 |
Navigation
|  |
|
| WC Navigation |
|
|
|
 |
Welcome, Unregistered.
|
 |
|
| Member Panel |
|
|
|
 |
|

03-17-2007, 12:26 AM
|
 |
New Member
|
|
Join Date: Mar 2007
Location: Port Dickson
Posts: 37
|
|
Quote:
Originally Posted by freelance akauntan
Betul la tu. sorry ek tolong jawab untuk akak.
Yang masalah IPO ni satu je, klu kita apply sikit2 ni susah nak 'masuk perangkap'. Maksud sy bila dorang buat cabutan pemohon2 IPO tu.
Sy nak tanya akak satu soalan la. Menurut apa yang saya dengar dari mereka2 yang kira terror ekonomi juga...ekonomi dunia ni ibarat dunia yang bulat berputar2. Pada tahun 1997 dulu semua org tahu bahawa 'dunia' ekonomi kita ketika itu berada betul2 dibawah. Kemudian beransur-ansur naik sehingga...mungkin dah kemuncak sekarang. Satu masa kita akan berpusing balik kebawah seperti 1997 dulu. Apa pendapat akak tentang ini?
|
Bagi IPO-IPO yang berkualiti sudah tentu susah untuk melanggannya kerana lebihan langganan adalah tinggi. Kadang-kadang lebihan langganan boleh melebihi 100 kali. Makna untuk 100 permohonan hanyalah satu yang diterima.
Sebab itu lah jutawan-jutawan IPO Kelantan menghantar sehingga 2000 permohonan dengan menggunakan I/C yang dipinjam daripada kawan-kawan dan saudara-mara. Saya sebut `Kelantan' kerana struktur masyarakat disana masih lagi kuat, sikap percaya mempercayai masih lagi diamalkan. Saya tak pasti pendekatan ini boleh digunakan ditempat lain kerana saya di Port Dickson pun tidak dapat meminjam I/C orang lain.
Berkenaan ekonomi pula, pandangan peribadi saya adalah kita baru nak bermula. Masih banyak ruang untuk ekonomi kita berkembang. Daripada data-data yang dkeluarkan ekonomi kita sedang mengalami pemulihan (bukan penurunan). Ekonomi kita sebenarnya belum matang kerana kesan pemulihan belum lagi dirasai diperingkat bawahan.
Kenaikan harga minyak dan diikuti dengan kenaikan harga barang memberikan kesan yang besar kepada rakyat walaupun kerajaan telah menyeimbangkan dengan penurunan cukai jalan, menghapuskan yuran peperiksaan, menyalurkan peruntukan untuk pembangunan dan pembaikan prasarana. Masa adalah diperlukan untuk rakyat membuat penyesuaian.
Satu lagi faktor yang sudah tentu tidak boleh disisihkan adalah negara kita berada di musim pilihan raya. Mengikut pengalaman lepas pasaran selalunya akan meraikan pengumuman-pengumuman positif yang akan dibuat oleh kerajaan. Pada saya ekonomi akan bertahan sekurang-kurangnya sehingga pilihan raya selesai.
|

03-17-2007, 12:36 AM
|
 |
New Member
|
|
Join Date: Mar 2007
Location: Port Dickson
Posts: 37
|
|
Quote:
Originally Posted by freelance akauntan
klu harga IPO dah ditetapkan RM1.05...semua org hanya boleh beli dengan RM1.05 je la. Lepas tu ada cabutan sapa yang terpilih dpt la saham tu klu takj terpilih dorang pulangkan balik la duit tu.Tak bleh up-up lagi. klu nak up kena tunggu masa saham syarikat tu didagang kan di Bursa Malaysia.
Harga masa hari pertama dibuka tu pulak bergantung kepada berapa ramai yang memohon masa IPO dikeluarkan sebelum ni.
Jika ramai maka harga semasa hari pertama didagangkan tu boleh mencecah 2-3 kali ganda dari harga IPO tu. Masa tu la kita bleh kaut untung...beli RM1.05..harga semasa kaunter dibuka RM3.05, masa tu klu nak jual2 la. klu rasa bleh naik lagi simpan la dulu. Bab tu kena tanya remisier la samada ada boleh naik lagi atau tak sbb tu mmg kerja mereka. Analisa berkenaan dgn syarikat tersebut samada harga saham tersebut bersesuaian dgn nilai syarikat tersebut. Klu ada yang sy tersilap xplain, harap akak dpt betul kan k.
|
Apa yang freelance akauntan katakan itu semuanya betul kecuali yang saya boldkan tersebut. Sebenarnya harga penyenaraian adalah bergantung kepada kekukuhan syarikat dan yang paling penting adalah harga tersebut dipengaruhi oleh market sentiment pada hari itu. Sekiranya pada hari itu market bullish maka margin keuntungan akan berlipat kali ganda dan begitulah sebaliknya jika market bearish.
|

03-29-2007, 11:49 AM
|
 |
WC300
|
|
Join Date: Feb 2006
Location: Kangar
Posts: 81
|
|
Assalamualaikum
saya nak tanya sket
1. camna nak buat analisis utk pilih stock hit n run? sebab sekarang ni, semua saham yang saya beli, direkemenkan oleh remisier. Saya nak belajar utk beli sendiri
2. adakah nilai duit dalam CDS akaun akan berkurang? Bila saya jual saham, saya akan terus masukkan duit jualan tu ke dalam CDS akaun.Tujuan saya buat camtu, bila remisier kol ada stock yang bes, saya suruh amik ja duit dalam CDS akaun. Baru2 nie, saya nak kuarkan duit dari CDS akaun saya, tapi remisier cakap berkurang dalam RM380. Adakah nilai dalam CDS akaun saya berkurang, @ remisier guna duit saya utk beli stock? Saya ada dengar2 jugak bahawa remisier saya ni suka pakai duit orang utk beli stock.
3. Saya tengah berkira-kira utk tukar remisier kalau betul keadaan ni berlaku (dia pakai duit saya utk beli stock), so macam mana nak tukar remisier ?
4. Kalau sesuatu saham IPO nak dikeluarkan, prospektus ada kat semua akhbar ke? Saya jarang beli paper, baca kat internet @ tgk TV. Lepas ni kena selalu beli paper la..  Nak beli IPO plak sambil beli stock utk hit n run
|

04-06-2007, 03:23 AM
|
|
New Member
|
|
Join Date: Jun 2006
Posts: 14
|
|
puan... soalan saya berkaitan warant... kenapa warant diwujudkan.. dan bagaimana nak atau trik waran ni.. ada dividen ke? tq
__________________
usaha bukan kata...
|

04-06-2007, 09:08 AM
|
 |
WC300
|
|
Join Date: Jun 2006
Posts: 1,403
|
|
thanks topic nih.. saya termiss topik menarik ni..
Hit & Run nih di panggil Contra ke?
aku bab istilah2 nih mantoi sket..
Tapi nak beli saham tgh naik dan jual pada harga lebih tinggi memerlukan modal besar.. kalau naik 1 sen, tak untung lagi kalau belian bawah 5000 unit bagi saham2 kecil . Saham2 besar lak memerlukan lebih besar modal. Dan silap2 baca harga tengah puncak. So tak boleh naik dah.. kemudian esok harinya turun dan turun.. Tunggu graph dia naik balik mungkin sebulan atau 3 bulan kemudian. Saya rasa.. macam susah jer pada orang baru mula...
Saya juga spt nadzate tertarik dengan warrant, yang pastinya jauh lebih berisiko. Dan kebarangkalian boleh habis semua duit anda.. Boleh puan ceritakan lebih detail? Source di internet pula agak membingungkan...
|

04-07-2007, 04:42 PM
|
 |
WC300
|
|
Join Date: Feb 2006
Location: Kangar
Posts: 81
|
|
mysticmind, setau aku Hitn N Run ni contra la.
member aku cakap, ada yang sehari dapat RM50 pon jadila dalam main Hit n Run ni. Main setiap hari selama sebulan, jadi RM1k sebulan...
|

04-08-2007, 03:03 AM
|
 |
New Member
|
|
Join Date: Mar 2007
Location: Port Dickson
Posts: 37
|
|
Quote:
Originally Posted by abixpert
Assalamualaikum
saya nak tanya sket
1. camna nak buat analisis utk pilih stock hit n run? sebab sekarang ni, semua saham yang saya beli, direkemenkan oleh remisier. Saya nak belajar utk beli sendiri
2. adakah nilai duit dalam CDS akaun akan berkurang? Bila saya jual saham, saya akan terus masukkan duit jualan tu ke dalam CDS akaun.Tujuan saya buat camtu, bila remisier kol ada stock yang bes, saya suruh amik ja duit dalam CDS akaun. Baru2 nie, saya nak kuarkan duit dari CDS akaun saya, tapi remisier cakap berkurang dalam RM380. Adakah nilai dalam CDS akaun saya berkurang, @ remisier guna duit saya utk beli stock? Saya ada dengar2 jugak bahawa remisier saya ni suka pakai duit orang utk beli stock.
3. Saya tengah berkira-kira utk tukar remisier kalau betul keadaan ni berlaku (dia pakai duit saya utk beli stock), so macam mana nak tukar remisier ?
4. Kalau sesuatu saham IPO nak dikeluarkan, prospektus ada kat semua akhbar ke? Saya jarang beli paper, baca kat internet @ tgk TV. Lepas ni kena selalu beli paper la..  Nak beli IPO plak sambil beli stock utk hit n run
|
1. Stock untuk hit n run bukanlah berdasarkan analisis tetapi lebih kepada spekulasi, contohnya bila ada khabar angin syarikat tersebut akan bergabung atau diambil alih atau dikhabarkan akan mendapatkan projek yang mendatangkan keuntungan maka sahamnya akan melonjak dengan cepat, masa ni kita kena beli dan jual semula bila khabar angin tersebut telah reda. Jadi untuk mendapat berita seperti ini anda kenalah rapat dengan mereka yang sentiasa berada di stock market.
2. Saya keliru dengan soalan ini. Setahu saya CDS akaun bukan tempat menyimpan wang (Tak pasti kalau peraturan dah di tukar) tetapi tempat menyimpan saham. Mengenai remisier menggunakan duit client, saya tak mampu nak jawab sebab selagi anda tidak memberikan kuasa untuk menggunakan duit anda maka remisier sama sekali tidak dapat menggunakannya kerana setiap cheque bayaran adalah di atas nama anda dan di acc. payee.
3. Nak tukar remisier sangat senang, anda boleh pilih remisier baru dan buka akaun baru sama seperti membuka akaun bank.
4. Selalunya prospektus ada kat semua akhbar utama tapi kadang-kadang untuk menjimatkan kos syarikat-syarikat IPO tersebut menyenaraikan di sesetengah akhbar harian saja. Kalau anda nampak surat khabar tu tebal aje, itu selalunya mengandungi prospektus la tu!.
|

04-08-2007, 03:44 AM
|
 |
New Member
|
|
Join Date: Mar 2007
Location: Port Dickson
Posts: 37
|
|
Quote:
Originally Posted by mysticmind
thanks topic nih.. saya termiss topik menarik ni..
Hit & Run nih di panggil Contra ke?
aku bab istilah2 nih mantoi sket..
Tapi nak beli saham tgh naik dan jual pada harga lebih tinggi memerlukan modal besar.. kalau naik 1 sen, tak untung lagi kalau belian bawah 5000 unit bagi saham2 kecil . Saham2 besar lak memerlukan lebih besar modal. Dan silap2 baca harga tengah puncak. So tak boleh naik dah.. kemudian esok harinya turun dan turun.. Tunggu graph dia naik balik mungkin sebulan atau 3 bulan kemudian. Saya rasa.. macam susah jer pada orang baru mula...
Saya juga spt nadzate tertarik dengan warrant, yang pastinya jauh lebih berisiko. Dan kebarangkalian boleh habis semua duit anda.. Boleh puan ceritakan lebih detail? Source di internet pula agak membingungkan...
|
Hit n run tak semestinya contra, kita juga boleh pick up sekejap kalau harganya tak naik dan jual kemudian. Main secara contra, risikonya terlalu besar, sekurang-kurangnya kita mesti standby duit untuk pickup kerana selalunya selepas rumours di buat, stock tersebut tak terus naik tapi mengambil masa. Selalunya masa contra tidak mencukupi.
Selalunya mereka yang main hit n run ni, akan pick up sekejap dan sekiranya harga tak naik juga, mereka akan cut loose dan beralih kepada stock yang lain.
Setahu saya warrant ini dikeluarkan apabila sesuatu syarikat tersebut memerlukan tambahan modal, contohnya apabila memperolehi sesuatu projek yang menguntungkan para pelaburnya tetapi memerlukan modal tambahan. Tetapi mereka tidak boleh sewenang-wenangnya menawarkan warrant, sebaliknya mestilah mendapat kelulusan suruhanjaya sekuriti. Warrant ini selalunya di dagangkan juga di Bursa sementara menunggu matangnya dan selepas matang boleh di tukar ke bentuk saham utamanya, mungkin perlu penambahan wang atau mengikut syarat-syarat yang telah diluluskan.
Kalau tak faham boleh tanya remisier yang lebih berpengalaman.
|

04-08-2007, 03:48 AM
|
 |
New Member
|
|
Join Date: Mar 2007
Location: Port Dickson
Posts: 37
|
|
Quote:
Originally Posted by nadzate
puan... soalan saya berkaitan warant... kenapa warant diwujudkan.. dan bagaimana nak atau trik waran ni.. ada dividen ke? tq
|
Setahu saya stock warrant tidak memberikan dividen, cuma boleh convert ke parent share.
|

04-08-2007, 11:23 AM
|
 |
WC300
|
|
Join Date: Apr 2006
Posts: 2,039
|
|
thanks akak, memang sangat berguna info yang akak bagi. terutama yang di bawah ni
Quote:
|
Mengenai remisier menggunakan duit client, saya tak mampu nak jawab sebab selagi anda tidak memberikan kuasa untuk menggunakan duit anda maka remisier sama sekali tidak dapat menggunakannya kerana setiap cheque bayaran adalah di atas nama anda dan di acc. payee.
|
rasanya sorang member saya dah bagi kebenaran (tandatangan agreement) ntuk bagi kebenaran bawak keluar duit dia dan masukkan dalam akaun saving. senang katanya sebab tak perlu clearkan check. rupa-rupanya ada sesuatu boleh dilakukan (oleh remisier) melalui kebenaran yang diberikan tu...
|
| Thread Tools |
|
|
| Display Modes |
Linear Mode
|
Posting Rules
|
You may not post new threads
You may not post replies
You may not post attachments
You may not edit your posts
HTML code is Off
|
|
|
All times are GMT +8. The time now is 03:12 AM. - Forum style by ForumMonkeys
Powered by vBulletin® Version 3.7.0 Copyright ©2000 - 2008, Jelsoft Enterprises Ltd.
Search Engine Friendly URLs by vBSEO 3.2.0
|
 |