Topik ni mungkin membosankan dan tidak begitu penting bagi seseorang. Atau ia dilihat membesarkan benda yang kecil. Tapi akibat sebaliknya amat kontroversi dan amat kritikal. Contohnya, TANPA ETIKA, forum tak akan terjaga, menjadi bosan, tak ada input dan output yang bermanfaat. Spam pula berleluasa sana dan sini. Lihatlah forum2 lain, banyak benda2 sebegini terjadi.
Bila disebut etika, maka ia akan dianggap untuk menghadkan hak peribadi seseorang. Tapi, benarkah andaian sebegitu? Begitu juga moderator, mereka terpaksa
menebalkan muka dan tidak memilih kasih untuk menegur, juga menanggung risiko untuk 'membina musuh' hatta teguran tadi. Kasihan mereka, dilemparkan pula tuduhan yang tak sepatutnya.
Begitulah, pelbagai jenis ragam manusia atas muka bumi ni.. Namun tak boleh nak salahkan mereka juga, sebab benda2 'dalaman' ni, ambil masa nak ubah dan memilikinya. Ok sudah, tulis panjang2 pulak, nanti saya dikata guna teknik 'forum physcology' lak. Hmm..
Baik, tujuan saya buka topik ni adalah kita sama-sama bincang, apakah etika yang sepatutnya dimiliki oleh
seorang forumer. Saya harap, tak ada unsur2 emosi dalam topik ni atau dalam mana2 topik pun.
Emosi meluak2 tak akan terjadi jika kita tidak memulakan sesuatu yg buat orang tidak senang.
Oklah, tak payah banyak cakap, biar saya mulakan dulu menyenaraikan ciri-ciri seorang forumer yang baik:
1.
Tidak melakukan spam. Ramai yang hanya mengganggap spam hanyalah letak iklan di topik yang salah, tapi selain itu juga, post yang bersulamkan promosi juga adalah spam.
2.
Tidak lari topik. Kalau kita sedang berbincang pasal A, maka usahalah sebaik mungkin untuk bincang pasal A, JANGAN alih ke perkara C, D atau yang TAK BERKAITAN. Ramai yang melakukan 'kesalahan' ini dalam tak sedar.
3.
Komen / post mestilah ada value. Tak cukup hanya setakat, "hehehe", "TQ", "mekacehh" dan yang seumpamanya. Jika anda ingin membalas sesuatu topik dengan cara itu, STOP. Tak perlu balas topik itu. Selain memantapkan perbincangan, ia juga dapat jimatkan ruang storan database forum ini. Tak gitu shuth?
4.
Terima teguran membina (yang betul) dengan hati terbuka. Ramai yang ego dan susah untuk menerima teguran yang baik. Selepas ditegur, dibuatnya lagi. Kemudian ditegur lagi sehingga membuatkan orang lain naik marah atas sebab ke-ego-an kita. Maka di sini, agak-agak salah siapa? Yang menegur atau yang ditegur? Saya rasa, kebanyakan teguran yang diberikan adalah untuk kebaikan. Ingat saja2 jer ke nak tegur2 nih? Xder masa..
5.
Bermaaf-maafan. Jika ada yang berselisih pendapat dan bertikam lidah, bermaafan adalah satu sifat dan jalan yang tepat. Kalau masing2 ada pendapat yang bercanggah dan dua-dua adalah betul dari segi pertimbangan tertentu, maka lapangkanlah dada. Teruskan dengan pendapat anda, dan mereka dengan pendapat mereka. Tidak ada paksaan. Dan kalau orang dah minta maaf, janganlah ego dan keras hati. Menerima maaf tu satu sifat yang sukar dimiliki oleh ramai orang. Ia satu sifat mulia.
6.
Membuka topik baru. Yang ni masalah utama juga. Sebelum membuka sesuatu topik baru, lihat dahulu topik-topik sebelum ini kot-kot dah ada diperbincangkan. Kalau dah ada, rujuk yang tu dan sambung perbincangan di situ jika ada sesuatu nak diutarakan. Jangan gatal-gatal nak buka topik baru MELAINKAN di-izinkan oleh para moderator dan admin. Jika belum ada, bukalah topik baru MENGIKUT ruang (thread) yang SESUAI.
7.
EMOSI dan gaya penyampaian. Sebelum saya sentuh bab emosi, anda perlu
bezakan emosi dan ketegasan. Contohnya saya sebagai moderator adalah tegas, tapi boleh bertukar menjadi emosi yang tak terkawal jika
teguran tak diendahkan. Elakkan ber-emosi dalam berforum DAN j
angan buat orang lain ber-emosi (marah) yang meluak-luak. Elokkan tutur kata anda. Mana yang laser-laser tu, hmmm, hehe (mysticmind?), semua dah biasa dengan dia dan dah tahu style dia. So, go on dengan cara dia.. Ada sesaper tak kenal lagi mysticmind? Semua dah kenal, so biasa2kanlah dengan cara dia yer.. Mana yang bukan jenis me-laser, tak payah nak melaser-laser.. Cukuplah mysticmind sorang jer guna cara tu.
8.
Borak kosong? Mudah jer, gunakan ruang Sembang Kosong yang dah dibuat khas untuk kita ketawa, borak itu dan ini yg tak ada kaitan dengan ebiz. Gunakan sebaiknya..
Apa lagi yer? Ada lagi yang saya nak taip ni, tapi cukup tu dulu. Dan saya nak anda juga sebagai forumer memberikan komen yang membina. Mana-mana komen yang dirasakan 'menyindir' mana2 pihak, membuat orang terasa, ber-emosi atau yang seumpamanya, komen itu akan di-delete.
Komen di sini bermakna, idea, saranan, pandangan dan apa sahaja cadangan anda yang berkaitan dengan isu etika berforum ini. Walau ia benda kecik, tapi ia juga menentukan hala tuju forum ini.
Jangan sekadar membaca, SAYA NAK kita sama-sama mempraktikkan etika-etika forum ini. Ingat, ini adalah 'rumah orang' yang membenarkan kita masuk untuk memeriahkannya. Maka, bersopan dan beretikalah sebagai tanda terima kasih kepada yang mewujudkan forum ini.. 'Tuan rumah' ni tak mintak satu sen pun dari anda, so benda yang paling simple adalah,
berforum dengan baik.
Wassalam.
- mod -