Results 1 to 4 of 4
  1. #1
    Active Member sally's Avatar
    Join Date
    Aug 2009
    Posts
    2,655
    Thanks
    0
    Thanked 140 Times in 96 Posts

    Default Bawa motor naik lif, penghuni flat lari elak bayar ganti rugi





    KUALA LUMPUR - Takut terpaksa membayar ganti rugi kerosakan lif setelah ‘kantoi’ membawa motosikal naik ke unit rumah, seorang penghuni Perumahan Awam Desa Rejang, Setapak di sini, menghilangkan diri bersama keluarganya membuatkan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) bertindak merampas unit rumah yang disewa.

    Pengarah Jabatan Pengurusan Perumahan dan Komuniti Sosial DBKL, Sukiman Surahman berkata, penghuni berkenaan tidak dapat menafikan yang dia sudah melakukan kesalahan membawa motosikal ke tingkat atas flat setelah lif yang dinaiki tersekat pada 27 Februari lalu.

    Malah menurutnya, penghuni berkenaan juga bertindak membuka pintu lif sehingga menyebabkan kerosakan sehari selepas kejadian dia terperangkap, untuk mengambil motosikalnya tanpa kebenaran.

    “Ketika terperangkap, hanya dia yang dikeluarkan dari lif dan motosikalnya kita biarkan untuk disita.

    “Kemudian, setelah kerosakan dan kos pembaikan dikenal pasti, kita telah mengeluarkan notis tuntutan kepada penghuni tersebut,” katanya kepada Sinar Harian.

    Beliau berkata, notis tuntutan ganti rugi sebanyak RM13,000 itu bagaimanapun tidak diendahkan, malah penghuni tersebut bertindak menghilangkan diri dan mengosongkan rumah.

    Katanya, pihaknya juga menghantar notis saman atas kesalahan yang dibuat termasuk notis tamat perjanjian sewa.

    “Penghuni tersebut jelas melanggar undang-undang kecil perumahan membuatkan tindakan rampas unit dikenakan.

    “DBKL tetap akan meneruskan tindakan saman kepada penghuni berkenaan dan menyerahkan urusan tersebut kepada pihak jabatan undang-undang,” katanya.

    Sukiman berkata, perkara tersebut perlu dijadikan pengajaran kepada penghuni perumahan DBKL lain yang sering mengambil ringan soal undang-undang kecil perumahan ditetapkan.




    SUMBER:http://www.sinarharian.com.my/edisi/...i-rugi-1.45767

  2. # ADS
    Circuit advertisement
    Join Date
    Always
    Posts
    Many
     

  3. #2
    HyperActive Member Syedz's Avatar
    Join Date
    Aug 2008
    Location
    Shah Alam, Selangor, Bandaraya Anggerik "Mai Secawan"
    Posts
    5,206
    Thanks
    164
    Thanked 140 Times in 96 Posts

    Default

    selamber je dia bawak moto dalam lif,
    btol2 tindakan mementingkan diri..

  4. #3
    Active Member abutalib's Avatar
    Join Date
    Dec 2010
    Location
    Melaka - KL- Perlis
    Posts
    4,048
    Thanks
    470
    Thanked 171 Times in 137 Posts

    Default

    Mungkin kawasan perumahan ni banyak kecurian motorsikal

  5. #4
    Normal Member encikbeliau's Avatar
    Join Date
    Jan 2009
    Posts
    217
    Thanks
    10
    Thanked 9 Times in 8 Posts

    Default

    salah tu dah memang salah dah ... tapi , betul ke bawak moto naik lif yang menyebabkan lif tu rosak ?

    atau adakah lif tersebut dah memang semput ?

    kena check juga , bila tarikh maintanance lif tersebut dan sebagainya.. jangan tahu nak sita je !

Similar Threads

  1. Ganti rugi dibuli RM474.7 bilion
    By sally in forum Isu Semasa
    Replies: 2
    Last Post: 05-06-2012, 01:19 PM
  2. [special] flat rate services!
    By Dr. Peace in forum WTS : Pengiklanan & Pemasaran
    Replies: 9
    Last Post: 11-04-2011, 08:36 AM
  3. 200,000 ghaib elak bayar hutang PTPTN
    By sally in forum Isu Semasa
    Replies: 2
    Last Post: 03-30-2011, 03:48 PM
  4. Beli Ni => Pakar Produk Digital... Kalau TAK, Rugi... Dan Rugi...
    By Zamri Nanyan in forum WTS : Pengiklanan & Pemasaran
    Replies: 4
    Last Post: 10-05-2010, 01:15 AM
  5. 'FAM kena bayar ganti rugi stadum bukit jalil ?'
    By aWe 9 in forum Sembang Umum
    Replies: 22
    Last Post: 11-11-2009, 01:56 PM

Tags for this Thread

Posting Permissions

  • You may not post new threads
  • You may not post replies
  • You may not post attachments
  • You may not edit your posts
  •