hahah.. untuk orang takde duit macam aku ni.. harga tertinggi seunit saham yang aku penah beli adalaha RM2.00 lebih jer.. biasanya aku beli saham seunit RM0.10 - RM0.50.
nak buat profit ada 2 jenis.
1- capital gain
2- dividen
memandangkan aku tak pernah lagi dapat dividen, aku tak maulah buat-buat pandai plak
berkenaan capital gain, dalam masa beberapa jam pun pernah dapat.
semuanya bergantung kepada kekuatan modal.. kalau modal ko besar, beli saham2 mewah untuk swing pun takde hal punya lah.. memandangkan modal aku kecil, saham murah lah sesuai ntuk swing.
teratak, dengar kata, kalau daftar di aseambankers boleh apply IPO. dengan aseambankers, tetap guna platform Maybank2u.com Online Stocks. kalau daftar dengan maybank share trading pun boleh apply IPO.. tapi setakat yang aku dengar tak pernah lagilah application yang berjaya. memandangkan aku tak pernah langsung cuba untuk memahami IPO(sekurang-kurangnya buat masa ni), maka tak dapatlah aku ulas lanjut
Di sini ada sedikit ulasan mengenai buku 'how to make money from your stock investment even in a falling market?'oleh Ho Kok Mun:
http://buysignal.net/forum/showthread.php?p=568#post568