Closed Thread
Page 1 of 16 1234511 ... LastLast
Results 1 to 10 of 158
  1. #1
    SZAB Network Array
    Join Date
    May 2006
    Posts
    1,684
    Thanks
    0
    Thanked 2 Times in 1 Post

    Default Perletakan jawatan saya sebagai Moderator WangCyber



    Saya tahu berita ni bukanlah sehebat berita perletakan jawatan PM tapi saya perlu juga umumkan di sin untuk mengelakkan anda terus menghubungi saya berkaitan isu-isu di sini.

    Sejarah saya terlibat dengan WC ini ialah apabila saya menaja Vbulletin untuk forum ini pada lewat tahun 2006. Saya bersetuju untuk membantu shuth dalam bab-bab teknikal kerana beliau tidak pernah menggunakan vbulletin maka beliau telah menjadikan saya sebagai Admin di WC.

    Tetapi oleh kerana ada beberapa kes salah faham yg menyangka saya ni owner WC atau cuba mengambil alih WC, saya meminta shuth menukar saya dari Admin ke Moderator sahaja. Tetapi persetujuan saya dengan shuth hanyalah saya akan membantu dia dari aspek teknikal sahaja, bukan perjalanan forum walaupun saya memang ada perkenalkan beberapa rules / guidelines yg baru.

    Selepas tempoh tajaan vbulletin saya tamat, saya ambil keputusan untuk letak jawatan sebagai moderator, tetapi entah kenapa shuth masih tak remove saya dari group moderator. Jadi, sebarang report yang ditujukan kepada admin / moderator saya masih terima di email saya.

    Saya ni jenis yang bila dah commit pada sesuatu tugas, saya akan buat bersungguh-sungguh jadi dari situ la komitmen saya terhadap WC ni dah jadi macam rutin harian. Komitmen saya bertambah apabila shuth ada masalah keluarga apabila arwah bapa beliau jatuh sakit dan saya janji pada shuth dan yg saya akan jaga forum ni so dia boleh bersama keluarga.

    Dari 1-2 jam sehari masa saya di forum ni semakin bertambah dan semua masalah yg berlaku di forum ni dirujuk pada saya sampaikan pasal fee pengiklanan pun ditanya pada saya sedangkan perkara tersebut saya tak ada kena mengena langsung.

    Saya sedar yg banyak masa saya dibuang di forum ni tapi macam yg saya cakap, once saya dah commit, saya akan buat betul-betul.

    Dah lama dah saya pertimbangkan untuk letak jawatan moderator dan hari ini saya dah tak berfikir panjang lagi, saya terus ambil keputusan untuk meletak jawatan. Akhir-akhir ni, banyak sangat pergaduhan antara ahli-ahli forum saling tuduh menuduh dan macam2 lagi. Terus terang saya cakap, saya dah tak sanggup nak hadapi semua tu, not worth it at all.

    Lebih baik masa yg saya gunakan utk selesaikan masalah2 di sini, saya tumpukan pada kerja-kerja saya. Tugas moderator ni hanyalah tugas sampingan yang tidak berbayar jadi memang tak berbaloi langsung apabila ada ahli-ahli WC yang berdendam dan memaki hamun saya hanya kerana beberapa keputusan yang saya buat tidak disenangi mereka.

    Jadi mulai saat ini, saya bukan lagi moderator WC dan apa-apa masalah berkaitan dengan WC, tolong jangan refer pada saya atau tolong jangan sebut nama saya. Saya tak ada kena mengena lagi dengan WC. Saya cuma ahli biasa seperti anda.

    Kepada tuan punya forum Shuth, fikirkanlah sesuatu untuk mengurangkan beban tugas moderator dan menjadikannya lebih berbaloi.

    Dan kepada ahli forum yang lain yang pernah saya ban, delete post anda ataupun tegur anda, saya minta maaf. Saya cuma menjalankan tugas saya.

    Saya tetap akan terus posting dan promosi produk saya di sini sebagai ahli biasa bukan terus meninggalkan forum ni.
    Last edited by alang; 08-18-2009 at 05:51 AM.

  2. # ADS
    Circuit advertisement
    Join Date
    Always
    Posts
    Many
     

  3. #2
    WC Premium Array
    Join Date
    Jan 2009
    Posts
    5,555
    Thanks
    8
    Thanked 204 Times in 71 Posts

    Default

    Saya hormati keputusan bro Alang..sangat berat tanggungjawab yang dipikulnya sebelum ini..apapun good luck bro Alang

  4. #3
    SZAB Network Array
    Join Date
    May 2006
    Posts
    1,684
    Thanks
    0
    Thanked 2 Times in 1 Post

    Default

    terima kasih jamal, kalau semua member WC macam jamal kan bagus

  5. #4
    Pioneer Member Array
    Join Date
    Mar 2007
    Location
    Kuala Lumpur, Malaysia
    Posts
    1,083
    Thanks
    0
    Thanked 0 Times in 0 Posts

    Default

    Alang,

    Satu keputusan yang susah saya jangka dari bro?

    Apapun, terima kasih kerana menjadi sebahagian warga WC dan saya harap kita masih mampu berkongsi ilmu didalam ini secara berhemah dan profesional...

    Maafkan saya jika ada kelakuan saya yang mungkin menjengkelkan bro.

    All the best!

  6. #5
    WC Premium Array
    Join Date
    May 2008
    Location
    BisnesAffiliate.com
    Posts
    3,130
    Thanks
    52
    Thanked 36 Times in 21 Posts

    Default

    Dah terlalu kritikal ke Alang...?

    Memang kami hormat keputusan Alang. Mungkin Alang akan lebih tenang selepas ini...

    P.s - Siapa pula yang akan pantau WC selepas ini Alang?
    Yang lain mungkin agak sibuk... Sukar mencari mod macam Alang ada masa untuk control forum...

  7. #6
    Pioneer Member Array
    Join Date
    Apr 2009
    Location
    Sg Kantan ,CarJunk
    Posts
    1,345
    Thanks
    0
    Thanked 0 Times in 0 Posts

    Default

    Warga Wc Semua Sila Dengar.Kita Kena Hormati Keputusan Alang Untuk Meletakkan Jawatan Sebagai Moderator.Seperti Yang Alang Kata,Dia Tidak Tahan Dengan Maki Hamun Yang Diterima.Saya Hormati Keputusan Alang Untuk Meletakkan Jawatan Jika Itu Yang Alang Mahukan Dan Rasa Ianya Betul.Apa2 PUn Alang All The Best.

  8. #7
    Pioneer Member Array
    Join Date
    Apr 2009
    Location
    Sg Kantan ,CarJunk
    Posts
    1,345
    Thanks
    0
    Thanked 0 Times in 0 Posts

    Default

    Quote Originally Posted by Razif View Post
    Dah terlalu kritikal ke Alang...?

    Memang kami hormat keputusan Alang. Mungkin Alang akan lebih tenang selepas ini...

    P.s - Siapa pula yang akan pantau WC selepas ini Alang?
    Yang lain mungkin agak sibuk... Sukar mencari mod macam Alang ada masa untuk control forum...
    Mana Tak Kritikalnya,Dua Orang Dalam WC nih kena Missing In Action.Wajar Ke Tak Tuh.Memang DAh Terlampau Kadang2.Rules Is Rules.

  9. #8
    Pioneer Member Array
    Join Date
    Apr 2008
    Posts
    833
    Thanks
    0
    Thanked 0 Times in 0 Posts

    Default

    A Great Loss To WC......

  10. #9
    Pioneer Member Array
    Join Date
    Mar 2007
    Location
    Seoul
    Posts
    1,245
    Thanks
    1
    Thanked 0 Times in 0 Posts

    Talking

    Quote Originally Posted by taukey View Post
    A Great Loss To WC......
    Yup ... dah xder Mod best mcm alang.
    No One Couldn't Stop Me Except MYSELF!!

    ----------------------


    .
    .
    .

  11. #10
    Pioneer Member Array
    Join Date
    Apr 2009
    Location
    Sg Kantan ,CarJunk
    Posts
    1,345
    Thanks
    0
    Thanked 0 Times in 0 Posts

    Default

    Quote Originally Posted by alang View Post
    Saya tahu berita ni bukanlah sehebat berita perletakan jawatan PM tapi saya perlu juga umumkan di sin untuk mengelakkan anda terus menghubungi saya berkaitan isu-isu di sini.

    Sejarah saya terlibat dengan WC ini ialah apabila saya menaja Vbulletin untuk forum ini pada lewat tahun 2006. Saya bersetuju untuk membantu shuth dalam bab-bab teknikal kerana beliau tidak pernah menggunakan vbulletin maka beliau telah menjadikan saya sebagai Admin di WC.

    Tetapi oleh kerana ada beberapa kes salah faham yg menyangka saya ni owner WC atau cuba mengambil alih WC, saya meminta shuth menukar saya dari Admin ke Moderator sahaja. Tetapi persetujuan saya dengan shuth hanyalah saya akan membantu dia dari aspek teknikal sahaja, bukan perjalanan forum walaupun saya memang ada perkenalkan beberapa rules / guidelines yg baru.

    Selepas tempoh tajaan vbulletin saya tamat, saya ambil keputusan untuk letak jawatan sebagai moderator, tetapi entah kenapa shuth masih tak remove saya dari group moderator. Jadi, sebarang report yang ditujukan kepada admin / moderator saya masih terima di email saya.

    Saya ni jenis yang bila dah commit pada sesuatu tugas, saya akan buat bersungguh-sungguh jadi dari situ la komitmen saya terhadap WC ni dah jadi macam rutin harian. Komitmen saya bertambah apabila shuth ada masalah keluarga apabila arwah bapa beliau jatuh sakit dan saya janji pada shuth dan yg saya akan jaga forum ni so dia boleh bersama keluarga.

    Dari 1-2 jam sehari masa saya di forum ni semakin bertambah dan semua masalah yg berlaku di forum ni dirujuk pada saya sampaikan pasal fee pengiklanan pun ditanya pada saya sedangkan perkara tersebut saya tak ada kena mengena langsung.

    Saya sedar yg banyak masa saya dibuang di forum ni tapi macam yg saya cakap, once saya dah commit, saya akan buat betul-betul.

    Dah lama dah saya pertimbangkan untuk letak jawatan moderator dan hari ini saya dah tak berfikir panjang lagi, saya terus ambil keputusan untuk meletak jawatan. Akhir-akhir ni, banyak sangat pergaduhan antara ahli-ahli forum saling tuduh menuduh dan macam2 lagi. Terus terang saya cakap, saya dah tak sanggup nak hadapi semua tu, not worth it at all.

    Lebih baik masa yg saya gunakan utk selesaikan masalah2 di sini, saya tumpukan pada kerja-kerja saya. Tugas moderator ni hanyalah tugas sampingan yang tidak berbayar jadi memang tak berbaloi langsung apabila ada ahli-ahli WC yang berdendam dan memaki hamun saya hanya kerana beberapa keputusan yang saya buat tidak disenangi mereka.

    Jadi mulai saat ini, saya bukan lagi moderator WC dan apa-apa masalah berkaitan dengan WC, tolong jangan refer pada saya atau tolong jangan sebut nama saya. Saya tak ada kena mengena lagi dengan WC. Saya cuma ahli biasa seperti anda.

    Saya tetap akan terus posting dan promosi produk saya di sini sebagai ahli biasa bukan terus meninggalkan forum ni.
    Saya Juga Berterima Kasih pada Alang Kerana Mengingatkan Saya Supaya Jgn Main Tibai produk Orang.Tu Pengalaman Dan Pengajaran Dari Alang yang Saya Pelajari.


 

Similar Threads

  1. Replies: 248
    Last Post: 12-07-2010, 10:30 PM
  2. 1 Malaysia dalam kenangan
    By noah in forum Sembang Umum
    Replies: 38
    Last Post: 04-08-2010, 05:55 AM
  3. Jangan Terlalu Baik Dengan Prospek atau Pelanggan Anda
    By JaMaL in forum Motivasi & Inspirasi
    Replies: 88
    Last Post: 03-15-2010, 04:40 PM
  4. [tawaran] Panduan AFD - Rebat 50% dan Personal Coaching Dari saya!
    By mohdhilmi.com in forum WTS : Pengiklanan & Pemasaran
    Replies: 65
    Last Post: 12-27-2009, 09:01 AM

Bookmarks

Posting Permissions

  • You may not post new threads
  • You may not post replies
  • You may not post attachments
  • You may not edit your posts