Page 1 of 2 12 LastLast
Results 1 to 10 of 13
  1. #1
    WC Premium ir.ezwan's Avatar
    Join Date
    Apr 2011
    Location
    shah alam
    Posts
    117
    Thanks
    2
    Thanked 5 Times in 4 Posts

    Default Menarik kejayaan dengan Hukum Tarikan (Law of Attraction)



    Salam Warga WC yang dihormati,

    Sekadar berkongsi ilmu dengan dengan semua mengenai Hukum Tarikan (Law of Attraction)...

    Ramai orang menggunakan kuasa pemikiran positif dan kuasa hukum tarikan untuk mengubah kehidupan mereka. Dalam era teknologi ini, terdapat kehidupan yang penuh dengan kekalutan dan tekanan di dalam kesibukan harian. Kejayaan adalah formula yang mempunyai banyak faktor, namun ramai yang tidak tahu dan tidak faham akan hukum ini. Dengan menggunakan hukum ini dalam kehidupan seharian, ia membantu ramai orang ke arah kejayaan serta kekayaan dan ia pasti akan membantu anda juga.

    Hukum ini menyatakan bahawa : Saya menarik kepada diri saya tentang apa sahaja yang saya fokus, beri perhatian, beri energi kepadanya, samada mahu ataupun tidak. Sebagai contoh, jika seseorang merenung terhadap ideanya untuk menjadi kaya dan melihat dirinya hidup dengan gaya hidup orang kaya, kemudian wang akan tertarik kepadanya. Begitu juga sebaliknya, jika anda fokus kepada bil-bil anda, tidak mempunyai wang yang cukup untuk membayar hutang dan bimbang terhadap tahap kewangan anda, anda akan lebih menarik hutang dan kemiskinan. Minda bawah sedar anda memberitahu minda sedar apa yang harus dilakukan. Apabila kita mengisi pemikiran kita dengan “SAYA BOLEH”, kemudian minda bawah sedar akan menurut perintah.

    Satu cara baik untuk mula menggunakan hukum tarikan adalah dengan melakukan visualisasi yang mana anda sudah miliki impian anda itu. Jika anda sentiasa ingin menjadi seorang pemain golf professional, kemudian anda lihatlah diri anda memegang trofi kejohanan dan ramai penonton menepuk tangan dan bersorak kepada anda. Gambarkan satu swing yang lancar dan berjaya dapat ‘hole in one’.

    Apabila kita sedang berehat dan merenung sesuatu, kita menggunakan gelombang minda Alpha. Pemikiran jenis ini adalah sama seperti hypnosis yang mana minda bawah sedar kita menjadi mudah untuk menyerap saranan. Ia adalah baik untuk menggunakan afirmasi positif dalam keadaan ini. Katakanlah sekuat mungkin, “Saya adalah pemain golf professional dan saya akan menang permainan ini.” Ia adalah saranan yang mana anda adalah pemenang dan benar-benar percaya serta yakin yang ia membawa ke arah kemenangan sebenar apabila minda sedar mendapat isyarat daripada minda bawah sedar.

    Isaac Newton berkata bahawa satu objek dalam keadaan diam cenderung untuk kekal diam manakala objek yang bergerak cenderung untuk kekal bergerak. Anda harus berada di kalangan orang yang bercita-cita tinggi dan positif yang mana mereka aktif mengejar impian mereka. Gambarkan sebuah kenderaan sedang meningkatkan kelajuannya. Visualisasi dan afirmasi positif adalah bahan bakar yang memberi kuasa kepada enjin kenderaan itu. Orang yang berjaya di sekeliling anda akan menyumbangkan energi mereka kepada anda dengan menambah lagi bahan bakar kepada enjin tersebut. Kini, kenderaan itu mempunyai cukup bahan bakar dan akan terus bergerak pantas dan mudah. Orang yang professional sentiasa membuat sesuatu dengan mudah dan ramai professional menggunakan hukum tarikan samada mereka sedar ataupun tidak.

    Salah satu manfaat terbesar hukum tarikan adalah bahawa anda akan mendapat lebih lagi apabila anda bersyukur terhadap sesuatu. Berterima kasih membawa emosi yang positif dan menarik energi yang positif. Mudah sahaja dengan berkata “Terima kasih” kepada bos anda, boleh menyebabkan kesan yang kuat kepada seluruh mood harinya. Mulakan sekarang juga dan ubahlah hidup anda ke arah pemikiran positif.

    Anda perlu tahu berkenaan dengan hukum tarikan supaya anda mendapat apa yang anda inginkan dalam hidup anda daripada pelbagai aspek – kejayaan, kekayaan, kebahagian, perhubungan, kesihatan dan apa saja impian anda.

    Dapatkan Laporan PERCUMA tentang Hukum Tarikan di SINI untuk mengetahui maklumat lanjut tentang hukum yang hebat ini.

    Moga ia memberi manfaat dalam kehidupan anda.

  2. # ADS
    Circuit advertisement
    Join Date
    Always
    Location
    Advertising world
    Posts
    Many
     

  3. #2
    Normal Member KISS's Avatar
    Join Date
    Nov 2010
    Posts
    606
    Thanks
    136
    Thanked 169 Times in 97 Posts

    Default

    Salam bro,

    bagus perkongsian bro ... berfikiran positif memang penting untuk mencapai kejayaan.

    tapi satu saya nak betulkan

    fikiran positif adalah salah satu "usaha" kita ... buat affirmation semua tu adalah "usaha" kita untuk membentuk mindset yang lebih fokus dan positif... dan yang paling penting ...

    yang membuka dan menutup pintu rezeki dan memberikan nikmat adalah Allah SWT, bukan semata-mata fikiran positif dan affirmation...

    bukan nak kondem, tapi sekadar menjalankan tanggungjawab sebagai orang Islam supaya tak tersalah pegangan ....

    Yang Benar,

    KISS,
    Bekas Pengamal Hukum Tarikan Yang Tersedar Akan Kebenaran

  4. #3
    WC Premium ir.ezwan's Avatar
    Join Date
    Apr 2011
    Location
    shah alam
    Posts
    117
    Thanks
    2
    Thanked 5 Times in 4 Posts

    Default

    ya...betul tu bro.
    Apa-apa pun..semuanya berlaku atas izin Allah S.W.T. Dialah Yang Maha Kuasa di alam ini.
    Kita cuma ikhtiar untuk mendapatkan apa yang kita inginkan.
    Sape lagi yang nak ubah nasib kita, melainkan diri sendiri yang harus mengubahnya.
    Yang tak berubah, jadilah takdir. Namun, kita juga harus percaya pada qada' dan qadar yang ditentukan oleh Nya.

  5. #4
    Normal Member Syed Fauzi's Avatar
    Join Date
    Feb 2011
    Location
    Puchong & Gombak
    Posts
    324
    Thanks
    39
    Thanked 4 Times in 4 Posts

    Default

    nice info tq TT
    RAHSIA BUAT DUIT DENGAN KAD KAHWIN KINI TERBONGKAR!!!

    <a href="http://www.bisneskadkahwin.com.my/hop.php?ref=syed701" target="_blank"><img src="http://www.bisneskadkahwin.com.my/468X60.gif"></a>

  6. #5
    WC Premium nimosy87's Avatar
    Join Date
    Aug 2009
    Location
    Kota Bharu Ke Taiping dan pindah shah alam
    Posts
    867
    Thanks
    4
    Thanked 13 Times in 13 Posts

    Default

    betul tue.. semua dari allah s.w.t..
    hukum tarikan kita nak minda kita fokus apa yang kita nak dan lepas tue kita usaha pelbagai cara untuk dapatkan apa yang kita nak. semasa kita minta guna kuasa minda seloknya baca selawat supaya minda separa senda yang kita hantar lagi bermakna. selepas itu buat solat dhuha dan tahajud supaya apa yang kita minta lebih diberkati. solat 5 waktu jangan ditinggalkan. memang betul minda dapat tarik semua yang kita nak tapi dengan syarat allah s.w.t yang membenarkannya.. usaha perlu ada.. saya amalkan tapi dengan selawat dan seperti allaharyamah pn arina ajar.. alhamdulillah kerja makin mudah dan duit sentiasa ada disaat diperlukan.
    ★★ [ TARGETED Fans] Servis Tambah Like FanPage ★★
    Servis Terbaru dari nimosy.com

    REBET TEKNIK FBO -BRO JAMAL
    Dapatkan secara percuma produk berharga RM70

    Ads by Nimosy

  7. #6
    Normal Member
    Join Date
    Apr 2011
    Location
    Shah Alam
    Posts
    16
    Thanks
    0
    Thanked 0 Times in 0 Posts

    Default

    very nice info.tq bro

  8. #7
    WC Premium ir.ezwan's Avatar
    Join Date
    Apr 2011
    Location
    shah alam
    Posts
    117
    Thanks
    2
    Thanked 5 Times in 4 Posts

    Default

    Kita seharusnya bersyukur dengan segala nikmat yg diperolehi di dunia ini.
    Lebih banyak kita bersyukur, lebih banyak rezeki yang datang dalam kehidupan kita.

    Jadi, bersyukurlah kepada Allah s.w.t di atas semua benda/perkara yang berlaku dalam kehidupan seharian kita. Contohnya, syukur atas kesihatan yang baik, dapat duit, dapat gaji atau bonus, keadaan yang aman, keluarga yg bahagia, kesenangan dalam urusan harian dan sebagainya.

  9. #8
    Normal Member zanli's Avatar
    Join Date
    May 2011
    Location
    http://www.addmathtambahan.biz
    Posts
    61
    Thanks
    5
    Thanked 4 Times in 4 Posts

    Default

    ..Kesyukuran dengan nikamat Allah seharusnya diterjemahkan dengan amal dan perbuatan yang diredhai Allah jua

  10. #9
    Normal Member wan2603's Avatar
    Join Date
    May 2011
    Posts
    32
    Thanks
    0
    Thanked 0 Times in 0 Posts

    Default

    ubah ke pemikiran +ve sume ye..."jika kau fikir, kau boleh, kau pasti boleh melakukan..."--->nyanyi skit.
    <a href="http://www.************.org/index.php?ref=muzakkirah" target="_blank"><img src="http://www.************.org/headerbaru.png"></a>

  11. #10
    WC Premium meezwan's Avatar
    Join Date
    Sep 2009
    Location
    www.meniaga.my
    Posts
    1,959
    Thanks
    226
    Thanked 98 Times in 48 Posts

    Default

    Gunakan Hukum tarikan ini berlandaskan Al-Quran.. Quranic Law of Attraction.. Sebenarnya apa yang kita minta dan apa yang kita nak itu adalah doa kita..Allah mengabulkan doa orang yang betul-betul ikhlas.. Saya juga pernah menggunakan hukum tarikan ini..Doa kita yang kuat akan menyebabkan apa yang kita nak termakbul dan yang mengabulkan doa itu sudah tentu Allah..

Page 1 of 2 12 LastLast

Similar Threads

  1. Kelebihan Kurma, Kismis dan Perkaitannya dengan Kesihatan/Kejayaan
    By Mohd Yusmi Yusof in forum Sembang Umum
    Replies: 12
    Last Post: 03-29-2012, 03:08 PM
  2. Kejayaan dengan 701Panduan.com ( Terbukti bayar)
    By lunassp in forum Program Jana Wang Online
    Replies: 92
    Last Post: 07-30-2011, 01:58 PM
  3. <<<<< Blog Ber Sikologi Menarik Menjamin Kejayaan Anda Di Internet >>>>>
    By azlanhussain in forum WTS : Pengiklanan & Pemasaran
    Replies: 14
    Last Post: 03-06-2011, 07:42 AM
  4. - BLOG & Forex - Kejayaan demi Kejayaan
    By shahnas2u in forum WTS : Pengiklanan & Pemasaran
    Replies: 6
    Last Post: 03-19-2010, 03:37 AM

Posting Permissions

  • You may not post new threads
  • You may not post replies
  • You may not post attachments
  • You may not edit your posts
  •