Results 1 to 1 of 1
  1. #1
    Active Member sally's Avatar
    Join Date
    Aug 2009
    Posts
    2,655
    Thanks
    0
    Thanked 140 Times in 96 Posts

    Default Uli doh dengan kaki: Jualan roti benggali terjejas





    Pengarah Mallia Bakery, Siti Suhaika Mohd Yusof turut bersama pekerja melihat mesin yang digunakan untuk menguli tepung roti benggali.
    < 1 / 4 >
    GEORGETOWN - Penjualan roti benggali terjejas teruk berikutan laporan kontroversi sebuah akhbar berbahasa Melayu yang mendakwa tepungnya diuli menggunakan kaki, mengundang keresahan pelanggan sejak tiga hari lalu.

    Presiden Persatuan Penjual-penjual Roti Pulau Pinang, L Manogaran berkata, laporan akhbar itu mengundang salah sangka dalam kalangan pelanggan roti benggali di Pulau Pinang khususnya dan di seluruh negara amnya.

    Beliau berkata, laporan akhbar itu yang mendakwa tindakan pekerja kilang roti benggali terkenal di Bayan Baru leka menguli tepung menggunakan kaki tanpa meletakkan sebarang pelapik, adalah tidak benar.

    Setahunya dan siasatan yang dilakukan, tidak ada kilang membuat roti benggali di Bayan Baru.

    "Saya juga tidak percaya, sama ada kedai atau kilang menguli tepung roti benggali menggunakan kaki seperti yang didakwa.

    "Sejak dari zaman datuk moyang saya dulu, tepung roti benggali diuli menggunakan mesin, bukannya kaki seperti yang dilaporkan," katanya pada sidang media di sini, hari ini.

    Rabu lepas, Jabatan Kesihatan Pulau Pinang mengadakan sidang akhbar berkaitan penutupan 12 premis makanan termasuk sebuah premis membuat roti kerana
    gagal mematuhi peraturan kebersihan.

    Sementara itu, Manogaran kecewa dengan laporan akhbar itu kerana ia bukan sahaja memberi persepi dan imej buruk terhadap pembuat roti benggali di negeri ini, malah memberi tamparan hebat kepada perniagaan mereka.

    "Sejak laporan itu disiarkan ia menjadi isu sensasi dan perbualan dalam kalangan orang ramai termasuk dibahas didalam laman sosial seperti Facebook dan blog.

    "Ramai pelanggan kami dengan nada sindir dan merungut, 'apa roti benggali buat guna kaki ke? 'Saya sudah makan roti benggali lama, dengar pun sudah mau muntahlah?.

    "Kami terpaksa menunjukkan tempat uli tepung kepada pelanggan untuk melihat sendiri keadaan di situ," katanya.

    Menurutnya, ada juga pelanggan dari gerai makanan sudah berhenti mengambil stok.

    Sementara itu, rakan kongsi Maliia Bakery (M) Sdn Bhd, Datuk Maridass Gopal kesal dengan laporan itu kerana menjejaskan perniagaan mereka.

    "Maliia Bakery adalah antara kilang pembuat roti benggali yang terkenal di negeri ini yang beroperasi sejak 1982. Apabila, laporan akhbar itu menyatakan perkataan 'kilang roti benggali terkenal' ramai beranggapan bahawa ia berlaku di kilang saya.

    "Di Pulau Pinang hanya ada dua kilang berskala besar dan sebuah kedai yang menghasilkan roti benggali," katanya.

    Beliau menjelaskan tidak ada kilang atau kedai roti benggali menerima notis penutupan 14 hari dalam Ops Food Court dijalankan oleh Jabatan Kesihatan Pulau Pinang.

    "Ini jelas menunjukkan, akhbar berkenaan membuat satu laporan yang tidak tepat," katanya.

    Menurutnya, penggunaan nama 'roti benggali' dalam laporan itu bukan sahaja menjejaskan peniagaan penerima notis, malah ia menjejaskan peniagaan keseluruhan peniaga roti berkenaan.

    "Maliia Bakery menerima tempahan pelanggan dari seluruh Pulau Pinang termasuk beberapa negeri lain di kawasan utara. Setiap hari kami menghasilkan 1,500 buku roti benggali menggunakan 125 kilogram tepung.

    "Tidak logik langsung mengatakan tepung diuli menggunakan kaki. Malah, kilang pembuat roti benggali menggunakan mesin canggih bernilai ratusan ribu ringgit untuk menghasilkan roti setiap hari," katanya.

    Justeru itu , Maridass meminta akhbar itu membuat penjelasan terhadap laporan yang disiarkan dan juga meminta wartawan dan syarikat akhbar itu meminta maaf secara bertulis berhubung penyiaran itu.

    "Wakil pesatuan penjual roti benggali membuat aduan mengenai laporan itu kepada Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) dan memohon penjelasan secara bertulis dari Jabatan Kesihatan Pulau Pinang berhubung inisiden ini.

    "Sekiranya, akhbar itu tidak membuat pembetulan dengan penjelasan sewajarnya, kami akan merujuk hal ini untuk tindakan undang-undang," katanya.



    sumber:http://www.sinarharian.com.my/uli-do...jejas-1.211274

  2. # ADS
    Circuit advertisement
    Join Date
    Always
    Posts
    Many
     

Similar Threads

  1. Teknik Menjerat Jualan Dengan Facebook
    By abdillah in forum Tips & Panduan
    Replies: 12
    Last Post: 07-15-2013, 06:20 PM
  2. Kilang roti percuma
    By sally in forum Isu Semasa
    Replies: 0
    Last Post: 12-09-2012, 12:44 AM
  3. Kenapa Dengan Jualan Kamus Istilah IM?
    By amirulmukmin in forum WTS : Pengiklanan & Pemasaran
    Replies: 0
    Last Post: 06-07-2010, 12:25 AM
  4. Internet dan telefon terjejas lagi
    By abdfatah in forum Sembang Umum
    Replies: 37
    Last Post: 01-05-2009, 12:32 AM
  5. Tingkatkan Web Jualan Anda Dengan...
    By renellyo a.k.a seifer in forum WTS : Pengiklanan & Pemasaran
    Replies: 0
    Last Post: 05-23-2008, 05:03 AM

Posting Permissions

  • You may not post new threads
  • You may not post replies
  • You may not post attachments
  • You may not edit your posts
  •