Saja je nak kongsi Apa yang buat Saya Mula Online Bussines.
Alkisahnya,
Kalau diikutkan, form 3 saya di input kan dengan idea untuk buat online biz oleh bapak saya. Tapi masa 2, belum ada bahan2/ maklumat menjalankan online biz. jadi masa pun berlalu dengan pantas. Saya pun terlupa input2 idea online biz sampai saya 2nd year kat universiti. Lama jugak, lebih kurang 6 tahun berlalu.
Kemudian, wujudnya satu-satunya buku pada masa tu, ditulis dalam bahasa Malaysia mengenai perniagaan internet. Saya rasa semua tahu apa buku 2.
bapak saya yang beli. Dia bagi kat saya. Saya pun bacalah buku 2. Dalam sehari, dua, habis baca.
Mesti korang fikir buku 2 yang buat saya start online biz. hahaha...
Sebenarnya, lepas baca buku 2, saya belum berminat dan buat online biz, malah, saya campak lagi buku 2 merata2. biasa lah orang bujang bilik bersepah. Panas juga bapak saya sebab tak simpan baik2 buku 2.
Buku 2 sebenarnya tak buat pun saya mula nak buat online biz.
Apa yang buat saya mula online biz? Semuanya gara2 nak dekat habis final year kat universiti dan MLM. Yang menjadi pemangkin adalah MLM. Yelah, time 2 nak dekat habis belajar. Dalam kepala dah start fikir kerja+duit+duit+duit...
Jadi cerita panjang jadi pendek, Saya join MLM sebab tertarik dengan statement sebuah syarikat MLM yang saya join 2. Dia kata "e-commerce+online biz" (kononnya). Dari situ saya start cari info pasal online biz. Dari situ, minat nak buat online biz bermula.
Dan paling lawaknya bagi saya, Saya cari balik buku yang bapak saya beli yang saya campak merata2 dulu 2.
Itu lah yang buat saya tetiba je nak buat online biz.