+ Reply to Thread
Page 1 of 6 12345 ... LastLast
Results 1 to 10 of 60
  1. #1
    WC Premium Array
    Join Date
    Dec 2005
    Location
    SmartUsaha.com
    Posts
    3,773
    Thanks
    0
    Thanked 53 Times in 28 Posts

    Thumbs up [TAMAT!] Keputusan Pertandingan Affiliate Kuasa Forum



    Terkini: 19/5/2009

    Pertandingan telah tamat!

    Di saat-saat terakhir, ForumPower iaitu Yoji berjaya memintas tawaranhebat (Shukor)!

    Ini adalah keputusan tidak rasmi. Saya akan lakukan semakan terakhir dahulu. Keputusan mungkin berubah..

    1. ForumPower
    2. tawaranhebat
    3. wanaffiliate

    4. kasimo

    Hanya tiga orang sahaja yang layak memenangi hadiah iaitu yoji (1) shukor (2) dan hazwan (3). Kepada yang tidak menang, tak mengapa, tunggu emel daripada saya. Saya akan berikan hadiah saguhati.

    Keputusan rasmi saya akan umumkan paling lewat esok pagi.

    Pembayaran komisen dan juga hadiah akan dilakukan pada hari esok, 19/5/2009. Saya akan maklumkan di sini dan juga melalui emel sebaik sahaja bayaran dilakukan. Sebelum saya buat bayaran melalui online banking, ada di antara pemenang mahu bayaran melalui cek? Mana tahu kot-kot mahu jadikan sebagai 'kenangan', 'proof' dan apa2 tujuan yang lain. Jika mahu, sila hubungi saya melalui PM. Cek akan dihantar secepat yang mungkin.

    Harap maklum dan terima kasih kepada para peserta semua.

    Dengan rasminya pertandingan mini race kuasa forum ini tamat.

    ----------------------------------

    Ok, seperti yang saya janjikan, saya akan adakan satu pertandingan affiliate untuk ebook kuasa forum.

    Saya akan lakukan ini secara "mini" sahaja dan bukan besar-besaran. Tapi terserah kepada peserta untuk buat cara macam mana selagi ia beretika.

    Tanpa buang masa, langkah penyertaan mudah je:

    1. Daftar diri anda di sini:

    http://www.kuasaforum.com/daftaragen/

    Anda perlu daftar ke dalam LIST affiliate agar saya dapat hubungi anda terus melalui emel.

    Link daftar ke sistem affiliate akan diberikan selepas isi borang daftar list di atas.

    2. Lakukan Promosi. Saya akan cuba sediakan beberapa bahan promosi untuk anda. Namun sebenarnya, adalah lebih bagus kalau para ejen affiliate sendiri yg aturkan strategi sendiri agar lebih unik dan tersendiri. Saya ada artikel, emel, banner, viral ebook dan juga video. Dan ini semua saya akan letak di satu website.

    Buat masa ni, anda boleh guna imej banner dulu. Lain2 bahan, saya akan bagi link nanti untuk anda akses.

    Sedikit tip promosi, kaedah yg paling berkesan bagi saya adalah:

    a. Review: Kalau anda dah beli ebook kuasa forum, reviewlah dengan penuh ikhlas dari hati dan jiwa anda. Kongsikan dengan orang lain yg betapa bagusnya ebook ini.

    Boleh baca artikel di blog saya ni mengenai kaedah review:

    http://blog.smartusaha.com/usahawan-...te-terbongkar/

    b. Bonus: Tawarkan bonus kepada mereka. Terserah anda nak tawarkan bonus apa. Ebook ke, rebet wang tunai ke, janji anda mampu melakukannya.

    c. Interview saya. First come 1st serve! Siapa cepat dia dulu dapat. Ini tawaran saya. Hanya untuk tiga orang pertama. Anda boleh interview saya mengenai pemasaran forum. Sediakan sekurang-kurangnya 5 soalan untuk saya jawab. Then anda berikanlah kepada bakal pembeli anda, atau anda boleh jadikan interview tu sebagai viral ebook. Jika berminat, siapkan soalan anda dalam Word, dan kemudian emelkan kepada saya:

    smartusaha[at]gmail.com

    Hanya yang hubungi saya dengan soalan yang dah siap sahaja yang saya terima. Cukup kuota 3 orang, saya tutup. Kepada yg tak sempat, saya minta maaf.

    [update: kuota tiga orang dah penuh]

    Kaedah interview dengan tuan punya produk adalah salah satu strategi promosi affiliate yg berkesan. Jadi, apa kata anda mencubanya.

    3. Hadiah Pertandingan:

    So far, takat ni saya masih menentukan apakah hadiah keseluruhan yang saya nak bagi kepada pemenang. Jadi saya akan update dari semasa ke semasa. Berikut adalah hadiah buat masa ni:

    Tempat Pertama: Wang Tunai RM100.00 + diskaun servis peel away ads olej virtualniaga.com

    Tempat Kedua: Wang Tunai RM60.00 + diskaun RM15 servis peel away ads olej Mazlie

    Tempat Ketiga: Wang Tunai RM30.00 + diskaun RM15 servis peel away ads olej Mazlie

    Hanya tiga pemenang sahaja yang akan menerima hadiah.

    Hadiah di atas akan bertambah dari semasa ke semasa. Jangan risau, saya sekarang dalam mencari penaja hadiah..

    *Kepada sesiapa yang nak taja hadiah, boleh hubungi saya melalui PM. Hadiah tu tak kisah, servis ke, ebook ke.. Janji diberi percuma atau diskaun kepada pemenang.

    Tempoh Pertandingan: 12/5/2009 - 18/5/2009 (seminggu)

    Pembayaran Komisen & Hadiah: 19/5/2009*

    *Bergantung kepada keadaan. Takde masalah berlaku, insyaAllah lancar urusan pembayaran.

    Syarat Pertandingan:

    1. Keputusan adalah muktamad. Rekod jualan anda di akaun affiliate bukan keputusan mutakhir. Jika ada jualan yang fraud seperti orang tak bayar, maka saya akan delete sales palsu tersebut.

    2. Peserta pertandingan perlu lakukan promosi yang ber-etika. Sama sekali jangan SPAM. Jangan sesekali spam google groups terutama yg berbaur XXXX. Jika langgar syarat ni, penyertaan ditamatkan serta merta. Tak ada kompromi. Sebagai admin, saya boleh tahu anda promote kat mana link anda.

    3. Hadiah berbentuk produk tak boleh ditukar kepada wang tunai atau kepada hadiah yang lain.

    4. Sebarang rayuan tidak akan dilayan.


    Saya rasa itu sahaja buat masa ni.

    Untuk makluman anda, selepas saya post pasal ni, saya tak akan online paling lama sampai lepas petang (maybe lepas zohor). Saya akan offline sebab ada hal.. Saya akan kembali ke WC untuk update apa yang perlu.

    Sebarang pertanyaan, boleh tanya di sini atau terus PM saya.
    Last edited by smartusaha; 05-19-2009 at 01:46 AM.

  2. # ADS
    Circuit advertisement
    Join Date
    Always
    Location
    Advertising world
    Posts
    Many
     

  3. #2
    WC Premium Array
    Join Date
    Jan 2009
    Posts
    5,555
    Thanks
    8
    Thanked 204 Times in 71 Posts

    Default

    Cabaran baru nih..menarik...

  4. #3
    WC Premium Array
    Join Date
    Dec 2005
    Location
    SmartUsaha.com
    Posts
    3,773
    Thanks
    0
    Thanked 53 Times in 28 Posts

    Default

    Bahan Promosi:

    Ok, saya dah tambah lagi bahan promosi:

    1. Artikel (1 artikel)

    2. Emel (2 emel)

    Anda boleh ubah artikel atau emel tu ikut keperluan dan kesesuaian anda.

    Download kat sini: http://kuasaforum.com/bahanpromo/bahan-promosi-KF.zip

    VIDEO:

    Ini pula video yang boleh anda gunakan. Kalau anda edit letak URL web anda lagi bagus. Anda boleh upload ke youtube atau buatlah dengan cara apa pun selagi halal dan beretika.

    Ini link downloadnya:

    http://kuasaforum.com/bahanpromo/video-promo.zip

    atau.. anda boleh guna video di youtube ni:

    http://www.youtube.com/watch?v=agf3Awam-LY

    Embedkan di blog anda bersama dengan artikel yang saya bagi tu. Atau buatlah cara2 yg anda rasa bagus.

    InsyaAllah, ada masa dan kudrat, saya tambah lagi video terutama video ulasan ringkasan terhadap kandungan ebook kuasa forum.

    Kalau anda nak sesuatu bahan promosi, bagitahu saya. Saya akan cuba usahakan.

  5. #4
    WC Premium Array
    Join Date
    Oct 2008
    Location
    PM,kelate
    Posts
    1,960
    Thanks
    98
    Thanked 15 Times in 12 Posts

    Default

    Quote Originally Posted by smartusaha View Post

    c. Interview saya. First come 1st serve! Siapa cepat dia dulu dapat. Ini tawaran saya. Hanya untuk tiga orang pertama. Anda boleh interview saya mengenai pemasaran forum. Sediakan sekurang-kurangnya 5 soalan untuk saya jawab. Then anda berikanlah kepada bakal pembeli anda, atau anda boleh jadikan interview tu sebagai viral ebook. Jika berminat, siapkan soalan anda dalam Word, dan kemudian emelkan kepada saya:

    smartusaha[at]gmail.com

    Hanya yang hubungi saya dengan soalan yang dah siap sahaja yang saya terima. Cukup kuota 3 orang, saya tutup. Kepada yg tak sempat, saya minta maaf.

    Kaedah interview dengan tuan punya produk adalah salah satu strategi promosi affiliate yg berkesan. Jadi, apa kata anda mencubanya.
    masih ada peluang xlagi nie.... ada brape kekosong lagi

    PM Untuk Sebarang Pertanyaan....

  6. #5
    WC Premium Array
    Join Date
    Oct 2007
    Location
    Putrajaya
    Posts
    3,024
    Thanks
    99
    Thanked 13 Times in 11 Posts

    Default

    Quote Originally Posted by JaMaL View Post
    Cabaran baru nih..menarik...
    Menarik cabaran nie.. Bagaimanakah.. Adakah aku sempat menAjdi top 3.. Aku try gak email utk interview.. Sekurang-kurang ILMU utk diriku jua..

  7. #6
    WC Premium Array
    Join Date
    Oct 2008
    Location
    PM,kelate
    Posts
    1,960
    Thanks
    98
    Thanked 15 Times in 12 Posts

    Default

    Quote Originally Posted by ijamidayu View Post
    Menarik cabaran nie.. Bagaimanakah.. Adakah aku sempat menAjdi top 3.. Aku try gak email utk interview.. Sekurang-kurang ILMU utk diriku jua..
    btul tu ijam... harap2 dpt la...

    PM Untuk Sebarang Pertanyaan....

  8. #7
    WC Premium Array
    Join Date
    May 2007
    Posts
    6,383
    Thanks
    5
    Thanked 27 Times in 26 Posts

    Default

    wah menarik sekali pertandingan ini...

  9. #8
    WC Premium Array
    Join Date
    Jan 2009
    Posts
    5,555
    Thanks
    8
    Thanked 204 Times in 71 Posts

    Default

    Yoji pasti jadi top affiliate tu..seorang pakar affiliater juga tu (betul ke saya eja ni)

  10. #9
    WC Premium Array
    Join Date
    May 2007
    Posts
    6,383
    Thanks
    5
    Thanked 27 Times in 26 Posts

    Default

    yoji memang ngetop...

  11. #10
    WC Premium Array
    Join Date
    Oct 2008
    Location
    PM,kelate
    Posts
    1,960
    Thanks
    98
    Thanked 15 Times in 12 Posts

    Default

    ngetop ape nyer..... xleh lawan bro jamal n bro abdfatah yg semestinya sudah ngetop....

    PM Untuk Sebarang Pertanyaan....


 

Similar Threads

  1. [Selsema ****] Sistem Affiliate
    By RajaKamil in forum Teknik Pemasaran Internet
    Replies: 9
    Last Post: 10-24-2009, 07:20 PM
  2. [MESTI BACA] Review Kuasa Forum
    By Kasimo Aloi in forum Perniagaan Internet
    Replies: 38
    Last Post: 06-19-2009, 10:06 PM
  3. Cepat!! Rebet RM7 Untuk Pembeli Ebook Panduan Kuasa Forum (PKF)!!!
    By Shukor in forum WTS : Pengiklanan & Pemasaran
    Replies: 35
    Last Post: 05-18-2009, 01:18 PM
  4. Ebook Kuasa Forum Dilancarkan!
    By smartusaha in forum WTS : Pengiklanan & Pemasaran
    Replies: 94
    Last Post: 05-14-2009, 09:56 AM

Tags for this Thread

Bookmarks

Posting Permissions

  • You may not post new threads
  • You may not post replies
  • You may not post attachments
  • You may not edit your posts