biasanya orang yang merungut tu dah contact penjual - produk/servis - terlebih dahulu dan dapat respon yang tidak memuaskan atau tiada respon langsung.
jadi, depa merungut.. ok la tu kalau nak merungut. mana2 customer pon merungut kalau tak puas hati..
tapi kalo merungut kat PUBLIC, aku ulangi -> PUBLIC, pastikan public tahu ler sapa yang dirungutkan.. ini tak, main sindir2 jer.. confirmla penjual tu buat tak kisah.. sebab kalo dia respon, pecah tembelang la...
kalo merungut sekadar nak legakan hati, ya, ikut cadangan cik/puan hanimkirrana, rungut pada member2.. BUKAN pada public..
ambil contoh mudah jer.. lihat contoh dialog di bawah:
along: tak puas hati betul, penjual tu jual walkman tiruan.
public: siapa tu?
along: rahsia

aku: //dalam hati -> ****, baik jangan cite..
Kenapa 'penjual jenis taik' lebih teruk dari 'Skim Cepat Taik' (heheh)
Sebab mangsa Skim Cepat Taik adalah disebabkan kurang pendedahan, tamak atau terdesak.
Tetapi mangsa penjual lahanat ni adalah disebabkan orang-orang macam kita yang tak mahu dedahkan identiti depa atas sebab tak mahu merosakkan periuk nasi..
apa kehenye.. kalau camtu, akhbar takkan buat ruangan surat dari pembaca la.
situasi dialog contoh di atas sepatutnya jadi camni:
along: tak puas hati betul, penjual tu jual walkman tiruan.
public: siapa tu?
along: Syarikat ABC
public: ish, biar betul dia jual barang tiruan, kita perlukan penjelasan
wakil Syarikat ABC: Saya selaku wakil Syarikat ABC mohon maaf kerana berlaku sedikit salah faham. Walkman tersebut.. bla bla bla (jawapan balas). Saya cadangkan saudara along menghubungi cawangan terdekat kami untuk pertukaran.
aku: bagus syarikat ni, kalau ada masalah diorang respon. jadi memang cuma salah faham.
kalau Syarikat ABC melakukan penyelewengan, mereka tak akan berani memberi respon.
Jadi kesimpulannya: Kita perlu nyatakan nama penjual agar pendengar boleh menilai siapa yang betul. Belum tentu yang merungut tu betul ye... inilah suatu keadilan yang perlu kita tegakkan.
janganlah kita jadi seperti manusia-manusia yang celaka, mendengar hanya dari pengadu domba.