+ Reply to Thread
Page 1 of 6 12345 ... LastLast
Results 1 to 10 of 55
  1. #1
    Moderator Array
    Join Date
    Jul 2006
    Location
    Kelantan
    Posts
    1,788
    Thanks
    0
    Thanked 20 Times in 11 Posts

    Angry Sila Lupakan Hasrat Anda Untuk Memulakan Perniagaan Internet!



    Assalamualaikum dan salam sejahtera,

    Sebut sahaja perniagaan Internet pasti terbayang ribuan ringgit dalam kepala sesetengah rakyat Malaysia sekarang. Bagi mereka menjana pendapatan di Internet ini sangat mudah dan pasti akan mendapat pulangan yang sangat lumayan. Ya betul. Saya tidak nafikan bahawa anda semua boleh menjana pendapatan di Internet dan tidak mustahil jika pendapatan anda mencecah jutaan ringgit sekali pun.

    Saya sendiri juga bercita-cita untuk mendapat pendapatan jutaan ringgit di Internet dan sehingga kini masih lagi berusaha untuk mencapai target tersebut. Mungkin setahun atau dua tahun lagi saya akan mencapai peringkat tersebut kerana saya percaya bahawa sudah ramai yang mampu lakukannya dengan kuasa Internet.

    94% Perniagaan Internet Gagal Pada Tahun Pertama

    Namun, anda perlu ingat dengan fakta ini iaitu 94% perniagaan Internet gagal pada tahun pertama. Inilah hakikat pedih dan pahit yang patut kita terima. Saya masih ingat ketika dua tahun lepas begitu ramai kawan saya yang sama-sama belajar tentang selok belok perniagaan Internet dan sehingga kini hanya tinggal beberapa orang sahaja lagi yang mampu untuk survive dalam perniagaan Internet. Ada yang sudah terus tertutup hati mereka dengan perniagaan Internet, ada yang masih mencari-cari rentak dan sebagainya.

    Oleh itu, saya ingin memberi beberapa perkara penting yang perlu anda ambil iktibar jika anda ingin memulakan perniagaan Internet. Jika anda mempunyai beberapa ciri yang saya akan nyatakan sebentar lagi, silalah ubah dengan segera atau anda boleh lupakan terus tentang perniagaan Internet. Ini kerana perniagaan Internet tidak sesuai untuk anda.

    5 Sebab Kenapa Anda Tidak Boleh Menjana Duit Di Internet

    1. Anda malas untuk membaca.

    Ini mungkin perkara remeh bagi sesetengah orang dan mengikut fakta masih ramai rakyat Malaysia yang tidak mengamalkan tabiat membaca. Mungkin juga ada di kalangan pembaca yang mengatakan "Ala.. aku dulu time sekolah tak baca buku pun dapat straight A", "Rimas aku nak baca buku/ebook yang tebal-tebal" dan sebagainya.

    Hakikat yang perlu anda terima ialah perniagaan Internet perlu dipelajari melalui pembacaan. Ya, untuk berjaya dalam perniagaan Internet anda tidak boleh hanya bergantung harap kepada seminar, video tutorial yang anda hadiri tetapi anda perlu mengambil inisiatif untuk membaca bahan-bahan ilmiah berkenaan perniagaan Internet di blog-blog, forum, website dan sebagainya.

    Saya percaya dan yakin bahawa usahawan Internet berjaya yang ada sekarang pasti meluangkan masa berjam-jam sehari di Internet untuk membaca perkara-perkara berkaitan perniagaan Internet. Anda boleh dapat banyak info tentang perniagaan Internet dengan menggunakan search engine dan jika anda mendapat wang yang lebih, anda bolehlah membeli ebook-ebook yang ditawarkan di Internet. Ringkasanya, jika anda malas membaca maka ucapkanlah selamat tinggal kepada perniagaan Internet.

    2. Malas untuk membuat kajian.

    Anda sendiri tahu bahawa setiap minit pasti akan muncul usahawan-usahawan Internet baru yang mencuba nasib menjana pendapatan di Internet. Ini merupakan satu perkembangan yang baik kepada industri perniagaan Internet dan ekonomi negara. Namun, ini merupakan satu petanda buruk kepada mereka yang baru hendak menapak diri dalam perniagaan Internet. Kenapa?

    Sudah pasti kerana persaingan yang sengit. Oleh itu, untuk menjadikan anda seorang usahawan Internet yang berjaya ialah anda perlu membuat kajian terhadap sesuatu perniagaan yang anda ingin mulakan. Dengan kajian yang anda lakukan anda dapat mengurangkan risiko untuk anda gagal dan tidak tergolong dalam 94% yang gagal.

    Saya tidak dapat bayangkan jika anda memulakan perniagaan Internet tanpa membuat sebarang kajian kerana anda akan terdedah dengan pelbagai kemungkinan yang akan menimpa perniagaan anda. Namun jangan gusar kerana tidak semua perkara perlua dibuat kajian yang terperinci. Cukuplah sekadar mengetahui sama ada produk yang anda ingin jual itu ada permintaan ataupun tidak. Jika produk fizikal, itu sudah memadai kerana setiap produk fizikal yang dihasilkan dalam dunia ini sudah mempunyai permintaannya yang tersendiri. Namun, jika anda abaikan terus aspek ini, anda pasti tersungkur di persimpangan jalan untuk menjadi seorang usahawan Internet yang berjaya.

    3. Malas untuk mencari jawapan.

    Anda pasti sudah lali dengan peribahasa "Malu bertanya sesat jalan" dan inilah realitinya dalam dunia perniagaan Internet. Namun konsep pertanyaan dalam perniagaan Internet lebih mudah kerana anda mempunyai search engine, forum, blog dan sebagainya.

    Anda boleh bertanya soalan kepada mereka yang pakar dan anda juga boleh mencari jawapan sendiri dengan menggunakan search engine. Saya pernah bercakap dengan seseorang yang berminat untuk memulakan perniagaan Internet tetapi beliau tiada usaha langsung untuk bertanya ataupun mencari jawapan. Selepas setahun berlalu saya lihat dia masih lagi ditakuk lama kerana dia malas untuk mencari jawapan terhadap sesuatu permasalahan.

    Percayalah dengan menggunakan Internet segala persoalan anda pasti akan terjawab. Cuma terpulang kepada diri dan sikap anda sendiri sama ada ingin berjaya ataupun gagal dalam perniagaan Internet.

    4. Takut untuk melabur.

    Ya, lupakan hasrat anda untuk menjana wang di Internet jika anda takut untuk melabur. Maksud saya di sini ialah anda takut untuk mengeluarkan sedikit wang untuk pelaburan bagi perniagaan anda. Saya sudah menjumpai ramai usahawan Internet yang berjaya dan satu persamaan sikap yang terdapat pada mereka ialah mereka sanggup untuk melabur bagi perniagaan mereka.

    Mereka sanggup melabur sehingga mencecah puluhan ribu ringgit untuk perniagaan mereka. Wah, mungkin ada yang mengatakan bahawa frasa puluhan ribu ringgit ini tidak realistik untuk diungkapkan kepada para newbie. Baiklah, contoh paling mudah ialah jika anda seorang blogger(penulis blog) tentang dunia hiburan. Pelaburan yang perlu anda lakukan untuk berjaya ialah:

    * Membeli domain + hosting - Ini merupakan keperluan asas untuk menjadi seorang blogger yang berjaya.
    * Mengupah orang untuk update blog - Ini juga pelaburan yang perlu agar blog anda sentiasa ada informasi terkini kepada para pelawat.
    * Membeli Majalah hiburan - Ini sudah tentu untuk mendapatkan berita sensasi terkini untuk dimuatkan di dalam blog anda.
    * Menyertai kelab ahli - Anda juga perlu membayar untuk menyertai mana-mana membership yang menyediakan gambar-gambar dan berita-berita panas tentang dunia hiburan.

    dan banyak lagi. Dengan beberapa pelaburan tersebutlah anda boleh menjadi seorang yang berjaya dalam menjana wang di Internet. Jika tidak sanggup untuk melabur dengan alasan takut rugi, maka lupakanlah sahaja hasrat anda untuk menajana pendapatan di Internet.

    5. Takut untuk mencuba.

    Golongan yang takut mencuba merupakan golongan yang teramai saya pernah jumpa setakat ini. Dia tahu tentang potensi perniagaan Internet, dia tahu bagaimana untuk memulakan perniagaan Internet dan banyak lagi perkara yang di tahu. Namun, cukupkah hanya sekadar tahu? Adakah sekadar tahu anda boleh berjaya?

    Tidak! Untuk berjaya anda perlukan tindakan! Cubalah apa jenis perniagaan pun dalam dunia ini, tanpa sebarang tindakan anda tidak akan mencapai sebarang kejayaan. Saya merayu kepada anda yang tergolong dalam kumpulan ini agar terus bertindak dan jangalah memberikan 1001 alasan untuk tidak bermula kerana anda juga yang rugi. Anda juga yang tidak akan belajar apa-apa perkara baru dengan hanya berdiam diri dan memerhati.

    Jika anda terus berdegil untuk menjadi pemerhati, maka anda bolehlah tutup kamus perniagaan Internet anda sekarang kerana anda pasti gagal!

    Perkongsian Yang Pahit Tetapi Itulah Hakikatnya

    Itulah beberapa sebab yang akan membuatkan anda gagal dalam perniagaan Internet. Saya menulis post ataupun artikel ini agar akan ada orang yang akan sedar dan berubah. Jika seorang dua yang berubah pun sudah cukup bagus namun jauh disudut hati saya untuk melihat anda semua berjaya. Jika masih terdapat beberapa sebab lain lagi yang anda ingin kongsikan maka anda boleh tinggalkan diruangan komen.

    Sekian dan sehingga berjumpa lagi!

    Source: Lupakan Perniagaan Internet Jika Anda… - Majalah IM

  2. The Following User Says Thank You to Labanon For This Useful Post:

    redfar (12-24-2010)

  3. # ADS
    Circuit advertisement
    Join Date
    Always
    Location
    Advertising world
    Posts
    Many
     

  4. #2
    WC Premium Array
    Join Date
    Jun 2008
    Location
    " MALAYSIA i love... "
    Posts
    840
    Thanks
    0
    Thanked 8 Times in 2 Posts

    Default

    what a great post! congratulation!

    antara yang saya nak kongsi:

    Malas Nak Ubah Minda Untuk Kaya.

    ini bukan suatu mitos! mungkin, ketika Bill Gates menjemput Warren Buffett untuk menjadi antara para pelabur di awal usahanya (untuk menakluki dunia), ia boleh dianggap satu mitos - mungkin pada pandangan Warren Buffett sendiri; kerana alasanannya ketika itu, adalah kerana dia sendiri tidak tahu bagaimana internet dan komputer dapat berkembang. tetapi, hari ini, budak 16 tahun pun sudah menjadi jutawan melalui platform ini. bukan Labanon (saya tak tahulah kalau-kalau Labanon dah jutawan ke tak... huhuhu...), tetapi memang ada.

    dan berbalik kepada poin yang saya perkongsikan di atas; anda malas untuk ubah minda untuk kaya; adalah satu lagi 'Sebab Kenapa Anda Tidak Boleh Menjana Duit Di Internet'. mengapa?

    anda perlu tahu, untuk berjaya dengan cemerlang... anda perlu punyai matlamat yang besar dan jelas. kalau inilah yang anda tidak dapat selesaikan... jadi, anda akan terus berada di dalam kelompok mereka-mereka yang biasa...

    oh... banyak boleh saya olah kepada tajuk ini sahaja! saya boleh buat 1 ebook lengkap membicarakan isu ini sahaja! tetapi, cukuplah sekadar kini, anda tahu bahawa, jika anda tidak selesaikan ini (malas untuk ubah minda untuk kaya), anda tidak akan ke mana. jika begitulah anda... baik aja tidak bermula... "peghabih kan bogheh!!" - bak kata orang-orang tua (negeri mana ya... huhuhu...)

    p/s: banyak lagi boleh saya kongsikan; untuk poin-poin seterusnya... hmmm... amacam? nak saya tambah lagi ke...???

    p/p/s: sebenarnya, ini adalah komen saya di blog tu, tapi ada problemlah pula... kalau boleh Labanon periksakan ya...
    " copernicus. anak muda yang sangat bersemangat untuk berjaya. semoga dengan doa kalian, copernicus capai impian. di dunia maya, copernicus aktif (DI SINI) (DI SINI); antara jalan yang dilalui (selamanya insyaALLAH) motto: IDEA EKSTREM = JUTAWAN EKSTREM " >>> RAHSIA SEBENAR Usahawan Internet <<<

  5. #3
    WC Premium Array
    Join Date
    Sep 2008
    Posts
    1,647
    Thanks
    21
    Thanked 94 Times in 22 Posts

    Default

    Quote Originally Posted by Labanon View Post
    Assalamualaikum dan salam sejahtera,

    5. Takut untuk mencuba.

    Golongan yang takut mencuba merupakan golongan yang teramai saya pernah jumpa setakat ini. Dia tahu tentang potensi perniagaan Internet, dia tahu bagaimana untuk memulakan perniagaan Internet dan banyak lagi perkara yang di tahu. Namun, cukupkah hanya sekadar tahu? Adakah sekadar tahu anda boleh berjaya?

    Tidak! Untuk berjaya anda perlukan tindakan! Cubalah apa jenis perniagaan pun dalam dunia ini, tanpa sebarang tindakan anda tidak akan mencapai sebarang kejayaan.

    Sekian dan sehingga berjumpa lagi!

    Source: Lupakan Perniagaan Internet Jika Anda… - Majalah IM
    Aq cukop suka.....point yang kat atas nie...Ya...MENCUBA. Proses try n error inilah yang mendewasakan kita semua untuk sukses dalam perniagaan Internet. Jikalau tidak berani untuk mencuba, jangan harap kita tahu pengakhirannya. Bukan stakat perniagaan online sahaja, mana-mana pun kalau kita tidak mencuba perkara yang telah dibuktikan orang lain boleh berjaya...mengapa tidak kita sendiri untuk bertindak.....Ya...BERTINDAK. That's the point.

    Cadangan aqla....thread ini ada baiknya dipindahkan di subforum tips n motivasi pastu distickykan....
    Thread labonan boleh kasi kemaskini sket, touchup sket n then ramai ahli forum boleh refer sekurang-kurangnya memberikan kesedaran kepada kita semua orang-orang kampung WC. Amacam??? Korang pulak cmna???

  6. #4
    WC Premium Array
    Join Date
    May 2008
    Location
    BisnesAffiliate.com
    Posts
    3,130
    Thanks
    52
    Thanked 36 Times in 21 Posts

    Default

    Dr IK cakap modal biz itnet RM500 jer... kalau gagal pun x bangkrap pun...
    cuma masa yang menentukan...

  7. #5
    WC Premium Array
    Join Date
    Oct 2008
    Location
    Kota Bharu, Kelantan
    Posts
    2,170
    Thanks
    53
    Thanked 13 Times in 12 Posts

    Default

    Saya ada kemusykilan di sini
    Apakah sebenarnya perniagaan Internet?
    Adakah menjual sesuatu produk?
    Adakah menjadi agen affiliate?
    Adakah buat duit melalui blog seperti adsense?
    Kemusykilan ini sentiasa bermain dalam fikiran saya

  8. #6
    Moderator Array
    Join Date
    Jul 2006
    Location
    Kelantan
    Posts
    1,788
    Thanks
    0
    Thanked 20 Times in 11 Posts

    Default

    Quote Originally Posted by Zairi Zaidi View Post
    Saya ada kemusykilan di sini
    Apakah sebenarnya perniagaan Internet?
    Adakah menjual sesuatu produk?
    Adakah menjadi agen affiliate?
    Adakah buat duit melalui blog seperti adsense?
    Kemusykilan ini sentiasa bermain dalam fikiran saya
    Perniagaan Internet = jual produk tak kira fizikal or digital.. dan juga service.

    Program duit online = Program pengiklanan, program affiliate, Internet mlm dan sebagainya. Contohnya, adsense, clickbank, nuffnang dan sebagainya.

    Tapi both di atas = Buat Duit Di Internet

  9. #7
    Moderator Array
    Join Date
    Jul 2006
    Location
    Kelantan
    Posts
    1,788
    Thanks
    0
    Thanked 20 Times in 11 Posts

    Default

    Quote Originally Posted by copernicus View Post
    what a great post! congratulation!

    antara yang saya nak kongsi:

    Malas Nak Ubah Minda Untuk Kaya.

    ini bukan suatu mitos! mungkin, ketika Bill Gates menjemput Warren Buffett untuk menjadi antara para pelabur di awal usahanya (untuk menakluki dunia), ia boleh dianggap satu mitos - mungkin pada pandangan Warren Buffett sendiri; kerana alasanannya ketika itu, adalah kerana dia sendiri tidak tahu bagaimana internet dan komputer dapat berkembang. tetapi, hari ini, budak 16 tahun pun sudah menjadi jutawan melalui platform ini. bukan Labanon (saya tak tahulah kalau-kalau Labanon dah jutawan ke tak... huhuhu...), tetapi memang ada.

    dan berbalik kepada poin yang saya perkongsikan di atas; anda malas untuk ubah minda untuk kaya; adalah satu lagi 'Sebab Kenapa Anda Tidak Boleh Menjana Duit Di Internet'. mengapa?

    anda perlu tahu, untuk berjaya dengan cemerlang... anda perlu punyai matlamat yang besar dan jelas. kalau inilah yang anda tidak dapat selesaikan... jadi, anda akan terus berada di dalam kelompok mereka-mereka yang biasa...

    oh... banyak boleh saya olah kepada tajuk ini sahaja! saya boleh buat 1 ebook lengkap membicarakan isu ini sahaja! tetapi, cukuplah sekadar kini, anda tahu bahawa, jika anda tidak selesaikan ini (malas untuk ubah minda untuk kaya), anda tidak akan ke mana. jika begitulah anda... baik aja tidak bermula... "peghabih kan bogheh!!" - bak kata orang-orang tua (negeri mana ya... huhuhu...)

    p/s: banyak lagi boleh saya kongsikan; untuk poin-poin seterusnya... hmmm... amacam? nak saya tambah lagi ke...???

    p/p/s: sebenarnya, ini adalah komen saya di blog tu, tapi ada problemlah pula... kalau boleh Labanon periksakan ya...
    Thanks for sharing..

    Yup.. server down pulak.. haishh.. takpe be positive Kita tunggu jer..

    Quote Originally Posted by KampungBoy View Post
    Aq cukop suka.....point yang kat atas nie...Ya...MENCUBA. Proses try n error inilah yang mendewasakan kita semua untuk sukses dalam perniagaan Internet. Jikalau tidak berani untuk mencuba, jangan harap kita tahu pengakhirannya. Bukan stakat perniagaan online sahaja, mana-mana pun kalau kita tidak mencuba perkara yang telah dibuktikan orang lain boleh berjaya...mengapa tidak kita sendiri untuk bertindak.....Ya...BERTINDAK. That's the point.

    Cadangan aqla....thread ini ada baiknya dipindahkan di subforum tips n motivasi pastu distickykan....
    Thread labonan boleh kasi kemaskini sket, touchup sket n then ramai ahli forum boleh refer sekurang-kurangnya memberikan kesedaran kepada kita semua orang-orang kampung WC. Amacam??? Korang pulak cmna???
    Hakikatnya memang ramai yang hanya sekadar menjadi pemerhati... ada yang jadi pemerhati dah bertahun-tahun lamanya.. So, sampai bila?

    Wah.. ini tip motivasi ker? Hehe ingat ni nk kongsi pasal business Internet.. takpe kita tengok dulu macam mana

    Quote Originally Posted by Razif View Post
    Dr IK cakap modal biz itnet RM500 jer... kalau gagal pun x bangkrap pun...
    cuma masa yang menentukan...
    Yup.. tak bankrap pun!

  10. #8
    Senior Member Array
    Join Date
    Jun 2007
    Location
    Malaysia
    Posts
    316
    Thanks
    3
    Thanked 18 Times in 3 Posts

    Default

    memang semua orang nak untung cepat, nak kaya cepat. tapi perniagaan internet ini kalau kena denga cara nya boleh dapat untung cepat... tapi kalu tak kena dengan niche dan sebagainya susah nak dapat untung... apatah lagi bagi orang-orang yang lambat bertindak, pasti akan rugi.
    Gandakan wang anda sebanyak mungkin dan dapatkan khidmat perunding kewangan secara percuma. ==> perundingkewangan.com
    Autoresponder Melayu Pertama, harga termurah dipasaran! Hanya RM20 untuk Unlimited email Blast! Apply akaun trial anda selama 2 hari secara percuma! ==> Emailberapi.com

  11. #9
    WC Premium Array
    Join Date
    Jun 2008
    Posts
    2,256
    Thanks
    348
    Thanked 121 Times in 42 Posts

    Default

    nampaknya perangai malas dan perasaan takut merupakan punca utama..hehe
    Layari blog saya mengenai perniagaan internet cara simple! >>> www.Internetmudah.com
    Add FB saya >>> Facebook.com/ZyanFB
    --------------------------

  12. #10
    WC Premium Array
    Join Date
    Dec 2005
    Location
    Always Near My Laptop
    Posts
    159
    Thanks
    23
    Thanked 1 Time in 1 Post

    Default

    Saya sangat setuju dengan artikel dan point-point bernas daripada Labanon.

    Seperti saya yang mencuba hampir 1 tahun setengah untuk memiliki perniagaan di internet tapi sehingga sekarang masih lagi belum mampu dapat pendapatan yang konsisten dengan internet.

    Tapi, kenapa saya tak give up lagi walaupun saya invest hampir 50% setiap gaji bulanan saya untuk membina perniagaan internet tapi masih juga tak berjaya?

    Sebab saya tahu saya belum lakukannya dengan cara yang betul. Macam Anthony Robbins pernah katakan dalam ceramah Personal Power 2.

    Kegagalan sebenarnya tidak wujud.Yang wujud hanyalah feedback (hasil). Jika feedback yang anda perolehi tak mencapai target, cuba lagi. Macam mana kalau tak capai juga, cubalah lagi. Cuba dan cuba sampailah anda berjaya capai feedback atau hasil yang anda mahu dan inginkan.

    Itulah sebenarnya rahsia kejayaan orang-orang berjaya.


 

Similar Threads

  1. AMARAN: Jangan beli ebook SistemRahsia v2 kalau tak nak rugi
    By percuma in forum WTS : Pengiklanan & Pemasaran
    Replies: 34
    Last Post: 01-02-2012, 12:09 PM
  2. Tarik Lebih Trafik ke Website Anda!!
    By b1naryc0de in forum WTS : Pengiklanan & Pemasaran
    Replies: 70
    Last Post: 09-04-2011, 07:20 AM
  3. Randomizer dan Anda #oleh noorizam
    By copernicus in forum Perniagaan Internet
    Replies: 0
    Last Post: 08-04-2008, 12:46 AM
  4. Mencari Trend Dari Enjin Carian #oleh Sabri SaifulSham
    By copernicus in forum Teknik Pemasaran Internet
    Replies: 0
    Last Post: 08-02-2008, 06:05 PM
  5. "Rahsia Perniagaan Digital" baru dilancarkan
    By Zamri Nanyan in forum WTS : Pengiklanan & Pemasaran
    Replies: 12
    Last Post: 02-28-2008, 03:32 AM

Bookmarks

Posting Permissions

  • You may not post new threads
  • You may not post replies
  • You may not post attachments
  • You may not edit your posts