setakat ini bermacam harga saya letak untuk ebook saya dan so far, apa yang saya dapati, support memainkan peranan yang amat penting. Walau kandungan ebook tip top tapi support tidak bagus, memang tunggu masa sahaja untuk nama penjual difitnah macam-macam.
Di sini kita melihat ada dua aspek penting:
1. Isi kandungan yang membantu
2. Support yang bagus
Jadi harga bukanlah aspek pertama kerana ia hanyalah penilaian asas di dalam fikiran pembeli. Kalau mahal, mereka akan tetap usaha untuk membeli. Lihatlah kebanyakan produk IM, yang mahal2 pun orang dapat beli juga. Mengapa? Di sinilah yang saya katakan, harga bukan soal utama kerana orang akan tetap berusaha untuk mendapatkannya.
Di sebalik strategi seorang IM, harga perlu ada variasi tersendiri. Satu ebook berharga RM20.00 kurang laku, tapi yang berharga RM50.00 laku pula. Mengapa ini terjadi? Maka sebab itu kita perlu mengkaji harga yang sesuai untuk setiap jenis ebook. Tidak boleh kita meletak sesuka hati sahaja atau sekadar mengikut saranan orang lain. Kita perlu lakukan 'price testing'.
Sedikit selitan di sini, ada seorang IM dia buat price testing. Satu harga $9.97 dan satu lagi $10.00. Didapati yang $10.00 lagi mendapat conversion yang tinggi. Di sini kita lihat, yang digembar gemburkan selalu oleh kebanyakan IM sudah tidak menjadi. Maksudnya, setiap produk dan market mempunyai keunikan tersendiri. Di satu market teknik A menjadi, tapi bila kita duplicate untuk market B, tak jadi pula..
ps. Sebenarnya ada juga buku berharga ratusan dan ribuan ringgit. Dua buah buku topik sama yang tebalnya sama tapi lain penerbit, satu berharga $20 dan satu lagi berharga $500. Mengapa wujud perbezaan sebegini? Boleh cari video Eben Pagan di Youtube untuk jawapannya.
- 09-27-2009 09:01 PM #5WC Premium Array
- Join Date
- Dec 2005
- Location
- SmartUsaha.com
- Posts
- 3,773
- Thanks
- 0
- Thanked 53 Times in 28 Posts
- 09-27-2009 09:15 PM #6Loyal Member Array
- Join Date
- May 2008
- Location
- Inovattic Solution
- Posts
- 697
- Thanks
- 3
- Thanked 91 Times in 27 Posts
Kasimo:
Yup. Itu yang saya setuju dengan e-book. Sebab ia disertakan dengan support daripada penjual. Seterusnya membina perhubungan antara pembeli dan penjual.
- 09-27-2009 09:17 PM #7Loyal Member Array
- Join Date
- May 2008
- Location
- Inovattic Solution
- Posts
- 697
- Thanks
- 3
- Thanked 91 Times in 27 Posts
- 09-27-2009 09:58 PM #8Loyal Member Array
- Join Date
- Apr 2006
- Location
- Saratok, Sarawak
- Posts
- 408
- Thanks
- 0
- Thanked 0 Times in 0 Posts
Semasa baru mengenali ebook dulu aku pon selalu tertanya2 kenapa ebook mahal sangat? Bukannya boleh pegang pon! Kalau beli buku harganya jauh lebih murah. Setelah aku sendiri membeli ebook..baru aku paham harga mahal sebab ada khidmat support susulan berbanding buku sukar untuk kita menghubungi penulisnya untuk meminta tolong. Selain itu kandungannya yang unik & sukar untuk mendapat buku di pasaran seumpamanya.
Walaubagaimana pon aku juga tidak setuju jika harga ebook tu mahal tapi kandungannya tak setimpal dengan harganya dan support dari penulis juga hampeh!!! Bagi aku sebelum membeli ebook yang 'mahal' tu ada baiknya berkunjung ke forum-forum yang berkaitan dan tanya pendapat forumer di situ berkenaan ebook tersebut..atau juga cuba selidiki reputasi si penulis.
Adakalanya ebook jadi mahal sebab disertakan video tutorial & disertakan pelbagai lagi tools tambahan yang lain. Malah kebanyakan ebook juga akan disertakan pelbagai bonus yang berharga dengan percuma jerk! Malah KOMISYEN yang diberikan kepada rakan niaga juga tinggi sehingga 50% berbanding buku fizikal. Selain itu 95% ebook disertakan JAMINAN WANG DIKEMBALIKAN jika pembeli tidak berpuas hati. Manakala kalau beli buku jarang ada jaminan sebegini. Cuma yang merosakkan industri ebook adalah di kalangan penjual yang tidak jujur..seperti kata pepatah "Cakap Tak Serupa Bikin!".
Kesimpulan pendapat aku..adalah bersetuju dengan pandangan yang bro smartusaha @ zul katakan di atas tu
Itu adalah pandangan beliau setelah bertahun-tahun berkecimpung dalam urusan jual & beli ebook ni..melayan pelbagai karenah pelanggan. Artikel yang ditulis Dr Irfan Khairi pada link yang zul sertakan tu juga menepati isu ini..
Aku rasa golongan yang sanggup membeli ebook yang berkos mahal adalah kerana mereka sentiasa dahagakan sumber maklumat yang terkini & akan membantu menyelesaikan masalah mereka! Terutamanya apabila didapati maklumat yang didedahkan dalam ebook tu sukar untuk memperolehinya daripada buku di pasaran.
Kepada rakan penulis ebook..letak ler harga produk anda biar berbaloi-baloi dengan KUALITI isi kandungannya & SUPPORT susulan yang akan pembeli dapat
JANGAN ler terlalu mengikut trend harga pasaran harga mahal tapi produk hampeh..malah sumber maklumat yang dijual tu terlalu mudah diperolehi di internet! Maksud aku..biarlah isinya UNIK & PROFESIONAL!
Itu jer pandangan seposen aku dalam isu ni & terima kasih kepada bro aqifdg kerana buka thread ini. Pasti ramai di kalangan rakan usahawan & pembeli ebook akan meluahkan rasa hati mereka di sini kelak..! Sama-sama kita berusaha menjaga reputasi industri perniagaan ebook di Malaysia.
P.S - Harap bro Shuth akan turun padang untuk sama-sama kongsikan pandangan beliau..otai dalam bisnes & penerbitan ebook di Malaysia!Last edited by zolkie; 09-27-2009 at 10:10 PM.
- 09-27-2009 10:12 PM #9WC Premium Array
- Join Date
- Jun 2006
- Location
- ee-poh
- Posts
- 3,901
- Thanks
- 63
- Thanked 75 Times in 45 Posts
sebut tentang harga ebook lag mahal atau tak..
aku sendiri penah beli buku atau ebook buatan tempatan dan aku sendiri menilai kualiti kandungannya.
bagi aku le, ebook yang selalunya aku tertarik nak beli adalah ebook yang bersifat teknikal dan memerlukan tunjuk ajar dan nasihat serta tips berguna untuk menyelesaikan sesuatu masalah.
Jika dilihat buku, katakanlah bersifat teknikal seperti Adobe Photoshop Tricks, bleh lihat sendiri berapa harganya dipasaran..tapi aku baca sepintas lalu, just terangkan dan revealkan apa yang banyak kat internet je..
tapi kebanyakan produk ebook yang mempunyai video tutorial sekali dan disertakan sekali script atau software percuma yang amat berguna amat berbaloi untuk dibeli..sebabnya..ianya UNIK dan tidak ada langsung di kedai buku berhampiran...dan kalau tanya pasal harganya..RM50-RM100 itu rasanya berbaloi untuk dibeli
kalau buku biasa belum tentu lagi dapat menyediakan harga sebegitu murah dan juga mmpunyai support sekali..biasanya kalau buku biasa, pembeli akan terkontang-kanting mencari info sendiri dan kadang-kadang tidak diupdate...
- 09-27-2009 10:19 PM #10Moderator Array
- Join Date
- Jul 2006
- Location
- Kelantan
- Posts
- 1,787
- Thanks
- 0
- Thanked 20 Times in 11 Posts
Ok actually dalam soal nak meletakkan harga kita tidak boleh bermindakan seperti seorang "freelancer" di mana meletakkan harga bagi sesuatu produk dengan harga yang sangat murah.
Mungkin dengan meletakkan harga ebook RM10 pada pandangannya sudah mahal tetapi kita perlu fikir juga masa yang kita perlu involved untuk support customer kita.
Apa yang boleh saya katakan kita jangan takut untuk meletakkan harga dan kaji siapakah target market anda. Ada yang kata RM500 tu mahal tetapi ada orang yang kata RM500 tu tersangatlah murah!
Ia adalah mengenai target market anda. Saya punya produk iaitu NiagaKit pernah di jual dengan harga RM500 dan semua orang mengatakan produk saya mahal. Apabila saya cuba approach target market yang berbeza, mereka kata kenapa sistem ni murah sangat? (Siap tanya saya berbaloi ker buat sistem dan jual dengan harga murah ni?)
You know what, saya telah menaikkan harga NiagaKit v2 sehingga RM1299 dan orang ramai masih mengatakan bahawa harga produk ini berpatutan. And latest saya letakkan harga RM10k untuk satu company bagi satu sistem yang sama dan mereka juga kata harga yang murah!
Sebab kemampuan setiap target market adalah berbeza dan kita tidak boleh nak anggap semua target market adalah sama.
Jangan takut yer untuk letakkan harga bagi sesuatu produk berdasarkan target market anda. Berfikirlah seperti seorang usahawan dan bukannya seperti seorang "freelancer" yang hanya fikir secara short term.Last edited by Labanon; 09-27-2009 at 10:25 PM.
Similar Threads
-
Harga minyak naik tengah malam ni?
By mazlie nadzri in forum Sembang UmumReplies: 117Last Post: 02-14-2011, 10:59 PM



LinkBack URL
About LinkBacks

Reply With Quote




Bookmarks