Sy baru saja menerima satu private mesej dari warga WangCyber yang menyatakan minat beliau terhadap khidmat freelance ini.
Di harap saudara shuth dapat menyediakan ruang khas untuk freelance seperti saya. Ini bukan sahaja dapat membantu saya tetapi secara tidak langsung menguntungkan pihak WangCyber apabila lebih ramai usahawan2 diluar sana mula mengunjungi Wang Cyber untuk khidmat freelancer ini.
Contohnya, saudara yang mesej sy tadi mempunyai 10 orang rakan perniagaan lain yang belum tahu tentang WangCyber. Beliau menceritakan tentang khidmat freelancer ini (bukan hanya untuk akaun sahaja tetapi khidmat freelancer lain juga) kepada mereka, secara tidak langsung lebih ramai menjadi ahli WangCyber. (Maaf ye, sy pinjam sistem network marketing).
|