al fatihah..
btw ini ke beritanya sebab link hmetro tuh dah masuk arkib (invalid)
KUALA LUMPUR: Misteri menyelubungi kematian seorang kakitangan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) apabila mangsa dikatakan sempat berbual dengan teman wanitanya sebelum mayatnya ditemui di perkarangan pangsapuri 16 tingkat yang didiaminya, petang semalam.
Dalam kejadian jam 3 petang semalam, Takiyuddin Roslan, 20, yang juga Penolong Pembantu Pembangunan JKM, maut selepas dipercayai terjatuh dari pangsapuri Danau Kota, Jalan Prima Setapak di sini, yang disewa bersama dua rakan sepejabatnya.
Lebih memeningkan apabila mangsa yang berperwatakan ceria baru saja pulang dari kampung di Kelantan menziarahi ibunya yang uzur.
Rakan serumah mangsa, Mohd Irwan Razali, 21, berkata kali terakhir dia berbual dengan mangsa malam kelmarin sebelum masuk ke bilik untuk tidur.
Menurutnya, kira-kira jam 7 pagi semalam, dia mengetuk bilik tidur mangsa berulang kali untuk mengejutkannya.
“Bagaimanapun, mangsa tidak membuka pintu dan saya bersiap untuk ke tempat kerja. Oleh itu saya terus meninggalkannya di rumah.
“Namun, seorang rakan serumah memberitahu, Takiyuddin demam panas dan mengambil cuti sakit dua hari. Saya anggap itu perkara biasa dan langsung tidak berfikir yang bukan-bukan,” katanya.
Menurut Irwan, rakannya itu tidak mempunyai masalah dalaman dan seorang yang ceria di pejabat, namun kelmarin, dia mengadu pening kepala dan badannya panas.
“Saya terkejut apabila mengetahui kematian ngeri mangsa kira-kira jam 4.30 petang ketika berada di pejabat.
“Saya betul-betul terkejut dengan kejadian yang menimpanya, namun menganggap ia takdir,” katanya ketika ditemui di Bilik Mayat Hospital Kuala Lumpur (HKL), semalam.
Menurutnya, malam kelmarin, mangsa ada menghubungi teman wanitanya yang kini masih menuntut di kolej matrikulasi di Pulau Pinang, namun dia tidak menunjukkan sebarang sikap pelik.
“Kami bertiga mendiami rumah sewa itu sejak memulakan kerja di JKM lebih setahun lalu dan rapat bagaikan adik-beradik,” katanya.
Sementara itu di HKL, ramai rakan-rakan sepejabat dilihat melawat jenazah mangsa kira-kira jam 5 petang.
Seorang rakan mangsa yang enggan dikenali berkata, Takiyuddin terjatuh dari hadapan pintu depan rumah sewanya yang dipasang dengan jeriji besi setinggi paras pinggang.
Berdasarkan keadaan dirinya ketika itu, ada kemungkinan mangsa mengalami sakit kepala mendadak akibat demam panas dialami sebelum mangsa pening dan tidak dapat mengawal diri lalu terjatuh.
Mangsa mati di tempat kejadian akibat cedera parah di bahagian kepala, muka dan dada, dengan mayatnya ditemui dalam keadaan tertiarap oleh jiran yang melalui kawasan ter****t.
Beberapa jiran yang ditemui di lokasi kejadian berkata, mangsa seorang yang peramah dan baik dengan penghuni di pangsapuri itu.
|