Hehe.. Ini bukan thread mempromosikan Firesales CBMalaysia
Versi 2 yang sepatutnya diadakan esok hari, tapi ia adalah
sebuah thread pengumuman berita terkini..
Seperti yang telah sedia maklum dan anda tahu (Kalau belum
tau ni saya nak beritahu ni), Jualan Firesales CBMalaysia
Versi Ke 2 ini dijadualkan berlangsung tepat tengah malam
ini dan dilangsungkan dalam 24 Jam sahaja..
Berita terkininya ialah saya terpaksa menunda jualan ini
ke tarikh selepas raya kerana saya akan pulang ke kampung
esok selepas solat Jumaat. Jadi jika saya melancarkannya
juga tengah malam ini, semestinya saya tidak boleh berikan
support terbaik kepada pembeli..
Jadi saya membuat keputusan untuk menunda Firesales kali
ini ke tarikh berikut:
Tarikh & Hari : 10 Oktober 2008, Jumaat
Tempoh Jualan : Hanya 24 Jam Sahaja
Jadi nantikan jualannya pada 10 Oktober 2008 nanti!
******************************************
Berita Baik Untuk Semua Warga WangCyber
Hikmah daripada penangguhan jualan Firesales ini, saya akan memberikan
sesuatu yang istimewa kepada anda semua. Ia adalah hadiah saya kepada
anda sempena hari raya.
Pada awalnya, saya tidak membuka affiliate untuk firesales 24 Jam ini
adalah kerana faktor masa serta faktor hosting yang bermasalah dengan
script affiliate CBMalaysia Versi pertama..
Tapi setelah saya menangguhkan jualan firesales ini, saya mempunyai
masa yang lebih dari cukup untuk upkan kembali sistem affiliate ke
hosting yang lain.. Jadi saya membuat keputusan untuk membuka kembali
affiliate CBMalaysia.Com (2-tier) istimewa untuk anda semua.
Kali ini agak menguntungkan dari jualan CBMalaysia yang lepas, dimana
saya akan membayar sebanyak:
RM20 Jika Anda Berjaya membuat jualan dari link affiliate anda.
RM10 Jika Rakan Anda (Kira Macam Downline Anda) berjaya membuat jualan
dari link affiliate mereka.
Lagi satu berita baik ialah, anda boleh menggunakan akaun affiliate
lama anda untuk mempromosikan Firesale Versi Ke 2 ini. Ini bermakna
data-data anda dan rakan yang mendaftar bawah anda akan terus digunakan.
Apa yang anda perlu lakukan adalah promosikannya sahaja...
Nota: Jangan promosi dari link program yang dulu yer.. Kerana saya akan
create sistem affiliate kat hosting lain.. Link program affiliate akan
saya berikan di thread ini sebelum saya pulang ke kampung..
********************************************
Sedikit Maklumat Mengenai Firesales CBMalaysia V2
Jika dahulu dalam V1, saya menjual lebih 100 produk berkaitan dengan
teknik & strategi.. Kali ini saya hanya menjual lebih 50 produk MRR
sahaja yang mana produk-produk ini lebih tertumpu kepada produk-produk
untuk gandakan mailing list dalam pasaran niche produk Clickbank anda.
Produk-produk MRR dan PLR ini juga merupakan produk-produk yang agak
terkini dan fresh (dan barangkali Hot!)..
Bonus yang saya tawarkan agak eksklusif sedikit.. Oleh sebab itu, ianya
hanya akan dijual untuk 50-60 orang sahaja.. (Lebih 25 orang dah tempah
awal-awal tapi tunggu 10hb utk bayar)..
Yang paling penting CBMalaysia V2 kali ini 100% berlainan dari jualan
versi pertama dahulu..
**********************************************
Sekian dahulu pengumuman CBMalaysia V2..
Selamat Hari Raya dan Berhati-hatilah di jalan raya..
Thanks..
-Fai-