Results 1 to 2 of 2
  1. #1
    WC Premium ashraf's Avatar
    Join Date
    Sep 2011
    Posts
    96
    Thanks
    24
    Thanked 74 Times in 35 Posts

    Thumbs up Bagaimana mengubah diri ke arah yang lebih baik?



    Tidak kira usahawan ataupun tidak, setiap orang pasti mahu mengubah diri ke arah yang lebih baik.
    Berikut adalah empat langkah yang boleh dipraktikkan untuk merubah diri secara sedikit demi sedikit:

    1. Akui diri sebagai manusia yang lemah. Perlu kita mengakui bahawa kita adalah manusia yang lemah. Hanya ALLAH sahaja yang sempurna. Apabila kita akui hal ini, maka kita akan tetap bermotivasi untuk hidup dan proses untuk menjadi manusia yang lebih baik akan menjadi lebih mudah.

    2. Sentiasa berdoa mengharapkan bimbingan, perlindungan dan bantuan daripada ALLAH SWT agar kita sentiasa dipermudahkan untuk menjadi manusia yang diredai-Nya.

    3. Kurangkan aktiviti-aktiviti yang tidak berguna untuk dunia dan akhirat. Sebagai usahawan, kita perlu mengurangkan perkara yang membazir masa seperti melayari laman web sosial tanpa tujuan dan matlamat. Gunakan ia untuk bisnes sahaja dan elakkan berlebih-lebihan.

    4. Keterbalikan untuk perkara ke-3 di atas, kita tukarkan perkara yang tidak bermanfaat dengan perkara yang lebih berguna seperti memperbanyakkan membaca buku, menyertai seminar, belajar ilmu Agama (atau kuliah Agama) dan sebagainya. Hanya ilmu yang akan dapat menjadikan kita lebih baik daripada hari semalam.

    Lakukan empat langkah di atas secara konsisten pada setiap hari, dan lakukan ‘review’ terhadap perkembangan semasa. Apabila kita sentiasa melihat pada tahap mana perkembangan kita, maka lebih mudah untuk kita merancang dan berusaha untuk terus merubah diri ke arah yang lebih hebat!
    <a href="http://secure.hostgator.com/~affiliat/cgi-bin/affiliates/clickthru.cgi?id=asraf25-"><img src="http://tracking.hostgator.com/img/Shared/234x60.gif" border=0></a>
    DAPATKAN SISTEM KUMPULKAN EMEL LIST DENGAN CEPAT DISINI

  2. # ADS
    Circuit advertisement
    Join Date
    Always
    Posts
    Many
     

  3. #2
    WC Premium
    Join Date
    Mar 2009
    Posts
    132
    Thanks
    28
    Thanked 7 Times in 5 Posts

    Default

    Betul tu TT!! tambah satu lg...lps kita dh berusaha bersungguh2 sebaik mungkin dgn diiringi doa kpd Allah dan bertawakal...apa sekalipun hasil yg kita dpt drpd usaha tersebut samada dpt sprt yg diharapkan atau tidak, kita kena terima seadanya krn lbh bnyk yg boleh dipelajari drpd usaha yg tak menjadi berbanding usaha yg menjadi jika kita sntiasa berfikiran positif dan berbaik sangka dgn apa yg diberikan Allah kpd kita...
    Jom Perkenalkan Cara Baru Menambah Pendapatan!
    Klik Sekarang ===> XYXYXYXYXYXYXYXYX

Similar Threads

  1. Replies: 4
    Last Post: 03-06-2012, 12:21 PM
  2. 5 Cara Berubah Ke Arah Yang Lebih Baik
    By thoha in forum Motivasi & Inspirasi
    Replies: 10
    Last Post: 04-27-2011, 12:45 PM
  3. Yang mana lebih baik?
    By KevinKeyween in forum Ada Sesiapa Yang Tahu...
    Replies: 3
    Last Post: 11-17-2010, 12:47 PM
  4. Cara yang efektif untuk mengubah "Keadaan Diri"(changing states)
    By wiraindrawan in forum Motivasi & Inspirasi
    Replies: 11
    Last Post: 06-21-2010, 07:06 AM
  5. Replies: 20
    Last Post: 08-27-2009, 11:16 PM

Posting Permissions

  • You may not post new threads
  • You may not post replies
  • You may not post attachments
  • You may not edit your posts
  •