-

Originally Posted by
OnlineDuit
Setelah kita membincangkan tentang main saham di BSKL, kita dapati rasa ingin tahu ada di kalangan kawan-kawan. Oleh itu, teruskan usaha membongkar rahsia dalam saham di BSKL. Ada banyak dan memang tidak terbilang.
Peluang sebegini jangan dilepaskan kerana dengan ada thread ini, maka sudah tentu ada sesiapa yang berpengalaman dalam urusniaga saham BSKL dapat mencurah ilmu mereka sedikit sebanyak di sini. Oleh itu, jangan kita terlepas pandang thread ini kerana ilmu-ilmu yang bakal ada nanti tidak ternilai harganya. Pakar-pakar di dalam urusniaga saham BSKL diminta datang dan berkongsi sedikit sebanyak ilmu dan pengalaman tentang urusniaga saham BSKL dan secara tak langsung kita dapat meramaikan peserta-peserta di dalam pasaran. Bagi mereka yang masih teragak-agak; mungkin tidak yakin dengan pasaran atau diri sendiri juga diminta berada bersama walaupun berdiri di tepi.
Sedikit ulasan pasal pasaran sekarang ini. Bermula dari empat minggu sudah, pasaran BSKL menunjukkan kemajuan di mana volume di dalam pasaran meningkat dan banyak harga saham naik mendadak. Kebanyakan peserta dalam pasaran sehingga hari ini telah membuat untung. Tahniah kepada mereka.
Antara faktor yang menyebabkan pasaran BSKL naik ialah peralihan pucuk pimpinan kita, keadaan ekonomi dunia berada di dalam proses pemulihan, keyakinan pelabur meningkat dan tiada lagi peristiwa yang tidak elok samada di peringkat antarabangsa dan tempatan.
Keadaan pasaran untuk tiga bulan akan datang dikatakan akan stabil dan berkemungkinan dalam bulan Jun paras komposit indeks akan berada di kemuncak. Selepas itu penurunan semula mungkin akan berlaku di dalam bulan Ogos atau September.
Oleh itu, mari kita semua beri tumpuan kepada pasaran BSKL.
Ya, betuuul. saya juga dok congak benda yg sama mcm bro. Bulan ogos dan Sept ni memang selalunya crucial. Byk kali dah org kena dalam bulan-bulan ni klu ikut sejarah. Tp, my gut feeling kata, KLCI akan cecah 1200 mata sebelum major correction bawak balik ke 1000 mata menjelang ogos.
Semua bergantung kpd Wall Street. Kita ni bilis je, depa tu jerung besaq. Kengkawan, sila berhati-hati untuk tarik ejection seat.
Tp, klu Wall Street dan KLCI naik sampai menjelang hujung 2009, confirm 'lembu besar' akan muncul dlm awal 2010. Ni, teori berdsrkan gerakhati je tau. Risiko, tanggung sendiri.
-
-
05-03-2009 12:40 AM # ADS
Circuit advertisement
-
Thanks shukor76 for the info.
-
-

Originally Posted by
amriros
Nak tanya sikit.. Guna m2u atau cimb boleh ke trade saham2 luar negara... cth saham2 kat nyse atau hkse ke..
Kat CIMB boleh trade saham2 luar. Nak NYSE ke, NASDAQ ke, HKSE ke, Singapore ker dll ...
-
-

Originally Posted by
mimet66
salam bro onlineduit
sy dh reg stockgame di itradecimb.com ttp tak paham mcm mne nak navigate platform tu.
cmne nk kuar kn chart sesuatu saham utk dianalisis?
ade pltform mcm MT4 yg bleh didownload tk?
bro ade mengatakn supaya membuka trus 3 akaun iaitu CDS,nominee dn ape tah,bleh jelaskn?bayaran2 yg terlibat dn bagaimana mendaftar live acc.
bro onlineduit ade ym atau gtalk?email pn bleh.
hrp thread ni dpt diteruskn dan dimanfaatkn oleh otai2 dn bakal2 pelabur utk menganalisis saham2 yg berpotensi dn seterusnya memprofit besama2.
Sorry bro...cuti panjang. Email saya mnazri2007@gmail.com
1. Pasal onlinegame dlm www.itradecimb.com . Sblm tu, nak tanya dulu, Ada tak nampak harga saham-saham?
Kalau ada, just right click jer utk urusniaga.
2. Pasal nak tengok chart tu, cuba download software www.chartnexus.com .
Cuba buat dulu.
Kalau tak berapa faham...email saya.
-
-

Originally Posted by
p_zi
Bro, blog tak update pun..
sorry...cuti da....
-
-
terima kasih bro mohdabdhalim & bro shukor76 for the explanation about swing trading.. nnti ada tak paham aku tanya lagi..
-
-

Originally Posted by
shukor76
Kalau takut dilambung ombak, jangan berumah di tepi pantai (cheeewah).
Jangan risau bro. rasanya kat sini byk org boleh bagi support kat hang. Yang penting kena byk sabar dan semangat nak belajar. La ni, prestasi portfolio hang camna? Up ka down?
aku ni kira budak baru belaja.. 1st trade aku proton tu je la.. skrg ni tgh tgk2 nk beli mana.. tgk counter semua dah naik.. risau la plak nk membeli... hehe takut dilambung ombak..
-
-

Originally Posted by
amriros
aku ni kira budak baru belaja.. 1st trade aku proton tu je la.. skrg ni tgh tgk2 nk beli mana.. tgk counter semua dah naik.. risau la plak nk membeli... hehe takut dilambung ombak..
bro, ko cuba tengok yang ni....https://cimbresearch.cimb.com/Resear...F%2fwJjA6w8%3d
-
-

Originally Posted by
OnlineDuit
Kat CIMB boleh trade saham2 luar. Nak NYSE ke, NASDAQ ke, HKSE ke, Singapore ker dll ...
nnti aku buka cds akaun kat cimb lak..
-
-

Originally Posted by
amriros
nnti aku buka cds akaun kat cimb lak..
Nanti kawan2 lain sekali, lagi ramai lagi bagus. Baru boleh tukar2 idea.
Bergerak dalam satu kumpulan lagi elok.
-
Bookmarks