Assalaamualaikum,
Brown baru online, tutup modem td, takut petir..
Quote:
Originally Posted by mCrew
sebenarnye org yg backup m.kadafi dalam thread nie ade pernah backup die dah mase ym dgn sy. tak tahulah org yg same ke ape. mungkin saudara
shuth boleh check.
|
1stly, Brown X backup sape-sape, Brown cuma nyatakan apa yang Brown tahu dan alami semasa berurusan dengan Saudara Kadafi.
Terima kasih pada Saudara Mystic kerana menyelesaikan misteri yang menyelubungi kes ini. Ternyata Brown bernasib baik kerana tidak ditipu oleh scammer Kadafi.
Brown bersuara pun sebab nak tolong orang yang pada ketika itu Brown anggap bukan scammer. Pendapat Brown salah.
Saudara mCrew,
Tuduhan yang saudara lemparkan mengaitkan Brown dengan Kadafi amatlah serius, kerana boleh menjejaskan kredibiliti Brown sebagai seorang E-currency Exchanger.
Setiap perbualan Brown dengan setiap rakanniaga selama bertahun-tahun lamanya, ada dalam rekod Brown.
Bila masa Brown backup Kadafi dalam YM?
Dalam rekod Brown X tersebut langsung nama Kadafi dalam dua kali perbualan Brown dengan Saudara mCrew.
Check your records,
Don't make false accusations without any proof.
Quote:
Originally Posted by mCrew
dan satu lg org yg backup m. kadafi tu pandai pulak nasihat sy pasal paypal scam nie.
|
Inilah masalahnya manusia.
Orang nasihat dia, mintak dia berjaga-jaga ketika berurusan dengan paypal.
Dia bukan nak berterima kasih,
Sebaliknya tuduh orang bukan-bukan.
Cermin diri dulu sebelum cari pasal...
Maaf, Brown X berniat nak memperkecilkan seseorang, tapi E-currency Exchange ialah periuk nasi Brown, dan bila ada orang cuba tabur pasir ke periuk nasi Brown dengan tuduhan yang bukan-bukan, I take it very seriously, and very personally.
So Brown kongsi sedikit pengalaman Brown dengan mCrew ni pulak...
Dalam dua kali perbualan dengan sahaja dah nampak minda Saudara mCrew yang agak cetek dan sikapnya yang ego...
Quote:
Muii Mersing (4/26/2008 6:15:41 PM): Buka laa website SRM--> < URL Link removed >
BrownKnight (4/26/2008 6:15:55 PM): pls dont spam me again
Muii Mersing (4/26/2008 6:26:37 PM): sombong ke
BrownKnight (4/26/2008 6:26:56 PM): xde kaitan dengan sombong atau x...
Muii Mersing (4/26/2008 6:28:29 PM): sori lah.. dlm ym nie sume dah biase gune ym marketing..
BrownKnight (4/26/2008 6:28:57 PM): separate the groups, buat satu group yg xmo spam
BrownKnight (4/26/2008 6:29:13 PM): that's what i used to do
Muii Mersing (4/26/2008 6:29:21 PM): xpyh ajar
BrownKnight (4/26/2008 6:29:44 PM): siapa sombong skrg?
Muii Mersing (4/26/2008 6:29:59 PM): nk tgk video proof group ym aku?
Muii Mersing (4/26/2008 6:30:03 PM): aku tau sumetue
|
Saudara mCrew,
Dari cara perbualan saudara dah nampak keegoan dalam diri saudara. Kadangkala kita anggap diri kita yang paling hebat, tapi kita lupa ada yang lagi hebat.
Mentari seterik manapun, tetap kelam di sebalik awan...
Awan sebesar manapun, beralih ditiup angin...
Angin sekuat manapun, tidak dapat menggerakkan gunung...
Gunung setegar manapun, lohong dimakan tikus yang kecil...
Umur saudara baru setahun jagung dalam e-biz,
Jangan anggap diri tu dah hebat dah...
Ada yang lagi hebat dari saudara...
Malah, ada ramai lagi yang lagi hebat dari Brown jugak...
Brown tiada permusuhan dengan Saudara.
Sekiranya Saudara meminta maaf, Brown sedia memaafkan dan melupakan insiden ini.
Kita sama-sama cari makan, jangan kacau periuk nasi orang...
Sekali lagi Brown tegaskan, Brown X berniat memburukkan atau memperkecilkan sesiapa, tapi tuduhan tidak berasas dari saudara mCrew membangkitkan kemarahan Brown.
Sesiapa lagi yang ada masalah dengan Brown, YMID Brown ialah nhip2000, datang dan sembang secara terang-terangan.
Jangan lemparkan tuduhan tidak berasas dengan bahasa berkias.
Scammer di sini Kadafi, bukan Brown Knight...
Sekian,
Wassalaam