Results 1 to 10 of 24
Thread: Hukum urus niaga Forex
- 01-27-2008 03:24 AM #1
Hukum urus niaga Forex
RAMAI bertanya saya berkenaan hukum urusniaga ‘forex’ (dagangan tukaran mata wang asing) yang dibuat melalui Internet.
Tahniah saya ucapkan bagi mereka yang masih lagi memikirkan perihal halal dan haram dalam pendapatan mereka.
Kesan pendapatan haram dalam diri seseorang sungguh besar, disebutkan oleh Nabi SAW dalam sebuah hadis sahih, doa orang yang menggunakan harta haram dalam pakaian, makanan dan minuman mereka ditolak. Tanpa doa, seseorang sukar mendapat keselamatan di dunia dan akhirat.
Bagi mengulas isu forex trading ini, anda perlu memahami dua jenis cara memb-a-bitkan diri dalam dunia forex ini iaitu:
1. Melabur wang ringgit anda ke dalam satu syarikat yang memperoleh untung melalui Forex.
2. Melantik satu platform atau syarikat untuk menjalankan jual-beli wang asing dan simpan.
Semua transaksi dijalankan oleh anda sendiri, syarikat hanya menyediakan platform dan mengambil upah perkhidmatan.
Hukum bagi melabur dalam syarikat yang menjalankan Forex
Forex adalah satu jenis perdagangan/transaksi yang memperdagangkan mata wang sesebuah negara terhadap mata wang negara lainnya yang memba-bitkan pasar mata wang utama di dunia selama 24 jam secara berterusan.
Benar, memang Forex mata wang diharuskan, tetapi keharusannya tertakluk kepada sejauh mana ia menurut garis panduan yang dikeluarkan daripada hadis Nabi yang sahih.
Ditukar (serah dan terima) dalam waktu sama ia disebut dalam hadis sebagai ‘yadan bi yadin’.
Dalam bahasa Inggerisnya adalah ‘pada asas semerta’. Ia datang banyak hadis, antara yang paling utama adalah:
“Emas dengan emas (ditukar atau diniagakan), perak dengan perak, gandum dengan gandum, tamar dengan tamar, garam dengan garam mesti sama timbangan dan sukatannya, dan ditukar secara terus (pada satu masa) dan jika berlainan jenis, maka berjual belilah kamu sebagaimana yang disukai’ Riwayat Muslim, no 4039 no hadis, 11/9).
Nabi juga bersabda yang maksudnya: “Sesungguhnya Rasulullah SAW berkata: Pertukaran antara perak dan emas adalah riba, kecuali jika ia dilakukan secara serentak (serah terima dalam satu masa)’ (Riwayat Muslim, no 1586, 3/1209).
Pembelian secara hutang daripada satu antara dua pihak adalah haram berdasarkan hadis bermaksud: “Rasulullah SAW melarang dari menjual emas dan perak secara berhutang” (Riwayat Al-Bukhari, no 2070, 2/762).
Hadis di atas menyebut perihal disiplin Islam dalam pertukaran emas dan perak. Untuk maklumat, ulama bersepakat bahawa mata wang (not bank) juga sama disiplinnya dengan emas dan perak disebabkan nilai dan fungsinya sebagai perantara tukaran.
Justeru, setiap disiplin dan syarat transaksi yang memba-bitkan emas dan perak juga terpakai pada urusan transaksi mata wang.
Demikian keputusan Majlis Fiqh Antarabangsa dan juga Majlis Kewangan Islam Antarabangsa di bawah Accounting and Auditing Organization For Islamic Institutions (AAOIFI).
Forex dalam mata wang yang diuruskan syarikat konvensional pasti tidak akan menjaga syarat ini kerana kebanyakan Forex yang dijalankan institusi konvensional adalah ‘Forward Forex’ atau Forex yang menggunakan nilai masa depan yang tergolong dalam Riba Nasiah.
Mereka juga kerap menggunakan SWAP, Opsyen dan lain-lain instrumen yang tidak halal di sisi syariah.
Instrumen tadi tidak memenuhi syarat Islam iaitu serah terima atau disebut ‘qabadh’ dalam Islam secara benar ‘hakiki’ atau ‘hukmi’ pada waktu sama.
Masalah dalam pelaksanaan Forex adalah bertangguh dalam penyerahan kedua-dua pihak. Tatkala itu, akad menjadi batal (Radd al-Muhtar ala ad-durr, 4/531).
Saya tidak nafikan sesetengah Institusi Kewangan Islam melakukan forex ini selepas mendapatkan kelulusan Majlis Penasihat Syariah mereka.
Namun, semua mereka hanya terba-bit dalam Forex jenis ‘Spot’ dan bukan jenis ‘Forward’.
Jika adapun, jenis forward ia menggunakan konsep Al-Wa’d atau ‘Unilateral Promise’ dan ia sudah sepakat keharusannya.
Yang pasti, majlis syariah mereka meletakkan beberapa syarat dan bukan secara bebas begitu saja.
Justeru, melabur modal (bererti anda melabur dan kemudian tunggu untung saja) dan dalam institusi kewangan konvensional yang memperoleh untung melalui cara Forex hukumnya tidak halal di sisi Islam. Ia keputusan Panel Penasihat Syariah dunia yang bernaung di bawah AAOIFI.
Antara panel penasihat syariahnya adalah Syeikh Mufti Taqi Uthmani; Prof Dr Syeikh Wahbah Zuhayli; Prof Dr Syeikh Siddiq Dharir; Syeikh Abdullah al-Mani’; Dr Abd Sattar Abu Ghuddah; Syeikh Dr Nazih Hammad; Syeikh Dr Hussain Hamid Hassan; Syeikh Nizam Ya’quby; Dr Mohd Daud Bakar; Syeikh Al-Ayashi al-Sadiq Faddad; dan Syeikh Dr Ajil Nashmi.
Hukum urus niaga Forex yang diniagakan sendiri melalui platform Internet
Bagi mengetahui hukum bagi bentuk kedua ini, pertamanya ia tertakluk kepada:
a. Kesahihan dan kewibawaan syarikat platform daripada sudut lesennya dan pengenalannya.
Ia diperlukan bagi mengelak anda ditipu oleh platform syarikat yang tidak sebenar.
Butiran terperinci berkenaan platform ini mesti diteliti dan boleh diperoleh. Jika tidak, transaksi anda adalah subahat dari awal lagi kerana wujud unsur gharar.
b. Jika platform itu punyai wibawa dan lesen, serta info yang mencukupi, perkara kedua adalah menilai akta berkaitan aktiviti ini daripada badan berwajib di Malaysia.
Ini perlu bagi memastikan anda tidak terba-bit dengan aktiviti yang menyalahi undang-undang negara.
Jika dua syarat di atas lulus, saya kira transaksi jual mata wang asing dan simpan dan kemudian jual semula apabila harga tukaran naik adalah harus menurut hukum asalnya kerana ia secara automatik dilaksanakan menurut kaedah ‘spot’.
Bagaimanapun, kita perlu sama-sama memahami dan menyemak bagaimana proses ini dilakukan secara ringkas dan melihat pandangan Islam mengenainya.
>>BERSAMBUNG MINGGU DEPAN
sumber: myMetro
- 01-27-2008 03:24 AM # ADS
- 01-27-2008 07:53 AM #2
good job the reds...
kalo aku.. lebih pilih tak join forex.... sebab banyak unsur riba...
laverage , spread ,... yang aku tau kalo tukar wang seperti money changer tu halal sebab tukar di tempat.. face to face...
Nabi juga bersabda yang maksudnya: “Sesungguhnya Rasulullah SAW berkata: Pertukaran antara perak dan emas adalah riba, kecuali jika ia dilakukan secara serentak (serah terima dalam satu masa)’ (Riwayat Muslim, no 1586, 3/1209).
Pembelian secara hutang daripada satu antara dua pihak adalah haram berdasarkan hadis bermaksud: “Rasulullah SAW melarang dari menjual emas dan perak secara berhutang” (Riwayat Al-Bukhari, no 2070, 2/762).
laverage tu bukan cam hutang jugak kan . 1:100 1:1000 ape ntah..
- 02-18-2008 08:54 AM #3New Member Array
- Join Date
- Mar 2006
- Location
- Seksyen 8, Bandar Baru Bangi
- Posts
- 31
- Thanks
- 0
- Thanked 0 Times in 0 Posts
Saya harap website ini sedikit sebanyak boleh membantu....
Forex Menurut Perspektif Islam | KODANA
kat forum CariGold pun ada dibincangkan tentang perkara ni...
boleh rujuk kat Perbincangan Halal Haram Laverage Dalam Forex - CariGold ForumAkademi-Forex in Malaysia:
http://www.akademi-forex.net
- 02-18-2008 11:17 AM #4
untuk pengetahuan saudara ajibtu, dalam forex spot mana ada hutang, ianya tak melibatkan hutang atau serahan tertangguh, semuanya on da spot, macam mana pulak urusniaga jualbeli rumah yang kena hutang, macam mana pulak jualbeli kereta yang melibatkan hutang dengan pihak bank, dah tentu include riba, itu yang haram. jadi ada pihak kata boleh buat pinjaman kat bank islam yang terdapat pelan pinjaman berkonsepkan syariah, sama gak le ngan forex yg ada berkonsepkan syariah. fikiran jangan jumud geng!
- 02-18-2008 11:38 AM #5Junior Member Array
- Join Date
- May 2007
- Posts
- 89
- Thanks
- 0
- Thanked 0 Times in 0 Posts
Ada sesetengah orang tu suka menegakkan benang yang basah. Dah tahu (terang) sesuatu benda tu haram tetap dikatanya halal. Macam saham internet dulu masa tengah hot. Ustaz dah cakap ianya haram tetap nak masuk juga, akhirnya... lingkup. Siap nak berbalah lagi... alaa.. ASB pun haram.., simpan dalam bank pun haram..dan macam-macam lagi. Apa nak jadi orang zaman sekarang ni..
- 02-29-2008 04:22 PM #6WC Premium Array
- Join Date
- Jan 2007
- Posts
- 3
- Thanks
- 0
- Thanked 0 Times in 0 Posts
Salam, dari kefahaman saya di atas, apa yg akan saya tanya pasal forex ni jawapannya rasanya haram kot...tapi utk kepastian soalannya begini, kawan saya ada service kaunter forex dimana dia menawarkan pelaburan contohnya jika melabur rm1k, dlm masa 6 bulan modal akan dikembalikan, pada bulan ke6 tu pelabur akan mendpt keuntungan 100%, maknanya dpt rm1k lah, bulan ke7 dan seterusnya akan mendpt untung 50% dari modal, maknanya rm500 lah, so mcm tu, haramke urusniaga ni?....
- 09-14-2008 02:43 PM #7New Member Array
- Join Date
- Aug 2008
- Posts
- 17
- Thanks
- 0
- Thanked 0 Times in 0 Posts
Urusniaga Forex kat money changer tak haram. Pegi Bank tukar duit forex pon tak haram. Eksport barang dan dapat bayaran duit asing lepas tu tukar ke RM, itu halal.
Macam mana jadi haram ?
Forex jadi haram bila melabur ke dalam broker jenis bucket shop. Ini broker jenis penipu. Macam mana mau kenal broker bucket shop ?
Broker bucket shop offer emas, perak & cruede oil untuk di 'trade'.
Kenapa broker bucket shop haram ?
Kerana position tak masuk trade & forex market. Position dok dalam hard disk broker saja & tak pegi mana-mana. Setiap broker mesti ada 'liquidity provider' dan bukan setakat ada data feed dari bank.
Semua 'trader' perasan dia punya position kononnya masuk market. Kita orang Islam hanya boleh trade dalam market dan trade benda yang real thing saja.
Tapi ini forex trade tak pakai exchange (bursa). Tak serupa saham, saham trade pakai exchange (bursa). Aduh makin feninglah kepala !! Kalau kau mau cerita fasal broker structure panjang sangatlah. Kau orang baca dekat sinilah ...
The Structure of Forex Brokers
Ini artikel terlalu panjang untuk aku translate.
Nanti kau tahu duit yang seciput itu langsung tak masuk market.
Nanti kau tahu leverage & free swap itu cuma dongeng semata-mata.
- 09-14-2008 07:37 PM #8
- 09-14-2008 08:33 PM #9Junior Member Array
- Join Date
- Feb 2008
- Posts
- 134
- Thanks
- 0
- Thanked 0 Times in 0 Posts
lepas belajar system baru..jangan trade live dulu...demo 2 bulan, alu dlam masa 2 bulan boleh disiplin ikut rules system tersebut (bukan master), maka boleh lah masuk live trade..
- 09-14-2008 09:55 PM #10
nope, i mean, trade forex dekat real market
bukan pakai broker bucketshop
LinkBacks (?)
- 01-27-2008, 07:53 AM



LinkBack URL
About LinkBacks








Bookmarks