PERTANDINGAN KOMEN/UCAPAN RAYA KREATIF DISINI
Bersempena dengan bulan ramadhan yang mulia ini dan hari raya yang menjelang tiba, aku dengan bermurah hatinya untuk memberi korang duit raya.
Camne nak dapat duit raya dari S2U ni? Senang saje, korang hanya perlu membuat ucapan raya yang kreatif.
Semuanya terpulang kepada korang semua bagaimana untuk membuat ucapan raya yang kreatif, mengikut kreativiti korang sendiri.
Korang hanya perlu membuat ucapan raya yang kreatif kemudian post di bahagian komen di kat blog aku. Minimum komen/ucapan korang tidak kurang dari 30 patah perkataan dan maksimum 100 patah perkataan.
Setiap peserta hanya boleh membuat
maksimum 2 ucapan raya kreatif.
Hadiah hanya untuk pemenang tempat pertama sahaja. Pemenang akan diberi duit raya sebanyak RM50.
Ringkasan dan syarat-syarat pertandingan:
1. Ucapan tidak kurang
30pp dan tidak melebihi 100pp
2. Setiap orang hanya boleh buat
2 komen/ucapan raya kreatif
3. Pemenang akan menerima wang tunai sebanyak
RM50 (nanti aku akan bank in)
4. Pertandingan ini akan bermula
24/09/2008 hingga 10/10/2008[tamat seminggu selepas raya]
5. Pengumuman pemenang Ucapan Raya Kreatif pada
15/10/2008
6. Sila sertakan email korang pada akhir ucapan
7. Ucapan anda mestilah dibuat
di entry blog aku click-sini
Jadi,apa tunggu lagi buat ucapan kreatif anda sekarang!!!!
Komen hendaklah di post di blog aku
|Pertandingan| Ucapan Raya yang Kreatif -- selangor2u.com