+ Reply to Thread
Page 1 of 10 12345 ... LastLast
Results 1 to 10 of 98

Thread: iTrader

  1. #1
    SZAB Network Array
    Join Date
    May 2006
    Posts
    1,684
    Thanks
    0
    Thanked 2 Times in 1 Post

    Default iTrader



    Saya baru install plugin iTrader di forum WangCyber untuk kemudahan semua ahli berurusniaga di sini. Bagi sesiapa yang sudah biasa menggunakan iTrader di eBay atau di forum-forum seperti Digital Point sudah tentulah tidak ada masalah menggunakannya. Sebaliknya bagi sesiapa yang tidak biasa dengannya, disini saya akan menerangkan serba sedikit tentang apa itu iTrader dan bagaimanakah cara menggunakannya.

    Secara dasarnya, iTrader digunakan untuk kita memberi maklum balas terhadap mana-mana ahli terhadap urusniaga yang kita lakukan dengan beliau melalui forum ini. Buat masa ini, fungsi iTrader hanya boleh digunakan di dua forum iaitu Pengiklanan & Pemasaran dan Perkhidmatan Bebas. Pada masa hadapan, mungkin kami akan mewujudkan satu forum jual beli yang lebih tersusun.

    Semakin tinggi nilai iTrader seseorang ahli, maka semakin besarlah kepercayaan ahli-ahli wangcyber yang lain terhadapnya di dalam berurusniaga. Walaubagaimanapun, anda juga dinasihatkan untuk melihat kesemua maklumbalas yang ditinggalkan terhadap seseorang ahli kerana mungkin daripada 10 maklumbalas positif, terdapat 1 yang negatif dan anda harus menyelidik tentang perkara tersebut sebelum berurusan dengan beliau.

    Untuk memberikan maklum balas terhadap seseorang ahli, apa yang anda perlu lakukan, hanyalah klik pada jumlah iTrader rating tersebut yang boleh dilihat pada post yang beliau buat di dalam forum Pengiklanan & Pemasaran dan Perkhidmatan Bebas dan juga pada userprofile beliau.


    Selepas itu, anda akan dibawa ke iTrader page seperti ini


    Jika terdapat maklumbalas sebelum ini, ia akan ditunjukkan di sini. Untuk meninggalkan maklum balas terhadap ahli ini, anda hanya perlu klik pada "Submit Feedback For (nama ahli)" dan di muka surat berikutnya anda perlu mengisikan maklumat lengkap tentang urusniaga tersebut seperti adakah anda penjual atau pembeli, pengalaman di dalam urusniaga tersebut sama ada negatif atau positif, komen pendek terhadap urusniaga tersebut seperti "ahli yang boleh dipercayai utk berurusniaga, bayaran tepat pada masanya" dan juga url untuk thread di mana urusniaga tersebut berlaku.

    Harus diingat yang pihak admin boleh melihat semua maklum balas yang anda tinggalkan dan jika kami mendapati yang anda meninggalkan maklum balas tetapi sebenarnya anda tidak terlibat langsung di dalam urusniaga tersebut, anda akan diban selamanya dari forum ini. Selain itu, kami juga akan mengawasi setiap maklum balas negatif yang ditinggalkan bertujuan mengelakkan ahli dianiaya.

    Tetapi, pihak admin tidak akan bertanggungjawab sekiranya berlaku penipuan di dalam sesuatu urusniaga. Kami hanya menyediakan tempat dan kemudahan untuk anda melakukan urusniaga dan bukannya menjadi tempat mengadu atau menyelesaikan masalah sekiranya anda ditipu. Jadi, berurusniagalah dengan berhati-hati dan semak dahulu latar belakang seseorang itu sebelum berurusniaga dengan beliau.

    Jika terdapat sebarang pertanyaan, sila ajukan disini dan pihak admin akan cuba menjawabnya sebaik mungkin.

  2. # ADS
    Circuit advertisement
    Join Date
    Always
    Posts
    Many
     

  3. #2
    Loyal Member Array
    Join Date
    May 2006
    Location
    www.maizul.com
    Posts
    563
    Thanks
    0
    Thanked 0 Times in 0 Posts

    Default

    menarik ni. memudahkan lagi pada pembeli untuk memilih pada siapa yang dia percayai. terima kasih alang.

  4. #3
    WC Premium Array
    Join Date
    Dec 2006
    Posts
    152
    Thanks
    0
    Thanked 0 Times in 0 Posts

    Default

    Syabas Alang, tindakan yang amat bijak. Semoga WC akan lebih maju di masa depan

  5. #4
    WC Premium Array
    Join Date
    Sep 2006
    Location
    Ayer Keroh,Melake
    Posts
    317
    Thanks
    0
    Thanked 0 Times in 0 Posts

    Default

    sesuatu yg bagus dan harap tidak disalah guna
    Blog Personal : Syia

    "A dream not fight will haunt you forever"

  6. #5
    Pioneer Member Array
    Join Date
    Jan 2006
    Posts
    1,019
    Thanks
    0
    Thanked 0 Times in 0 Posts

    Default

    perasan dah ada itrader tu....upgrade yg bagus... thanks, moga WC terus berkembang dan terus upgrade..
    Beli Set High End Karaoke Sendiri Di Rumah... 10,000 Lagu ..Paling Laris, Murah, Mudah dan Cepat Pasang
    ...Klik sini

  7. #6
    WC Premium Array
    Join Date
    Sep 2006
    Location
    RinggitHit.com
    Posts
    2,442
    Thanks
    0
    Thanked 1 Time in 1 Post

    Default

    InsyaAllah lps ni akan ramai lagi yg tertarik utk join WC & berforum scr aktif especially utk dpt iTrader tu...

    ps: lama dh tunggu feature ni... thanks semua!

    pps: iTrader siapa yg paling tinggi skrg ni ya?
    ....

  8. #7
    Junior Member Array
    Join Date
    Oct 2006
    Posts
    92
    Thanks
    0
    Thanked 9 Times in 8 Posts

    Default

    Plugin yg slalu diguna pakai di DP. Satu perubahan yg bagus.

  9. #8
    WC Premium Array
    Join Date
    Sep 2006
    Location
    Ampang, Selangor
    Posts
    776
    Thanks
    0
    Thanked 2 Times in 2 Posts

    Default

    lari tajuk sikit...
    takde ke plugin utk related post?kekadang tu nak search pun tak berapa efisyen la..kalau related post senang sikit, orang terus klik topik yang berkaitan..

    saya tak tau la ada features tu ke tak..tapi kalau ada bagus juga
    Video Panduan Blog Wordpress - PANAS !! Bina Blog .com anda sendiri step-by-step !!

    Jom sertai Affiliate VideoBuatBlog.com! Komisen RM40.00 !!

    Mengapa kita gunakan Hostgator? kod kupon diskaun hostgator: specialdiscountnow

  10. #9
    Missing In Action Array
    Join Date
    Mar 2006
    Location
    Penang Hogward High School
    Posts
    786
    Thanks
    0
    Thanked 0 Times in 0 Posts

    Default

    Pakcik Percuma, fungsi tersebut dah di aktifkan, tapi tak baper tepat.

  11. #10
    WC Premium Array
    Join Date
    Sep 2006
    Location
    Ampang, Selangor
    Posts
    776
    Thanks
    0
    Thanked 2 Times in 2 Posts

    Default

    mungkin lebih sesuai utk forum bahasa inggeris kot?tapi saya suka sebab kekadang tu nak baca topik yang lain jugak walaupun tak berapa related.Mungkin kena tune-up skit
    Video Panduan Blog Wordpress - PANAS !! Bina Blog .com anda sendiri step-by-step !!

    Jom sertai Affiliate VideoBuatBlog.com! Komisen RM40.00 !!

    Mengapa kita gunakan Hostgator? kod kupon diskaun hostgator: specialdiscountnow


 

Bookmarks

Posting Permissions

  • You may not post new threads
  • You may not post replies
  • You may not post attachments
  • You may not edit your posts