+ Reply to Thread
Results 1 to 10 of 46
- 04-13-2009 01:07 AM #1
Membina kehidupan sebagai seorang blogger.
Hidup ini kadang-kadang cukup menyiksakan. Kadang-kadang kita diuji dengan pelbagai rintangan yang kita sendiri tidak terdaya untuk tempuhinya. Dalam kita mencuba untuk mengharunginya, kita juga masih lagi diuji dengan ujian-ujian yang lain. Begitu juga dengan dengan kehidupan kita sebagai seorang anak.
Semakin banyak kesusahan yang kita lihat di dalam keluarga sendiri, semakin besar tekanan yang kita hadapi. Lebih-lebih lagi sebagai anak lelaki sulung. Walaupun aku mempunyai 4 orang kakak, tapi orang kata “perempuan kalau dah kahwin, ikut suami”. Bukanlah bermaksud mereka lepas tangan, tapi pendek cerita apa-apa yang terjadi dalam keluarga “anak lelaki mesti ke hadapan”.
Dan itulah yang membelenggu kehidupan aku suatu ketika dahulu. Hidup aku ketika umur 22-26 tidak begitu “memuaskan”. Aku berhenti kerja dan cuba untuk menghidupkan perniagaan sendiri tapi bak kata orang selagi belum rezeki, selagi itulah cubaan dari Yang Maha Esa ada.
Hendak diceritakan agak malu di sini tetapi PERNAH 2 kali Hari Raya AidilFitri aku tidak mampu langsung untuk membeli baju raya sendiri. Hati ini sungguh berbelah bagi kerana wang yang ada di tangan hanya cukup untuk menolong mak dan ayah belanja barang raya serta duit raya untuk anak saudara.
Jadi aku terpaksa memilih antara dua iaitu antara baju raya dan barang keperluan. Tapi takkanlah anak lelaki tidak menghulur untuk barang keperluan`kan? Tapi keadaan ini tidak disedari oleh sesiapapun sehinggalah pada petang hari raya ketika semua orang SIBUK berada di hadapan rumah, emak aku berjaya hidu tenang “kekeringan” wang di dalam poket aku.
Mana tidaknya, ketika orang lain sibuk mengemas baju raya dan mengemas di bahagian depan rumah.. aku sibuk menyendiri di bahagian belakang rumah, berpura-pura sibuk membersih dan membasuh motor. Tapi hati ibu memang kenal dengan hati anak sendiri (walaupun anak selalu tidak kenal hati sebenar seorang ibu). Emak aku terus pergi ke belakang dan bertanya kepada aku “ko tak beli baju Melayu zad?”
Aku dengan cool dan begitu yakin menjawab:
“alaa…. baju raya tahun lepas ada lagi. Buat apa nak membazir? Lagipun baju raya tu cantik lagi mak…”
Dan emak aku dengan selamba pun bertanya lagi:
“Tapi bukan ker baju tu dah 2 tahun tak berganti..?”
Kemudian aku terus senyap dan senyum jer sebab tak tau nak jawab apa lagi. Dalam hati aku berbisik:
“adehhh… macam mana nih?” (sebab aku ada beritahu emak aku yang aku memang ada duit untuk beli baju raya).
Masuk je waktu azan Maghrib waktu aku masih lagi di belakang rumah, tiba-tiba je emak dan salah seorang kakak aku datang berjumpa aku. Dengan pantas kakak aku menghulur RM200 sambil berkata:
“Lepas ni terus pergi cari baju raya… esok dah nak raya”.
Aku tak tahu nak cakap apa lagi… SAYU ada, SYUKUR ada, MALU pun ada. SAYU sebab tak terkata. BERSYUKUR sebab dapat beli baju raya dan ada keluarga yang baik. MALU sebab tidak mampu untuk membeli baju raya untuk diri sendiri.
Dan lebih menyedihkan lagi apabila beberapa tahun berikutnya, emak aku dimasukkan ke wad kerana kes paru-paru berkuman. Waktu itu hanya Tuhan sahaja yang tahu bagaiman seksanya apabila duit dalam POKET sungguh nipis. Saudara mara pula semuanya datang ke rumah sebab kes emak aku agak tinggi profile`nya. Yang dekat, yang jauh .. semuanya ada.
Bila kala semua saudara mara bertandang buat beberapa hari, aku pulak amat risau dan terlalu tertekan sebab duit kat tangan memang tidak cukup untuk membeli lauk pauk. Kalau aku keluar 2 bahagian, kakak aku yang lain keluarkan 8 bahagian (dari segi kewangan). Adik lelaki yang sorang still lagi belajar di Universiti dan sorang lagi baru bekerja, jadi tidak boleh buat apa-apa. Dalam masa yang sama, aku semakin rasa bersalah pada diri sendiri sebab bisnes yang aku jalankan (bisnes makanan) pada ketika itu memang sedang collapse!
Dan sejak hari itu, aku bertekad untuk merubah hidup. Aku menyendiri untuk belajar perihal blogging dan aku mengasingkan diri dari kawan-kawan. Percaya atau tidak, aku pernah cuba untuk mengelakkan diri dari berjumpa kawan-kawan di hari raya. Bukan berniat untuk memencilkan diri tetapi aku mempunyai satu keinginan. Aku berkata pada diri aku sendiri bahawa aku akan "keluar dan tunjuk muka pada kengkawan bila aku sudah dapat apa yang aku inginkan".
Dan alhamdulillah... sekarang aku sungguh bersyukur kerana kehidupan aku sekarang lebih selesa dari kehidupan aku yang sudah-sudah.
Kesimpulannya : Blogging sememangnya boleh membantu dalam membina kehidupan. Hidup kita, kita yang tentukan.. bukan orang lain... walaupun orang lain itu emak dan ayah kita!Last edited by Ijad; 04-14-2009 at 02:32 AM.
- 04-13-2009 01:07 AM # ADS
- 04-13-2009 02:23 AM #2Kawan WC Premium Array
- Join Date
- Jul 2007
- Location
- AkuSeorangBlogger.com
- Posts
- 6,462
- Thanks
- 73
- Thanked 317 Times in 97 Posts
Tahniah bro, satu motivasi bagi mereka yg ingin buat duit dengan blog....
Sure sekarang ni boleh beli baju raya sendiri, ntah2 kalau nak kasik kat saya pun masih cukup lagi
Produk :
[1] [BARU] "On Page SEO" kan Wordpress Anda Secara Automatik Dengan Plugin Ini
[2] Advance Fiverr Method - Bakal Dilancarakan - OFFER harga pre-open di dalam !
[3] Jana Wang di Fiverr
Servis :
(1) Solo Ad : Hantar Email ke 21k subscriber saya
Website/Blog :
<1> Perniagaan Internet
<2> Jana Pendapatan Tanpa Modal di www.WangTunai.com
- 04-13-2009 02:44 AM #3
- 04-13-2009 03:36 AM #4Pioneer Member Array
- Join Date
- Nov 2008
- Location
- Shah Alam
- Posts
- 3,324
- Thanks
- 26
- Thanked 122 Times in 70 Posts
tahniah semoga dilapangkan rezki & semakin bersyukur......amin
- 04-13-2009 08:45 AM #5
tahniah bro...
terharu saya baca thread ni...
- 04-13-2009 01:28 PM #6
Sesiapa pun boleh berjaya jika fokus. Yang susahnya ialah bila tidak fokus. Pulak tuh, semuanya ingin cepat dan segera. Itu yang buat kita tidak keruan nanti. Tak gitu?
Last edited by Ijad; 04-13-2009 at 02:23 PM.
- 04-14-2009 02:26 AM #7WC Premium Array
- Join Date
- Jun 2008
- Location
- Mirlme.Com
- Posts
- 4,504
- Thanks
- 233
- Thanked 130 Times in 78 Posts
- 04-14-2009 02:38 AM #8WC Premium Array
- Join Date
- Nov 2006
- Location
- masrizalhardy.com
- Posts
- 1,728
- Thanks
- 16
- Thanked 9 Times in 7 Posts
hoho... bro ijad meninggalkan nukilan bestnya di sini... ebook amacam bro?
agak2 dlm tahun ni dapat tak? hehehe...
- 04-14-2009 01:45 PM #9Senior Member Array
- Join Date
- Jan 2009
- Location
- Banting, Selangor
- Posts
- 268
- Thanks
- 0
- Thanked 0 Times in 0 Posts
tq bro....pengajaran yang bagus disebalik kisah bro nie. moga2 saya pun dapat berjaya macam bro dan lain-lain gak.
- 04-17-2009 01:32 PM #10Junior Member Array
- Join Date
- Feb 2009
- Posts
- 150
- Thanks
- 0
- Thanked 0 Times in 0 Posts
cool ~
kicking morrre...
Similar Threads
-
Bengkel WordPress | Bukan Sekadar Membina Blog Tetapi Perniagaan Anda!!!
By surfaddict in forum WTS : Pengiklanan & PemasaranReplies: 340Last Post: 08-24-2009, 09:38 AM -
Komuniti Blogger 70% siap!!
By ajidss_ajidss in forum JV Centre & Prelaunch!Replies: 79Last Post: 04-24-2009, 10:22 AM -
5 Deria Seorang Usahawan
By Shukor in forum Motivasi & InspirasiReplies: 8Last Post: 04-21-2009, 04:02 AM



LinkBack URL
About LinkBacks
Reply With Quote





Bookmarks