 |
Navigation
|  |
|
| WC Navigation |
|
|
|
 |
Welcome, Unregistered.
|
 |
|
| Member Panel |
|
|
|
 |
|

08-25-2006, 09:58 AM
|
 |
Moderator
|
|
Join Date: Jul 2006
Location: Anjung Rahmat Inn,Batu 6, Jalan Gombak.
Posts: 785
|
|
Kelab WangCyber
Merujuk kepada maklum balas (post) pihak moderator (smartusaha) bertarikh 15 Ogos 2006 berkenaan persatuan usahawan internet.
Saya memohon izin pihak moderator untuk mengusul cadangan penubuhan Kelab WangCyber.
Di peringkat pra penubuhan ni, di harap kerjasama ahli-ahli sedia ada untuk mengusul cadangan berkaitan objektif, visi, peraturan dan sebagainya untuk kita bincangkan untuk dijadikan sebagai draf perlembagaan Kelab WangCyber, setuju?
Saya secara sukarela (ada banyak masa di rumah/bujang) untuk menjadi pengumpul dan penulis draf untuk diusulkan ke peringkat pimpinan Kelab WangCyber. Namun begitu, saya memerlukan kerjasama dari semua ahli komuniti forum ini untuk sama-sama mengembeleng tenaga secara sukarela (sebagai satu sumbangan kepada ekonomi negara Malaysia) untuk ke arah penyatuan semua usahawan internet yang jujur dan beretika. Namun begitu, saya juga memgharapkan pertolongan ahli-ahli forum ni untuk bersama-sama saya untuk memberi sumbangan dalam bentuk tenaga dan pandangan yang bernas agar penubuhan kelab ni berjaya juga akhirnya nanti.
Antara cadangan saya ialah : - Keahlian kelab ini nanti hanya terbuka kepada mereka yang bergiat dalam perniagaan online secara sepenuh masa/separa masa sahaja.
- Ahli kelab mesti sudah mempunyai laman web perniagaan sendiri.
- Perbincangan sesama ahli diadakan secara 'tertutup' melalui internet.
- Pemilihan ahli akan dilakukan dengan rapi supaya usahawan online yang mengusahakan secara jujur dan beretika sahaja di terima masuk.
- Forum komuniti WangCyber dijadikan 'aset' kepada Kelab WangCyber.
Ini adalah antara pra-cadangan saya. Harap sokongan anda.
p/s - Mohon izin pihak moderator untuk 'sticky' kan topik ini.  Supaya dapat dibincangkan dengan lebih serius sebagai salah satu agenda dalam kalender forum WangCyber. Boleh kita bentuk pasukan sekarang. Ada sesiapa ada cadangan lain?
Last edited by Badruzamani Bin Azmi; 08-31-2006 at 11:49 AM.
|

08-25-2006, 05:12 PM
|
 |
WC300
|
|
Join Date: Apr 2006
Posts: 2,039
|
|
First, aku tak suke ada perkataan wang, money, kaya dan seumpamanya.
Second, keahlian berdasarkan recommendation. Kena ada member yang dah established yang rekemen. team saifulsham, smartusaha, alang, bitol, shuth, irfan.. ah banyak nama sangat.. aku dah lupa.. that being said, aku dan kau juga perlu mendapat rekemen sblom jadi ahli
Pasal kena ada laman web tu, SANGAT2 AKU SETUJU.. ok.. semoga berjaya..
|

08-26-2006, 08:31 AM
|
 |
Moderator
|
|
Join Date: Jul 2006
Location: Anjung Rahmat Inn,Batu 6, Jalan Gombak.
Posts: 785
|
|
Quote:
|
Originally Posted by aku
First, aku tak suke ada perkataan wang, money, kaya dan seumpamanya.
Second, keahlian berdasarkan recommendation. Kena ada member yang dah established yang rekemen
|
Terima kasih atas pandangan saudara. Pemilihan Kelab WangCyber ni masih tak confirm lagi. Saudara/i boleh bagi cadangan nama kepada kelab ni. Saya pilih nama kelab ni pun supaya ia bersangkutan dengan forum ni supaya forum ni nanti akan menjadi 'aset' kepada kelab/persatuan yang akan ditubuhkan nanti. Tetapi, kita boleh berbincang dan memilih nama yang sesuai nanti. Buat permulaan, pakat-pakat bagi idea dan kita kumpul semua idea yang ada dulu.
Saya juga menjemput ahli-ahli sedia ada untuk bersama-sama saya 'handle' perkara ni. Lepas pemilihan kepimpinan nanti,'kita' passing la kat bahagian kepimpinan yang di pilih.
Tetapi menurut pendapat moderator, kita start small dulu. Kalau keahlian dah cukup untuk bina Persatuan, pihak kepimpinan (yang akan dipilih nanti) akan uruskan.  (Kebetulan ada masa nak uruskan. Suffian boleh tolong saya?Saudara 'aku' boleh tolong sama? Kita pakat-pakat la tolong supaya penubuhan kelab ni direalisasikan. Tapi, saya tak menjanjikan upah. Saya buat ni pun secara sukarela kerana nak tolong  )
Quote:
|
Originally Posted by aku
team saifulsham, smartusaha, alang, bitol, shuth, irfan
|
. Ada cadangan lagi? (pihak berkenaan setuju?  ) Ada sesiapa sokong. Ada sesiapa nak wujudkan undian di bahagian poll?
p/s - Kak Galadriel boleh tolong saya sama? Saya mana boleh buat sorang-sorang. Saya juga menjemput mana-mana ahli (baik baru mendaftar ataupun lama) untuk tolong baik dari segi buah fikiran dan tenaga fizikal. Boleh semua?
Last edited by Badruzamani Bin Azmi; 08-31-2006 at 11:47 AM.
|

08-26-2006, 08:53 AM
|
 |
WC300
|
|
Join Date: Jun 2006
Posts: 1,403
|
|
Quote:
|
Originally Posted by aku
First, aku tak suke ada perkataan wang, money, kaya dan seumpamanya.
Second, keahlian berdasarkan recommendation. Kena ada member yang dah established yang rekemen. team saifulsham, smartusaha, alang, bitol, shuth, irfan.. ah banyak nama sangat.. aku dah lupa.. that being said, aku dan kau juga perlu mendapat rekemen sblom jadi ahli
Pasal kena ada laman web tu, SANGAT2 AKU SETUJU.. ok.. semoga berjaya..
|
sokong jer.
jangan gune perkataan wang cyber bla bla..
Persatuan Usahawan Internet Malaysia PUIM? x sedap plak singkatan
Malaysia Internet Entepheur Assiocation (eje bantai ). MIEA?
tah.. carilah nama..
syarat kemasukan ada rekomendasi tuh bagus.. barulah takder spam members. Kalau bleh, yuran keahlian buat agak tinggi demi memastikan yang serius jer masuk.
tiap2 tahun ada yuran RM50 contohnya.
Nak buat persatuan nih agak leceh juga.
ada 7 orang parton dulu,, then baru bla bla bla..
anyway aku akan join kalau ada.
ada kad keahlian bagus juga.
Dr. Irfan khairi sebagai chairman. 
|

08-26-2006, 01:16 PM
|
 |
Loyal Member
|
|
Join Date: May 2006
Location: Perak
Posts: 466
|
|
kalau free nak le aku joint.... :lol: ada ke orang nak invite saya ni..... jagan antar email spam dah :twisted:
__________________
|

08-26-2006, 04:15 PM
|
 |
Senior Member
|
|
Join Date: Jul 2006
Posts: 267
|
|
buat club nie pun bagus gak... yg menguruskan club nie pun akan mendapat duit... silap silap bleh buat perkejaan tetap jika diuruskan secara pro...
|

08-26-2006, 07:44 PM
|
 |
Moderator
|
|
Join Date: Jul 2006
Location: Anjung Rahmat Inn,Batu 6, Jalan Gombak.
Posts: 785
|
|
Terlebih dahulu saya ucapkan terima kasih kerana memberi komen dan cadangan yang baik kepada topik ni.
Kalau ada sesiapa membantah nama WangCyber dan sebagainya, saya mencadangkan nama Kelab Usahawan & Perniagaan Internet Malaysia. Tetapi, saya masih boleh menerima cadangan (jika ada) lain sebelum pihak kepimpinan bersetuju nanti.
Namun, saya mengharapkan cadangan/idea/komen yang baik dari anda untuk memperkuatkan/memantapkan alasan dari segi aspek : - Matlamat penubuhan
- Visi
- Objektif
- Aktiviti tahunan
- Keahlian
- Yuran tahunan
- Pemilihan Peringkat Kepimpinan
- Agenda-agenda berbangkit yang lain...
untuk dimasukkan dalam kertas kerja untuk pendaftaran kelab nanti.
Pemilihan Dr. Irfan Khairi hampir dicadang oleh kebanyakan ahli. Tetapi, kena tanya empunya diri. Ia boleh dipertimbangkan bila penubuhan kelab menjadi kenyataan nanti (saya akan masukkan dalam draf cadangan  ).
Saya tidak pernah mengharapkan balasan wang/penghormatan. Niat saya ikhlas nak tolong saudara moderator 'up'kan topik ni sahaja. Tapi, saya mengharapkan kerjasama dari anda kerana 'ketidakupayaan' saya nak buat semua kerja. Saya faham kebanyakan ahli-ahli di sini sibuk. Saya pun juga sibuk nak uruskan emel, blog dan 2 laman web (belum termasuk perniagaan/perkhidmatan yang saya jalankan di tempat tinggal saya lagi) tetapi saya guna sedikit masa untuk 'handle' perkara ini. Jadi, saya merayu kepada sesiapa yang betul-betul ingin penubuhan kelab/persatuan ini mencapai realiti, boleh PM kepada saya untuk sama-sama urus 'perkara berbangkit' penubuhan kelab ini. Tetapi, saya tak menjanjikan apa-apa balasan. Saya lakukan pun kerana ikhlas nak tengok supaya suatu hari nanti, masyarakat akan faham tentang Usahawan & Perniagaan Internet yang sebenarnya. Itu sahaja. Saya tidak pernah mengharapkan kekayaan segera.
Jadi, jika anda mengharapkan balasan atas jasa anda (menubuhkan kelab ni) dari ahli-ahli kelab (yang tertubuh nanti), saya nasihat LUPAKAN sahaja hasrat anda itu. Saya juga tidak berminat nak bekerjasama dengan anda (yang pentingkan diri). Saya hanya akan bekerjasama dengan mereka yang ikhlas nak hulurkan bantuan. Hanya Allah s.w.t. sahaja yang dapat membalas keikhlasan anda. Hanya itu sahaja yang dapat saya doakan.
p/s - Jika saya tersalah kata, saya minta maaf. Segala yang baik dari Allah s.w.t.
Last edited by Badruzamani Bin Azmi; 08-31-2006 at 11:48 AM.
Reason: Nak betulkan kesalahan ayat
|

08-31-2006, 03:39 PM
|
 |
Moderator
|
|
Join Date: Dec 2005
Location: Skudai, JB
Posts: 3,126
|
|
Saya ok jer, tapi banyak aspek yang perlu kita lihat, bincang dan fikirkan bersama. Tapi kalau yang bersungguh 2,3 orang jer susah gak.
Erm, pasal nama, better tak letak wangcyber, sebab kelab atau persatuan ni lebih kepada industri itu sendiri.
Tapi, adakah sama antara kelab dan persatuan? Ada sesiapa yang arif? Ari tu ada bincang dengan hasrul, dia kata kelab dan persatuan ni ada beza sikit.
|

08-31-2006, 04:58 PM
|
 |
WC300
|
|
Join Date: Mar 2006
Posts: 213
|
|
cadangan penubuhan ni memang bagus, tapi perlukan banyak commitment dan bukan dari seorang dua saja. Seperti yang zul smartusaha katakan perlu banyak aspek dibincangkan.Tapi sekiranya tertubuhnya kelab atau persatuan ni banyak benefit yang boleh kita perolehi sebagai usahawan internet.
__________________
|

08-31-2006, 09:46 PM
|
 |
Senior Member
|
|
Join Date: Jun 2006
Posts: 276
|
|
saya doakan semoga ianya jadi kenyataan...bagus sebenarnya seperti kata alfirus kalo bebetul mengurus memang leh buat duit, persatuan juga boleh buat duit, dan yang paling penting kebajikan ahli terjaga....
|
| Thread Tools |
|
|
| Display Modes |
Linear Mode
|
Posting Rules
|
You may not post new threads
You may not post replies
You may not post attachments
You may not edit your posts
HTML code is Off
|
|
|
All times are GMT +8. The time now is 01:27 AM. - Forum style by ForumMonkeys
Powered by vBulletin® Version 3.7.0 Copyright ©2000 - 2008, Jelsoft Enterprises Ltd.
Search Engine Friendly URLs by vBSEO 3.2.0
|
 |