+ Reply to Thread
Page 1 of 7 12345 ... LastLast
Results 1 to 10 of 67
  1. #1
    WC Premium Array
    Join Date
    Dec 2005
    Location
    SmartUsaha.com
    Posts
    3,775
    Thanks
    0
    Thanked 53 Times in 28 Posts

    Default Etika Berforum : Mari Bincang Bersama..



    Topik ni mungkin membosankan dan tidak begitu penting bagi seseorang. Atau ia dilihat membesarkan benda yang kecil. Tapi akibat sebaliknya amat kontroversi dan amat kritikal. Contohnya, TANPA ETIKA, forum tak akan terjaga, menjadi bosan, tak ada input dan output yang bermanfaat. Spam pula berleluasa sana dan sini. Lihatlah forum2 lain, banyak benda2 sebegini terjadi.

    Bila disebut etika, maka ia akan dianggap untuk menghadkan hak peribadi seseorang. Tapi, benarkah andaian sebegitu? Begitu juga moderator, mereka terpaksa menebalkan muka dan tidak memilih kasih untuk menegur, juga menanggung risiko untuk 'membina musuh' hatta teguran tadi. Kasihan mereka, dilemparkan pula tuduhan yang tak sepatutnya.
    Begitulah, pelbagai jenis ragam manusia atas muka bumi ni.. Namun tak boleh nak salahkan mereka juga, sebab benda2 'dalaman' ni, ambil masa nak ubah dan memilikinya. Ok sudah, tulis panjang2 pulak, nanti saya dikata guna teknik 'forum physcology' lak. Hmm..

    Baik, tujuan saya buka topik ni adalah kita sama-sama bincang, apakah etika yang sepatutnya dimiliki oleh seorang forumer. Saya harap, tak ada unsur2 emosi dalam topik ni atau dalam mana2 topik pun. Emosi meluak2 tak akan terjadi jika kita tidak memulakan sesuatu yg buat orang tidak senang.

    Oklah, tak payah banyak cakap, biar saya mulakan dulu menyenaraikan ciri-ciri seorang forumer yang baik:

    1. Tidak melakukan spam. Ramai yang hanya mengganggap spam hanyalah letak iklan di topik yang salah, tapi selain itu juga, post yang bersulamkan promosi juga adalah spam.

    2. Tidak lari topik. Kalau kita sedang berbincang pasal A, maka usahalah sebaik mungkin untuk bincang pasal A, JANGAN alih ke perkara C, D atau yang TAK BERKAITAN. Ramai yang melakukan 'kesalahan' ini dalam tak sedar.

    3. Komen / post mestilah ada value. Tak cukup hanya setakat, "hehehe", "TQ", "mekacehh" dan yang seumpamanya. Jika anda ingin membalas sesuatu topik dengan cara itu, STOP. Tak perlu balas topik itu. Selain memantapkan perbincangan, ia juga dapat jimatkan ruang storan database forum ini. Tak gitu shuth?

    4. Terima teguran membina (yang betul) dengan hati terbuka. Ramai yang ego dan susah untuk menerima teguran yang baik. Selepas ditegur, dibuatnya lagi. Kemudian ditegur lagi sehingga membuatkan orang lain naik marah atas sebab ke-ego-an kita. Maka di sini, agak-agak salah siapa? Yang menegur atau yang ditegur? Saya rasa, kebanyakan teguran yang diberikan adalah untuk kebaikan. Ingat saja2 jer ke nak tegur2 nih? Xder masa..

    5. Bermaaf-maafan. Jika ada yang berselisih pendapat dan bertikam lidah, bermaafan adalah satu sifat dan jalan yang tepat. Kalau masing2 ada pendapat yang bercanggah dan dua-dua adalah betul dari segi pertimbangan tertentu, maka lapangkanlah dada. Teruskan dengan pendapat anda, dan mereka dengan pendapat mereka. Tidak ada paksaan. Dan kalau orang dah minta maaf, janganlah ego dan keras hati. Menerima maaf tu satu sifat yang sukar dimiliki oleh ramai orang. Ia satu sifat mulia.

    6. Membuka topik baru. Yang ni masalah utama juga. Sebelum membuka sesuatu topik baru, lihat dahulu topik-topik sebelum ini kot-kot dah ada diperbincangkan. Kalau dah ada, rujuk yang tu dan sambung perbincangan di situ jika ada sesuatu nak diutarakan. Jangan gatal-gatal nak buka topik baru MELAINKAN di-izinkan oleh para moderator dan admin. Jika belum ada, bukalah topik baru MENGIKUT ruang (thread) yang SESUAI.

    7. EMOSI dan gaya penyampaian. Sebelum saya sentuh bab emosi, anda perlu bezakan emosi dan ketegasan. Contohnya saya sebagai moderator adalah tegas, tapi boleh bertukar menjadi emosi yang tak terkawal jika teguran tak diendahkan. Elakkan ber-emosi dalam berforum DAN jangan buat orang lain ber-emosi (marah) yang meluak-luak. Elokkan tutur kata anda. Mana yang laser-laser tu, hmmm, hehe (mysticmind?), semua dah biasa dengan dia dan dah tahu style dia. So, go on dengan cara dia.. Ada sesaper tak kenal lagi mysticmind? Semua dah kenal, so biasa2kanlah dengan cara dia yer.. Mana yang bukan jenis me-laser, tak payah nak melaser-laser.. Cukuplah mysticmind sorang jer guna cara tu.

    8. Borak kosong? Mudah jer, gunakan ruang Sembang Kosong yang dah dibuat khas untuk kita ketawa, borak itu dan ini yg tak ada kaitan dengan ebiz. Gunakan sebaiknya..

    Apa lagi yer? Ada lagi yang saya nak taip ni, tapi cukup tu dulu. Dan saya nak anda juga sebagai forumer memberikan komen yang membina. Mana-mana komen yang dirasakan 'menyindir' mana2 pihak, membuat orang terasa, ber-emosi atau yang seumpamanya, komen itu akan di-delete.

    Komen di sini bermakna, idea, saranan, pandangan dan apa sahaja cadangan anda yang berkaitan dengan isu etika berforum ini. Walau ia benda kecik, tapi ia juga menentukan hala tuju forum ini.

    Jangan sekadar membaca, SAYA NAK kita sama-sama mempraktikkan etika-etika forum ini. Ingat, ini adalah 'rumah orang' yang membenarkan kita masuk untuk memeriahkannya. Maka, bersopan dan beretikalah sebagai tanda terima kasih kepada yang mewujudkan forum ini.. 'Tuan rumah' ni tak mintak satu sen pun dari anda, so benda yang paling simple adalah, berforum dengan baik.

    Wassalam.

    - mod -

  2. # ADS
    Circuit advertisement
    Join Date
    Always
    Location
    Advertising world
    Posts
    Many
     

  3. #2
    WC Premium Array
    Join Date
    May 2006
    Location
    SisPlex, Malaysia
    Posts
    564
    Thanks
    1
    Thanked 17 Times in 6 Posts

    Default

    Saya pun sebenar nak tegur pasal ni sebab saya perasan ada post-post yang lebih pentingkan kuantiti dari kualiti.Jadi teguran ni memang sangat sesuai dan kena pada masanya.

    Cadangan saya,setiap mod letak kat sig dorang link-link ke thread ni dan thread-thread rules forum WC ni.

    Satu lagi ada satu lagi forum yang saya join,admin dia akan hantar PM first time kita daftar kat forum tu,bagitau semua rules-rules yang ada kat forum tu dan saya pasti dan yakin benda tu diautomasikan oleh admin tu.Shuth boleh detect tak ni?

    Ok,no hard feeling.Moga dengan teguran ni pasni kita boleh tengok post-post yang lagi mantap dan berkualiti.=)

  4. #3
    Senior Member Array
    Join Date
    Aug 2006
    Location
    Houston, Texas, USA
    Posts
    327
    Thanks
    0
    Thanked 1 Time in 1 Post

    Default

    Cadangan kepada Admin/Moderator sekalian;

    * Banyak yang dah Zul utarakan saya menyokong penuh. Saya juga setuju dengan Amirul28, cuma tambah sedikit, nanti bila dah wujudkan peraturan khas atau etika berforum ini tulislah dengan terang dan jelas (mungkin cara tegas sikit) semoga semuanya faham dan tidak ada lagi yang mengulangi kesilapan yang sama.

    * Sebelum pihak admin luluskan pendaftaran ahli baru, email/pm peraturan/syarat tersebut (boleh buat secara auto kan) kepada ahli tersebut. Kira macam perjanjian la tu jadi bila dia telah melanggar perjanjian, orang itu harus di denda .

    * Kemudian, cuba laksanakan sistem 'warning' atau 'ban' ip, username, email dan sbginya yg berkaitan... secara berperingkat2 kepada ahli2 yg suka spam atau kurang sopan semasa berforum, dengan cara ban 24 jam ke, 30 hari ke atau 365 hari ke...

    Ok itu je buat masa ni nanti ada idea tambah lagi.
    PORTAL USAHAWAN WANITA : Www.Forum.WanitaNiaga.Com
    SUTRA ESSENTIAL: Pusat Edaran Aromaterapi SUTRA.
    Facebook : Norazlina Ramdzan * Wanita Niaga : www.wanitaniaga.my | www.wanitaniaga.com * IQ Hoster : www.iqhoster.com * Mall : www.wanitaniagamall

  5. #4
    Senior Member Array
    Join Date
    Oct 2006
    Posts
    379
    Thanks
    0
    Thanked 0 Times in 0 Posts

    Default

    eh.. ada pengecualian ker kat mystic? hehe.. kalo saya dah biasa ngan sopan santun, x leh la nak melaser2, ye x?:p saya terperasan ada thread yang soalannya tak berjawab. lain yang ditanya, lain plak yang dijawab(termasuk ngan sindir2 skali)cmner tuh? hehe
    Affuan.NET - blog paling ikhlas atas muka bumi

  6. #5
    WC Premium Array
    Join Date
    Jun 2006
    Posts
    1,420
    Thanks
    0
    Thanked 2 Times in 2 Posts

    Default

    patut laa aku tersedak teruk...
    adehh.. susah..

    maaf laa.. kalau aku nih terlebih lazer dan terlampau kejam..
    kadang2 tuh.. aku pun taknak kejam sangat.. tapi ianya berlaku sendiri.. (macam laa aku ada period).

    Aku akan cuba kurangkan tahap kejam aku pada tahap sederhana lepas nih..

    Oh ya..
    Untuk SOALAN YANG SELALU DITANYA CONTOHNYA:

    1 - Wordpress itu apa?
    2 - Adsense itu apa.
    3 - MLM itu bagaimana.

    Eloklah di stickkan.. sebab ramai sangat ahli baru masuk terus tanya tanpa gunakan fungsi SEARCH tuh.. aku tgk.. ada soalan sama sampai 5 6 kali duk tanya..
    Visit : Pergh! + Blog + Twitter + FB

  7. #6
    Senior Member Array
    Join Date
    Aug 2006
    Location
    Houston, Texas, USA
    Posts
    327
    Thanks
    0
    Thanked 1 Time in 1 Post

    Default

    Quote Originally Posted by affuone View Post
    eh.. ada pengecualian ker kat mystic? hehe.. kalo saya dah biasa ngan sopan santun, x leh la nak melaser2, ye x?:p saya terperasan ada thread yang soalannya tak berjawab. lain yang ditanya, lain plak yang dijawab(termasuk ngan sindir2 skali)cmner tuh? hehe
    bukanlah nak suruh mystic bersopan santun lemah gemalai mcm pompuan, tapi dah adat melayu begitu.. apasalahnya kan. laser tetap laser, tapi biarlah berlapik.. supaya newbie tak lari terus dari WC, kot la dibuatnya orang tu ada lemah jantung, mcm mana....

    thread yg mana tak berjawab.. biasa ler? (... mcm semua saya baca ..).. tak berjawab mgkn org tak tau nak jwb. .
    PORTAL USAHAWAN WANITA : Www.Forum.WanitaNiaga.Com
    SUTRA ESSENTIAL: Pusat Edaran Aromaterapi SUTRA.
    Facebook : Norazlina Ramdzan * Wanita Niaga : www.wanitaniaga.my | www.wanitaniaga.com * IQ Hoster : www.iqhoster.com * Mall : www.wanitaniagamall

  8. #7
    Spammer Array
    Join Date
    Aug 2006
    Posts
    45
    Thanks
    0
    Thanked 0 Times in 0 Posts

    Default

    Senang -senang kepada sesiapa yang kurang ajar dan buat kecoh disini, report pada polis saja. Abang Aridz memang pantang dengan orang - orang macam ni.. :I

  9. #8
    WC Premium Array
    Join Date
    Dec 2005
    Location
    SmartUsaha.com
    Posts
    3,775
    Thanks
    0
    Thanked 53 Times in 28 Posts

    Default

    Hehe, saya bukan bagi pengecualian kat mystic, cuma nak bagitahu, dah ramai forumers yang kenal cara dia kat sini dan dah biasa. Jadi kebanyakan tak akan rasa apa2 pun kalau kena laser dengan dia, hehe. Lainlah yang baru masuk tu, memang akan benar2 terasa.. Tu jer. Tapi kalau mystic dapat kurangkan sikit, lagi baik.

    Ermm, satu lagi, tak semestinya bila kita sebut pasal etika, KITA KENA SELALU SERIUS. hohoho, tidak sesekali. Serius terlampau-lampau akan jadi boring dan membosankan jugak. Pendek kata, pandai-pandailah yerk. Orang kata, cool & steady.

    Wassalam.

  10. #9
    Moderator Array
    Join Date
    Dec 2005
    Location
    johor
    Posts
    714
    Thanks
    0
    Thanked 2 Times in 2 Posts

    Default

    thread yang mungkin tak terjawab banyak sebabnya. Ada kemungkinan tajuknya tidak sesuai.

    Sebagai contoh:
    Katalah nak tanya "Bagaimana menerima bayaran dari luar negara?"

    Tapi tajuk yang ditulis "Aku pening ni..."

    Biasanya ramai yang tidak akan masuk thread yang tajuknya tiada kena mengena.

  11. #10
    Loyal Member Array
    Join Date
    Sep 2006
    Location
    Pontian, Johor
    Posts
    471
    Thanks
    1
    Thanked 6 Times in 5 Posts

    Smile

    Sedikit pendapat dari saya lak:

    1) Bagi saya kalo setakat mengucapkan 'terima kasih' tu xpe kot. Ye la kalo orang dah beri tunjuk ajar apa salahnya kita berterima kasih. Hanya sekali jekan kita ucap perkataan tu?

    -cuma komen yang patut dianggap tiada ber-value ialah komen BERBUAL KOSONG sehingga menjadikan THREAD yang dibuka dah jadi mcm Yahoo Messenger atau mIRC. Terus terbabas habis la pokok perbincangan THREAD tu.

    3) Yang lain saya sokong apa yang diusulkan oleh Zul.

    P/S: Disini saya juga ingin meminta maaf pada semua warga WC jika saya ada terkasar bahasa atau melakukan kesalahan dalam berforum (baru saya sedar selepas membaca etika berforum nie). Saya orang first time berforum mana tau perkara2 nie dan x ambik alert pun. Saya yakin benda nie akan berulang jika PERINGATAN tidak diberikan dari semasa ke semasa. Terima kasih kepada Shuth kerana mewujudkan forum yang amat bermanfaat ini.
    <--- guna FACEBOOK je!


 

Bookmarks

Posting Permissions

  • You may not post new threads
  • You may not post replies
  • You may not post attachments
  • You may not edit your posts