Huuh, hari ni begitu letih sikit. Actually, sebelum saya bertemu dengan hasrul dan kawan2 yg lain, saya telah ditemuramah oleh DJ Em R dari radio Best 104 dalam lebih kurang 1 jam. Banyak persoalan asas mengenai perniagaan internet yang telah diajukan kepada saya. Oh ya, temuramah itu adalah untuk projek abang DJ tersebut untuk dicalonkan ke satu pertandingan nanti. Untuk cerita lanjut mengenai interview ini, saya akan tuliskan lebih detail sikit di blog saya.
Ok, mengenai pertemuan saya dan hasrul serta beberapa rakan yang lain, kami banyak berbincang mengenai situasi dan trend atau keadaan industri ini di Malaysia. Kami juga sempat berkongsikan beberapa tips mengenai perniagaan internet dan sudah pasti, dengan perbincangan sebegini, macam-macam boleh dapat.
Untuk projek t-shirt, satu berita gembira, saya dan hasrul telah bersetuju untuk menggunakan satu khidmat supplier dengan harga yang begitu mampu untuk semua bayar. Jadi saya berharap, kepada sesiapa yang berminat untuk memiliki t-shirt dan juga sticker kereta wangcyber (saper yg nak sahaja), sila beritahu nama anda kepada saya dengan segera, agar proses menyiapkan t-shirt akan berjalan lancar. Sekali lagi kepada yg dah berikan nama kepada saya, sila beritahu saiz apa yg anda mahu, berkolar ataupun tidak, lengan pendek ataupun panjang. Anda boleh buat pilihan. hasrul dah tunjuk saya sekali contoh baju masa perjumpaan tadi dan saya dapati, OK.
Kemudian, saya dan hasrul berbincang mengenai hala tuju wangcyber. InsyaAllah, saya dan hasrul telah mempunyai beberapa idea untuk diberikan kepada admin kita shuth, untuk versi terbaru wangcyber nanti. Yang pasti, saya amat yakin versi wangcyber yg baru nanti lebih bertenaga dan lain dari yang lain. InsyaAllah.
Lepas tu, kami borak2 kosong.. hehe.. Tapi still berkisar kepada perniagaan internet dan masing2 mengetengahkan beberapa idea yang boleh dilaksanakan dalam bentuk kerjasama.
Kepada yang datang, dan belum mula ebiz, pastikan anda bina asas yang kukuh. Kepada Zam Jutacash.com, thanks sebab banyak kongsi perihal clickbank.

Actually, Zam ada planning sendiri mahu berjumpa dengan saya. Kepada encik Zol dari Kulai dan juga Cikgu Nayan bersama kawan dari Masai, fahami asas betul-betul dan ingat cerita yang saya kongsikan mengenai kes benar seorang yg tak buat apa-apa sebab TERUJA. InsyaAllah, kita berjaya. Kepada en Zol, teruskan research produk dan kalau boleh sertai mana2 seminar atau bengkel. Saya yakin lebih clear.
Saya rasa, itu jer kot sedikit catatan dari saya apa yang telah berlaku pada hari ini.
Oh ya, kepada abang DJ Em R dan radio best 104 umumnya, saya ucapkan berbanyak terima kasih kerana memberikan saya peluang untuk ditemuramah. Dan kepada semua warga wangcyber, abang DJ tu kirim salam kat semua termasuklah yang datang jumpa kat KFC tadi. Saya nyatakan kat sini sebab anda semua tak tahu, DJ yang famous dan suara lemak merdu tu selalu masuk dan baca apa yang dibincangkan. Thanks yer abang EmR.
Next post, saya akan letakkan beberapa gambar yang diambil siang tadi. Maaf dipinta, gambar tak begitu berkualiti, banyak yg tak jadi.
Sekian sahaja laporan dari saya Mohd Zulfadli, untuk wangcyber. haha.. Mcm pembaca berita laks..
