Page 2 of 3 FirstFirst 123 LastLast
Results 11 to 20 of 23
  1. #11
    Active Member KhairulMN's Avatar
    Join Date
    Apr 2010
    Location
    Petaling Jaya
    Posts
    1,249
    Thanks
    80
    Thanked 175 Times in 73 Posts

    Default



    Assalamualaikum,

    Saya teruskan kisah saya selepas 2002. Masa tu, saya sudah mula bekerja sebagai 'Technical Helpdesk Support' untuk sebuah syarikat computer di Singapura. Saya akan tolong troubleshoot pengguna dari hospital2 di Singapura (memang department saya jaga hospital2 di Singapura punya network). Di sini saya ingin tekankan pada pembaca semua yang tanpa kelulusan 'kertas', saya dpt kerja dengan sebuah syarikat yang besar dgn hanya ilmu troubleshooting yang saya belajar sendiri.

    Nasihat saya, jangan sekali-kali rasa diri kita ni tak berguna kalau tidak ada kelulusan 'kertas'. Ilmu di dada dan pengalaman yang kita dapat lebih berharga dari itu semua. Saya di-interview selama 15min sahaja kerana manager saya pada masa tu cuma minta saya troubleshoot masalah computer tanpa melihat computer screen. Saya pun troubleshoot scenario yang diberikan. Beliau berpuas hati dan kata saya dpt mula bekerja pada hari isnin.

    Bersyukur sangat kerana saya dpt kerja di mana kelulusan minima adalah diploma dgn 1 tahun pengalaman (saya cuma lulusan 'O' level atau SPM di sini). Di tmpt kerja ni, saya belajar teknik berbual di telefon dan cara melayan pengguna di telefon dengan cara yang professional dan berhemah. Saya belajar multi-tasking juga. Kerana saya harus dengar + berbual + fikir bagaimana nak selesaikan masalah pengguna + menaip masalah pengguna tu terus di dalam system database syarikat. Dan semua benda yang saya ckp tu saya mesti lakukan dengan SERENTAK!

    Yang best keje dgn syarikat sebegini, kita ada internet access. Jadi saya dpt teruskan belajar IM dan Hosting secara sambilan di waktu kerja. Saya dulu slalu minta syif malam. masuk 8pm, abis 8am. Saya suka amek syif malam kerana:

    No.1: Takde banyak panggilan dari pengguna
    No.2: Takde supervisor
    No.3: Allowance lebih (night shift allowance lumayannn)
    No.4: Banyak masa boleh diluangkan untuk bisnes IM dan Hosting dan saya boleh belajar di rumah DAN di tempat kerja

    Jadi selama 1 tahun bekerja dengan mereka, saya menimba ilmu IM dan Hosting. Pada masa tu, saya belum beli apa-apa e-book atau produk. Saya cuma suka baca tentang kejayaan IM dari barat. Bagaimana mereka dpt jana USD1 Juta hanya dalam beberapa bulan sahaja. Ada hanya dalam beberapa minggu! Saya mula berkhayal dan inginkan benda yang sama. Saya tahu saya pun boleh sampai ke tahap tu kerana saya sudah lalui peringkat 'jana pendapatan' dan saya tahu mmg Internet ni boleh buat duit.

    Tapi rasa serik dari asyik kene 'scam' masih menyengat keinginan saya. Jadi 1 tahun saya sabar. Saya rasa ada baiknya saya cuba ke hosting. Mula la saya fokus pada hosting. Saya beli reseller account dari hostmonster (atau hostgator, saya pun lupa) dan cuba setup akaun webhosting dan sebagainya. Saya belajar selok belok reseller hosting dan saya mula rasa yakin untuk teruskan business hosting (kerana sekuriti server saya da tk pegang, semuanya provider yang handle).

    Jadi sambil berkhayal tgk landing page IM hebat dari barat, sambil pelan2 buat hosting. sebulan kalau dpt 1 client tu saya da happy. Ada je kawan-kawan web designer saya yang perlukan hosting dan saya bagi secara percuma. hahaha! Bukan apa, masa tu mmg rasa ni satu minat sahaja, tak rasa nak buat duit sangat pun kerana saya ada pendapatan tetap.

    Pada masa tu, saya belum kenal pun IM dari asia. Saya tak tahukan di Asia pun ada IM hebat2. Jadi apabila saya kenal akan Ewen Chia, saya pun terperanjat. Dah 1 tahun berlalu.. Saya pun da rasa jemu dengan kerja helpdesk dan pada masa tu, Prudential pun menelefon saya untuk datang interview...

    Akan saya sambung tentang perjalanan saya sebagai agent insurance, bagaimana hosting berkembang hanya sebagai reseller dan bagaimana Ewen Chia menjadi idola pertama saya dan juga bagaimana saya mengenali pakar motivasi Adam Khoo dan Stuart Tan di posting yang akan datang, Insya Allah.

    Diari Saya, IMNoob

    Muslim Niaga - Platform Dropship Produk Islamik No.1 Asia
    Mentor Dropship - Kami Mentor Sampai Anda MUNTAH!

  2. The Following 4 Users Say Thank You to KhairulMN For This Useful Post:

    7FiguresGuy (02-22-2011), mfahmi (02-22-2011), Ponyo (02-24-2011), zamrie (02-24-2011)

  3. # ADS
    Circuit advertisement
    Join Date
    Always
    Location
    Advertising world
    Posts
    Many
     

  4. #12
    WC Premium Zahida Zakaria's Avatar
    Join Date
    Jan 2011
    Location
    SetupFanPage.com
    Posts
    226
    Thanks
    45
    Thanked 59 Times in 22 Posts

    Default

    kerja bidang IT ni tak perlu kertas sangat. tunjuk portfolio je. tu yang bestnye.
    Tidak perlu klik ---> Signature reloaded

  5. #13
    Normal Member aidil sahipaludin's Avatar
    Join Date
    Nov 2010
    Posts
    207
    Thanks
    101
    Thanked 61 Times in 20 Posts

    Default

    TQ tt!
    perkongsian pengalaman itu perlu!
    biar kita dapat sama-sama naik dan terus maju,
    dalam komuniti usahawan tiada sufat engkau aku,
    selagi namanya rezeki ALLAH,
    pasti ada bahagian untuk kita jika kita berkongsi dan membantu orang lain.
    tidak dengan wang ringgit, dengan ilmu dan pengalaman juga sudah memberi peluang dan semangat buat orang lain.
    LIKE di sini, kongsikan soal cinta!
    <a href="http://www.facebook.com/diarihati" target="_blank"><img src="http://panduanislam.com/Diari-Hati-(-Banner).gif"></a>

  6. #14
    WC Premium Amirul Hafiz's Avatar
    Join Date
    Jun 2008
    Posts
    5,189
    Thanks
    537
    Thanked 209 Times in 123 Posts

    Default

    Satu kisah yang memotivasikan diri saya...

    Saya dah jumpa haritu dengan Tuan Khairul di Kuching...

    Hebat orangnya!

  7. The Following User Says Thank You to Amirul Hafiz For This Useful Post:

    KhairulMN (02-28-2011)

  8. #15
    Active Member KhairulMN's Avatar
    Join Date
    Apr 2010
    Location
    Petaling Jaya
    Posts
    1,249
    Thanks
    80
    Thanked 175 Times in 73 Posts

    Default

    Quote Originally Posted by Amirul Hafiz View Post
    Satu kisah yang memotivasikan diri saya...

    Saya dah jumpa haritu dengan Tuan Khairul di Kuching...

    Hebat orangnya!
    Tuan Amirul lagi hebat orangnya. Kita berjumpa lagi bulan hadapan di kuching Insya Allah.

    Muslim Niaga - Platform Dropship Produk Islamik No.1 Asia
    Mentor Dropship - Kami Mentor Sampai Anda MUNTAH!

  9. #16
    Normal Member Khairul Anwar's Avatar
    Join Date
    Apr 2010
    Posts
    79
    Thanks
    1
    Thanked 12 Times in 6 Posts

    Default

    Cool stuff bro. Thx for sharing =)

  10. The Following User Says Thank You to Khairul Anwar For This Useful Post:

    KhairulMN (03-01-2011)

  11. #17
    New Member
    Join Date
    Jul 2010
    Posts
    2
    Thanks
    0
    Thanked 1 Time in 1 Post

    Default

    Satu kisah yang menarik yang dapat dikongsikan bersama, Thank..

  12. The Following User Says Thank You to amariza For This Useful Post:

    KhairulMN (03-01-2011)

  13. #18
    WC Premium adibpharm's Avatar
    Join Date
    Feb 2010
    Location
    Muazam
    Posts
    80
    Thanks
    9
    Thanked 7 Times in 7 Posts

    Default

    teruja nk dengar sambungan ni.. gud motivation

  14. The Following User Says Thank You to adibpharm For This Useful Post:

    KhairulMN (03-04-2011)

  15. #19
    Active Member KhairulMN's Avatar
    Join Date
    Apr 2010
    Location
    Petaling Jaya
    Posts
    1,249
    Thanks
    80
    Thanked 175 Times in 73 Posts

    Default

    Assalamualaikum,

    Pertama sekali, saya minta maaf kerana tidak berkesempatan untuk post sebelum ni. Sudah mula sibuk dengan hal-hal offline. Walau bagaimanapun, bagi saya rasa saya akan tetapkan Jumaat pagi sebagai hari yang saya akan berkongsi dengan rakan & kenalan IM di WC ni. Alhamdulillah, melalui thread ni, saya telah dapat kenali beberapa IM hebat dengan lebih dekat lagi.

    Okay, kisah seterusnya adalah semasa saya mula-mula menjadi ajen insurans bersama Prudential. Pada masa tu, saya tidak tahu pun yang interview bakal saya hadiri adalah untuk menjadi ajen insurans. Apa tak nye, nama agency tu "Raymond Low & Associates". Dah macam syarikat guaman. Hahahaha..newbie kene tipu. Jadi dengan rasa berdebar-debar, saya pun tunggu untuk ditemu-bual.

    Pada masa tu, saya lihat ofis besar, tapi kosong. Tak ramai orang. Dalam hati bertanya, "Ofis apa ni? Kenapa mcm tkde org keje? Mungkin syarikat lawyer baru agaknye, tapi apa keje aku? Apasal dorang call untuk interview? Apa yang aku boleh buat? Jadi admin je kot.." Macam-macam soalan bermain di fikiran. Tapi tu semua hilang sama sekali setelah dipanggil untuk ditemu bual.

    Yang interview saya, direktor untuk agensi tu! Wah..rasa berbesar hati la kan, Human Resource tk interview, terus gi Direktor. Kami pun berbual lah. Dia berbangsa cina. Boleh dikatakan cara dia bebual, memang macam gangster dlm filem cantonese. LOL! Saya ingat lagi nama beliau, Raymond Low. Dia bagitau saya, dia lulusan 'O' Level juga, dia cuma pass 3 subjek. English, Maths, Mandarin. Lain semua hancuz! Saya heran. Bagaimana orang lulusan O level lagi TERUK dari saya, boleh jadi direktor??!!

    Saya sudah mula jadi sangsi. Takut la buatnya ni semua satu penipuan. Manalah tau dia ni menjalankan bisnes skim cepat kaya. Tul tak? Tapi saya tetap duduk dan mendengar penjelasan beliau. 1.5hrs saya kat dlm ofis dia di-interview. Pernah anda ditemubual sampai 1.5hrs? LOL! Saya pun tk pernah. TULAH pertama kali.

    Yang buat saya tertarik adalah perwatakan beliau. Sangat merendah diri. Beliau tanya saya dalam BI, "Khairul, kau pernah nampak slip gaji SGD1 juta??" Saya dengan mata terkebil-kebil menggeleng kepala. Dia pun bawak kluar slip gajinya untuk tahun sebelumnya. Masa saya di-interview tu, tahun 2004 June.

    Terbeliak mata saya. Seumur hidup saya, belum pernah saya lihat gaji SEBANYAK TU! SGD1 Juta! Pertama kali saya duduk di hadapan jutawan SEBENAR dan dia takde rupa jutawan pun! Rendah diri, peramah, bebual macam gangster (yelah kalau sikit2 nak maki hamun dalam bahasa cina) hahaha. Saya tekad, apa ilmu yg dia ada, SAYA NAK BELAJAR! Tanpa berfikir 2-3 kali, dalam hati saya dah buat keputusan. Apa juga kerja yang diberi, saya akan terima.

    Semasa ditemubual tu, direktor saya berkongsi satu istilah yang saya pegang hingga sekarang..dia berkata..

    "Kalau kau nak jadi jutawan, kau kene bertanya dengan jutawan macam mana dia jadi jutawan. kau jangan tanya orang yang gaji SGD60k setahun macam mana nak jadi jutawan pasal dia takkan tahu macam mana nak jadi jutawan! Kalau kau nak beli rumah bungalow, kau kene tanya orang yang duduk dirumah bungalow macam mana dia boleh ada duit beli rumah bungalow. Jangan tanya orang yang duduk apartment macam mana nak beli rumah bungalow!"

    memang mendalam kata-kata tu. Saya seperti tersentak. Cukup dalam rasanya. Jadi saya tahu, inilah tempat saya akan habiskan masa untuk belajar macam mana nak jadi jutawan. Tapi bila dapat tahu tentang gaji, semangat yang berkobar-kobar tadi terus hilang. Pasal ajen insurans 100% commission! Nak makan apa kalau takde sales?!

    Walau macam mana pun, direktor saya tetap membakar semangat. Dia kata, slip gaji yang saya nampak tu pun 100% commission. 10 tahun dia dalam industri insurans sudah mendapat gaji sebegitu rupa. Saya tidak berfikir panjang (kalau fikir lama2 nanti tk jadi, satu karekteristik yang lazim kita dengar), saya ckp dgn beliau saya terima tawaran beliau.

    Ingatkan senang, rupanya kena amek exam. Sampai 3 paper. dan saya kene masuk 'kelas' khas untuk agen insurans sebelum dapat menjual insurans kepada orang ramai. Selepas sebulan, baru lah saya sign kontrak dengan Prudential. Tarikh: 17 Aug 2004

    nak tahu gaji pertama saya di saya? SGD53.85. nak tahu gaji saya bila saya berhenti di Prudential? SGD5865.15

    Dari SGD53.85 - SGD5865.15, saya ambil masa 3 tahun utk sampai ke tahap tu. Nak tahu macam mana boleh jadi banyak gitu? Saya sambung minggu hadapan Insya Allah.

    Diari Saya,

    IMNoob

    Muslim Niaga - Platform Dropship Produk Islamik No.1 Asia
    Mentor Dropship - Kami Mentor Sampai Anda MUNTAH!

  16. The Following 3 Users Say Thank You to KhairulMN For This Useful Post:

    akukhairul (03-18-2011), shakerstribal (03-20-2011), zamrie (03-18-2011)

  17. #20
    Normal Member SchulzCube's Avatar
    Join Date
    Dec 2010
    Location
    Malaysia
    Posts
    138
    Thanks
    2
    Thanked 31 Times in 10 Posts

    Default

    Disebalik kegagalan pasti ada hikmahnya jika kita berjaya menemui punca kegagalan tersebut... Saudara memang hebat dan perkongsian cerita dari anda memberikan motivasi kepada saya dan mereka yang lain yang masih tercari - cari kejayaan yang belum di miliki lagi...
    Cara Mudah Tingkatkan Trafik Website Dan Blog Anda - KLik Sini

  18. The Following User Says Thank You to SchulzCube For This Useful Post:

    KhairulMN (03-22-2011)

Page 2 of 3 FirstFirst 123 LastLast

Similar Threads

  1. Pabila lelaki jatuh cinta!!!!
    By paly_newbiz in forum Sembang Umum
    Replies: 15
    Last Post: 03-06-2012, 02:59 AM
  2. Susah bangun pagi? Mungkin boleh cuba cara ni..
    By Faizal in forum Lucu, Ajaib, Pelik & Misteri
    Replies: 16
    Last Post: 04-05-2011, 09:23 AM
  3. cara mudah bangun solat tahajud
    By erman in forum Motivasi & Inspirasi
    Replies: 10
    Last Post: 12-29-2009, 10:53 AM
  4. Bangun dari tidur pepagi, buat pe?
    By muhdsuhaily in forum Sembang Umum
    Replies: 12
    Last Post: 01-14-2009, 05:10 AM

Posting Permissions

  • You may not post new threads
  • You may not post replies
  • You may not post attachments
  • You may not edit your posts
  •