Page 23 of 29 FirstFirst ... 13192021222324252627 ... LastLast
Results 221 to 230 of 287
  1. #221
    New Member
    Join Date
    Jan 2012
    Posts
    3
    Thanks
    0
    Thanked 0 Times in 0 Posts

    Default



    membuat keputusan untuk anda.

  2. # ADS
    Circuit advertisement
    Join Date
    Always
    Posts
    Many
     

  3. #222
    Normal Member frannez's Avatar
    Join Date
    Dec 2007
    Location
    KL-MELAKA-ALL OVER MALAYSIA
    Posts
    198
    Thanks
    0
    Thanked 1 Time in 1 Post

    Default

    Public Tactical Allocation Fund, Public Islamic Asia Tactical Allocation Fund and Public Islamic Mixed Asset Fund

    We wish to inform that the 1st Supplemental Prospectus of Public Tactical Allocation Fund (formerly known as Public Global Balanced Fund) and 1st Supplemental Prospectus of Public Islamic Mixed Asset Fund (formerly known as Public Islamic Balanced Fund) and Public Islamic Asia Tactical Allocation Fund (formerly known as Public Islamic Asia Balanced Fund) dated 12 December 2011 have been duly registered with the Securities Commission. These supplemental prospectuses have incorporated changes pertaining to the Funds’ name, investment objective, policy and strategy as approved by unitholders during the respective unitholders’ meeting on 24 August 2011. These 3 funds are open for sale on 16 January 2012. Public Tactical Allocation Fund comes with FREE Insurance coverage, whereas Public Islamic Mixed Asset Fund and Public Islamic Asia Tactical Allocation Fund come with FREE Takaful coverage. There will be a special promotion for Public Tactical Allocation Fund and Public Islamic Asia Tactical Allocation Fund from 16 January to 15 February 2012. Investors who invest into these 2 funds during the promotional period can enjoy special service charges as low as 5.00% of the net asset value per unit. Terms and conditions apply. Please note that these 2 funds will be closed for sale once they reach a certain fund size.

    For more information about the funds, please obtain a copy of the supplemental prospectuses from your nearest Public Mutual branch or visit www.publicmutual.com.my.
    Unit Trust Consultant - AGENCY MANAGER , PUBLIC MUTUAL BERHAD
    call/sms 012-6720978 ym:manzrunz

  4. #223
    Normal Member frannez's Avatar
    Join Date
    Dec 2007
    Location
    KL-MELAKA-ALL OVER MALAYSIA
    Posts
    198
    Thanks
    0
    Thanked 1 Time in 1 Post

    Default

    Funds not open for investment

    Public Islamic Bond Fund
    Public Bond Fund
    Public Ittikal Fund *
    Public Select Bond Fund *
    PB Growth Fund *
    PB Islamic Bond Fund
    PB Fixed Income Fund

    * Open for EPF investment
    Unit Trust Consultant - AGENCY MANAGER , PUBLIC MUTUAL BERHAD
    call/sms 012-6720978 ym:manzrunz

  5. #224
    Normal Member frannez's Avatar
    Join Date
    Dec 2007
    Location
    KL-MELAKA-ALL OVER MALAYSIA
    Posts
    198
    Thanks
    0
    Thanked 1 Time in 1 Post

    Default

    Bisnes Dunia: Saham Asia mampu meningkat semula


    2012/02/15
    Data tinjauan menunjukkan kitaran perdagangan dunia kini alami pusingan lebih baik

    JIKA ramalan Bank Dunia tepat, 2012 akan menjadi tahun kedua ekonomi global mengalami pertumbuhan paling perlahan dalam dekad ini, iaitu pada tahap sama ketika kemelesetan ekonomi dunia seperti krisis kewangan 2008/2009, sekali gus rantau Asia tidak terkecuali menerima kesannya.
    Tabung Mata Wang Antarabangsa (IMF) pula memberi amaran pertumbuhan ekonomi China dijangka bertumbuh pada kadar yang amat perlahan pada separuh kedua tahun ini jika masalah kewangan di Eropah menjadi lebih teruk.
    Sejarah menunjukkan campuran pertumbuhan ekonomi yang semakin baik dan inflasi sentiasa berkait rapat dengan menghasilkan peningkatan prestasi dalam pasaran saham. Inilah (keadaan semasa) yang berlaku sekarang. - Robert Prior-Wandesforde, Pengarah Ekonomi Asia (tidak termasuk Jepun) Credit Suisse di Singapura
    Ia secara tidak langsung memberikan berita suram memandangkan peranan China sebagai negara penyumbang utama kepada pertumbuhan ekonomi global berbanding mana-mana ekonomi lain.

    Kira-kira 600 ahli ekonomi terbaik sektor swasta dunia yang ditemubual berkata, momentum pertumbuhan global kini makin pudar, bersama-sama unjuran pertumbuhan kukuh yang disasarkan bagi rantau Asia.

    Jadi, mengapa pelabur begitu tertarik sangat membeli ekuiti di ekonomi baru muncul di Asia (pasaran saham selain Jepun) yang mengalami pertumbuhan kukuh pada bulan lalu sejak 2001. Adakah ia untuk menikmati satu daripada 10 pulangan bulanan paling menguntungkan dalam tempoh satu dekad?

    “Secara ringkasnya, kebanyakan ekonomi Asia disifatkan sebagai destinasi pelaburan paling menarik kini,” jelas Pengarah Ekonomi Asia (tidak termasuk Jepun) Credit Suisse di Singapura, Robert Prior-Wandesforde.
    “Data tinjauan jelas menunjukkan kitaran perdagangan dunia kini mengalami pusingan yang lebih baik, hasil perangkaan eksport dan data industri di Asia yang makin meningkat tidak lama lagi,” katanya.

    “Sejarah menunjukkan campuran pertumbuhan ekonomi yang semakin baik dan inflasi sentiasa berkait rapat dengan menghasilkan peningkatan prestasi dalam pasaran saham.

    “Inilah (keadaan semasa) yang berlaku sekarang,” kata Prior-Wandesforde.
    Destinasi pelaburan yang baik atau tidak, faktor negatif luaran berpunca daripada permintaan yang semakin kurang susulan masalah hutang Kesatuan Eropah (EU).

    Selain daripada penurunan kadar perbelanjaan pengguna di Amerika Syarikat (AS), pelabur dilihat tetap percaya dengan pertumbuhan ekonomi di Asia.

    Bahan asas, tenaga dan perindustrian adalah antara sektor ekonomi utama yang mencatatkan prestasi memberangsangkan pada Januari lalu – semuanya meraih peningkatan hampir 15 peratus, demikian menurut perangkaan indeks sektor Thomson Reuters bagi Asia Pasifik (kecuali Jepun), dan sektor berkenaan terus menjadi taruhan terbaik pada bulan Februari.

    Sektor utama itu juga turut disertai beberapa sektor lain seperti teknologi, iaitu salah satu sektor kitaran paling sensitif di Asia.

    Sektor bukan kitaran yang berbentuk bertahan dan utiliti, adalah dua sektor ekonomi yang mencatatkan prestasi buruk antara 10 sektor utama di bawah indeks berkenaan.

    Rali ekuiti di Asia dilihat wajar berlaku, khususnya bersandarkan faktor kejatuhan sebanyak 18 peratus yang dialami pasaran di rantau ini tahun lalu.

    Dua pertiga daripada kejatuhannya itu sudah pun pulih hanya dalam tempoh tujuh minggu, manakala aktiviti belian dikalangan pelabur asing di saham Asia, khususnya dalam enam pasaran utama di rantau ini, yang dipantau firma penyelidikan Nomura, mencatatkan sejumlah AS$15.4 bilion bagi tempoh awal tahun hingga kini, iaitu lebih daripada jumlah AS$14.1 bilion nilai saham yang dijual mereka tahun lalu.

    Penganalisis UBS berkata, sejak akhir tahun lalu, pelabur dilihat mengendahkan risiko pelaburan walaupun penilaian ke atas saham pasaran global ekonomi baru muncul dinilaikan rendah tujuh peratus, kali pertama sejak 20 tahun lalu.

    Ketua Strategi Ekuiti Global Firma Pembrokeran yang berpangkalan di Hong Kong, Jefferies, menyatakan sikap hati-hatinya terhadap kitaran lantunan semula yang berlaku berdasarkan kepada skala menghindar risiko.

    “Kini, kedudukan pasaran di Asia dan pasaran baru muncul amat lemah. Lantunan semula yang berlaku itu adalah sebahagian besarnya berpunca daripada kemasukan dana bagi menyokong semula paras kedudukan pasaran kembali ke tahap neutral sebaik mungkin,” kata Darby. – REUTERS
    Unit Trust Consultant - AGENCY MANAGER , PUBLIC MUTUAL BERHAD
    call/sms 012-6720978 ym:manzrunz

  6. #225
    New Member
    Join Date
    Jan 2012
    Posts
    11
    Thanks
    0
    Thanked 1 Time in 1 Post

    Default

    Saya lihat dalam thread ini kerap kali syarikat unit amanah yang sama sahaja yang kerap melakukan pemasaran. Ini tidak bermaksud syarikat unit amanah yang lain tidak memberikan pulangan kompetitif. Malah kalau mampu melabur sendiri kita boleh kurangkan entry cost dan kos-kos tersembunyi yang lain contohnya membeli unit amanah di fundsupermartdotcom. Jadi soalan yang patut di tanya bukannya pulangan tetapi strategi pelabauran ketika zaman merudum, kos tersembunyi dan aspek-aspek lain. Buku saya Rahsia Melabur Dalam Unit Amanah sebagai contoh mengandungi bab berkaitan enam dongengan unit amanah yang tidak disedari dan beberapa strategi pelaburan selain DCA. Boleh google Books tajuknya dan lihat senarai kandungan.
    ========
    ssegar
    Penulis Buku PTS :
    1) Kerjaya Perancangan Kewangan Peribadi
    2) Rahsia Melabur Dalam Unit Amanah
    3) Rahsia Mengurus Insurans Hayat
    4) Buat Duit Sebagai Agen Insuran Takaful
    5) Buat Duit Sebagai Agen Unit Amanah
    6) Pemasaran gerila penulis (terjemahan)
    7) Urus Wang Masa Gawat (terbit Feb 2012)
    Last edited by ssegar; 02-19-2012 at 03:55 AM. Reason: add words that are grammar error

  7. #226
    Normal Member frannez's Avatar
    Join Date
    Dec 2007
    Location
    KL-MELAKA-ALL OVER MALAYSIA
    Posts
    198
    Thanks
    0
    Thanked 1 Time in 1 Post

    Default

    KWSP umum dividen 6 peratus

    KUALA LUMPUR - Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) semalam mengumumkan kadar dividen 6 peratus untuk pencarumnya bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2011, iaitu meningkat berbanding 5.8 peratus pada 2010.

    Pengerusi KWSP, Tan Sri Samsudin Osman (gambar) berkata, kadar dividen itu merupakan yang tertinggi dalam tempoh 10 tahun dengan bayaran sebanyak RM24.47 bilion akan diagihkan kepada pencarumnya berbanding RM21.61 bilion untuk tahun kewangan 2010.

    Berdasarkan laporan sebelum ini, dividen tertinggi yang pernah diumumkan oleh kumpulan itu ialah sebanyak 8.5 peratus, dibayar kepada pencarum pada tahun 1983 sehingga 1987.

    Samsudin berkata, tahun 2011 menandakan satu lagi pencapaian baik KWSP walaupun menghadapi persekitaran pelaburan yang mencabar dengan memperoleh pendapatan pelaburan kasar sebanyak RM27.24 bilion iaitu meningkat 13.18 peratus daripada 2010.

    "Ia merupakan prestasi terbaik sejak tahun 2001 hasil strategi pelaburan jangka panjang dan berhemah KWSP serta usaha berterusan pasukan pelaburannya," katanya dalam satu kenyataan di sini semalam.

    p/s kepada yang ingin melabur simpanan kwsp mereka dalam unit trust public mutual bole hubungi saya 012 6720978..
    Unit Trust Consultant - AGENCY MANAGER , PUBLIC MUTUAL BERHAD
    call/sms 012-6720978 ym:manzrunz

  8. #227
    Normal Member frannez's Avatar
    Join Date
    Dec 2007
    Location
    KL-MELAKA-ALL OVER MALAYSIA
    Posts
    198
    Thanks
    0
    Thanked 1 Time in 1 Post

    Default

    Pelaburan langsung asing cecah RM32.9 bilion

    MALAYSIA menarik pelaburan langsung asing (FDI) berjumlah RM32.9 bilion sepanjang tahun lalu, iaitu yang tertinggi pernah dicatatkan setakat ini.
    Ia adalah peningkatan sebanyak 12.3 peratus berbanding RM29.3 bilion yang diterima pada 2010.
    Perkilangan muncul sebagai sektor sasaran utama FDI itu, merangkumi 50.1 peratus daripada jumlah yang diterima, diikuti perkhidmatan (27.3 peratus), perlombongan dan kuari (22.2 peratus) serta pertanian, perhutanan dan perikanan (0.4 peratus).

    Prestasi itu adalah sejajar dengan hasil kaji selidik Persidangan Bangsa-Bangsa Bersatu Mengenai Perdagangan dan Pembangunan (UNCTAD), Malaysia yang meletakkan Malaysia sebagai antara negara penerima FDI tertinggi bagi tempoh 2011 hingga 2013.

    Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed, berkata jumlah pelaburan keseluruhan yang diluluskan dalam sektor perkilangan, perkhidmatan dan sektor utama sepanjang tahun lalu turut menyaksikan peningkatan kukuh, iaitu 40.7 peratus kepada RM148.6 bilion membabitkan 4,964 projek, dengan jangkaan menyediakan peluang pekerjaan baru sebanyak 149,496.

    “Ini adalah bukti keyakinan pelabur terhadap persekitaran perniagaan di Malaysia. Pencapaian ketara itu juga menunjukkan Malaysia berada pada landasan untuk mencapai sasaran pelaburan di bawah Program Transformasi Ekonomi (ETP),” katanya pada sidang media mengumumkan Prestasi Pelaburan Malaysia 2011 di Kuala Lumpur, semalam.
    Hadir sama, Timbalannya, Datuk Mukhriz Mahathir dan Pengerusi Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA), Tan Sri Dr Sulaiman Mahbob.

    Mustapa berkata, sejajar dengan strategi kerajaan, pelaburan domestik terus mengatasi FDI dengan menguasai 55.4 peratus atau RM82.3 bilion daripada jumlah pelaburan diluluskan, manakala pelaburan asing sebanyak 44.6 peratus atau RM66.3 bilion.

    Bagi sektor perkilangan katanya, ia terus menunjukkan aliran pemulihan dengan menyaksikan 846 projek bernilai RM56.1 bilion diluluskan tahun lalu, iaitu peningkatan 18.8 peratus daripada RM47.2 bilion pada 2010.

    Beliau berkata, jumlah itu turut melepasi RM28.6 bilion atau 104 peratus daripada sasaran purata pelaburan tahunan sebanyak RM27.5 bilion yang ditetapkan dalam Pelan Induk Perindustrian Ketiga (IMP3) bagi tempoh 2006 hingga 2020.

    “Projek yang membabitkan pelaburan asing berjumlah RM34.2 bilion atau 61 peratus, manakala pelaburan domestik berjumlah RM21.9 bilion mencakupi 39 peratus daripada jumlah pelaburan yang diluluskan tahun lalu,” katanya.

    Industri elektrik dan elektronik terus mendominasi aliran kemasukan pelaburan, diikuti produk logam, peralatan pengangkutan, produk kimia, dan perkilangan makanan.

    Subsektor itu merangkumi RM44.7 bilion atau 79.7 peratus daripada jumlah projek yang diluluskan.

    Mustapa berkata, Jepun, Korea, Amerika Syarikat, Singapura dan Arab Saudi adalah sumber tertinggi bagi FDI dalam projek sektor perkilangan yang diluluskan, iaitu berjumlah RM22.5 bilion, atau mewakili 65.8 peratus.

    Mengenai prospek kemasukan FDI bagi 2012 ini, beliau menegaskan, ia diunjurkan seiring dengan arah aliran global yang dijangkakan meningkat kepada AS$1.7 trilion.

    “Malaysia dijangka mampu mengekalkan kemasukan FDI seperti dicatatkan pada 2011, walaupun dalam keadaan ekonomi global masih tidak menentu kerana 72 peratus daripada FDI yang diterima adalah dari negara Asia,” katanya.

    Beliau berkata, pelaburan swasta juga dijangka meningkat kepada RM110 bilion tahun ini daripada RM94 bilion tahun lalu, didorong pelaburan domestik yang kukuh khususnya dalam sektor minyak dan gas.
    Unit Trust Consultant - AGENCY MANAGER , PUBLIC MUTUAL BERHAD
    call/sms 012-6720978 ym:manzrunz

  9. #228
    Normal Member frannez's Avatar
    Join Date
    Dec 2007
    Location
    KL-MELAKA-ALL OVER MALAYSIA
    Posts
    198
    Thanks
    0
    Thanked 1 Time in 1 Post

    Default


    Analisis Saham: Pengambilan untung pengaruhi bursa


    Oleh Kaladher Govindan
    bhbiz@bharian.com.my
    2012/02/27
    Pakej penyelamatan Greece, data ekonomi China dorong turun naik pasaran tempatan

    SAHAM di Bursa Malaysia tersekat dalam aktiviti pengambilan untung untuk minggu kedua minggu lalu, apabila saham mewah bergerak antara untung dan rugi.
    Ia didorong pengumuman Greece yang memperoleh pakej penyelamat keduanya, diikuti data ekonomi China yang tidak menggalakkan serta data pekerjaan dan perumahan yang kukuh di sebalik kelembapan ekonomi global.
    Pasaran tempatan meneruskan pembetulan pengambilan untung pada hari berikutnya, seiring kelemahan serantau selain kebimbangan terhadap China yang akan merendahkan sasaran pertumbuhan ekonominya tahun ini.
    Bagaimanapun, saham murah dan bermodal kecil terus mengalami tekanan pengambilan untung.

    Pada asas mingguan, penanda aras saham mewah Indeks Komposit FTSE Bursa Malaysia Kuala Lumpur (FBM KLCI) meningkat 1.62 mata, atau 0.1 peratus kepada to 1,558.77 mata, diterajui keuntungan oleh Maybank (+21sen), Axiata (+14sen) dan TM (+22sen) yang mengimbangi kejatuhan saham CIMB (-22sen), KLK (-RM1.40) dan Genting Bhd (-18sen).

    Jumlah purata dagangan harian dan nilai susut kepada 1.93 bilion saham bernilai RM1.87 bilion berbanding 2.39 bilion saham bernilai purata RM2.09 bilion pada minggu sebelumnya, susulan peserta pasaran berada di luar pasaran di tengah-tengah pengurangan belian pusingan.

    Sekatan mengejutkan oleh menteri kewangan zon euro terhadap pakej menyelamat berjumlah 130 bilion euro untuk Greece minggu lalu tidak berjaya membangkitkan pasaran tempatan kerana tekanan pengambilan untung terus mengukuh.
    Malah, perbendaharaan AS turut menterbalikkan pembetulan penurunannya dengan beranggapan langkah berkenaan akan sedikit sebanyak menyelesaikan persengketaan antara negara sekitar Greece dan rantau Eropah.

    Walaupun Greece sudah bersetuju untuk memenuhi segala keperluan untuk mendapat dana penyelamat kedua, kebimbangan terus kekal mengenai tindakan pemotongan sebanyak 53.3 peratus secara sukarela oleh pemegang bon akan mencetuskan kegagalan membayar hutang.

    Masih belum dapat dilihat sama ada tahap komitmen Tabung Mata Wang Antarabangsa (IMF) yang akan mengadakan pertemuan pada 13 Mac ini, bagi membincangkan sumbangannya kepada dana penyelamat kedua itu akan mewujudkan rasa tidak puas hati mana-mana pihak.

    Kebimbangan mengenai komitmen Greece terhadap langkah penjimatan yang dijanjikannya, dan proses pelaksanaannya dijangka akan mewujudkan kebimbangan pelabur sepanjang tahun ini.

    Sebarang kegagalan memenuhi syarat perjanjian akan menjejaskan Greece untuk mendapat pakej penyelamat seterusnya, yang agak sukar ditolak selepas berbelanja besar bagi dana sebelum ini.

    Bagaimana, satu kelegaan kepada pasaran untuk melihat sekurang-kurangnya ekonomi AS bergerak kepada landasan yang betul menerusi perangkaan ekonomi yang mampu mengukuhkan pemulihannya, di sebalik ekonomi perlahan China kesan daripada mengawal perdagangan luarnya dengan kesatuan Eropah dan juga pinjaman bagi memulihkan semula pasaran hartanahnya.

    Ketegangan semakin meningkat terhadap Iran dijangka mendorong kepada tekanan harga komoditi yang lebih tinggi.

    Disebabkan itu, EU merancang untuk mengharamkan import minyaknya dari Iran bermula Julai ini, yang dijangka meningkatkan lagi ketidaktentuan pasaran apabila sekatan AS terhadap institusi kewangan yang berurusan dengan Iran turut berkuat kuasa akhir Jun ini.

    Walaupun penanda aras indeks komposit dijangka berada dalam persekitaran mengambil untung minggu ini dengan sedikit penurunan, pelabur juga perlu melihat secara menyeluruh termasuk kelemahan saham syarikat berkaitan minyak dan gas serta perladangan.

    Kaitan yang kuat antara harga kedua-dua harga komoditi itu sebelum ini dijangka berterusan di tengah-tengah dinamik permintaan dan bekalan yang ketat.

    Di samping itu, penilaian lebih kukuh saham syarikat perladangan akan memberikan kesan positif kepada penyenaraian Felda Global Ventures tidak lama lagi.

    Walaupun bukan peserta perladangan utama, Boustead Holdings wajar menjadi antara tumpuan berikutan perjanjian pertukaran tanah yang sudah lama tertangguh dengan kerajaan membabitkan sebidang tanah di Jalan Cochrane dan Jalan Ipoh, Kuala Lumpur yang dijangka diselesaikan sebelum pilihan raya umum akan datang.

    Dari segi teknikal, kontrak niaga hadapan KLCI Februari yang didagangkan di Bursa Malaysia Derivatives Bhd menambah dua mata kepada atau 0.1 peratus berasaskan minggu ke minggu kepada 1,562.5 mata, peningkatan kecil kepada mata premium 3.73 mata kepada indeks tunai, berbanding mata premium 3.35 mata minggu sebelumnya.

    Pasaran saham tempatan melanjutkan aktiviti pengambilan untungnya pada Isnin, tetapi minat belian yang lewat mendorong kepada penurunan saham dengan harapan China membuat keputusan untuk mengurangkan keperluan rizab banknya yang akan menyaksikan pertumbuhan pinjaman dan mengurangkan kelembapan ekonomi di rantau ini.

    KLCI naik 3.42 mata untuk ditutup pada 1,560.57 mata, dengan kaunter rugi mengatasi untung 469 kepada 349 menerusi urus niaga lebih rendah, iaitu 1.86 bilion saham bernilai RM1.61 bilion.

    Saham mewah bergerak antara untung dan rugi sebelum ditutup pada petunjuk positif keesokan harinya, sejajar dengan kebanyakan pasaran saham Asia selepas Greece memperoleh pelan penyelamat kedua.

    KLCI naik 3.21 mata kepada 1,563.78 mata, dengan saham untung mengatasi saham rugi 442 kepada 372 dengan sejumlah 1.89 bilion saham bernilai RM1.74 bilion diurusniagakan.

    Saham jatuh kepada pengambilan untung pada Rabu, susulan kebimbangan yang meningkat terhadap harga minyak mentah ke paras tertinggi dalam tempoh sembilan bulan yang akan memberi kesan buruk kepada pertumbuhan ekonomi global.

    KLCI berkurangan 3.26 mata kepada 1,560.52 mata, daripada paras 1,565.25 mata, dengan saham rugi mendahului saham untung 541 kepada 302 dengan sejumlah 2.23 bilion saham bernilai RM1.94 bilion diurusniagakan.

    Pasaran tempatan meneruskan pembetulan pengambilan untungnya pada hari berikutnya, seiring kelemahan serantau kerana jualan rumah yang lemah di AS dan kebimbangan terhadap China yang akan merendahkan sasaran pertumbuhan ekonominya tahun ini.

    KLCI ditutup 3.86 mata lebih rendah untuk menutup paras terendahnya hari itu iaitu pada 1,556.66 mata, dengan saham rugi mengatasi saham untung 689 berbanding 217 pada dagangan sederhana yang berjumlah 1.95 bilion saham bernilai RM2.11 bilion.

    Bagaimanapun, pasaran kembali pulih menjelang hujung minggu susulan peningkatan saham serantau selepas jangkaan lebih baik data perumahan dan pekerjaan di AS yang memberi keyakinan kepada pemulihan ekonomi global.

    KLCI naik 2.11 mata pada Jumaat untuk ditutup menghampiri paras tertingginya 1,558.77 mata, dan paras terendah 1,553.62 mata, dengan saham untung mengatasi rugi 425 berbanding 373 menerusi dagangan yang lebih perlahan berjumlah 1.69 bilion saham bernilai RM1.94 bilion.

    Julat dagangan minggu lalu menyusut kepada 11.63 mata berbanding 17.32 mata minggu sebelumnya.

    Bagi minggu baru berakhir, indeks FBM-EMAS susut 33.76 mata atau 0.3 peratus untuk ditutup pada 10,793.1, manakala Indeks FBM-Small Cap turun 402.16 mata atau 3.06 peratus kepada 12,758.43, kerana saham bermodal kecil terus menyusut daripada pembetulan pengambilan untung.

    Kesimpulannya, kelemahan momentum teknikal menunjukkan pasaran tempatan perlu meneruskan pengukuhannya dengan sedikit penurunan pada Februari yang akan berakhir minggu ini, dengan persekitaran pasaran yang negatif minggu lalu membuktikan wujudnya aktiviti pengambilan untung dan jualan saham yang menyusutkan harga dalam tempoh terdekat.

    Kekurangan pemangkin pasaran yang positif, serta pengumuman keputusan kewangan korporat bagi suku keempat tahun lalu dijangka melemahkan penyertaan pasaran minggu ini.

    Saham mewah, AirAsia dan CIMB mungkin kembali mengukuh minggu ini, tetapi saham TM lebih kukuh menerusi pencapaian tertingginya baru-baru ini.

    Saham lain, Supermax dan MRCB dijangka susut kepada tahap sokongan terendahnya, manakala DRB-Hicom perlu mula untuk membina semula sokongan pada tahap semasanya.

    Saham syarikat berkaitan minyak dan gas, Dialog Group dan Perisai Petroleum dijangka menyaksikan pemulihan minat belian susulan daripada momentum teknikal yang semakin pulih.
    Unit Trust Consultant - AGENCY MANAGER , PUBLIC MUTUAL BERHAD
    call/sms 012-6720978 ym:manzrunz

  10. #229
    New Member
    Join Date
    Feb 2012
    Posts
    13
    Thanks
    0
    Thanked 0 Times in 0 Posts

    Default

    tapi penting skali, unit amanah ni kena jangka panjang baru dapat untung. klu masuk setahun dah nak kuar duit mungkin rugi sebab x sempat cover admin charge yang bank kenakan.

    Last edited by kkppejlaejlaale; 02-27-2012 at 08:22 AM.

  11. #230
    Normal Member frannez's Avatar
    Join Date
    Dec 2007
    Location
    KL-MELAKA-ALL OVER MALAYSIA
    Posts
    198
    Thanks
    0
    Thanked 1 Time in 1 Post

    Default

    Quote Originally Posted by kkppejlaejlaale View Post
    tapi penting skali, unit amanah ni kena jangka panjang baru dapat untung. klu masuk setahun dah nak kuar duit mungkin rugi sebab x sempat cover admin charge yang bank kenakan.

    Yup..dalam prospektus terang2 nyatakan pelaburan unit trust adalah untuk jangka masa pjg..cadangan pelaburan minima 3 tahun keatas...

Similar Threads

  1. Peluang Pelaburan di Public Mutual
    By cycberzul in forum Kewangan, Perbankan & Pelaburan
    Replies: 104
    Last Post: 12-15-2011, 04:55 AM

Tags for this Thread

Posting Permissions

  • You may not post new threads
  • You may not post replies
  • You may not post attachments
  • You may not edit your posts
  •