Results 1 to 7 of 7
  1. #1
    Active Member sally's Avatar
    Join Date
    Aug 2009
    Posts
    2,588
    Thanks
    0
    Thanked 91 Times in 69 Posts

    Default 9 mayat ditemui tergantung, 14 tanpa kepala






    MAYAT sembilan individu tidak dikenali tergantung di sebuah jambatan di bandar Nuevo Laredo, Mexico kelmarin.

    BANDAR RAYA MEXICO - Sembilan mayat ditemui tergantung di sebuah jambatan di bandar Nuevo Laredo, dalam negeri Tamaulipas di timur laut Mexico, lapor media tempatan.

    Laporan berkenaan yang memetik kenyataan pihak berkuasa, menyatakan terdapat kesan penyeksaan pada mayat lima lelaki dan empat wanita terbabit dengan mata mereka turut ditutup.

    Bandar Nuevo Laredo dihuni oleh 370,000 penduduk dan terletak tidak jauh dari bandar Laredo di sebelah sempadan Amerika Syarikat.

    Pada hari yang sama, polis turut menemui 14 mayat tanpa kepala di dalam sebuah kenderaan di pusat bandar ini.

    Polis kemudian menemui kepala-kepala mangsa di dalam beberapa bekas ais di luar bangunan majlis perbandaran Nuevo Laredo.

    Identiti mangsa belum dikenal pasti setakat ini.

    Polis percaya pembunuhan kejam itu mempunyai kaitan dengan sengketa beberapa kartel dadah yang beroperasi di bandar berkenaan.

    Lebih 50,000 orang terbunuh sejak lima tahun lalu dalam jenayah terancang di Mexico. - Agensi



    sumber:http://www.kosmo.com.my/kosmo/conten...a&pg=du_02.htm

  2. # ADS
    Circuit advertisement
    Join Date
    Always
    Posts
    Many
     

  3. #2
    HyperActive Member Syedz's Avatar
    Join Date
    Aug 2008
    Location
    Shah Alam, Selangor, Bandaraya Anggerik "Mai Secawan"
    Posts
    5,126
    Thanks
    161
    Thanked 91 Times in 75 Posts

    Default

    polis kat Mexico dah cam xda fungsi..
    selamber je penjenayah melakukan jenayah tak berperikemanusiaan..

  4. #3
    Normal Member Keyboard's Avatar
    Join Date
    Dec 2010
    Posts
    685
    Thanks
    48
    Thanked 34 Times in 30 Posts

    Default

    Kejam giler,tak sanggup renung lama-lama aihh!!

  5. #4
    Normal Member abgsabah's Avatar
    Join Date
    Jun 2007
    Location
    opis ataupun kt rumah..
    Posts
    718
    Thanks
    19
    Thanked 21 Times in 8 Posts

    Default

    Kumpulan dadah sudah terlalu berkuasa sampai polis dah xberupaya menanginya.. malah ramai tak sanggup jadi ketua polis sebab akan diancam nyawanya

  6. #5
    Normal Member
    Join Date
    Jun 2012
    Posts
    20
    Thanks
    0
    Thanked 0 Times in 0 Posts

    Default

    sungguh ngeri

  7. #6
    Active Member abutalib's Avatar
    Join Date
    Dec 2010
    Location
    Melaka - KL- Perlis
    Posts
    4,060
    Thanks
    470
    Thanked 137 Times in 127 Posts

    Default

    Kebanyakannya pasal dadah...Cara macam ni biasanya untuk motif balas dendam

  8. #7
    Normal Member BuahDurian's Avatar
    Join Date
    Mar 2012
    Location
    Dusun Durian Bukit Gantang
    Posts
    352
    Thanks
    5
    Thanked 9 Times in 8 Posts

    Default

    tu diaa.. ganas giler mexico ni.

Similar Threads

  1. Kepala treler tergantung di tepi lebuh raya
    By Syedz in forum Lucu, Ajaib, Pelik & Misteri
    Replies: 5
    Last Post: 07-28-2011, 03:16 PM
  2. Replies: 9
    Last Post: 03-28-2011, 10:20 AM
  3. Bayi tanpa tempurung kepala
    By Syedz in forum Lucu, Ajaib, Pelik & Misteri
    Replies: 7
    Last Post: 03-27-2011, 09:41 AM
  4. ~> Roh Tergantung Antara Langit Dan Bumi <~
    By Muhamad Naim in forum Sembang Umum
    Replies: 3
    Last Post: 12-09-2010, 09:19 AM
  5. Replies: 2
    Last Post: 08-29-2010, 03:35 PM

Tags for this Thread

Posting Permissions

  • You may not post new threads
  • You may not post replies
  • You may not post attachments
  • You may not edit your posts
  •