wah... bagus sekali fungsi ini...! berbanyak-banyak terima kasih Alang! WC!
secara tidak langsung, konfigurasi ini akan dapat melakukan satu perkara yang saya anggap berguna sekali di dalam mana-mana forum pun... iaitulah perkara 'membunuh' spammer! spam ini seakan virus... jika dibiar, merebak pula nanti... dan yang terbagus sekali kepada fungsi button 'add to _ _ _'s reputation' ini adalah, ia ('pembunuhan' spammer) dapat berlaku secara automatik! akan lebih bahayalah si pembunuh ini nanti...! dan akan lebih legalah warga WC ini nanti...
jadi... pada hemat saya, daripada kita terus mengecam seseorang itu jika dia melakukan spam atau tidak... beri sahaja 'penanda kurang senang' ini kepadanya... insyaALLAH, samada dia sendiri akan sedar akan kesilapannya... ataupun, 'mati dalam tidur'...
p/s: kekadang... kasihan juga melihatkan ada juga rakan-rakan di sini yang tidak serik-serik melakukan spam dan/atau pengiklanan semberono sahaja... lebih sedih..., ada di antara mereka yang telah lama di sini...! semoga, fungsi ini dapat diperguna sebaik mungkin oleh kita semua yang bertanggungjawab... jadi, gunakanlah ia dengan sebaik mungkin.
Quote:
Originally Posted by rahmaan
kalau dah dapat banyak butang hijau, apa kelebihan yg akan diperolehi oleh user tersebut?
|
iya juga kan... adakah ia membawa apa-apa perubahan?
Quote:
Originally Posted by e-fun
ha'ah la.. saya rasa nk ungkapkan rasa appreciate kat kawan2 WC ni.. tapi tak tau mcm mana.. so baru tau.. nanti saya nk tengok2 balik mana2 yg berkenan.. hehe..
|
iyalah... saya pun, begitu juga. seringkali juga, ingin sahaja memberikan kredit positif kepada rakan-rakan kita yang ikhlas berkongsi apa jua di sini... syukur, sudah tahu akan ini... akan diguna sebaik mungkin...
Quote:
Originally Posted by mydeuter
aku dah jual berapa ebook tapi tade org pun yg beri itrader..
|
emmm... di sini kita bincangkan soal 'user reputation'. rasanya, ada baiknya saudara ke thread ini:
iTrader 
harap dapat membantu sedikit sebanyak...
Quote:
Originally Posted by muhdnorazlan
Bagusla WC ni.. x sia2 aku join
|
tiada apa langsung yang rugi sertai ruangan forum ini!
oh ya... adakah jika seseorang itu memberikan sebarang bentuk 'reputation'... si direputasikan itu dapat tahu atau tidak...?
p/s: saya telahpun mencuba fungsi ini. nampaknya, ada had juga tahap pemberian 'reputation' ini ya... mungkin, ada baiknya jika tidak dihadkan... mungkin juga ada baiknya untuk dihadkan... emmm... apa pendapat admin dan para moderator...?