+ Reply to Thread
Page 1 of 19 1234511 ... LastLast
Results 1 to 10 of 185
  1. #1
    WC Premium Array
    Join Date
    Aug 2008
    Location
    ClickBank.com 917 S. Lusk Street, Suite 200 Boise ID 83706
    Posts
    7,043
    Thanks
    57
    Thanked 126 Times in 56 Posts

    Default Pengalaman Pahitku kat Mahkamah Tribunal Tuntutan Pengguna



    Adakah ANDA pernah di Tipu?

    Jika YA, Apakah Perasaan Anda?

    Paling penting, Apa yang Anda Buat Selepas itu? Berdiam je atau Lawan Balik?


    Saya ada mengikut satu seminar “Jana Wang Online Super Hebat XXXX” pada tahun lepas di KL. Seminar dianjurkan oleh seorang Guru yang baru.

    Biasalah bila dia cerita kisah dia:
    -saya gagal jana wang
    -hutang bertambah
    -kena mintak tolong saudara, orang lain.
    -dah nak give up...
    -...........
    -...........bla...bla...bla...

    -TAPI pada satu hari saya terjumpa satu "lubuk rahsia"
    -hidup dah cerah
    -Income lebih $20k satu bulan..sampai bank account dah penuh..
    -Saya ingin membantu ANDA(sila daftar seminar saya) kalau nak tahu rahsianya......
    -letak Income screen shoot
    -offer Money back Guarantee
    -Daftar sekarang sebab ada limited bonus

    Bila saya baca buku Ewian Chia yg terbaru pun lebih kurang macam tu jugak kisahnya….dia copy Ewin Chia atau Ewin chia copy dia? …em…tak tahu-lah

    Di dalam seminar preview adalah diterangkan apa kelebihan affiliate niche marketing, kenapa anda perlu buat bisnes Online sekarang, bagaimana anda CUMA guna 1 jam sehari boleh jana pendapatan 5 angka!, ikut formula saya yang mudah & ramai dah Berjaya, beli kereta/rumah besar,berhenti kerja(tak perlu lihat muka Boss), kerja kat rumah, tak jumpa difficult customer etc.

    Sales Preview talk tu memang menjanji Syurga….senang je...ikut je formula saya yg "PROVEN"

    Saya masih tak pasti selepas preview
    sebab nama Guru ni macam tak pernah dengar je….apa lagi terus hantar e-mail

    Tanya beberapa soalan macam:
    1. apa kos lain selain drp yuran seminar rm2,000
    2. Ada upsales program selepas ni
    3. Ada Money back guarantee kalau tak puas hati..

    Jawapannya
    1. +Rm350 utk running cost,etc
    2. Tak de
    3. Memang Ada Money back guarantee for whatever reason(dengan cap Mohornya Certificate yg BESAR2)


    Utk pendekkan cerita…..saya attend & rupanya indah khabar drp rupa & mintak Money back guarantee
    Tapi……ditolak dgn pelbagai alasan….


    Apa lagi …bukan panic lagi…tak tahu buat apa…..terbang rm2,000 aku…. :-(

    Bila cerita kat kawan….dia nasihat supaya buat laporan kat Polis....Bila chk lagi...ada yang nasihatkan lagi bagus laporkan kat Mahkamah Tribunal Tuntutan Pengguna

    Apa lagi , terus mintak cuti tak berbayar, terus ke Mahkamah Tribunal Tuntutan Pengguna. Lepas buat report bayar rm5 utk yuran pendengaran…..

    Memang kira frust masa tu...terus buka thread - Semua e-book adalah Tipu!

    selepas satu bulan.....

    Hari ini adalah hari pendengaran…

    Akan bersambung utk perkembangan terbaru….......(kes ini masih dlm process pendengaran)

    Bila saya bertanyakan rakan seminar saya En.Axxx, dia cakap pun dia dah give up & tak buat lagi. Sekarang Guru tu Upsales dia program lain lagi….mana dia tak frust…

    Tujuan thread bukanlah utk memusnahkan periuk nasi mana2 penganjur seminar/e-book & hanya ambil iktibar drp pengalaman saya

    Saya mengaku memang Daif sebab cepat mempercayai orang lain & masih baru lagi dlm IM ni
    • Apa yang saya kecewa ialah Guru patut berpegang teguh kpd product mereka…jika ada alasan yg valid sila pulang wang seperti yg dijanji…bukan bila mintak Money back guarantee banyaklah alasan dia..keluar semua T&C..macam kes ni sampai kena pergi mahkamah pulak …

    • Jana wang online bukan senang seperti apa yg dicerita kat Sales Preview tu……saya memang Salute Guru ni sampai boleh sign up 10 orang dlm satu preview.....Tapi kalau guna Gimmick hanya akan bagi wrong expectation je,,,,,mana tak susah…..

    • Sila sedari hak anda sebagai Pengguna!

    Namun saya masih belum berputus asa utk Jana Wang melalui Online/Internet....Bukan Senang TETAPI tak Mustahil

  2. # ADS
    Circuit advertisement
    Join Date
    Always
    Location
    Advertising world
    Posts
    Many
     

  3. #2
    WC Premium Array
    Join Date
    Jan 2009
    Posts
    5,555
    Thanks
    8
    Thanked 204 Times in 71 Posts

    Default

    Kesian ko..banyak rm2000 tuh..

  4. #3
    WC Premium Array
    Join Date
    Nov 2006
    Location
    masrizalhardy.com
    Posts
    1,733
    Thanks
    16
    Thanked 9 Times in 7 Posts

    Default

    oh..belum ada keputusan la nih....bkn la pengalaman pahit kat mahkamah,
    tapi pengalaman pahit yang membawa ke mahkamah sepatutnya...
    Laman Iklan Percuma - www.NiagaPress.com


  5. #4
    WC Premium Array
    Join Date
    Oct 2007
    Location
    Putrajaya
    Posts
    3,024
    Thanks
    99
    Thanked 13 Times in 11 Posts

    Default

    Semoga ia berjaya di bentangkan dan anda berjaya dlm kes nie..

  6. #5
    Pioneer Member Array
    Join Date
    May 2007
    Posts
    966
    Thanks
    2
    Thanked 5 Times in 5 Posts

    Default

    sbelum pegi maner2 kursus adr baiknyer tanyer member wangcyber nih dulu biler jadik camni memang menyesakkan duit terbang camtuh jerkk

  7. #6
    Pioneer Member Array
    Join Date
    Oct 2008
    Location
    Depan Laptop
    Posts
    1,319
    Thanks
    4
    Thanked 2 Times in 1 Post

    Default

    bgtau je sape 'guru' tu
    tak de lagi org yg akan kena nanti..

  8. #7
    WC Premium Array
    Join Date
    Oct 2007
    Location
    Putrajaya
    Posts
    3,024
    Thanks
    99
    Thanked 13 Times in 11 Posts

    Default

    Nama perlu juga didedahkan untuk memastikan tidak ramai lagi tertipu..

  9. #8
    Junior Member Array
    Join Date
    Feb 2009
    Posts
    189
    Thanks
    0
    Thanked 0 Times in 0 Posts

    Default

    umumkan penamanya senang kita baikot dia punya barang

  10. #9
    WC Premium Array
    Join Date
    Feb 2007
    Posts
    188
    Thanks
    10
    Thanked 0 Times in 0 Posts

    Default

    Ha ah..perlu dedahkan. Kalau dia tidak bersetuju, minta dia reply balik. Penting utk kawan2 lain, esp internet newbie.
    Blog Perniagaan Ome - Ebay, IM, Forex Perniagaan Internet Kaya Dan Hebat

  11. #10
    WC Premium Array
    Join Date
    Sep 2007
    Location
    putrajaya
    Posts
    2,512
    Thanks
    23
    Thanked 42 Times in 17 Posts

    Default

    tak nak bg nama, bg jer web / blog dia jer....


 

Tags for this Thread

Bookmarks

Posting Permissions

  • You may not post new threads
  • You may not post replies
  • You may not post attachments
  • You may not edit your posts