Artikel ini aku ceduk dari sini:
http://min.com.my/bm/html/lindungpelabur9.html
Jika anda nampak "T.I.P.U.", "C.E.L.I.K."lah
Jika anda nampak
T - Tidak akan rugi(?)
I - Indah khabar dari rupa
P - Peluang hanya sekali
U - Untung besar(?)
maka
C - Curiga
E - Elak Emosi
L - Lesen
I - Informasi
K - Kuat Semangat
lah...
Quote:
|
Originally Posted by Ulasan En. Aku
ramai mat-mat skim menggunakan hujah bahawa kerajaan campur tangan kerana 'lubuk duit' mereka tidak mempunyai lesen. Kononnya kerajaan mempunyai sifat iri hati dan mahukan 'habuan' dari urusniaga mereka. Ketahuilah, dengan TIDAK mempunyai lesen, wang pelaburan anda TIDAK terjamin. Peliknya, marahlah mereka kepada kerajaan bilamana mereka tertipu dek pelaburan tersebut dengan mengatakan kerajaan tidak menjalankan tanggungjawab melindungi pelabur. Mereka terlupa, lesen merupakan perlindungan dari kerajaan. Dengan berurusniaga tanpa lesen, mereka memilih untuk tidak dilindungi.
|
Kenal pasti mereka sebelum mereka memerangkap anda
Banyak orang diperdaya untuk melabur dalam skim pelaburan yang menipu. Tetapi jumlah yang tampil untuk membuat aduan hanya sedikit. Kebanyakannya menggunakan alasan “sudah tiada nasib” sebagai sebab mereka mengalami kerugian. Sikap ini hanya menggalakkan skim penipuan semakin bercambah. Jika anda tampil dengan maklumat tentang skim penipuan tersebut, anda boleh membantu SC untuk membanteras kegiatan mereka sebelum orang lain yang mungkin seseorang yang rapat dengan anda, menjadi mangsa mereka seterusnya.
Ingatlah, jika anda nampak TIPU, CELIKlah. Jika anda mengenal pasti sesuatu skim pelaburan yang mencurigakan, segera buat laporan kepada Unit Pengaduan SC di nombor 03–6204 8000.