Assalamaulaikum,
Apa khabar semua? Nama saya Badruzamani Bin Azmi. Saya tinggal kat Bukit Mertajam. Saya dah lama masuk laman WangCyber ni tetapi baru hari ni mendaftar di ruangan forum. (Tak perasan tulisan biru bakground hitam tu.

ops: ). Sebelum ni melepak kat forum antzcomm.
Saudara/i boleh panggil saya 'zamani' sahaja (bukan Zamani Slam! Marah abang Zamani tu nanti :P ).
Saya masih 'baru' lagi dengan internet. Dulu dok tulis kat laman free. Ingat nanti nak beli domain berbayar, tetapi dok tertangguh sebab laman yang nak diupload tak berapa siap lagi. Jadi, masuk laman ni kut-kut dapat idea dan cara nak buat laman nak elok.
Dulu hanya belajar asas HTML sahaja. Bila mai teknologi PHP, ASP dan macam-macam lagi, saya pening kepala. Mujur jumpa forum ni. Jadi, minta tujuk ajar dari kengkawan forum sekalian.
Saya ni OKU sebab accident tahun 1995. Sekarang sudah berusia 30 tahun. Jadi, setiap masa dok kat rumah sahaja sambil melayari internet.
Sehingga jumpa lagi. Jazakallah Kairon Kasiran...
p/s : Saya dok cari macam mana nak buat fail process.php. Dah jumpa kat satu laman. Bila try kosong. Tadi dah download, PHPTriad tapi tak tau nak guna macam mana. Ada kawan-kawan boleh tolong tak macam mana nak test fail tu bagi OK?