 |
Navigation
|  |
|
| WC Navigation |
|
|
|
 |
Welcome, Unregistered.
|
 |
|
| Member Panel |
|
|
|
 |
|

07-04-2007, 02:08 PM
|
 |
Junior Member
|
|
Join Date: Jan 2006
Location: Anfield, Liverpool
Posts: 119
|
|
sdr suhail,
saya cuma point out, ada byk lagi referee selain UZAR. itu sahaja. With due respect, dia juga adalah salah seorang yang baik dan layak utk dibuat rujukan, tetapi ada ramai lagi orang lain juga yang boleh dibuat rujukan. saya dan beliau sendiri ada berutus emel. saya harap anda semua clear bab ni. saya tahu, siapa yang rajin baca web UZAR akan baca nama "pakdi" tidak bersetuju dengan beliau dalam beberapa perkara macam isu ASB, kerja di bank dsb. memang saya lah tu. tapi kami tidak bermusuh. kami cuma tidak setuju dalam beberapa isu. itu sahaja. Perkara yang diperselisihkan bukan lah satu perkara yang usul.
sdr hiro,
boleh point out tak artikel yang mana, senang skit nak discuss. bab leverage, akad, margin semua tu kita tolak tepi dulu. bukan tak mahu bincang, tapi nanti. saya cadangkan mula kan dengan artikel dr Obai tu dulu. link saya dah bagi. ok?
pasal muak tu, bukan muak dengan hukum hakam. tidak. cuma muak dengan "sikap" sesetengah orang. sikap yang mahu tunjuk pandai sedangkan tak pandai pun. dia cuma kakak tua. Sifat burung kakak tua inilah yang merosakkan ummah. Taklid.
satu lagi perkara yang perlu faham, saya tidak trade forex. Pakdi tidak terlibat dalam forex trading. Saya cuma terlibat dalam Bursa Malaysia sahaja. Justeru, saya tidak bias dalam pendapat saya, kerana saya tak bergantung kepada forex utk cari makan. Tapi saya tahu apa itu forex. Saya tahu effect forex kepada ekonomi. saya tahu effect forex kepada anda semua, walau anda tidak terlibat dalam forex.
adakah saya dikatakan melenting? hoho.
__________________
|

07-04-2007, 11:34 PM
|
|
New Member
|
|
Join Date: May 2007
Location: From Perak
Posts: 12
|
|
Yang penting di sini tiada jaminan wang yang dilaburkan itu selamat.. Semua mesti ada risiko. sekiranya ada jaminan wang selamat terus jatuh haram..
Ulama kita pun tak dapat nak putuskan hukum pasal ASB sebenarnya...sbb tu sampai skrg masih tak ada fatwa lagi..ia bergantung pada keyakinan kita sendiri setakat ini...tapi di masa akan datang kita tak tahu lg....
p/s:sekiranya anda jumpa fatwa pasal asb bg tau saya yer...
|

07-05-2007, 12:13 AM
|
 |
Junior Member
|
|
Join Date: Jan 2006
Location: Anfield, Liverpool
Posts: 119
|
|
isu currency trading adalah isu A.
isu skim tertentu yang menggunakan forex sebagai pengkabur mata adalah isu B. ada sedikit sebanyak perbezaan yang perlu faham.
isu ASB ni pernah saya ulas di BJ:
http://www.bicarajutawan.com/forum/i...pic,392.0.html
ada link ke fatwa-fatwa sekali.
Malah dalam forum UZAR pun saya pernah komen, cuma saya hentikan diskusi tersebut kerana ada isu misscommunication.
so, berbalik kpd tajuk asal. isu hukum pelaburan ini juga pernah diulas di BJ
http://www.bicarajutawan.com/forum/i...pic,484.0.html
hasrat saya mudah, sama ada anda mahu berpegang forex ni haram, atau forex ni halal, anda semua patut faham asas fatwa yang dikeluarkan. baru betul 
__________________
|

07-05-2007, 12:30 AM
|
 |
WC300
|
|
Join Date: Apr 2006
Posts: 2,039
|
|
ya.. baru betul
halal? haram? halal? haram?
gua belum sentuh forex.. selamaaaaatt. 
|

07-05-2007, 08:45 AM
|
|
Junior Member
|
|
Join Date: May 2006
Posts: 53
|
|
saya setuju dengan pakdi bahwa bukan soal hukum halal haram yang di persoalkan tapi sikap dan bentuk soalan yang ditanya tu....
|

07-06-2007, 10:34 AM
|
|
New Member
|
|
Join Date: Jul 2007
Posts: 6
|
|
daddy tak bias.....lol.
ok la aper aper ler korang...nanti aper-aperhal kalo dapt tau forex nie bleh ker tak bleh main bagi orang islam korang inform la kat sini k.tu jer aku nak tau.terutama skali pasal leverage...tu paling aku nak tau.k papai.
|

07-09-2007, 11:06 AM
|
|
Junior Member
|
|
Join Date: Mar 2007
Location: Pandan township
Posts: 85
|
|
Halal Haram Forex
Forex atau pertukaran wang asing...
Jual beli forex tak haram ... Ini adalah padangan peribadi saya,.. kerana harga telah ditetapkan untuk hari itu, berapa harga beli dan harga jual. Ia adalah nyata. Penjual menetapkan harga dan pembeli setuju beli pada harga tersebut. Jadi urusniaga ini adalah jelas dan tiada usur-usur tersembunyi atau terlindung macam AIR ASIA.. Maaf..
Yang menjadi forex haram pada pandangan saya.. bila ada usur-usur pertaruhan. Yang tak nyata. Serupa meramal / menilik atas apa yang akan berlaku atau terjadi. .. yang pasti itu kerja Allah. Serupa judi.. bertaruh tak pasti kena atau tidak, kalah atau menang.
Forex yang saya maksudkan adalah Forex Future Exchange. Kita masuk pasaran samaada membeli atau menjual itu aja .. Beli kita hendakkan harga dia naik dan bila dijual kita akan untung atau jual dulu bila harga turun kita beli utk jualkan trading kita ... jadi rasikonya adalah 50/50..
Siapa yang boleh ramalkan pasaran ini.. Buat lah analisa dengan fakta-fakta sekeliling tak ada siapa boleh jamin harga ini akan turun atau naik berpandukan fakta-fakta yang anda dapat dari apa sumber sekalipun... Ada org disana yang akan memunipulasikannya...
Jadi apa yang akan berlaku masa hadapan hanya tuhan sahaja yang tahu...
Tu aja pandangan saya .. Setuju tak setuju hak masing-masing.
|

07-15-2007, 01:04 AM
|
 |
Senior Member
|
|
Join Date: Mar 2007
Posts: 224
|
|
isk2x...termenung aku baca artikel Ust Hj Zaharuddin Hj Abd Rahman ni..mungkin dah di repost kot..tapi aku trmenung dgn artikel terakhir beliau:
" walaupun pulangan lumayan beratus ratus peratus tetapi ia adalah haram , HARAM DAN HARAM...MANIS DI DUNIA, PAHIT DI BARZAKH DAN AKHIRAT."
boleh baca kat sini:
http://www.zaharuddin.com/v1/forexswis.htm
|

07-15-2007, 09:32 PM
|
|
Junior Member
|
|
Join Date: Mar 2007
Posts: 76
|
|
Entah Laaa...WAJIB BACA!
Hoho...ni aku copy paste dr sdalah satu forum Forex..
FOREX DI DALAM ISLAM
Sejak akhir-akhir ini, heboh diperkatakan tentang saham internet sehingga ada yang melabelkan sebagai “SAHAM NERAKA” dan forex tidak terlepas daripadanya.
Forex adalah sejenis perniagaan yang terlibat apabila berlaku penawaran dan permintaan. Ingin dijelaskan bahawa, forex mempunyai ciri-ciri perniagaan yang sangat nyata bahkan sangat telus di dalam urusniaga.
Sila lihat beberapa fakta seperti dibawah :-
SAHAM INTERNET FOREX
Penawaran dan permintaan Tiada Ya
Untung dan Rugi Tiada Ya
Aqad ( Ijab dan Kabul ) Ya Ya
Komoditi yang didagangkan Tiada Ya
Penjualan dan pembelian berlaku sekiranya ada penawaran dan permintaan terhadap satu-satu matawang.
Untung dan Rugi di dalam forex juga adalah jelas. Tidak ada unsur penipuan di dalam mengambil untung atau menipu untuk memberi kerugian kepada peniaga-peniaga.
Aqad Juga berlaku didalam forex dimana setiap urusniaga akan direkod oleh broker dan dihantarkan kepada peniaga-peniaga melalui email. Ulama bersepakat dan bersetuju bahawa bukti resit pembelian dan penjualan boleh diterimapakai sebagai aqad di dalam satu satu urusniaga.
Ramai ahli-ahli agama dan Fuqaha mengatakan forex haram berdasarkan kepada hadith Rasulullah SAW yang menyatakan tidak boleh berniaga antara emas dengan emas, perak dengan perak, beras dengan beras, gandum dengan gandum serta tamar dengan tamar.
Daripada hadith itu dapat difahamkan bahawa berniaga dengan barangan yang sama nilainya dan sifatnya adalah haram. Contoh yang mudah difahami pada hari ini adalah, pinjaman peribadi samada daripada bank atau ALONG yang mana pinjaman diberi di dalam bentuk RM dan bayaran juga di dalam bentuk RM. Keuntungan yang diambil adalah jelas riba atau bunga dan keuntungan juga di terima disebabkan oleh penangguhan bayaran.
Di dalam forex boleh dikatakan bahawa setiap matawang mempunyai nilaian yang berbeza-beza antara satu sama lain. Contoh yang mudah difahami adalah USD1 adalah bersamaan dengan RM3.40 bukan RM1. Jadi jelas di sini adalah matawang bukan dalam bentuk atau nilaian yang sama diniagakan dan tidak boleh mengatakan bahawa USD sebagai emas dan RM juga sebagai emas. Adalah tidak keterlaluan kalau diandaikan USD sebagai emas dan RM sebagai perak dan urusniaga diantara emas dan perak adalah dibenarkan serta halal di dalam Islam.
Keuntungan di dalam forex adalah berasaskan kepada perubahan harga bukan disebabkan oleh penangguhan bayaran.
Forex juga lebih telus daripada lain-lain urusniaga jual beli yang ada di mana pihak penjual telah menyatakan harga belian atau jualan dan berapa keuntungan yang akan diambil dan jika pihak pembeli sanggup, maka akan berlakulah urusniaga.
Hal ini amat bersesuaian di dalam satu peristiwa urusniaga yang dijalankan oleh Rasulullah SAW di mana beliau telah menyatakan berapa harga modal untuk satu-satu barangan dan pihak pembeli tahu berapa keuntungan yang diambil dan jika bersetuju, pembeli akan membayar harga tersebut. Daripada peristiwa ini, adalah dinyatakan bahawa berlaku keredhaan oleh pembeli di atas keuntungan yang telah diambil oleh penjual. Di dalam forex ini berlaku.
Di dalam urusniaga biasa, tidak ada penjual akan menyatakan harga modal dan jika ada sekalipun, biasanya penjual akan memberitahu harga yang telah diambilkira dengan untung minima dan dia menyatakan bahawa itulah harga modal. Tidakkah ini dikatakan menipu di dalam jual beli.
Ada juga yang menyatakan bahawa urusan jual beli di dalam forex tidak mengikut syariah di mana berlaku riba sekiranya kita terlalu lama menawarkan jualan atau belian di pasaran.
Ingin dinyatakan bahawa setengah-setengah broker membenarkan peniaga memilih untuk tidak dikenakan bayaran sekiranya kita menawarkan jualan atau belian yang lama.
Terdengar juga yang mengatakan urusniaga forex tidak memenuhi piawaian e-syariah. Ingin saya bertanya, sekiranya kita berniaga buah di pasar Negara bukan Islam, adalah jual beli kita tidak sah disisi syarak? Lainlah kalau kita menjalankan urusan jualbeli ke atas barang-barang yang sudah jelas haram hukumnya.
Beberapa soalan untuk anda jawab :-
1. Adakah matawang itu haram?
2. Sekiranya kita ke Tanah Suci, adakah RM diterima pakai untuk jual beli?
3. Sekiranya kita membeli barangan import, tidakkah urusniaga pertukaran matawang berlaku sebelum barangan itu sampai ke tangan kita?
Sebenarnya kita telah terlibat didalam pertukaran matawang ini tetapi secara tidak langsung dan tidak kita sedari.
PS:hoho...moga dpt membantu!
|

07-25-2007, 11:54 AM
|
|
WC300
|
|
Join Date: May 2007
Posts: 1,499
|
|
forex?
kalo skim cepat kaya versi pelaburan dah tentu kena beringat dan takleh diharap... sebabnya berdasarkan kalo percaya bleh join. kalo tak percaya tak payah join.
kawan kpd kawan satu member tak join skim cepat kaya tersebut dan beliau ambik keputusan untuk try join forex lantaran nampak lebih kukuh sedikit dari skim yang entah apa-apa itu...
bagaimana dengan team USS group malaysia? apa pandangan anda? team ini membantu mereka dalam hal torex menorex... sila jenguk laa di sini...
www.kelasforex.info
Last edited by abdfatah; 07-25-2007 at 11:58 AM.
|
| Thread Tools |
|
|
| Display Modes |
Linear Mode
|
Posting Rules
|
You may not post new threads
You may not post replies
You may not post attachments
You may not edit your posts
HTML code is Off
|
|
|
All times are GMT +8. The time now is 10:27 PM. - Forum style by ForumMonkeys
Powered by vBulletin® Version 3.7.0 Copyright ©2000 - 2008, Jelsoft Enterprises Ltd.
Search Engine Friendly URLs by vBSEO 3.2.0
|
 |