+ Reply to Thread
Page 9 of 9 FirstFirst ... 56789
Results 81 to 90 of 90
  1. #81
    Junior Member Array
    Join Date
    Jul 2009
    Posts
    60
    Thanks
    0
    Thanked 0 Times in 0 Posts

    Default



    good advice!

  2. # ADS
    Circuit advertisement
    Join Date
    Always
    Posts
    Many
     

  3. #82
    Loyal Member Array
    Join Date
    Apr 2009
    Location
    lipis
    Posts
    602
    Thanks
    0
    Thanked 10 Times in 4 Posts

    Smile

    Quote Originally Posted by uzairubiah View Post
    Aku tidak berapa gemar menggunakan istilah "newbie" disini, seolah-olah ianya melambangkan satu kasta dan menjadi tembok besar di antara yang berpengalaman dan juga yang baru berjinak.Jadi, aku gunakan frasa"rakan-rakan baru".

    Setiap tahun, semakin bertambah rakan-rakan baru yang ingin menceburkan diri dalam perniagaan internet ini.Dan tidak kurang juga ramai rakan-rakan yang dahulu bersama-sama saya yang sudahpun berputus asa dengan perniagaan internet ini.

    Saya tidak mahu untuk bercerita mukadimmah yang panjang lebar di sini,jadi biarlah saya memberikan pesanan saya ini dalam bentuk point-point agar ianya mudah difahamkan dan diserap dalam minda masing-masing.

    Sebetulnya, perkara-perkara yang ingin saya nyatakan disini, telahpun berulangkali di beritahu oleh rakan-rakan yang lain, namun rasanya tidak salah kalau saya ingin mengingatkannya sekali lagi dan saya membuat ulasan berdasarkan pengalaman saya yang cetek dalam dunia perniagaan internet ini.

    1) Fokus Terhadap Pilihan Yang Anda Buat

    Ini merupakan di antara masalah terbesar dikalangan rakan-rakan baru dan kepada rakan-rakan yang berpengalaman juga. Tidak fokus kepada pilihan bidang yang anda buat,boleh memberikan kesan sehingga anda boleh berputus asa sekiranya tidak mencapai target yang anda inginkan.

    Perkara begini selalu terjadi. Saya tidak menyalahkan rakan-rakan yang baru dalam perniagaan internet ini kerana masalah "Bagaimana Hendak Memulakan" adalah di antara faktor utama kebanyakan rakan-rakan baru dan sebab itu mereka mudah goyah dan hilang fokus terhadap apa yang mereka lakukan.

    Bila selalu terikut-ikut dengan "hype baru", ini yang mudah menimbulkan kehilangan fokus dan selera terhadap apa yang sudah dilakukan dan direncanakan.

    Jadi, hanya tahap fokus yang jitu sahaja dapat menjadikan anda berjaya terhadap apa yang anda ingin buat ataupun sedang lakukan.

    Sebenarnya, segalanya berbentuk rantaian yang akan kembali pada anda.Sedar tidak sedar, anda sudahpun menjadi affiliate, menjana wang dengan adsense, menjadi blogger, menjual produk fizikal dan sebagainya.

    Yang penting adalah, anda perlu tahu bagaimana hendaak bermula dan apa yang perlu anda mulakan. Jangan mempedulikan kejayaan orang lain, tetapi sebaiknya pedulikan kejayaan yang bakal anda kecapi sekiranya anda bersungguh-sungguh dan fokus terhadap apa yang anda buat.

    2) Benarkah Anda Perlukan Motivasi Untuk Buat Sesuatu?

    Adakah anda perlukan motivasi untuk melakukan sesuatu? Mungkin ada diantara anda yang akan memberikan pendapat yang berlainan,namun bagi saya, anda sebenarnya tidak perlukan motivasi untuk melakukan langkah pertama anda.Just Bloody Do It!

    Motivasi akan hadir sendiri bila anda mengharungi perjalanan karier anda dalam perniagaan internet ini.Malah, dalam apa-apa perniagaan pun yang anda buat tidak kira offline atau online.

    Jangan jadikan alasan kekurangan motivasi menjadi halangan untuk mencapai impian dan cita-cita yang anda pilih.

    3) Membuat Objektif Yang Mudah Untuk Anda Gapai

    Sebetulnya, anda tidak boleh meletakkan angan-angan dan target yang terlalu tinggi sekiranya anda baru bermula. Perniagaan internet bukanlah semudah yang anda sangkakan seperti yang anda lihat di kebanyakan "sales letter" yang terlalu hype.

    Pernahkah anda terfikir betapa sukarnya "penjual produk" tersebut bermula pada awal pem****tannya? Namun begitu, meletakkan tanda aras yang "masih berpijak di bumi yang nyata", adalah asas yang terbaik.

    Kebanyakan objektif atau target yang biasa saya dengar adalah terlalu umum serta tidak khusus.Ianya lebih kepada angan-angan.

    Saya biasa mendengar:

    "Aku Ingin Jadi Jutawan Dalam 3 Tahun Lagi"

    " Harap Aku Bebas Dari Masalah Kewangan Sedikit Masa Lagi"

    Itu adalah di antara yang biasa saya dengar.Namun sebenarnya,khas untuk rakan-rakan baru, anda perlu meletakkan objektif yang khusus.

    Anda perlu melihat apakah target pendapatan anda yang ingin anda capai? Atau dengan cara lebih mudah adalah, gandakan hasil pendapatan tetap anda.

    Sekiranya anda ingin mencapai target anda sebagai contoh, RM 3000 sebulan, ini bermakna target pendapatan anda adalah RM 36,000 setahun.

    Jadi,pecahkan angka RM 3000 sebulan itu kepada hari. Ini bermakna, anda perlu sekurang-kurangnya menjana pendapatan sebanyak RM 100 sehari untuk mencapai target anda.

    Namun begitu, anda perlu pecahkan lagi angka RM 100 itu kepada sumber-sumber pendapatan yang ingin anda janakan mengikut bidang perniagaan internet yang anda pilih. Contoh:

    • Adsense-RM 20
    • Affiliate-RM 30
    • Pengiklanan-RM 50
    Iini adalah contoh yang perlu anda lakukan agar ianya akan lebih targeted.Sekiranya anda telahpun mencapai target tersebut, barulah anda upgrade target anda tadi dan seterusnya.

    Jadi, buatkan satu objektif yang mudah terlebih dahulu.Jangan biarkan angan-angan anda mempengaruhi minda anda semasa membuat ojektif perniagaan internet anda nanti.

    4) Rajin, Usaha, Dan Tidak Putus Asa

    Tiada ketiga-tiga sifat ini, adalah sukar untuk anda berjaya dalam bidang yang anda ceburi. Konsep yang sama tidak kira apa jenis perniagaan yang anda lakukan.

    Anda tidak perlukan masa sehingga 8 jam di depan PC untuk berjaya.Cukup dengan sekadar 2 jam waktu yang sesuai dan anda betul-betul memaksimakan masa tersebut membuat

    Ia adalah lebih baik dari masa 8 jam yang anda selang-selikan dengan bergosip di forum,ruangan chat, dan sebagainya.

    Ramai juga yang memberikan alasan modal yang terhad sebagai halangan dalam mencapai cita-cita sedangkan ia sepatutnya tidak sekiranya anda mempunyai keazaman yang benar-benar jitu.

    Sekiranya anda benar-benar ingin berjaya,tiada alasan yang dapat menghalangi anda untuk mencapainya.

    5) Promosi

    Diikutkan, promosi adalah aspek yang terpenting. Sekiranya anda mempunyai produk yang terbaik di dalam dunia sekalipun, sekiranya anda tidak mampu menjual, anda gagal.

    Terdapat pelbagai cara promosi yang ada dibincangkan di dalam forum-forum dan blog-blog yang ada, samada berbayar atau percuma, yang boleh anda aplikasikan.

    Tidak perlu tergopoh-gopoh mencari traffik yang banyak dan tidak berkualiti dengan menggunakan software dan sebagainya.

    Sebetulnya, adalah target dan capture pengunjung yang benar-benar berminat terhadap apa yang anda jual dan katakan.Biar ia bermula dari jumlah yang sedikit.Dan lipat gandakan usaha anda untuk mencapai sasaran yang anda mahukan.

    Sehingga di sini sahaja buat masa ini.

    p.s. Baru lepas keluar hospital
    sya sokong 2...ad betulnya juga...untuk menjadi power kene usha lebih,ada point,ada matlamat dan objektif..

  4. #83
    WC Premium Array
    Join Date
    Aug 2008
    Location
    ClickBank.com 917 S. Lusk Street, Suite 200 Boise ID 83706
    Posts
    7,043
    Thanks
    57
    Thanked 126 Times in 56 Posts

    Default

    Sudah print out & tampal kat tepi PC, sudah?

    Quote Originally Posted by fdelixx View Post
    sya sokong 2...ad betulnya juga...untuk menjadi power kene usha lebih,ada point,ada matlamat dan objektif..

  5. #84
    New Member Array
    Join Date
    May 2009
    Posts
    49
    Thanks
    0
    Thanked 0 Times in 0 Posts

    Thumbs up terima kasih

    bro!!!
    trima kasih!!!!!
    bermakna sungguh pesanan yg bro bagi..

  6. #85
    WC Premium Array
    Join Date
    Sep 2008
    Posts
    1,647
    Thanks
    21
    Thanked 94 Times in 22 Posts

    Default

    Quote Originally Posted by fydos View Post
    bro!!!
    trima kasih!!!!!
    bermakna sungguh pesanan yg bro bagi..
    yang paling pentingnya walaupun saya kira
    dia dah ley dikategorikan sebagai berjaya
    tapi tetap menten kool n rendah diri

  7. #86
    New Member Array
    Join Date
    Jul 2009
    Location
    Kota Bharu, Kelantan
    Posts
    26
    Thanks
    0
    Thanked 0 Times in 0 Posts

    Default

    alhamdulillah... artikel dan perkongsian yang sangat baik. sangat membantu juga.

    terima kasih. terutamanya kepada Uzair dan rakan-rakan yang lain.
    Ikhlas,
    Muhammad Abdullah

    belajar, timba pengetahuan, bertindak, timba pengalaman, baik dan buruk, muhasabah, belajar dan terus belajar, dan seterus-terusnya ... >>> ISTIQAMAH

    matlamat = mencapai pendapatan bulanan 6 angka sebulan tepat apabila genap umur 30 tahun.

  8. #87
    WC Premium Array
    Join Date
    May 2008
    Location
    BisnesAffiliate.com
    Posts
    3,130
    Thanks
    52
    Thanked 36 Times in 21 Posts

    Default

    Bermanfaat bro...

    Bagi saya, ianya bukan saja membantu rakan-rakan baru..

    tetapi membuatkan rakan lama juga berfikir...

    ~ back to basic...

    dan mybe ada yang pernah dengar...

    ~ less is more...

  9. #88
    WC Premium Array
    Join Date
    Aug 2008
    Location
    ClickBank.com 917 S. Lusk Street, Suite 200 Boise ID 83706
    Posts
    7,043
    Thanks
    57
    Thanked 126 Times in 56 Posts

    Default

    Orang lama pun blh hilang fokus :confused:

    memang benar!

  10. #89
    Junior Member Array
    Join Date
    May 2009
    Posts
    190
    Thanks
    0
    Thanked 0 Times in 0 Posts

    Default

    to bro uzairubiah:
    artikel yg sgt menarik, stuju dengan kelima-lima nasihat tu,
    tertarik pada nasihat ke-2...
    mmg kene "terjun baru belajar berenang", insyaALLAH pasti motivasi tu dtg sendirinya bila kita capai satu per satu objektif yang simple2 dahulu...

    ramai yang "overload" dengan maklumat2 bila meletakkan matlamat yang terlalu jauh & kabur.
    mungkin ini yang jadikan ramai orang (termasuk saya) kdg2 sukar nk capai satu2 matlamat.

    ;P

  11. #90
    WC Premium Array
    Join Date
    Oct 2008
    Posts
    851
    Thanks
    92
    Thanked 16 Times in 16 Posts

    Default

    Thanks bro for the motivation... ni yang semangat balik... point2 tu leh la saya letak kat blog tuk motivasi visitor saya gak hehe come on IM Malaysia..


 

Similar Threads

  1. Senarai Program “Paid to Blog” yang mesti disertai
    By nuaeman in forum Program Jana Wang Online
    Replies: 22
    Last Post: 06-24-2009, 04:42 PM
  2. 5 Deria Seorang Usahawan
    By Shukor in forum Motivasi & Inspirasi
    Replies: 8
    Last Post: 04-21-2009, 04:02 AM

Tags for this Thread

Bookmarks

Posting Permissions

  • You may not post new threads
  • You may not post replies
  • You may not post attachments
  • You may not edit your posts