Mudah jerk, TAK PAYAH BELI.. Sebab?
- Takder no telepon
- Identiti tidak dikenali
- website copycat
- Apa lagi ekk.. Tu je kot..
Mudah citer tak payah beli. maklumkan kat kawan2 & sedara mara.. Pelik dan sedih, kebanyakan yang menipu ni mempunyai laman web bukan main canggih.. Grafik pun hebat.. Naperlah pendek akal ekk.. Gunalah kepakaran tu untuk buat bisnes yang betul2..
Apapun, maybe Anuar tu tak tahu pasal ribu tsunamiwang baru2 ni.. Atau? Dahlah, tak payah layan. Tengok website pun dah tahu.. Smile Maybe ia SCAM.
Cuba baca petikan About kat page dia ni. Tak habis baca pon dah nak ketawa.. Baca sampai abis.
Mengenai Diri Saya
Anuar sudah mendapat habuan lumayan hampir RM 300,000.00 ribu ringgit dari Internet, kebanyakannya dari menjadi ahli barangan-barangan di Internet. Anda pasti sudah mendengar mengenainya dari pelbagai sumber di Internet. Anuar lebih suka identitinya disembunyikan kerana dia tidak suka diganggu oleh orang yang meminta-minta duit. Anuar juga tidak suka dikenali ramai kerana dia pentingkan "privacy" dia. Dia tidak suka di interview oleh pihak akhbar dan tidak akan menunjukkan mukanya di rancangan "Selamat Pagi Malaysia" atau "Malaysia Hari Ini". Anuar ada banyak lagi perkara penting yang perlu dilakukan seperti membantu orang lain menjadi kaya melalui Internet. Jadi jangan minta dia untuk adakan sebarang pelancaran produk atau menayangkan mukanya di mana-mana. Tetapi yang hampir pasti Anuar boleh membantu sesiapa yang ingin menjadi kaya melalui Internet dan dapat bekerja dari rumah sahaja. Jadi jangan banyak bertanya lagi tentang siapa Anuar!
Anda perasan tak, kat popup mula2 masuk page dia? Apa dia tawarkan?
Sertai Peraduan Melancong dan menangi peluang percutian yang menarik ke "Gold Coast, Australia” bersama Anuar, semuanya berjumlah RM30,000.00
Dia cakap dia taknak jumpa saper2, tapi bertentangan lak dengan offer peraduan tu.. Hehe..
Dulu Akmal, skang Anuar pulak.. Rosakkan market Malaysia betul. Sad
|