Results 1 to 4 of 4
  1. #1
    Active Member mfaiz's Avatar
    Join Date
    May 2008
    Posts
    1,930
    Thanks
    1
    Thanked 15 Times in 11 Posts

    Arrow [1k Dinar] Surah At-Talaq, ayat 2-3.



    السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

    بسم الله الرحمن الرحيم




    Mafhumnya:

    "Barangsiapa yang bertakwa kepada Allah, nescaya Allah akan lepaskan ia dari masalah hidup Dan diberikannya rezeki dari sumber yang tidak diduga. Dan barangsiapa yang bertawakkal kepada Allah, nescaya Allah akan mencukupkan keperluannya. Sesungguhnya Allah melaksanakan urusan (yang dikehendaki) Nya. Sesungguhnya Allah telah mengadakan ketentuan bagi tiap-tiap sesuatu."

    [Surah At-Talaq, ayat 2 - 3.]


    Ayat Seribu Dinar adalah ayat suci Al-Quran yang dipetik dari surah Al-Talaq, dari ayat dua dan tiga. Biasanya apabila disebut ayat Seribu Dinar pasti masyarakat kita kaitkan ayat tersebut dengan rezeki. Apa lagi rahsia disebalik ayat Seribu Dinar...?

    Diceritakan bahawa seorang saudagar telah membayar sebanyak seribu dinar untuk mendapat ayat ini yang dikatakan fadhilatnya ialah dapat menyelamatkan pembacanya dari malapetaka. Di dalam perjalanan pulang, kapal saudagar ini telah dipukul ombak dan beliau terus membaca ayat tersebut. Dengan izin Allah Subhanahu wa Ta'ala. hanya beliau seorang saja yang terselamat dari bencana itu.

    Ramai antara kita yang menjadikan Ayat Seribu Dinar itu sebagai hiasan di dinding tanpa membacanya & mengamalkannya. Cuba hafal dan amalkan. Terutama sebagai ayat pendiding dari anasir jahat. Begitu juga apabila keluar untuk mencari rezeki. Tidak kurang juga untuk menjadi ayat tautan ikatan kasih antara dua hati. Pernah dikhabarkan oleh mereka yang mengamalkannya di dalam sebuah keluarga, di mana mereka mengamalkan ayat seribu dinar dengan membaca tiga kali setiap kali selepas solat. Hati mereka seperti diikat antara satu sama lain. Jika berlaku sesuatu yang tidak diingini kepada salah seorang ahli keluarga yang lain akan dapat merasakannya. Begitulah juga apabila mereka berjauhan, hati mereka seolah berinteraksi antara satu sama lain. Itulah rahsia mukjizat yang diturunkan kepada Nabi Muhammad sallAllahu Ďalaihi wasallam. Cuma kita yang masih tidak menyedari, rahsia di sebalik mukjizat itu.

    Harus diinsafi bahawa seseorang yang hendak mengamalkan ayat-ayat al-Quran wajiblah juga mentaati ajaran dan petunjuk yang terkandung di dalamnya.

    Di antara fadhilat-fadhilat lain Ayat Seribu Dinar ini ialah:
    1. Dibaca bila kita hendak bertawakkal terhadap sesuatu perkara.
    2. Menghilangkan keresahan bila dibaca di waktu resah.
    3. Dibaca ketika hendak menaiki kenderaan.
    4. Dan ketika dirasakan perlu.


    Menurut banyak riwayat, sebab ayat Seribu Dinar diturunkan Allah Subhanahu wa Ta'ala adalah kerana peristiwa berkaitan seorang sahabat bernama Auf bin Malik al-Asyja'i yang mempunyai anak lelaki ditawan kaum Musyrikin.

    Beliau mengadu perkara itu kepada Rasulullah sallAllahu Ďalaihi wasallam dan Baginda meminta Auf supaya bersabar sambil bersabda kepadanya yang bermaksud: "Sesungguhnya Allah akan memberi jalan keluar kepadamu."

    Ternyata tidak lama selepas itu anaknya dilepaskan daripada tawanan pihak musuh dan dalam perjalanan dia terserempak seekor kambing kepunyaan musuh lalu dibawanya kambing itu kepada ayahnya.

    Kemudian turunlah ayat yang bermaksud: "Siapa yang bertakwa kepada Allah, Dia menjadikan baginya jalan keluar dan memberinya rezeki dari jalan yang tidak disangka-sangka dan tidak terfikir sebelumnya." Hadis riwayat Ibnu Jarir.

    Nampak tak kawan-kawan, kisah di sebalik penurunan ayat ini? Kita beramal membaca, dapat pahala... niat kita, nak redha Allah... dengan redha itulah kita mendapat fadhilat-fadhilat ayat ini... hatta masuk Syurga pun dengan redha Allah Subhanahu wa Ta'ala...




    Apa yang baik itu datangnya dari Allah Subhanahu wa Ta'ala, dan yang buruk itu adalah kelemahan diri saya sendiri.

    والله أعلم

    جزاك اللهُ خيراً






    .
    .
    +Saya reseller ESET NOD32 Antivirus, PM jika nak beli lesen ori. +Hosting utk STUDENTS+FREE Domain
    +Panduan & Skrip Autoresponder +Perkhidmatan Setup Affiliate
    +
    Panduan & Skrip Affiliate +Lindungi Page Download

    ...شكرا جزيلا على حسن متابعتكم

  2. # ADS
    Circuit advertisement
    Join Date
    Always
    Posts
    Many
     

  3. #2
    WC Premium Imabiz's Avatar
    Join Date
    Feb 2009
    Location
    http://www.pakarbuatblog.com
    Posts
    13,548
    Thanks
    221
    Thanked 337 Times in 226 Posts

    Default

    thank... memang imabiz amal kan.. tapi kadang2 miss gak.. thank TT ingatkan...

  4. #3
    Active Member mfaiz's Avatar
    Join Date
    May 2008
    Posts
    1,930
    Thanks
    1
    Thanked 15 Times in 11 Posts

    Default

    Quote Originally Posted by imabiz View Post
    thank... memang imabiz amal kan.. tapi kadang2 miss gak.. thank TT ingatkan...
    Alhamdulillah... mengingatkan juga buat diri saya sendiri...




    .
    .
    +Saya reseller ESET NOD32 Antivirus, PM jika nak beli lesen ori. +Hosting utk STUDENTS+FREE Domain
    +Panduan & Skrip Autoresponder +Perkhidmatan Setup Affiliate
    +
    Panduan & Skrip Affiliate +Lindungi Page Download

    ...شكرا جزيلا على حسن متابعتكم

  5. #4
    Active Member iezat's Avatar
    Join Date
    Jul 2009
    Location
    MEKAH & MADINAH
    Posts
    2,427
    Thanks
    7
    Thanked 15 Times in 10 Posts

    Default

    Terima kasih kerana mengingatkan
    saya.

Similar Threads

  1. 22 Ayat Pendahuluan Sales Page / Minisite Yang Berkesan.
    By Khai Akmal in forum Perniagaan Internet
    Replies: 31
    Last Post: 04-21-2010, 05:09 PM
  2. Surah Al-Hadid, ayat 20?
    By mfaiz in forum Motivasi & Inspirasi
    Replies: 17
    Last Post: 01-06-2010, 04:35 PM
  3. [Penting]gempa sama dgn ayat al-quran
    By johnjimat in forum Sembang Umum
    Replies: 11
    Last Post: 12-28-2009, 12:12 AM
  4. Apa maksud ayat dari pakcik G.A ni?
    By lunassp in forum Ads Network
    Replies: 64
    Last Post: 12-08-2009, 04:58 AM
  5. Ayat Ayat Al Qur'an Muncul Di Tubuh Bayi Rusia
    By adikabas in forum Sembang Umum
    Replies: 7
    Last Post: 10-22-2009, 07:25 PM

Posting Permissions

  • You may not post new threads
  • You may not post replies
  • You may not post attachments
  • You may not edit your posts
  •