+ Reply to Thread
Page 1 of 3 123 LastLast
Results 1 to 10 of 30
  1. #1
    WC Premium Array
    Join Date
    May 2008
    Location
    Bandar manusia
    Posts
    453
    Thanks
    0
    Thanked 4 Times in 4 Posts

    Lightbulb Teknik mengAktifkan Minda separa Sedar..





    Minda separa sedar ialah tempat di mana memori, kelakuan, habit, kepercayaan dan juga harapan anda di simpan. Lebih kurang 10% sahaja yang di kawal oleh minda sedar, dan yang selebihnya di lakukan oleh minda separa sedar. 90% daripada keputusan, tindakbalas, fikiran, dan juga perasaan anda di kawal pada tahap bawah sedar oleh minda separa sedar. Minda separa sedar juga mengawal denyupan jantung, sistem percernaan, sistem pernafasan tanpa anda sedari!

    Teknik mengaktifkan Minda separa Sedar..

    1) Saranan

    Saranan positif yang di berikan pada minda bawah sedar mungkin diterima ataupun di tolak. Hipnosis adalah satu cara di mana saranan di beri untuk membolehkan perubahan. Apabila kita berada dalam keadaan rilek, minda sedar pun dah tak berapa sedar dan pintu gerbang ke minda separa sedar terbuka (luas atau tak luas bergantung pada keadaan rileks seseorang itu).

    Di waktu inilah saranan positif di berikan pada minda separa sedar dan jangan lupa tubuh dan minda haruslah berada dalam keadaan rileks dan tenang. Contoh - saya semakin kaya dan berjaya (bercakap dalam hati pada diri sendiri - angan-angan berarah). Tambahkan emosi dan kemahuan yang kuat dengan membayangkan anda sedang memandu kereta mewah atau tinggal di rumah mewah (gunakan imaginasi anda) supaya saranan lebih efektif.

    Akan tetapi anda harus ingat, apa yang anda inginkan tidak akan berlaku sekelip mata. Cepat atau lambat bergantung pada anda.

    * Pastikan tubuh dan minda dalam keadan rileks - gerbang minda separa sedar terbuka - Berikan saranan positif dan di tambahkan dengan emosi supaya lebih efektif.


    2) Pengulangan (repetition)

    Sebagai contoh, berikan saranan pada minda separa sedar supaya menerima idea yang anda adalah orang kaya dan berjaya. Teknik repetition boleh menyematkan idea ini ke minda separa sedar dengan lebih cepat dan mudah. Minda separa sedar lebih mudah menerima saranan dari repetition.

    Satu contoh mudah cuba sebut 236 0344 sekali, 10 minit lagi cuba ingat balik tanpa melihat nombor tersebut… agak-agak bole ingat tak? Tapi kalau sebut 236 0344 lima puluh kali, 10 minit lagi kalau sebut mesti boleh ingat…

    Jika selalu mengamalkan teknik repetition, saranan tersebut akan membentuk cara berfikir, tingkahlaku dan juga kepercayaan anda. Struktur minda akan berubah untuk menerima idea baru yang anda ini adalah seorang kaya dan berjaya. Apabila idea ini berjaya diterima tanpa ragu-ragu, maka secara automatik peluang-peluang (rezeki) akan datang dengan sendirinya.

    * Dalam keadaan releks, berikan saranan kepada minda bawah sedar berulang-ulangkali - gunakan teknik repetition ini pada waktu pagi atau malam (sebelum tidur) tambahkan dengan emosi yg kuat lebih kurang 10 minit untuk jangka masa sebulan atau lebih (bergantung pada anda)




    Kedua-dua tips minda separa sedar ini juga boleh membantu mengurangkan masalah mental dan juga emosi yang anda simpan selama ini yang kemungkinan besar adalah halangan yang membantutkan potensi anda. Kekuatan saranan positif ke minda separa sedar di gabungkan dengan teknik repetition adalah kunci untuk membuka minda anda untuk mencapai segala apa yang anda inginkan.

    Kredit: Shafril.com - Pengembaraan merentasi minda
    dari.Ibnu Mas’ud r.a, ia berkata, “Sesungguhnya Rasulullah SAW mengajari kami sunnah-sunnah (jalan-jalan petunjuk dan kebenaran) dan di antara sunnah-sunnah tersebut adalah sembahyang di masjid yang dikumandangkan azan di dalamnya.” (HR. Muslim)

  2. # ADS
    Circuit advertisement
    Join Date
    Always
    Location
    Advertising world
    Posts
    Many
     

  3. #2
    WC Premium Array
    Join Date
    Aug 2008
    Location
    Gombak
    Posts
    611
    Thanks
    3
    Thanked 8 Times in 2 Posts

    Default

    tqcsweetmango for ur sharing..sy mmg berminat bab2 subconcious mind ni

  4. #3
    New Member Array
    Join Date
    Jul 2008
    Location
    Melaka
    Posts
    49
    Thanks
    0
    Thanked 0 Times in 0 Posts

    Default

    Yep, teknik ni berkesan kalau di buat mengikut caranya...
    - Rahsia Menembusi Download Page Secara Beretika

    Klik Disini

  5. #4
    WC Premium Array
    Join Date
    May 2007
    Posts
    6,380
    Thanks
    5
    Thanked 27 Times in 26 Posts

    Default

    serupa dengan cakra alam ke???

  6. #5
    Loyal Member Array
    Join Date
    Nov 2008
    Posts
    500
    Thanks
    1
    Thanked 2 Times in 2 Posts

    Default

    Laen r fatah. Mana sama....

  7. #6
    WC Premium Array
    Join Date
    Jul 2008
    Location
    Kuching, Sarawak
    Posts
    3,366
    Thanks
    0
    Thanked 44 Times in 30 Posts

    Default

    aku rasa mungkin kot sama macm cakra alam tu.
    yang boleh jalan atas api tu semua. haha
    semua itu berkaitan dengan minda.

  8. #7
    Pioneer Member Array
    Join Date
    Sep 2008
    Posts
    902
    Thanks
    1
    Thanked 12 Times in 10 Posts

    Default

    Cakap pasal minda bawah sedar ni..saya teringat satu buku yang pernah saya baca,tulisan Mohd Isa Dawud bertajuk 'Kuasa jiwa'.Beliau juga pernah menulis buku 'Dialog Dengan Jin Islam' ,'Siapa Penghuni Bumi Sebelum Manusia' dan 'Dajjal Akan Muncul Dari Kerajaan Jin Di Segitiga Bermuda'.Tapi sayangnya, buku 'Kuasa Jiwa' ni dah hilang..Penat saya cari tak jumpa-jumpa jugak.Sayang betul,sebab bukunya sangat menarik.Dah tanya kat kedai buku pun,takde jugak.Malah ada yang tak tahu pun tajuk tu..

    Teknik yg bro explain tadi memang ada dinyatakan dalam buku tu.Buku tu adalah buku pertama yg saya baca berkenaan minda bawah sedar.Dengan minda bawah sedar,kita boleh menguasai mimpi kita,malah boleh menjelajah mimpi orang lain,dan kita juga boleh mengubah hidup kita totally,serta menjemput rezeki datang dalam hidup kita.

    Dalam buku tu menyatakan,diri kita terdiri dari 3 material.Pertama ialah jasad,keduanya 'astral body' (maaf saya lupa dalam bahasa melayunya disebut apa.. ),dan ketiganya roh.Ketika kita tidur,yang keluar ialah 'astral body',yg ramai orang salah anggap mengatakan bila kita tidur,yg keluar dlm tubuh kita ialah roh,menyebabkan kita 'mati sementara'.Tapi penulis buku tu kata,roh hanya akan keluar dari badan bila kita mati.Maknanya beliau kata,yang membuatkan kita 'mati sementara' (iaitu tidur la),ialah kerana bahagian 'astral body' ini keluar dari jasad kita.dan dikatakan dalam bukunya itu,sesiapa yg dapat mengawal 'astral body' ini,dia akan dapat buat perkara-perkara yg luar biasa.Contohnya berinteraksi dengan 'alam lain' dan sebagainya.

    Begitu jugak dengan minda.Minda kita juga terdiri dari 3 bahagian,iaitu minda sedar,minda bawah sedar dan minda separa sedar. minda sedar ialah,macam kita semua ni la..kita sedar yg kita sedang berforum kat WC skrg ni kan...3 bahagian minda ini diistilahkan oleh golongan bijak pandai sebagai tahap gelombang alpha,beta dan theta.

    Bagaimana kita membangkitkan minda separa sedar kita?Salah satunya melalui cara yg bro sweetmango cakap tu laa..thanks bro dgn perkongsian ni.Lps ni kena jenguk2 blog shafril ni..

    p/s : sapa-sapa yg ada buku 'Kuasa Jiwa' ni..boleh jual kat saya ya..PM me kalau ada..

  9. #8
    Senior Member Array
    Join Date
    Oct 2006
    Posts
    232
    Thanks
    0
    Thanked 0 Times in 0 Posts

    Default

    ya..saya amalkan setiap hari.
    Tapi saya tidak sedar.
    "senang gila rupanya nak cetak tshirt sendiri"(read more)

  10. #9
    WC Premium Array
    Join Date
    May 2007
    Posts
    6,380
    Thanks
    5
    Thanked 27 Times in 26 Posts

    Default

    Quote Originally Posted by syuxx View Post
    aku rasa mungkin kot sama macm cakra alam tu.
    yang boleh jalan atas api tu semua. haha
    semua itu berkaitan dengan minda.
    yang tu kena tanya sifoo minda dr tuah iskandar daaa... guna minda separa sedar jugak apaaa??

  11. #10
    WC Premium Array
    Join Date
    May 2007
    Posts
    6,380
    Thanks
    5
    Thanked 27 Times in 26 Posts

    Default

    kalo nak hingat nomor gunalah minda mokhdar sekali baca terus ingat... kalo ulang banyak kali baca lagi banyak ingat....


 

Tags for this Thread

Bookmarks

Posting Permissions

  • You may not post new threads
  • You may not post replies
  • You may not post attachments
  • You may not edit your posts