Page 1 of 2 12 LastLast
Results 1 to 10 of 13
  1. #1
    Normal Member OsmanAdnan's Avatar
    Join Date
    Sep 2008
    Posts
    909
    Thanks
    1
    Thanked 13 Times in 11 Posts

    Default Kuiz Kehidupan- Sejauh mana anda berpuashati dengan kehidupan anda?



    Sejauh mana anda berpuas hati dengan kehidupan anda? Ambil kuiz ini untuk mengetahui sejauh mana anda gembira.

    1. Jika anda boleh kembali ke masa lampau, sejauh mana anda akan mengubah hidup anda?

    A) Segalanya
    B) Hampir segalanya
    C) Sesetengah perkara
    D) Hampir tiada
    E) Langsung tiada

    2. Jika anda mempunyai wang yang amat banyak untuk melakukan rawatan kecantikan, sejauh mana bentuk fizikal anda akan berubah

    A) Segalanya
    B) Hampir segalanya
    C) Sesetengah perkara
    D) Hampir tiada
    E) Langsung tiada

    3. Jika anda bandingkan kehidupan anda sekarang dengan kehidupan yang anda fikirkan sebagai kehidupan yang ideal, sejauh mana kehidupan anda sekarang hampir kepada kehidupan ideal itu.

    A) Amat jauh
    B) Jauh
    C) Agak hampir
    D) Hampir
    E) Sangat hampir

    4. Sejauh mana anda berpuashati dengan keseluruhan hubungan personal anda (e.g dengan keluarga, kawan dan individu lain yang penting)

    A) Amat tidak berpuas hati
    B) Agak tidak berpuas hati
    C) Neutral
    D) Agak berpuas hati
    E) Sangat berpuashati

    5. Sejauh mana anda berpuashati dengan karier pilihan anda.

    A) Amat tidak berpuas hati
    B) Agak tidak berpuas hati
    C) Neutral
    D) Agak berpuashati
    E) Sangat berpuashati


    6. Dibandingkan dengan kebanyakan orang, anda menganggap diri anda:

    A) Amat tidak bernasib baik
    B) Tidak bernasib baik
    C) Sama seperti orang lain
    D) Lebih bernasib baik
    E) Amat bernasib baik

    7. Dalam aspek pandangan anda terhadap kehidupan, anda mengkategorikan diri anda sebagai:

    A) Amat optimis
    B) Agak optimis
    C) Di tengah-tengah
    D) Agak pesimis
    E) Amat pesimis


    8. Matlamat yang anda tentukan untuk diri anda secara umumnya:

    A) Saya tidak meletakkan matlamat
    B) Amat susah untuk dicapai
    C) Mudah untuk dicapai
    D) Agak mudah untuk dicapai
    E) Mencabar tetapi boleh dicapai

    9. Anda letakkan tahap tekanan (stress) kehidupan anda sebagai:

    A) Amat tinggi
    B) Agak tinggi
    C) Sederhana
    D) Agak rendah
    E) Amat rendah

    10. Mengambil kira semua pertimbangan, sejauh mana anda berpuashati dengan kehidupan anda secara umum?

    A) Amat tidak berpuashati
    B) Agak tidak berpuashati
    C) Neutral
    D) Agak berpuashati
    E) Sangat berpuashati

    ============================================

    A = 2, B = 4, C = 6, D = 8, E = 10

    Jumlahkan skor anda dan bandingkan dengan markah di bawah:

    80-100 : Anda sentiasa ceria!
    60-79 : Kebiasaannya anda ceria, kadang-kadang anda kurang gembira
    40-59 : Kebiasaannya anda kurang gembira, kadang-kadang ceria
    Bawah 40 : Anda selalu bermuram durja

    ============================================
    Macam mana? Anda di kategori yang mana?

  2. # ADS
    Circuit advertisement
    Join Date
    Always
    Posts
    Many
     

  3. #2
    Normal Member OsmanAdnan's Avatar
    Join Date
    Sep 2008
    Posts
    909
    Thanks
    1
    Thanked 13 Times in 11 Posts

    Default

    Mana orang ni? Takde ke yg sudi jawab kuiz ni..

  4. #3
    Moderator faezil's Avatar
    Join Date
    Oct 2007
    Location
    Johor Bahru
    Posts
    6,954
    Thanks
    313
    Thanked 464 Times in 333 Posts

    Default

    dah jawab... dapat 66 - Kebiasaannya anda ceria, kadang-kadang anda kurang gembira



  5. #4
    Normal Member OsmanAdnan's Avatar
    Join Date
    Sep 2008
    Posts
    909
    Thanks
    1
    Thanked 13 Times in 11 Posts

    Default

    Thanks faezil.. Susah betul ya nak tengok thread motivasi dan inspirasi ni cecah ratusan post mcm thread kategori buat duit kan..

  6. #5
    WC Premium Zairi Zaidi's Avatar
    Join Date
    Oct 2008
    Location
    Kota Bharu, Kelantan
    Posts
    2,229
    Thanks
    55
    Thanked 22 Times in 21 Posts

    Default

    saya punya: Kebiasaannya anda kurang gembira, kadang-kadang ceria

    yg no 1 tu sy jawab E. sebabnya, daripada kita guna
    masa lampau untuk ubah hidup kita sekarang, lebih baik
    kita guna masa sekarang untuk ubah masa depan kita.

    p/s:4-59? ke 40-59?

  7. #6
    Normal Member OsmanAdnan's Avatar
    Join Date
    Sep 2008
    Posts
    909
    Thanks
    1
    Thanked 13 Times in 11 Posts

    Default

    Quote Originally Posted by Zairi Zaidi View Post
    saya punya: Kebiasaannya anda kurang gembira, kadang-kadang ceria

    yg no 1 tu sy jawab E. sebabnya, daripada kita guna
    masa lampau untuk ubah hidup kita sekarang, lebih baik
    kita guna masa sekarang untuk ubah masa depan kita.

    p/s:4-59? ke 40-59?
    Ok dah betulkan..thanks bro..

  8. #7
    Active Member tenteraangin's Avatar
    Join Date
    Oct 2009
    Location
    Bangsar
    Posts
    1,187
    Thanks
    7
    Thanked 200 Times in 80 Posts

    Default

    cukup makan, cukup tido, .. da puas hati

  9. #8
    WC Premium Sepat-Hazim Rahmat's Avatar
    Join Date
    Oct 2009
    Location
    Melaka
    Posts
    169
    Thanks
    2
    Thanked 3 Times in 3 Posts

    Default

    dah jawab..
    dapat yg no 2..
    jumlah semua 62
    ( 60-79 ): Kebiasaannya anda ceria, kadang-kadang anda kurang gembira

    biasalah..ada masa up ada masa down
    heh..

  10. #9
    WC Premium mijie's Avatar
    Join Date
    Jun 2007
    Location
    cyberjaya>shah alam
    Posts
    2,107
    Thanks
    1
    Thanked 24 Times in 12 Posts

    Default

    markah saya 72

    60-79 : Kebiasaannya anda ceria, kadang-kadang anda kurang gembira

  11. #10
    Normal Member
    Join Date
    Aug 2008
    Posts
    151
    Thanks
    1
    Thanked 3 Times in 3 Posts

    Default

    40-59 : Kebiasaannya anda kurang gembira, kadang-kadang ceria

    btl kot aku 2

Page 1 of 2 12 LastLast

Similar Threads

  1. RM1 - Tawaran 4 hari!
    By Muhammad Fie in forum WTS : Pengiklanan & Pemasaran
    Replies: 194
    Last Post: 05-18-2014, 06:25 PM
  2. isi mnyak dpt duit
    By reezwan in forum Perniagaan Internet
    Replies: 196
    Last Post: 05-28-2011, 09:26 AM

Posting Permissions

  • You may not post new threads
  • You may not post replies
  • You may not post attachments
  • You may not edit your posts
  •