Salam,
Saya masih baru dalam bisnes online. Secara offline, saya bekerja sebagai mekanik kereta di Kulim, Kedah. Saya bercadang suatu hari nanti saya akan dapat membuka workshop sendiri bersama kawan - kawan saya. Saya berminat untuk mengiklan perkhidmatan saya di internet dan mengumpul rakan - rakan ebiz saya khususnya dari seluruh Malaysia.
Saya hanya mekanik pra mahir kerana hanya mempunyai sijil tahap 2 dari Giat Mara dan PERDA. Saya mengetahui pasal forum ni melalui abang saya yang sudah terlibat selama setahun dalam ebiz ni dan dalam forum ini.
Dalam pembangunan web, saya masih zero lagi. Kalau nak harap pada gaji mekanik, tak banyak yang saya dapat. Hanya cukup makan aja. Niat hati nak buat lesen kenderaan nanti dan bayar hutang abang dan kawan - kawan.
Saya hampir tertipu dengan satu skim baru - baru ni dari USA. Tapi, bila dengar abang saya cakap supaya jangan terlalu percaya sangat pada skim seperti itu, terus saya batalkan niat walaupun kebanyakan kawan - kawan sekolah saya dulu sudah menyertainya.
Tak mengapa la. Saya bercadang nak daftar syarikat untuk memohon pinjaman dari MARA. Ada sesiapa yang dah ada pengalaman buat pinjaman tak? Kongsi la cerita dengan saya. Satu lagi, saya belum tau lagi SSM kat BM, ada sesiapa boleh tolong?
Sekian dulu perkenalan saya kali. Semoga jumpa lagi, Wassalam...
p/s - kawan - kawan saya yang panggil john masa kat Giat Mara dan PERDA. Lama - lama terus lekat. Kat Selayang dulu, kawan - kawan panggil FILA pasal asyik pakai baju jenama FILA. Bila sorang panggil, yang lain pun panggil nama tu. Lama - lama sangkut juga.
