Results 1 to 10 of 24
- 09-04-2009, 12:45 PM #1
Kisah Datuk Yusuf Taiyoob
Anda pasti pernah dengar produk kurma berjenama Yusuf Taiyoob bukan? Ingin tahu sejarah kehidupan pemilik produk ini sehingga beliau mampu bergelar datuk? Usahawan Melayu Islam yang sangat sinonim dengan produk kurma nya ini bernama Datuk Yusuf Taiyoob, 47, yang memiliki empayar perniagaan sendiri bernama Yusuf Taiyoob Sdn Bhd...
Kesungguhan beliau untuk berjaya dalam bidang perniagaan sememangnya tidak dapat dinafikan. Zaman remaja beliau sudah bermandikan cabaran demi cabaran dalam dunia perniagaan. Bermula dengan penjualan minyak wangi di Lapangan Terbang Bayan Lepas, yang diadun sendiri oleh beliau ketika berumur 19 tahun, penerimaan pada peringkat awal adalah sangat memberangsangkan. Sehinggalah pada satu ketika, beliau jatuh sakit (muntah darah akibat pendarahan dalaman yang serius) akibat tekanan yang dihadapi dek kerana penjualan yang merudum teruk.
Memang tidak dapat dinafikan, dugaan yang beliau hadapi, memberi kesan terhadap usahanya menjadi seorang usahawan berjaya. Namun, beliau nekad untuk menukar bentuk perniagaan yang lain dengan mengimport makanan termasuk kurma secara kecil-kecilan.
Lama-kelamaan, usahanya berhasil apabila perniagaannya berkembang maju dan produk keluarannya semakin popular termasuk di Singapura, Indonesia dan Thailand. Kini, beliau sudah pun memiliki lebih 1,000 pengedar di negara ini tidak termasuk di luar negara dan hampir 50 kakitangan di pejabatnya. Bilangan pekerja itu tidak termasuk pekerja di tiga gudang di Pulau Pinang dan Kuala Lumpur. ^_^
Begitulah serba ringkas kisah seorang usahawan tempatan, Datuk Yusuf Taiyoob. Bukan senang nak senang. Tiada jalan pintas untuk kecapi kebahagiaan. Bermacam-macam dugaan yang TUHAN berikan. Namun, berkat, usaha dan keyakinan terhadap kekuasaan ALLAH s.w.t, beliau mampu membuka fenomena baru dalam perusahaan kurma di negara kita.
Semoga kisah Datuk Yusuf Taiyoob ini dapat memberikan anda semangat untuk sentiasa sukses dalam kehidupan anda. Saya juga masih lagi mencari-cari jalan ke arah kebahagiaan dan kesenangan hidup di dunia mahupun di akhirat. :o
>> Jom singgah sini utk lain2 artikel berkaitan motivasi~ :cool:
- 09-04-2009 12:45 PM # ADS
- 09-04-2009, 01:00 PM #2WC Premium

- Join Date
- Oct 2007
- Location
- Skudai,Johor dan Besut,Terengganu
- Posts
- 1,759
- Thanks
- 0
- Thanked 35 Times in 19 Posts
Semua orang tahu yusof taiyoob. sebut je kurma, pasti kita akan terbayang iklan Yusof taiyoob di TV..pandai sungguh dia mengambil peluang. yerlah mana ada pengedar kurma macam yusof taiyoob..
- 09-04-2009, 01:39 PM #3Normal Member
- Join Date
- Oct 2007
- Location
- Jengka 1, Pahang
- Posts
- 53
- Thanks
- 0
- Thanked 0 Times in 0 Posts
sekarang jika org ingat kurma mesti ingat yusuf taiyoob.
Walaupun permintaan terhadap kurma adalah bermusim tapi beliau berani mengambil risiko dan mengubahnya menjadikan yusuf taiyoob kurma bukan saja dikenali tapi juga digemari ramai.
- 09-04-2009, 02:24 PM #4
kalau yusof haslam ingat saper lak? heheh
mesti gerak khas..Teruja Dengan Mengejut? - Ikuti Kisah Benar Perjalanan Saya Mencapai Kemuncak Kebebasan Kewangan!
- 09-04-2009, 04:33 PM #5
sekarang ade raja kurma baru..
Sulaiman Aqh'madidd Kurmaa..
sape yg dgr radio Hitz.fm tau la :p
- 09-04-2009, 04:40 PM #6
iklan jap..yusof tayyobbb(secara berbisik)..hehe
- 09-04-2009, 05:00 PM #7WC Premium

- Join Date
- Feb 2009
- Location
- http://imabiz.info
- Posts
- 13,402
- Thanks
- 220
- Thanked 239 Times in 182 Posts
bile la imabiz nak terkenal nie... sebut imabiz ingat internet.. hehe.. takpe.. usaha yang penting..
- 09-04-2009, 05:37 PM #8
cerita yang sangat memberi motivasi.
- 09-04-2009, 08:46 PM #9
Terima kasih kerana berkongsi cerita ni.
Amat bagus dan bermotivasi
earn money now
My English Blog
My Malay blog
It just a common sense
Have a world standard sales letter and copywriter work for you at a very reasonable price, contact me : masz_83 (YM)
- 09-05-2009, 12:54 AM #10
terima kasih...
hebat cerita nie...teringat iklan "yusuffff taiyooob(berbisik)"
Similar Threads
-
Kisah Di Sebalik Setiap Paket Mamee Monster
By Shukor in forum Motivasi & InspirasiReplies: 20Last Post: 09-23-2009, 10:00 PM -
Kisah benar yang pelik tapi berlaku dalam hidup kita........
By mamatpenang in forum Motivasi & InspirasiReplies: 13Last Post: 08-31-2009, 02:08 PM



LinkBack URL
About LinkBacks
Reply With Quote





