Results 1 to 1 of 1
- 05-06-2012, 10:32 AM #1
Gaji minimum: Jangan naik harga, peniaga diberi amaran
SEBERANG PERAK - Kerajaan memberi amaran kepada peniaga supaya tidak menaikkan harga barang berikutan pengumuman kadar gaji minimum sektor swasta baru-baru ini.
Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata tindakan tegas akan dikenakan terhadap peniaga yang menaikkan harga barang sewenang-wenangnya.
"Kita ada akta yang kawal kenaikan harga barang tanpa sebab yang munasabah," katanya kepada pemberita selepas majlis perasmian pasaraya Coop Mart dan Coop Business Centre (CBC) Koperasi Peserta-Peserta Rancangan Felcra Seberang Perak di sini, hari ini.
Beliau berkata tiada sebab untuk peniaga mengambil kesempatan menaikkan harga barang berikutan pengumuman kerajaan itu.
"Harga barang dari Januari tahun ini hingga sekarang masih stabil. Ini mungkin disebabkan kita masih kawal kenaikan harga minyak," katanya.
Ismail Sabri berkata sebanyak 1,200 pegawai pemantau harga dan 2,000 penguatkuasa kementerian akan memantau kenaikan harga barang dari semasa ke semasa.
"Kita juga ada skuad pengguna dan gerakan pengguna siswa di universiti yang akan membantu memantau harga barang," katanya.
Bulan lepas, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan kadar gaji minimum kebangsaan bagi sektor swasta ialah RM900 sebulan atau RM4.33 sejam untuk Semenanjung manakala Sabah, Sarawak dan Labuan pula pada paras RM800 atau RM3.85 sejam. - Bernama
- 05-06-2012 10:32 AM # ADS
Similar Threads
-
Kadar gaji minimum RM800 - RM900
By sally in forum Isu SemasaReplies: 5Last Post: 05-06-2012, 12:04 PM -
Kerajaan umum gaji minimum sektor swatsa RM900
By putrawalk in forum Sembang UmumReplies: 1Last Post: 05-01-2012, 11:39 AM -
!!! AMARAN !!! JANGAN BELI PRODUK INI ((SEO Basic To Advance))
By ismall in forum Produk DigitalReplies: 2Last Post: 11-02-2011, 11:25 AM -
Harga Gula Naik 20sen!!! Teh Tarik akan Naik Harga?
By alan in forum Sembang UmumReplies: 36Last Post: 12-12-2010, 05:28 PM -
Jangan sesekali buat macam nie !! ini amaran keras !!
By Shahrul in forum WTS : Pengiklanan & PemasaranReplies: 12Last Post: 06-05-2006, 01:22 AM



LinkBack URL
About LinkBacks
Reply With Quote

