Bursa Malaysia terus ditutup rendah
KUALA LUMPUR 18 Dis - Harga saham di Bursa Malaysia meneruskan kerugian untuk hari kelima berturut-turut dengan kejatuhan semalaman di Wall Street dan kebimbangan yang berterusan berhubung ekonomi Amerika Syarikat.
Semasa ditutup, Indeks Komposit Kuala Lumpur (KLCI) susut 6.16 mata atau 0.44 peratus kepada 1,385.45 selepas dibuka 3.79 mata lebih rendah pada 1,387.82.
Saham hartanah, pembinaan dan kewangan membawa kepada penurunan di bursa tempatan hari ini, yang mencecah paras terendah harian sebanyak 1,382.44, atau turun 9.17 mata, kata para peniaga.
Terdapat kegiatan membeli semasa saham berharga murah pada saat akhir bagi saham-saham murah tetapi tidak mencukupi untuk menaikkan keseluruhan pasaran yang lembap, kata seorang daripada peniaga.
Di Wall Street, Indeks Dow Jones turun untuk hari kedua berturut-turut sebanyak 172.65 mata kepada 13,167.2. Pada Jumaat lepas, ia susut 178 mata.
Indeks perusahaan dan teknologi menongkah arus pasaran hari ini. Indeks Perusahaan melonjak 14.77 mata kepada 2,898.35 dan Indeks Teknologi menokok 0.10 mata kepada 2,318. Sementara itu, Indeks Kewangan turun 59.92 mata kepada 10,556.6.
Bagi siri Indeks FTSE-BM, FBMEmas susut 46.42 mata kepada 9,396.3 dan FBM30, yang terdiri daripada 30 syarikat terbaik dari segi permodalan pasaran penuh, turun 45.82 mata kepada 8,945.94.
FBM2BRD susut 9.44 mata kepada 6,618.24 dan FBM-MDQ turun 30.25 mata pada 5,872.34. Saham rugi mengatasi untung pada 440 berbanding 319 manakala 351 saham tidak berubah, 302 tidak didagangkan dan 26 digantung.
Jumlah dagangan berjumlah 779.655 juta saham bernilai RM1.611 bilion, naik daripada 719.414 juta saham bernilai RM1.411 bilion yang didagangkan semalam.
Jumlah dagangan di Papan Utama menokok kepada 495.711 juta saham bernilai RM1.516 bilion daripada semalam pada 409.564 juta saham bernilai RM1.307 bilion.Jumlah dagangan di Papan Kedua turun kepada 42.737 juta saham bernilai RM26.591 juta daripada 59.607 juta saham bernilai RM37.226 juta.
Bagi Pasaran Mesdaq, jumlah dagangan susut kepada to 59.232 juta saham bernilai RM41.332 juta daripada 94.223 juta saham bernilai RM45.779 juta.
Waran panggilan naik kepada 181.974 juta saham bernilai RM27.669 juta daripada 156.018 juta saham bernilai RM20.495 juta sebelumnya.
Niaga janji perniagaan langsung menambah kepada 129.428 juta saham bernilai RM172.015 juta berbanding 119.411 juta saham bernilai RM121.379 juta pada Isnin.
Antara saham aktif, HSI-C2 menambah satu sen kepada 11.5 sen, AirAsia susut tiga sen kepada RM1.70, Ekran menambah 7.5 sen kepada 47.5 sen, MMM merosot dua sen kepada 33 sen, HSI-C4 naik 2.5 sen kepada 14 sen dan AMMB jatuh 14 sen kepada RM3.70.
Mengikut sektor, barangan pengguna menguasai 15.02 juta saham didagangkan di Papan Utama, barangan perusahaan 32.15 juta, pembinaan 48.273 juta, dagangan dan perkhidmatan 167.477 juta, teknologi 16.545 juta, infrastruktur 11.509 juta, kewangan 62.385 juta, hotel 2.403 juta, hartanah 77.736 juta, perladangan 13.729 juta, perlombongan 8,000, REITS 1.694 juta, tertutup/dana 17,000, ETF 95,000, dan pinjaman 46.666 juta. - Bernama
|