Satu cadangan yang baik. Bagus juga kalau nak dimasukkan dalam salah satu aktiviti kelab WangCyber nanti

. Tetapi, masalah sekarang ni (yang saya nampak), kebanyakan ahli sibuk dengan projek dan komitmen dengan kerja. Tiada siapa yang mampu handle perkara ini. Itu yang 'membantut' penubuhan kelab ini.
Jadi, memandang idea itu datang dari Khairul, apa kata saudara buat kerja cadangan dengan menyertakan objektif, matlamat, sasaran dan plan perancangan dan hantar ke beberapa badan ter****t atau pun Dewan perniagaan Melayu atau sebagainya.
Mungkin juga saudara berpakat dengan beberapa ahli WC (yang banyak masa terluang), cari penaja, minta kat admin untuk menggunakan nama komuniti WangCyber ini untuk tujuan itu, buat jualan amal untuk mengumpul dana, minta keizinan dari pihak tertentu dan polis untuk berkerjasama sepanjang roadshow (minta juga permit untuk buat roadshow) dan sebagainya yang dirasakan perlu. Saya doakan semoga berjaya.