+ Reply to Thread
Page 1 of 8 12345 ... LastLast
Results 1 to 10 of 73
  1. #1
    WC Premium Array
    Join Date
    Dec 2005
    Location
    SmartUsaha.com
    Posts
    3,775
    Thanks
    0
    Thanked 53 Times in 28 Posts

    Default Undang-Undang : Daftar Perniagaan Anda



    Persoalan perlu daftar atau tak perniagaan internet kita adalah salah satu soalan yang sentiasa berlegar di kepala kita. Ada dua 'mazhab' / pendapat dalam hal ini, perlu daftar dan tak daftar pun tak apa.

    Tapi pendapat saya pula, lebih baik kita daftar (saya belum daftar lagi, insyaAllah dalam masa terdekat).

    Saya ada tanya pihak SSM sendiri dengan soalan berikut:

    Assalamu'alaikum / salam sejahtera,

    Saya merupakan usahawan internet sepenuh masa.

    Saya ingin bertanya, adakah perlu bagi perniagaan yang berasaskan internet sepenuhnya (tiada kedai, tetapi hanya di rumah - SOHO) mendaftarkan perniagaan mereka dengan SSM?

    Terima kasih.


    Dan ini Jawapannya;

    Tuan

    Jika kita lihat pada tafsiran seksyen 2 Akta Pendaftaran Perniagaan 1957 berhubung dengan perniagaan adalah

    "Perniagaan meliputi tiap-tiap bentuk tred, perdagangan, pertukangan, pekerjaan, profesion atau aktiviti lain yang dijalankan bagi maksud keuntungan.."

    Malahan perniagaan tersebut di buat di rumah di mana ianya termasuk dalam Jadual (seksyen 2) iaitu di bangunan atau struktur

    Oleh itu, saya menasihat tuan mendaftar perniagaan tersebut.

    Sekian, terima kasih.


    Maka, saya rasa amat wajar kita mendaftar perniagaan kita sebab, jika ada apa-apa yang berlaku, tak susah nanti. Sebab kita ada perniagaan yang sah di sisi undang-undang.

    Wallahu 'alam.

    PS. Petikan dari blog saya..

  2. # ADS
    Circuit advertisement
    Join Date
    Always
    Location
    Advertising world
    Posts
    Many
     

  3. #2
    Pioneer Member Array
    Join Date
    Jul 2006
    Location
    Anjung Rahmat Inn,Batu 6, Jalan Gombak.
    Posts
    775
    Thanks
    0
    Thanked 0 Times in 0 Posts

    Default

    Yang jual MLM pun kena daftar juga ka? Ahli MLM ni cuma tolong jual sahaja, jadi tak boleh guna lesen MLM yang diberikan pada syarikat ka?

    Bagaimana pula tentang bayaran nak tubuh? Adakah sama bagi semua kategori? Nak daftar bahagian mana kalau buat bisnes online yang menjual pelbagai produk? Kat ROB ka atau ROC?

    Patut atau wajib?

  4. #3
    Pioneer Member Array
    Join Date
    Mar 2006
    Posts
    828
    Thanks
    0
    Thanked 0 Times in 0 Posts

    Default

    Aku pergi kat SSM shah Alam jer... isi borang bayar 70 hinggit, seminggu lepas tu dapat sijil, aku buat untuk adik aku Time To Plug Network Enterprise.... dah lama aku tau, mesti daftar asalkan perniagaan kena daftar. Ahli MLM memang dah diberi licence melalui syarikat MLM itu sendiri so takkan tiada ahli MLM yang sah dari mana2 syarikat MLM yang tiada lesen. ROB atau ROC tak perlu tahu... isi borang kaunter tu taula apa nak buat. Just daftar Enterprise kalau nak murah.....

  5. #4
    fai
    fai is offline
    WC Premium Array
    Join Date
    Jul 2006
    Location
    Putra
    Posts
    357
    Thanks
    0
    Thanked 0 Times in 0 Posts

    Default

    Daftar jgn tak daftar..

    Saya memula nak biz online dah ade syarikat sndiri..

    Utk kselamatan masa depan..
    Takde mende nak iklan..

  6. #5
    Senior Member Array
    Join Date
    Jun 2006
    Location
    Batu Pahat
    Posts
    329
    Thanks
    0
    Thanked 1 Time in 1 Post

    Default sevis daftar

    ROB dan ROC tu dulu, skrg (2002) dah gabung jadi SSM.

    nak register blh PM saya. enterprise je...murah. kalau dah maju baru sdn bhd.
    http://biodisctech.blogspot.com
    KACA AJAIB MERAWAT PENYAKIT SECARA SEMULAJADI
    BUKAN UBAT BUKAN ELEKTROSTATIK
    KANSER DIEBETES STROKE BUAH PINGGANG ASMA DLL
    HANYA MINUM AIR MANDI SULUH

  7. #6
    Pioneer Member Array
    Join Date
    May 2006
    Posts
    943
    Thanks
    0
    Thanked 0 Times in 0 Posts

    Default

    Quote Originally Posted by Badruzamani Bin Azmi View Post
    Yang jual MLM pun kena daftar juga ka? Ahli MLM ni cuma tolong jual sahaja, jadi tak boleh guna lesen MLM yang diberikan pada syarikat ka?

    Bagaimana pula tentang bayaran nak tubuh? Adakah sama bagi semua kategori? Nak daftar bahagian mana kalau buat bisnes online yang menjual pelbagai produk? Kat ROB ka atau ROC?

    Patut atau wajib?
    Kalau ikut undang2 kerajaan, jika kita membuat aktiviti perniagaan secara sendiri dengan serius, dari produk / perkhidmatan kita sendiri, ada aktiviti jual-beli, ada transaksi keluar masuk duit dlm poket / akaun bank kita hasil dari perniagaan berkenaan, kita memberikan perkhidmatan dan melakukan perniagaan secara rasmi dgn org ramai, maka itu dinamakan perniagaan dan kita diwajibkan daftar aktiviti perniagaan kita itu sbg pendaftaran sykt kita sendiri. Daftarlah kat Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) samada sykt secara Enterprise, Trading atau Sendirian berhad (Sdn Bhd).

    Macam dlm akta yg zul tulis tulah, semua aktiviti yg berkaitan dgn perniagaan sendiri, mesti didaftarkan. Bisnes secara online pun sama, kita menyediakan perkhidmatan & jualan cuma mediumnya berbeza. Pendaftaran sykt ni ibarat sbg 'Lesen Berniaga' gitu.

    Kalau MLM lain. MLM terletak di bawah Akta Jualan Langsung (AJL) 1993. Dia ada akta dia sendiri. Ahli2 MLM yg nak menjalankan aktiviti perniagaan barang2 dari sykt MLM yg dia join tu, dia tak perlu daftar sykt sendiri, tapi dia wajib pegang kad ahli yg disertakan dgn gmbr. Sebab tu, kalau ahli MLM nak menjual barang/promosi produk, dia kena tunjukkan kad ahli sbg menunjukkan dia adalah ahli berdaftar sykt MLM berkenaan.

    Ahli MLM juga disebut sbg 'Pengedar Bebas' dan dia tidak dianggap sbg wakil/bekerja utk sykt MLM berkenaan, hanya sbg 'Pengedar bebas' sahaja. Ahli MLM yg bisnes MLM ni pun tertakluk di bawah AJL 1993.

    Daftar sykt semua kat SSM. Takde ROB ROC dah, semua SSM. Kalau daftar sykt enterprise guna nama kita sendiri bayaran setahun adalah RM30. Kalau enterprise guna nama yg kita cipta sendiri, bayaran setahun adalah RM60.

  8. #7
    WC Premium Array
    Join Date
    Jun 2006
    Posts
    953
    Thanks
    7
    Thanked 31 Times in 16 Posts

    Default

    Kalau baru berjinak2 dengan perniagaan Internet ni, tak payah
    daftar lagi. Buat dulu sampai dah rasa macam pendapatan tu
    significant... lepas tu, baru daftar...

    Untuk MLM, sama konsep... tapi tujuannya berbeza... sebab bila
    pendapatan daripada MLM tu dah besar... kena tax... salah satu
    caranya ialah dengan ada bisnes sendiri yang support aktiviti MLM
    tu... basically... ianya salah satu cara untuk kurangkan tax (pst...
    ni tip rahsia)... cari upline yg berjaya dan tanya mcm mana dia
    buat...

    Apa2 pun, saya tak endorse mana2 approach kat atas... cuma
    pandangan peribadi saja...

    -Zamri Nanyan
    Dah baca ke belum buku ni? => The Four Weeks To Freedom

    www.BisnesDigital.com - Blog Bisnes Digital (Pasti Mengancam!)

  9. #8
    Junior Member Array
    Join Date
    Aug 2006
    Posts
    74
    Thanks
    0
    Thanked 0 Times in 0 Posts

    Default

    saya rasa elok kalau kita daftarkan syarikat atau enterprise untuk memulakan perniagaan. Sebab kalau ada base nama syarikat walaupun enterprise orang akan lebih percaya dan tidak lama lagi apabila kerajaan megazetkan undang2 perniagaan online. Kemungkinan akan ada sales tax untuk online business mcm kat us.

    Kalau ada syarikat baru nampak serius dalam melakukan perniagaan secara online. kalau main adsense atau ppc yang lain, saya rasa tak perlu.

  10. #9
    WC Premium Array
    Join Date
    Mar 2006
    Location
    Tronoh Cyber Village
    Posts
    191
    Thanks
    0
    Thanked 26 Times in 3 Posts

    Default


    --------------------------------------------------------------------------------

    Kalau baru berjinak2 dengan perniagaan Internet ni, tak payah
    daftar lagi. Buat dulu sampai dah rasa macam pendapatan tu
    significant... lepas tu, baru daftar...

    Untuk MLM, sama konsep... tapi tujuannya berbeza... sebab bila
    pendapatan daripada MLM tu dah besar... kena tax... salah satu
    caranya ialah dengan ada bisnes sendiri yang support aktiviti MLM
    tu... basically... ianya salah satu cara untuk kurangkan tax (pst...
    ni tip rahsia)... cari upline yg berjaya dan tanya mcm mana dia
    buat...

    Apa2 pun, saya tak endorse mana2 approach kat atas... cuma
    pandangan peribadi saja...
    Saya sangat menyokong kenyataan En Zamri Nanyan. Jangan lupa, "Start Small, Finish Big" . Walaupun motto SaifulSham bukan
    "Entrepeneurship Ahead" dah, Don't lose that entreprenurship spirit...
    Modul RBDDI "Eagle" SaifulSham's PERCUMA 2007
    http://www.saifulsham.com/ezine/modul.html

    Atau jika anda subscriber SaifulSham, check email, Tq

  11. #10
    Pioneer Member Array
    Join Date
    Jul 2006
    Location
    Anjung Rahmat Inn,Batu 6, Jalan Gombak.
    Posts
    775
    Thanks
    0
    Thanked 0 Times in 0 Posts

    Default Firma tak aktif didenda RM1j

    Firma tak aktif didenda RM1j
    Oleh Jalal Ali Abdul Rahim

    KUALA LUMPUR: Sebanyak 148,791 syarikat yang tidak beroperasi diberi tempoh tiga bulan bagi mengemukakan permohonan untuk membatalkan nama mereka daripada daftar Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) atau dikenakan tindakan termasuk denda sehingga RM1 juta. Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Mohd Shafie Apdal, berkata syarikat yang berbuat demikian sebelum 9 Januari depan akan dikecualikan kompaun jika SSM puas hati alasan firma terbabit kerana gagal menghantar penyata tahunan dan akaun syarikat.

    Katanya, mengikut proses biasa, syarikat yang memohon pembatalan nama mengikut dikenakan denda sebelum pembatalan boleh dibuat mengikut Seksyen 308 Akta Syarikat 1965 (Akta 125).

    “Ini peluang kepada pemilik syarikat dorman. Mereka sepatutnya ambil peluang ini dengan membuat permohonan dan rayuan.

    “Kita akan teliti kes demi kes dan jika alasan kukuh, mereka boleh dikecualikan kompaun,” katanya pada sidang media selepas melancarkan ‘Guidebook – Completing Prescribed Forms’ di Ibu Pejabat SSM di sini, semalam.

    Mohd Shafie berkata, pemilik syarikat yang enggan berbuat demikian akan dikenakan tindakan tegas termasuk denda sehingga RM1 juta. “Kita akan cari dan kompaun mereka. Bayangkan denda yang dikenakan tinggi hingga boleh capai RM1 juta sedangkan syarikat itu tidak beroperasi,” katanya sambil menegaskan, tindakan mahkamah juga diperuntukkan dalam akta berkenaan.

    Mohd Shafie berkata, usaha itu antara inisiatif SSM meningkatkan pematuhan syarikat menyerahkan penyata tahunan dan kewangan yang mencapai 71 peratus tahun lalu berbanding 64 peratus (2004) dan 44 peratus (2003).

    Sehingga 30 September lalu, 235,147 daripada 748,221 syarikat yang diperbadankan di negara ini termasuk yang dibubarkan, tidak atau belum menyerahkan penyata tahunan kepada SSM. Beliau berkata, syarikat yang mahu membatalkan nama masing-masing boleh membuat permohonan bertulis dan menghantarnya ke Seksyen Insolvensi, Jabatan Perkhidmatan Syarikat dan Perniagaan, Putra Place, 100 Jalan Putra, Kuala Lumpur dengan disertakan bersama yuran permohonan sebanyak RM120.

    Mengenai buku panduan berkenaan, Mohd Shafie berkata, ia memudahkan pemilik syarikat mengisi borang yang perlu diserah kepada SSM dengan lengkap, betul dan tepat.

    Buku panduan yang dijual RM70 senaskhah diterbitkan dengan usaha sama SSM dan Institut Setiausaha dan Pentadbir Berkanun Malaysia (MAICSA).

    Dipetik dari : Ruangan Nasional Berita Harian, Rabu 11 Oktober 2006

    p/s - Jadi, saya minta bantuan kepada sesiapa yang tahu macam mana nak 'selesai'kan masalah ini jika adik saya pernah 'membeli' satu nama syarikat kemudian selepas setahun perniagaan dia tidak jalan kerana masalah 'dalaman' dan dia pun tak renew balik pendaftaran syarikat tu. Jadi apa yang perlu dia lakukan sekarang ni?


 

Bookmarks

Posting Permissions

  • You may not post new threads
  • You may not post replies
  • You may not post attachments
  • You may not edit your posts