Welcome to the forums
Community
Navigation
WC Navigation
Main Page
Article Directory
Affiliate Directory
IM Blog Directory
Download Directory
Forum Menu
Home
Register
FAQ
Members List
Calendar
Search
Today's Posts
Mark Forums Read
Mark Forums Read
View Forum Leaders


Sponsor
Klik Disini Untuk Menaja!.
Terima kasih diucapkan kepada pihak-pihak yang telah sudi menaja kewujudan website ini..



Iklan Berbayar
Klik Disini Untuk Mengiklan!.


Credit Cards
Mobile Phone
Yu-Gi-Oh Music
Debt Help
Your File Host

 


Welcome, Unregistered.
Member Panel
Go Back   WangCyber.com - Komuniti Usahawan Internet Malaysia > Menjana Wang Secara Online > Online Stock & Forex

Reply
 
LinkBack Thread Tools Display Modes
  #1 (permalink)  
Old 06-14-2007, 11:11 AM
ajibtu's Avatar
Pioneer Member
 
Join Date: Jul 2006
Posts: 709
ajibtu is an unknown quantity at this point
Send a message via Yahoo to ajibtu
iTrader: (23)
Default Akta baru dakwa penganjur pelaburan Internet haram

Polis perlu kuasa – KPN -- Akta baru dakwa penganjur pelaburan Internet haram perlu digubal

Oleh Ruhaidini Abd. Kadir

KUALA LUMPUR 13 Jun – Satu akta baru berhubung skim pelaburan Internet perlu digubal bagi memastikan penguatkuasaan dan pengawalan dapat dijalankan dengan berkesan, di samping hukuman lebih berat dapat dikenakan ke atas penganjur skim pelaburan Internet haram.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan menegaskan, perkara tersebut penting bagi memberi kuasa kepada polis menahan dan mendakwa penganjur atau pengendali laman web skim yang didapati menipu orang ramai.

Beliau berkata, pada masa ini, undang-undang sedia ada tidak banyak membantu pihak berkuasa bertindak ke atas mereka yang terlibat dalam ‘jenayah bentuk baru’ ini.

Katanya, undang-undang yang diperuntukkan hanya membenarkan polis melalui Jabatan Siasatan Jenayah Komer**** (JSJK) menyiasat kes-kes penipuan misalnya melibatkan jual beli dan sewa tanah, bantuan kebajikan, loteri, pinjaman Ah Long, gores dan menang, khidmat bomoh, sistem pesanan ringkas (SMS) dan lelongan barangan kastam.

‘‘Pelaburan menerusi Internet melibatkan kutipan deposit secara haram adalah di bawah bidang kuasa Bank Negara Malaysia (BNM) kecuali ia dapat diklasifikasikan sebagai kes penipuan,’’ katanya.

“Dengan perkembangan teknologi tanpa sempadan dan masa menerusi Internet, skim ini dijangka begitu mudah menjangkaui sasaran.

“Justeru, penekanan kepada pewujudan satu undang-undang khas perlu bagi membendung gejala ini daripada terus berleluasa,’’ katanya kepada Utusan Malaysia di sini.

Musa diminta mengulas laporan muka depan Utusan Malaysia hari ini mengenai langkah BNM dan Suruhanjaya Sekuriti (SC) dengan bantuan polis yang mengambil semua langkah memerangi aktiviti skim pelaburan Internet haram.

Dalam perkembangan berkaitan, beliau memberitahu, satu pasukan petugas khas di bawah JSJK ditubuhkan untuk membantu BNM dan SC melindungi pelabur dan integriti pasaran modal Malaysia.

‘‘Polis memberi kerjasama sepenuhnya kepada BNM dan SC untuk memerangi gejala ini,’’ katanya.

Sementara itu difahamkan, BNM telah merekodkan kenyataan beberapa orang penganjur skim cepat kaya kelmarin dalam satu gerakan besar-besaran untuk menghapuskan skim cepat kaya melalui laman web Internet.

Dalam serbuan ke atas beberapa buah pejabat pengendali skim-skim itu yang disyaki menjalankan pengambilan deposit tanpa lesen dan membuat pelaburan haram di sekitar Lembah Klang, Unit Penyiasatan Khas BNM turut merampas beberapa dokumen, komputer dan peralatan komputer.

Kesemua penganjur-penganjur skim itu dibebaskan selepas BNM merekodkan kenyataan mereka.

Penganjur ter****t disyaki mengambil deposit secara haram dan menjalankan aktiviti pengubahan wang haram.

Aktiviti mereka disiasat mengikut Subseksyen 25 (1) Akta Bank dan Institusi-Institusi Kewangan 1989 (Bafia) dan Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan 2001.

Laporan sebelum ini menyebut seramai 500,000 orang rakyat Malaysia terlibat dalam pelaburan itu mem****tkan pelaburan terkumpul berbilion ringgit.

Siasatan Utusan Malaysia yang dibantu pakar-pakar teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) mendapati skim tersebut yang diuar-uarkan mendapat pengiktirafan di peringkat global sebenarnya beroperasi dari beberapa lokasi di negara ini.

Maklumat dalam laman-laman web tersebut yang menyatakan kononnya pelaburan skim itu berasaskan perdagangan mata wang, pasaran hadapan komoditi, pelaburan luar persisiran dan saham-saham lain sebenarnya satu rekaan semata-mata

www.utusan.com.my 14 jun 2007


Reply With Quote
Reply


Thread Tools
Display Modes

Posting Rules
You may not post new threads
You may not post replies
You may not post attachments
You may not edit your posts

BB code is On
Smilies are On
[IMG] code is On
HTML code is Off
Trackbacks are On
Pingbacks are On
Refbacks are On
Forum Jump

Similar Threads
Thread Thread Starter Forum Replies Last Post
Kajian Tentang Pelaburan Internet Haram Di Sisi Islam, EM-Pay, Swisscash dll. hafiz Sembang Umum 1 05-22-2007 04:33 PM
Pelaburan Internet... Haram shuth Sembang Umum 89 05-02-2007 11:49 PM
Video Pelaburan Internet & MLM zinedine Sembang Umum 0 04-19-2007 07:26 PM
Tanya Pendapat ( Nak Jadi Penganjur Seminar IT ) mysinar Sembang Umum 5 09-11-2006 04:10 PM
Pelaburan HARAM?? smartusaha Ada Sesiapa Yang Tahu... 2 07-25-2006 12:15 AM


All times are GMT +8. The time now is 06:31 AM. - Forum style by ForumMonkeys
Powered by vBulletin® Version 3.7.0
Copyright ©2000 - 2008, Jelsoft Enterprises Ltd.
Search Engine Friendly URLs by vBSEO 3.2.0